Tiket Legoland Murah.
“Beb, lu biar betul bro. Siapa yang jual tu?”
…
….
Haha.
Aku pun baru aje tahu.
Entah terserempak kat website mana tadi.
Memandangkan cuti sekolah dah nak dekat aje lagi nih. Aku rasa aku macam nak pergi ke Legoland.
Dah lama gak ngidam nak pergi main lego nih..
Maklumlah, sebagai peminat tegar Lego sejak umur 5 tahun lagi, aku terpanggil untuk berkongsi dengan korang website yang ada jual tiket Legoland murah tak kiralah untuk orang dewasa atau kanak-kanak.
LEGOLAND Malaysia ialah sebuah taman tema ajaib yang direka untuk keluarga dan kanak-kanak di Malaysia. Di Legoland, terdapat hampir lebih EMPAT PULUH permainan interaktif, permainan gila-gila, persembahan dan tarikan menarik.
Taman tema LEGOLAND ini juga merupakan taman tema yang pertama di Asia ini terletak di kawasan strategik di tengah-tengah wilayah Iskandar dengan akses mudah dari mana-mana sahaja di sekitar Johor. Lebuhraya Pesisiran Pantai Iskandar menyediakan laluan mudah yang menghubungkan Pusat Bandar Johor dengan LEGOLAND Malaysia dalam tempoh perjalanan kurang dari 10 minit.
Dan Taman Tema Legoland ini, dekat juga dengan rumah bapak mertua aku. Hehe..
Jadi, ada tak yang nak beli tiket Legoland murah?
…
….
Ada. Aku yakin ada.
Kalau tak, takdenya korang tersesat dan baca artikel ini, kan?
Haha..
Harganya tidaklah murah sangat. Tetapi kalau korang pergi dalam jumlah ORANG yang BANYAK, potongan harga itu akan jadi satu penjimatan yang mengagumkan. Maklumlah, tiket dia memang mahal bagi aku. Beratus jugak tu.
Kalah harga tiket FINAL JDT lawan Pahang esok. Haha..
Ini harga tiket Legoland murah tuu..
- HARGA TIKET (LEGOLAND WEBSITE): Dewasa (RM175) , kanak-kanak (RM140)
- HARGA TIKET (HARGA PROMOSI): Dewasa (RM170), kanak-kanak (RM135)
Ya.
Murah LIMA ringgit.
Tapi kalau ada yang mahu tempah lebih dari 12 orang, korang pun boleh dapat diskaun istimewa.
Dan ada juga tiket yang berharga RM165 sahaja.
Kat mana nak beli tiket Legoland murah RM165 ni?
Harga tiket Legoland Murah ini korang cuma boleh dapat di website Oh! Travel!
Maklumat lanjut boleh korang baca di website mereka juga.
…
….
Klik link ini untuk beli Tiket Legoland Murah –> Tiket Legoland Murah Oh! Travel!
Oh! Travel! juga menawarkan Pakej Percutian Murah untuk orang Malaysia. Jadikan cuti sekolah korang lebih bermakna pada tahun ini bersama insan-insan yang korang sayang. Untuk orang yang baru berkahwin, boleh dapatkan Baucer Percutian RM550 ke Krabi atau Pakej Cameron Highland (RM299). Pakej Honeymoon kat Bali pun ada. Wahh..
Harga diorang memang murah gila beb..
Ps: Err..kat Legoland ada jual cendol tak?
17,365 total views, 1 views today
Memang murah sangatlah jimat RM5..hehe
Ya.
Murah lima ringgit.
Kira murah gak la tu.
Hehe..
rasa nak pegi, tp tak pegi lagi,, tungu sampai masa – kedaionlinemy.com
Eh boleh pulak diorang jual dengan harga lagi murah pulak ye
Diorang keluar duit sendiri kot.
Hoho..
dah ada anak nanti la baru de nak ke legoland (bila la agaknya tu.. )
Kahwin la cepat-cepat.
Kemudian, buat anak cepat-cepat.
Pastu, baru gi legoland cepat-cepat ye. hehe
Nak murah lagi buat Legoland sndiri…
Itu lagi mahal kosnya maa..haha
Oh Travel ni anak syarikat Oh Media jugak ke??
Entah.
Yang tu aku tak pasti la pulak.
Tak tanya lagi. Haha..
nak pegi ke sana pun tak termampu
tambah sikit lagi, ambik annual pass, puas lah masuk sana tiap2 hujung…..kalau orang dekat situ lah…
adeh..bapak mahal tiket dia…baik amin lego anak aku je la
barang RARE..memang harganya macam gitu. hoho..
Haha…
beli je la banyak-banyak.
Tempat ni memang mahal belaka. Air yang jual kat situ pun..harga dia mahal belaka.
RM165 kira dah murah le…jom pakat2 g cuti legoland cuti ni…
Nanti ye kita beli…terima kasih Mr Titan…
aku yang duduk jauh ni camno?
ada tikit bas murah jugak ke?
Erkk..tumpang kawan la macam tu. hehe..
Mahalnya tiket. Kalau kami sekeluarga pegi tiket legoland je dah RM745. Blm lagi tambang dari Sarawak ke johor. Tiket boat eksp pun dah naik RM5.00 dari Kapit to Sibu. hu..hu..hu…mahu ribu2 juga habis kalau nak melancong dlm Msia je….
Pehhh..
Baik hang gi danga bay wehh. Piknik kat sana dan buat BBQ. Lagi banyak manfaat duit banyak tu.
Tak yah gi Legoland. Haha.. 😈
teringin gak nak g legoland.tp lum sampai waktunya.hihihihi…ank kecik lagi.besar sikit baru g baru puas dia org main kat legoland.
Harap masa tu tike legoland jadi lebih murah. hehe
Highly recommended untuk yang nak bercuti sambil berhibur ni…
baru nak tempah tiket ke legoland.
nak letgo pun dapat kurang 5 hinggit. ingatkan 50 hinggit.
well, mata pun dah pening.
Kalau buat gerai cendol depan pintu LEGOLAND, mesti banyak untung….boleh jadi jutawan…..
Jiran saya dia bukak kiosk hotdog dalam Legoland ni, dia cakap sebulan untung kasar hampir 5 angka jugakla. Tapi memang penat gila kerja.
rengah aim gak nak gie nie..anak2 nak tengok miniland star wars katanya. haih. tapi makan minum memang mahal, nak jimat sikit boleh keluar kejap, makan kat medini tue je. banyak kedai situ kan. pastu bawak air kosong sendiri, dapat jimat daripada beli air kt dalam legoland.
bawa anak cuti sekolah ini pasti keseronokan tidak terhingga. Harga pun boleh tahan juga. Fikir sebelum pergi
Kalau saya tak amik pakej water Park tu. Kurang sikit rega. Theme Park tu pun dah cukup 1 hari dok situ.lagilah skng Ada Star Wars plak..
Memang ada promosi diskaun tiket untuk ke Legoland. Terbaru dari pemilik kad reward Petron. 🙂
nak gi sana jauh..tetap mahal..ahahaa
Nak ikut jugakkkk…. Nak main itu gelongsong sama air pancut-pancut….boleh???
murah dalam ‘mahal’.kena fikir banyak kali sebelum nak beli tiket.Hehehe.
haha selalu lalu je, tapi tak pernah singah lagi
Kalau beli seminggu awal pun dapat murah rasanya.
waaa..mahal tahap gaban..kalau ada rezeki insyallah ya
Dah beli..tak tau lak ada yg murah..5 ringgit pun kalau ada 5 org dah 25 ringgit save..ok la tuh.
murah sangat tiket tu…haha..jenuh aku ingat special diskaun tadi…
Ingat g legoland masa memula siap dulu ambik gambo kat pintu gerbang ja sebab tiket mahal
tuddia… harga tiket legoland tu dh mcm harga segram emas. kalo akak better akak beli emas hehe…
Wooo ade pun website jual tiket legoland murah! Aritu duk carik tak jumpa-jumpa.. tenkiulah bro! Balik cuti raya ni nak masuk kali ke 3 😀