Peperiksaan Online Pegawai Tadbir & Diplomatik M41 November 2014
Ya.
Musim Exam PTD gred M41 sudah tiba.
Biasanya macam setahun tu, akan ada satu kali exam PTD. Dan macam biasalah, sejak dah ada kerja tetap ni, memang takkan dapat punya tawaran nak kerja PTD ni lagi.
Bini dapat tawaran Exam PTD M41 – November 2014
Tapi kali ini, bini aku dapat tawaran pulak. Sebelum ini, dia ada terlibat dengan exam Kastam. Manakala adik aku plak dapat tawaran penolong Kastam. Adik aku je yang lepas ke peringkat temuduga. Tak tahu dia lepas ke tidak temuduga tu.
Tapi takde rezeki dan kalau boleh, memang aku NAK pun dia kerja dengan kastam nih. Dia pun jenis tahan lasak sikit. Cuma macam susah dan kurang sesuai ajelah dengan bini aku. Jadi, kalau jawatan PTD ni, mungkin “OK sikitla..” rasanya kan?
Dan aku suka gak kalau bini aku masuk aliran kerajaan nih. Bukan sebab kemudahan dan kelebihan kerja kerajaan yang banyak ni termasuklah bab bonus hujung tahun tu..tapi mungkin senang sikit BAB cuti nih. Banyak sikit. Kalau nak banding bab cuti nih..memang sakit gak la. Asal aku cuti panjang aje..dia kena pergi kerja. Aku plak..dok kira lembu kat langit lepas breakfast.
Huhh..
Lagipun, bini aku ni MUDA lagi. Takpe lagi kalau dia bertukar kerja. Masih ada kekuatan lagi. Kalau dah masuk area 30an nanti, are 40an nanti..memang sengsara la sikit kalau baru nak bertukar kerja.
Dan yang lebih BEST, gaji memang boleh tahan gak lumayan walaupun mungkin starting nanti takdelah setinggi gaji dia sekarang. Tapi itu takdelah penting sangat. Aku masih mampu lagi nak sara dia dengan gaji aku dan elaun-elaun sampingan yang aku dapat hasil dari merepek kat blog nih.
Ramai calon exam PTD kali ini.
Dan aku dengar boleh tahan ramai juga yang terlibat dengan exam PTD kali ini. Puluhan ribu atau mungkin lebih yang akan turut serta dalam kemeriahan kali ini. Aku tak tahu bini aku boleh survive ke peringkat temuduga atau tidak. Tapi kalau terlepas dan tiba-tiba dapat plak jawatan ini, mungkin aku tak kesah kalau dia terima kerja nih.
Siapalah kan tak nak kerja dengan kerajaan nih..
But, aku tetap tak kesah dia nak kerja swasta ka..kerajaan ka..apa semua. Janji dia kerja ikhlas, dia buat yang terbaik dan dia sayang aku. Itu dah lebih dari cukup. Gaji dia pun, aku tak kacau. Malah, aku topup lagi tetiap bulan. Biarlah dia melaram apa yang dia nak. Makan apa yang dia suka. Beli barang yang dia mahu.
Janji dia hepi sokmo dan bila ada Selangor main bola kat tv nanti, dia sokong jugak kejap Team Selangor ye. Hehe..
Harap-harap soalan Exam PTD kali ini takdelah susah sangat walaupun aku tahu memang cukup susah sebab nak TAPIS ribuan calon menjadi jumlah yang kecil nanti. Bukan calang-calang orang bulih lepas exam nih dengan penuh bintang dan bulan.
Nanti aku kenalah aku rekaย contoh-contoh soalan exam PTD yang berpotensi untuk keluar nanti. Maklumlah, sebab dok tiap-tiap tahun buat soalan exam akhir tahun budak-budak sekolah..Haha..
Biar dia kaji, baca dan cari jawapannya. Lepas tu, hafal sikit agar ingat. Bukan untuk takat jawab soalan aje, takut-takut kalau terlepas ke peringkat temuduga, masih lagi ingat. Bukan sahaja setakat belajar untuk lepas exam sahaja. Hoho..
Apapun..
kepada yang bakal jadi calon termasuklah Ariff Shah nih, semoga berjaya.
Siap nak gaji gred M54 lagi. Bukan main lagi ko ehh..
Apapun, kalau berminat nak tips tentang Exam PTD ini, bolehlah daftar dan langgan tips melalui link dibawah ini:
UPDATED.
Lamn web jualan untuk membeli Pakej Rujukan Exam Online PTD 2014 telah dibuka.
Boleh dapatkannya segera. Jualan hanya dibuka selama 5 hari sahaja.
Klik link ini –> Beli Pakej Rujukan Exam Online PTD 2014 sekarang
16,071 total views, 7 views today
Kita pun calon PTD gak..hihi
saya pun ,, tapi fail ๐ – kedaionlinemy.com
semoga berjaya kepada calon temuduga PTD nie..memang beruntung kalau lulus nie..hehehe
moga wife en titan berjaya! kacang puteh sajork…
calon yang 2 – 3 kali exam pun masuk balik kali ni ๐
Semoga isteri encik Titan berjaya,insyaAllah.Cendol satu. ๐
Exam sudah tiba, apa pun good luck pada isteri. Cari panduan untuk tambah keyakinan
Huhu.. Ptd dah mai.. Nak jadi calon ptd jugak laa..
Huhu.. Ptd dah mai.. Nak jadi calon ptd jugak laa…
PTD beb..fuh, tapi sape dapat untung la..naik cepat beb gred M ni…
Jawatan paling popular.. hehehe. Tapi kerja pun mau ingat la.
Post.. Jawatan., Wowoww.. Pasnie cikgu amek coti tanpa gaji follow wife jaga UGANDA…
kakak ipar sy dah jadi penolong DO sekarang. bestkan. skrg my hubby pon nak exam 1 Nov.
ramainya kawan-kawan blogger yang jadi calon jugak, meriah r
Waw masyuk ya gaji PTD ni..belum masuk elaun bila kene travel sana sini..bestnya..pernah pergi exam sekali je..
moga berjaya pada calon yg mengambil exam ptd ni..
Berentap lagi napok gayanya geng ptd infokerjaya utk kali ini. Moga terus maju jaya hendaknya..
Kerjaya idaman semua rakyat Malaysia ni.
Ya.
Memang ramai yang sanggup berhenti kerja kalau dapat tawaran nih.
Moga isteri Titan berjaya..
Dah berjaya nanti bolehlah banje makcik cendol ya..hehehe
Err..
sila suruh bini yang belanja ye. hehe.. ๐
banyaknya gaji
harap2 wife cikgu titan dapat lepas exam ni
Tak kesah la lepas ke tidak.
Janji mencuba dulu.
Kata orang, kalau kerja dalam sektor awam ni, dan cara paling pantas nak sampai ke puncak dlm perkhidmatan awam, sila jadi Pegawai Tadbir Diplomatik.
Sebab tu PTD menjadi rebutan para graduan
umur dah tak layak nak mntk jadi PTD.. hahah….
Mesti dapat kali ni hihi..nov i’m coming
X pernah try lagi apply untuk jawatan PTD n8. Huhuhu
Good luck kepada sesiapa yang nak try ambil exam PTD ni
gud luck semua..jangn lupa langgan yer..amat membantu ha..hehe
abang ku dulu PTD, la ni dah nak pencen
anak dia pun PTD
cadang anak2 sedara dia untuk buat PTD jugak
Good luck untuk wife ko! semoga dapat, dan kalau dapat semoga tak dapat tempat yg busy sangat supaya ko & anak-anak tak selalu kena tinggal macam aku kecik-kecik mak selalu out station dan masa dah kawin ni Dude lak selalu tinggal aku out station. haish! hehe… xde la.. ok je… good luck ๐
selamat berjaya kepada semua ….
Gaji M41 tu bukan ura2 nak naik kepada RM2500 ke? Ada sesiapa tahu pasal ni..?
PTD blh dapat elaun macam2..rugi kalau tak cube..yang penting kuatkan iman dan sentiasa ingat Allah…
PTD ni termasukle jadi penggawa ye? Atau pentadbir sekolah (dulu ura2 kata sekolah diambil alih pentadbiran oleh PTD)..
Selalu kecewa dengan PTD ni…selalu gagal tak penah dapat..tapi Alhamdulillah tak dapat..kalau dapat, jadi lain plak..