Eh eh la sangat ye.
Hehe..
…
….
Yap.
Aku terperasan dalam 3-4 bulan ni MEMANG banyak betul blog-blog Shaklee laku keras dan bertempiaran disana-sini. Ternyata BLOG dah jadi satu medium pemasaran yang cukup ampuh dan mudah untuk lapisan masyarakat sekarang.
Kenapa mereka PILIH medium blog?
Salah satu sebabnya adalah SENANG nak bercerita tentang faedah dan kelebihan produk-produk Shaklee yang memang diakui ramai keberkesanannya. Nak tulis banyak-banyak dan panjang-panjang artikel pasal kelebihan produk Shaklee pun senang.
Para pembaca yang nak cari kelebihan produk Shaklee pun senang nak baca dan cari. Inikan pula mereka-mereka yang berminat nak jadi agen Shaklee pun senang nak dapat informasi berbanding medium yang lain. Ayat-ayat yang dikarang pun mudah dibaca. Sopan dan comel sekali. Takde rasa nak marah pun.
Maklumlah, jarang orang LELAKI yang dok cerita produk Shaklee nih kat blog mereka. Haruslah ayat-ayat mereka manis-manis dan baik-baik belaka, kan? Nama pun promosi. Tak leh ayat garang dan merepek macam aku tulis nih. Kalau aku yang dok promosi produk Shaklee nih, rasa-rasanya ramai makcik-makcik dok kutuk aku hari-hari. Takde takaful betul ayat-ayatnya..
Lagi satu, bila ada blog ni, kalau korang nak TULIS artikel panjang-panjang pun orang takkan marah. Berbanding dengan Twitter, Instagram dan Facebook. Bukan tak boleh tulis panjang-panjang, tapi agak annoying la nak baca panjang-panjang kat facebook dan segala bagai nih. Blog lagi senang. Semua dah cerita kat situ. Nombor nak contact pun ada. Nak email pun senang. Nak sms dan whatssap segala bagai pun mudah. Dan lebih istimewa, ada pakej gambar COMEL kat blog mereka.
Apsal eh semua blog Shaklee ni ramai awek-awek bertudung comel ehh??
Mesti produk Shaklee nih bagus-bagus kan..
Dan satu lagi SEBAB utamanya lagi, bila korang SEARCH pasal produk Shaklee kat google, apa yang KELUAR dulu?
Ya.
Blog yang keluar dulu dan memang kebiasaannya blog yang menguasai dari muka surat pertama hingga muka surat kedua dan juga muka surat seterusnya.
Itu penangan elemen SEO yang penulis blog Shaklee TERAPKAN walaupun sama ada diorang sedar atau tidak sedar.
Kekadang, KITA tak tahu sebenarnya kita sedang bermain SEO dan telah pun guna banyak teknik ASAS SEO yang ramai orang tidak tahu.
Ini kalau aku masuk Shaklee, memang senang-senang leh buat sales rasanya nih.
Haha..
Hapepun, ramai orang dah nampak KUASA dan kelebihan menggunakan blog sebagai medium promosi yang tidak terkalah untuk satu jangka masa yang cukup lama.
Artikel diblog kita kekal untuk satu tempoh yang cukup lama di search engine selagi tak kena PINTAS dengan pesaing dari blog yang main NICHE yang sama. Jadi, pandai-pandailah pemilik blog Shaklee ambil kesempatan ini untuk buat sales atau close ahli baru. Hoho!
…
….
Eh tak.
TAK.
Aku bukan nak promosi syarikat MLM.
Aku cuma nak PUJI skill mereka yang tahu digunakan pada masa dan tempat yang betul sahaja.
Itu sahaja.
Tak lebih dan tak kurang.
Dah.
Jom makan kek tiraimisu nih.
Aku ada buat lebih sikit.
Sorang satu aje TAU!
Ps: Boleh tahan ramai gak pengamal kitab PINK kat geng Shaklee ni rupanya. Baru aku perasan tauu..
13,515 total views, 1 views today
sifu pun boleh jana sales laju gak dari shaklee.haha.
tak nak merasa ke?
hehehe 😆
kanak2 si comel shakles 🙂 – kedaionlinemy.com
Yang mana bagus kita support itu saja prinsip aku walau aku tak da masa mana sekarang
ejen2 shaklee boleh dapatkan teknik seo tu untuk luaskan lagi promosi shaklee… hehehe
blog – orang cari kita, kita bg info pada mereka yang perlukan info tu..
facebook / twitter – orang tak nak pon terpaksa baca…Kita baca iklan pengedar lain pon rasa annoying jugak…haha
Terdetik hati kak yatiadam baca blog anda malam ni..
Suka baca entri ini.. betul tu dlm blog kita boleh tulis banyak idea..
Memang perlu ada blog jika anda berniaga. Banyak kelebihan ada pada blog yg ramai peniaga di facebook tak tahu…
Kalau cikgu Titan juai SHAKLEE memang mantops la,abih semua cikgu sapu 😆
Cikgu Titan dah tawar hati dengan MLM 😈
Tapi memang tak dinafikan…geng2 Shaklee memang power2 SEO!
Terbaek laa sifu! 🙂
hehehe memang timing yang tepat tu,tak rugi bina blog 🙂
Pergh.. ilmu yg du manfaatkan dari kitab pink…
Terbaik..
Shaklee ni mujarab dan toooorbaik di planet bumi. Semua sakit boleh sembuh, baby yang tak sihat jadi sihat. Memang tooooorboaiklah Shaklee ni.
ini ayat ikhlas atau sindiran..macam tak kena je?
Ramai yang bertudung dengan Shaklee sebab ianya MLM patuh syariah, joinlah tanpa was-was…hehe
eh, bukan nak promo, bagitau hakikat dia yang sebenar jer… 😛
eh, tiramisu lagi??? peminat tegar tiramisu nampaknya 🙂
Saya pon kena blaja teknik SEO kaw kaw ni..kena beli buku pink ler gamaknye..ahaksss:)
nampaknya semua sekarang sudah guna seo blog untuk promosi produk
selepas produk Shaklee kita tengok produk apa yang menjadi viral SEO …guna istilah macam viral media soosial
terbaik bro…meh sikiy tiraimisu tu
Comelnye budak pakai tudung pink tu…
Ha ah le banyak sungguh blog cerita pasal produk Shaklee…berminat jgk tapi belum terbukak hati untuk mencobanya…
kita org jual shaklee sbb tak reti cari duit dengan affiliate …. muahahaha…..
bab SEO reti dah.. tp kot2 nak korek rahsia kitab pink boleh dipertimbangkan kemudian…. 😀
Klu en.titan pun dah cerita pasal shaklee mmg shake abis la satu malaysia..hehe
aku pun perasan lambakan post shaklee.
baru perasan jugak… dah kurang promosi shaklee dalam facebook… kebanyakan dah beralih arah menggunakan blog. tapi aku sokong MLM shaklee ni yang kawal ahli-ahlinya jadi tak tentu arah…bukan main promote jer…tapi mereka berkongsi kelebihan produk…
patutlah produk kesihatan mereka boleh bertahan dan menandingi ubat2 yang dijual kat farmasi… farmasi pun patut promote shaklee…eh tapi nanti tak dak peluang orang lain…kan…. farmasi dah kaya raya…
Menerima banyak komen dari kakak-kakak comel yang mengusahakan produk Shaklee dengan mengunakan blog. 🙂
Elehhhh..ye la tu buat sendiri…. Tak caya lahhhh… 👿
Rugi la sape yang masih tak pandang promosi melalui blog ni
memang medium paling pantas dan berkesan untuk promosi barang ni
tu le makin ramai nampaknya..blog pasal shaklee kemain banyak..dasat
Hehehe,sampaikan wifey gua dan gua pun dah jadi pengguna shaklee sekarang…
hahaha nak juga lah buat satu blog untuk program MLM ini kikikiki
saya memang comel ar encik titan heee…jom makan lolipop pula
Setuju sangat dengan statement pasal kenapa diorang pilih untuk promote thru blog. Sebenarnya semua produk lagi senang nak promote guna blog.
Isteri join gak shaklee, tapi guna sendiri je. xde usaha nak jual or cari downline pon. hehehe
Kitab seo merah jambu bagus untuk promosi affiliate… Oleh yang demikian boleh digunakan utk promosi shaklee dgn bergaya sakannya…
Sekarang musim shaklee…mungkin akan datang lain produk lah bro…
ramai pengedar shaklee dah ada kesedaran yang blog salah satu medium diorang.. so, jom belajar buat blog di Akademi Denaihati! =)
sekarang ni banyak pula komen dari ejen shaklee ni. adakah mereka mengamalkan SEO MErah Jambu yang terkenal tu?
Guna blog senang nak sampaikan info dengan lebih detail..kalau kat facebook, senang hilang dibawa ‘angin lalu’ 🙂
Setuju sangat..kat FB dah tepu dengan shaklee ja. Medium blog ni wajib dipelopori oleh kaum shaklee kalau nak berjaya 😉
bolehlah en titan jadi pengedar shaklee lelaki machoo saing dengan awek-awek cun bershaklee
Nampak gaya kena beli buku merah jambu ni…seo kelaut
Guna blog boleh simpan banyak info. Kalau FB tu susah nak korek balik info yang dah di share…
I loike Shaklee gitu..
Hirisan Tomato sedap dilarutkan sekali dengan sedikit air gula di dalam air masak…
nama SHAKLEE memang banyak kedengaran sekarang, ramai yang aktif agaknya
agaknya Shaklee patuh syariah ke memandangkan ianya MLM?
laku keras Shaklee sekarang. en titan, tak payahlah join. nanti habes semua customer dia sapu. bahahahahaha
saya pun jual shaklee melalui blog tapi so far byk nye customer yang dapat offline.. agaknya sebab belum baca buku merah jambu en titan agaknya 🙂
kena baca jugakalah ni..
tak nak berniaga shaklee takpe.. boleh cuba cuba je.. biar lebih sihat 🙂
Tapi artikel dalam blog Shaklee ni nampaknya sama sahaja antara satu sama lain.
tak layak lagi macam dah surrender ….klu masuk pun just utk masuk aje
Hebat promo geng2 shaklee. huhu
sebab ada antara pengedar shaklee ni datang event2 blogger untuk mengenali blog dan juga blogger. hehehe. agaknya sebab tu dorang nampak potensi blog untuk pemasaran dorang
Fuh… Tak sangka sekarang dah ramai buat promosi guna blog.
Dulu tak ramai sangat.
Tengok kat google trends dah mencanak graph-nya. Cuma kat Malaysia dan Brunei je lah.
Tak tahu kenapa kat negara lain dah kurang.
PS: Berdasarkan pengalaman ambo; buat blog memang lambat nampak hasil, tapi bila dah dapat, tak boleh nak berhenti. Haha.
Orang Malaysia memang rajin promosi syarikat MLM.
Termasuklah Shaklee yang tengah popular nih.
memang betul, memang perasan ramai sangat yang buat blogger buat shaklee semenjak dua menjak ni…
blog merupakan medium yang terbaik..ehe..sebab tu ramai pilih berblog..sukahati nak cerita ape..hehe
Member den pun ramai gak jadi agen Shaklee ni. Diorang pun dah pandai bermain dengan blog. Kalau tak dulu pakai Facebook jer.
Okla tu.
ada peningkatan dan variasi dalam promosi.
takdelah asyik dok cite kat facebook aje.
Komen-komen semua memang positif je ehh pasa Shaklee..
Terbaik la..
Tak sangka lak geng Shaklee pun guna kitab pink..
sejujurnya, sy benci biz MLM termasuklah Shaklee coz dorg komen dlm blog hanya brtujuan nk blogger ni baca psl shaklee yg dibangga2kan sgt tu. Naik muak bila asal buat kunjungan bls je trpampang psl shaklee. Menyampah. Tujuan mereka hnya 1. Just promote shaklee. Sorry to say “I hate shaklee”
Tu salah satu cara diorang promosi kak.
ada yang hardsell, ada yang softsell.
Kena pandai adjust.
ada masa, kena hardsell, ada masa kena softsell.
Kena bijak bab promosi nih.
Terbaik bro.
Masing2 ada cara tersendiri kan.
Terima kasih di atas penghargaan cikgu Titan.
Medium blog sangat membantu untuk meluaskan pasaran.
Umpama buka kedai online. Tak yah guna staf pun. hehe…
Ya betul… Terlalu banyak “blogger” promosi Shaklee.
Dan saya percaya mereka adalah peminat titan, secara tak langsung pengguna kitab pink.
Ada rasa sedikit terganggu untuk membaca dan memberi komen di blog-blog sedemikian kerana teknik yang mereka gunakan terlalu menonjol (hard selling).
Jika menggunakan teknik “soft selling” mungkin saya akan ada rasa hormat kepada penulisan mereka. 🙂
ada masa, memang kena guna hard selling.
Terutamanya time tengah buat promosi.
Hari biasa, maintain aje update seperti biasa.
Aslm,
Saya tersinggah disini sebab ternampak tulisan Shaklee..hihi
Suka baca pandangan dari semua komen.
Saya tak tahu apa teknik SEO tu,
Macam menarik TeknikSEOMerahJambu ni..lepas ni boleh menuntut ilmu ni.
Salam singgah, betul3x, sampai saya pun dah cuba produk shaklee.. studioous.blogspot.com
alhamduliLLAH terima kasih tuan Ahmad Faizal atas tulisan yang baik tentang kami, Pengedar Shaklee Malaysia. Doakan perniagaan kami diberkati ALLAH
Jemputlah singgah blog saya tuan, jika ada silap tolong tegur, saya sangat mengalukan teguran dari blogger berpengalaman