Okeh.
Macam mana nak buat duit dengan emas ni sebenarnya? Dan..
Apa itu Pelaburan Emas?
Aku tahu ramai diantara kita baik blogger ataupun penjual emas secara online telah tahu serba-sedikit tentang bab-bab jual beli emas nih. Pukul rata ramai rakyat Malaysia ni semakin SEDAR akan kepentingan membuat pelaburan terutamanya pelaburan emas.
Senang cakap, pelaburan emas ini sememangnya merupakan pelaburan yang SANGAT menguntungkan, malah boleh menjana kekayaan dan mendapatkan pendapatan sampingan yang lumayan jika diuruskan dengan betul dan berkesan.
Kalau kita ikut jadual harga emas semasa, harga emas telah meningkat sejak dari tahun 2001. Malah, purata pulangan tahunan ialah 12.9% yang merupakan di antara pulangan pelaburan yang tertinggi di dunia dalam tempoh 10 tahun kebelakangan. Dan sudah tentu ada hari harga emas ini turun dan ada masa harga emas ini melonjak naik.
Tapi, bila cerita bab emas nih, kita tahu nilai emas memang makin meningkat secara pukul ratanya dan dalam beberapa tahun akan datang ini nilainya bakal meningkat berganda-ganda lagi.
Sebab itu, ramai yang sibuk membeli emas sekarang sementara harga masih MAMPU dibeli.
Terlampau GHAIRAH nak buat duit cepat
Namun, disebalik keghairahan melabur dalam membeli emas ini, terlalu ramai orang yang tersilap langkah. Oleh kerana ilmu mereka tentang emas terlalu cetek atau zero knowledge pasal emas nih, ramai orang yang telah tertipu dan menanggung kerugian – walaupun harga emas naik dan terus naik!
Ya. Siapa kata tidak ada orang yang RUGI dalam pelaburan emas?
Ini disebabkan sikap tamak dan tidak berhati-hati ketika membuat pelaburan emas. Bagaimana hal ini BOLEH berlaku?
Antaranya..
- Menjual semula emas dengan harga yang rendah berbanding daripada harga yang dibeli. (Maksudnya, beli emas masa harga rendah, tetapi jual semula pada harga yang lebih rendah)
- Emas yang dibeli rupa-rupanya tidak seasli seperti yang didakwa.
- Dapat emas tidak tulen dari penjual yang tidak amanah. Maksudnya korang memang sah-sah kena TIPU la ni..
- Ditipu dengan skim-skim pelaburan emas. (Yang ni paling banyak sekarang)
- Dijanjikan dengan pelaburan dengan keuntungan tetap untuk sekian-kian hari atau keuntungan tetap setiap bulan. Tapi emasnya itu tak dapat ditangan
- Dan banyak lagi kes kerugian…
Jadi, bagaimana nak mengurangkan risiko ini daripada terus terjadi?
Cari orang atau agen syarikat yang boleh dipercayai dan kaji syarikat mana yang benar-benar menjalankan perniagaan jual beli emas ini dengan sah. Cari syarikat yang mempunyai track rekod yang benar-benar bagus dan kita sendiri MESTI dapat emas-emas berketul tu.
Jadi, bagaimana hendak membeli emas dari syarikat yang boleh dipercayai?
Salah satunya syarikat yang menjalankan bisnes jual beli emas yang boleh dipercayai ini adalah PowerGold Dot Biz Sdn. Bhd.
POWERGOLD DOT BIZ SDN BHD merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang telah lama berkecimpung didalam industri perniagaan emas sejak lebih dari 10 tahunlamanya. Syarikat ini juga telah terlibat dalam menghasilkan produk barangan emas,jualan runcit dan borong juga membeli barangan emas terpakai. Selari dengan perkembangan dan kenaikan harga emas mendadak sejak 5 tahun kebelakangan ini maka pihak Syarikat merasakan sudah sampai masa untuk membuka peluang kepada masyarakat untuk memanfaatkan keadaan ini dan seterusnya menjadikan ia sebagai suatu perniagaan yang menguntungkan.
Matlamat syairkat adalahMengeluar dan membekal pelbagai produk emas pada harga mampu milik. Memberi peluang perniagaan dan perkongsian keuntungan melalui lantikan pengedar sah. Memberi pendidikan dan menyemai kesedaran akan pentingnya menyimpan emas kepada rakyat Malaysia.
5 kelebihan yang ditawarkan oleh pihak PowerGold
- Menawarkan harga emas yang murah dan mampu dimiliki
- Mengeluar dan membekal pelbagai produk emas pada harga yang mampu milik
- Menjual emas dalam bentuk “barang kemas”. Kalau nak beli cincin tunang atau cincin kahwin pun boleh. Rantai emas, loket emas, dan dalam bentuk bar pun ada serendah 1 gram.
- Menawarkan khidmat untuk membeli semula produk PowerGold yang telah dijual kepada mereka. Produk Powergold ini istimewa kerana kadar harga beli balik syarikat yang tinggi dengan mengenakan spread yang kecil 6-10%, ini akan memberikan anda keuntungan yang lebih cepat sekiranya harga emas naik. Maksud spread adalah kadar perbezaan harga jual beli emas, dari perbezaan harga jual beli itulah syarikat emas membuat keuntungan sama seperti money changer yang membuat pertukaran matawang
- Tapi kalau nak jual kat kedai emas yang biasa tu pun boleh ASALKAN korang pastikan harga semasa lebih TINGGI berbanding harga sebelum korang beli. Barulah ada UNTUNG sikit, kan..
Dan sebagainya.
Senang cakap. Nak beli emas dan buat duit dengan emas nih.., kena ada ilmu dan kena rajin bertanya.
Konsep buat duit dengan emas atau melabur dengan emas ini sebenarnya mudah.
Kita beli emas pada harga yang murah, kita simpan dan jual pada ketika harga emas tengah tinggi. Perbezaan harga itulah keuntungan yang kita dapat. Biasanya, orang akan simpan dalam beberapa tahun dan memang beli emas dalam jumlah yang banyak. Dan bila rasa harga emas tengah naik, dia tunggu timing yang betul..dan jual.
Tup. Tup. Kaching! Kaching!
Dah boleh belanja bini dan anak-anak makan besar malam tu. Hoho..
Senang ceritalah, dalam bab buat duit dengan emas ni, orang kita malas bertanya, dan biasanya memang ramai akan sesat dan tersalah pilih jalan. Tak hairan ramai yang SANGKUT kat mana-mana individu yang menawarkan sistem pelaburan emas yang menawarkan keuntungan tetap pada setiap bulan atau pada sekian-sekian bulan, korang dapat duit ribu-ribu dalam akaun bank. Jauhilah dari pelaburan yang jenis ini. Bila kita beli emas, kita mesti dapat emas itu tak kiralah dalam bentuk bar ataupun barang perhiasan.
Dan bila kita beli emas ini, bukan sekadar nak cari duit lebih sahaja. Bila kita ada emas ni, sekurang-kurangnya bila ada masa terdesak nak pakai duit atau ada ahli keluarga sesak nak pakai duit, kita ada BENDA yang boleh dijual dengan harga yang lumayan dengan segera. Umpama satu bantuan yang cukup tinggi bila kena pada masanya. Takut-takut nanti, nak pinjam kawan, terasa segan la plak. Nak pinjam bapak mertua, rasa macam tak best je. Nak pinjam duit kat bank, interest memang kaw-kaw la bila nak membayarnya. Betul tak?
Jadi, untuk tahu tentang semua itu, PERTAMA sekali korang kena cari sendiri penjual emas yang boleh dipercayai.
Kita kena tanya mereka, kita kena soal mereka betul-betul.
Cari agen yang boleh dipercayai atau terus aje pergi kedai dan beli terus je emas bar atau cincin emas tu.
Haa, bukan susah pun. Janji, korang ada duit. Hehe..
Itu sahaja.
Dan jika korang berminat untuk beli emas walaupun cumalah sekadar beli 1 gram pada setiap bulan, bolehlah hubungi kawan aku Amira yang merupakan salah seorang agen dari Powergold nih. Paling rendah pun, belilah SATU gram emas, baru sahaja RM167, kan?
Bukannya mahal sangat pun kan? Hehe..
Apapun, sebarang urusan, boleh hubungi saudari Amira ini ye..
Nurul Amira Bt Mohamad Arsad
No HP – 012-6528784 (SMS dan Whassap)
Email – mnurulamira@yahoo.com
Website promosi – http://www.taukeemas.com/nurulamira (Untuk rujukan dan perbandingan harga emas)Harga jualan – RM167 ( 1 gram emas)
Harga ahli/agen – RM147 ( 1 gram emas) – Kalau nak jadi ahli, boleh hubungi Nurul Amira ini ye..
– Harga berubah mengikut harga pasaran semasa persatuan emas Malaysia –
Cuma beritahu korang tahu info ini dari aku. In-sha Allah, agen ini akan layan dengan penuh sopan dan mesra. Hehe..
Harap maklum.
Ps: Okeh. Nak gi usha barang-barang kemas dari Powergold nih. Kot-kot ada yang cantek sikit untuk hadiah ulang tahun perkahwinan bagi tahun depan nanti ker. Tak yah pening kepala nak menapak ke dua puluh kedai emas kat Banting tu nanti. Kan mudah bila boleh usha secara online saje macam nih..
26,027 total views, 1 views today
pelaburan yang tinggi nilainya hanya dengan mempunyai ilmu yang secukupnya. Sebelum labur belajar dahulu.
beli emas,, then simpan lama2,, pstu jual smula,, untung oo – kedaionlinemy.com
Ramai juga kengkawan dari kalangan mek kelate yang beli emas ni dan simpan buat pelaburan 😀
tak rugi sebenarnya labur duit beli emas..cuma aku gelisah sikit nak cari tempat unutk simpan emas tue..hu3
Kat aku pun boleh ye.. kalau nak beli.. he he..
Sebelum bermula. pastikan korg ada ilmu..
Tak buy sell emas kat MT4 ke en.titan, lagi senang nak untung hehe
MT4 tu benda?
hahaha
MT4 tu platform forex, bole jual beli emas. Untung cepat tapi rugi pun bole cepat juga..haha
kalau forex, gua tak minat.
dah lama tinggal dunia forex.
Den dgr ikut research yg harga emas akn kembali melonjak pada taun 2020
Emas dikatakan bakal melonjak kpd harga 500 tp sebenarnya spekulasi org yahudi. Nak tahu kena la baca bagaimana yahudi mengawal komoditi dunia melalui spekulasi..:)
oh begitu ya? trima kasih atas makluman ini
Wowowow.. Emas… Serbu… Rendah tambah gram.. Tinggi Tambah RM
Hehehe..
10 pembeli pertama sy bg harga diskaun..harga kasih sayang namanye..haha
harga hari ni:
Brg kemas 916 = RM134/g (harga upah rendah)
Goldbar 1g = RM156
Goldbar 5g = RM740
Goldbar 10g = RM1450
Dinar (4.25g) emas 999.9 = RM630
nie betul2 menjual ke apa..hehehehe
ini mmg real business bukan pelaburan. sy tak menjanjikan bulan bintang kalau join sbg ahli. Kena usaha, baru ade incomenye 🙂
hamba baru nak berjinak2 dengan emas… 🙄
Saya memang tertarik dengan perniagaan eman ni sejak dari dulu tapi belum lagi terbuka hati nak menceburi… saya perlukan pengetahuan yg cukup… terima kasih atas entry ini
Kalau nak belajar lg pasal emas, sy boleh bg consulatation free 🙂
tak perlu join ahli pun xpe. share ilmu pun salah satu amal ibadah kan.
memang best buat bisnes emas dari power Gold ni… emas dapat duit pun dapat.. wow mengasyukkan.. 😉
Tapi sejak dua tahun ni harga emas sudah turun banyak…dekat 50% turun dari harga tertinggi dalam rekod sebelum ni.
Untung isteri tuan,nnt dapat hadiah emas untuk anniversary.
memang best buat bisnes emas… emas dapat duit pun dapat.. 😀
Bak sini seketul.. Nak jual emas jugak laa..
my abg n kakak ipar dah buat .mrk buat buy back . bln2 masuk acc . mmg berbaloi utk side income …
Nak try 1gm emas… 😉 😉 😉
kalau ikut situasi sekarang..memang patut orang sedang mengumpul beli emas..sebab harga emas sedang mengalami kejatuhan..dan akan naik bila-bila masa sahaja
gua masih belum boleh pegi dgn gold investment ni.yg sah cuma beli dan jual emas..pelaburan..kebanyakannya mengarut..sape yg mmula join tu mmg lah best..sekali kena serbu skmm..abis sepi
betul tu. banyak sgt skim pelaburan skrg ni. sbb tu pentingnya ilmu sebelum join. pastikan kalau beli emas, anda dapat emas anda. kalau tidak, pelaburanlah namamya tu
saya pun suka emas! 😛
Nak emas..nak emas..
Makcik2 beg besar ni mmg pantang tengok emas..:D
Bisnes emas ni memang menguntungkan. Dan emas adalah barang yang sentiasa ada permintaan.
baru nak berjinak2 dengan emas..^__^
satu pelaburan yang cukup bagus..cuma terfikir mana nak dapat modal untuk beli emas…
buat duit dengan emas memang best.tapi kena fahamkan betul2 hukum dari segi syariat Islam. ramai yang tak amik kisah.
bagus mula dari sekarang, trnd harga pun tengah rendah sekarang.
isteri masuk kedai emas
suami masuk kedai pajak
sampai bila2 pun tak untung
Sekarang semua hendak kaya cepat sebab taraf hidup semakin sukar. Dan ada juga yang ambil kesempatan atas kesempitan orang lain.
http://www.lovehutladyvitamin.com
ok cepat beli sebelum pasaran di china naik
Geng-geng IM pun dah banyak yang mula bertukar profesion kepada saudagar emas 😀
nak emas kena rajin cari ilmu jangan main belasah cari jalan betul percayai
Melabur emas memang lumayan tapi tidak semudah yang disangka. Kena tipu banyak kes la..
selalunya hanya melabur beli mas untuk isteri saja…
setuju.. untuk untung dengan emas, simple je konsep..
buy low, sell high.
mane2 skim yang pelik2 bagi untung bulan2 tu, risau nak join. hehehehehe
perlu lebih berhati2 jika nak melabur dengan emas….
Gadai emas di Bank Rakyat…memang tak berbaloi..
Alat timbang emas di kebanyakan bank adalah diimport dari China…jelas sekali pernah berlaku suatu ketika dahulu….emas 999 pam suisse ni dinilainye dengan Karat yg tidak sampai 24?? Last2 siap gosok dgn kertas kasar tapi dihalang oleh penggadainye kerana setiap debu terhasil adalah gram2 emas yg sgt berharga…
Bayangkan banyak company melayu ni yang dirampas kerana tidak mengikut peraturan le dsbgnye…so kemana perginye emas2 tersebut? Andai dijadikan rizab maka bertambah kayalah kerajaan bukannye rakyat..
Nilai emas memang maintain dan tidak merugikan. Rasa celik sikit pasal emas ni lepas kakitangna ar-rahnu yapiem jadi orang rumah…
Israil yang banyak kumpul emas sekarang ni… mereka bagi kertas jer kat kita…
Siapa yang rajin membeli dan menyimpan emas, kena rajin selalu ke pusat zakat…
Betul. zakat jgn dilupakan. dan janganlah takut nk simpan emas sebab takut kena bayar zakat. bersyukurlah anda sekiranya anda salah seorang yang layak memberi zakat.
Zakat tu sangat penting.. ada hak orang lain dalam emas kita tu..
Tak nak kasi hadiah emas ke barang seketui dua kat pengunjung yang setia ni, tuan rumah? kekeke
Saya tak berapa suka sangat pakai barang kemas, tapi beli jugak rantai tangan ni sebab rantai tangan emas yang mertua hadiahkan masa kawen dulu hilang masa pemeriksaan kat airport…huhu
adik pernah check harga barang kemas mak yang dulu, harganya memang melambung sekarang.
tak nak. baik bagi kat bini aku. haha..
emas adalah pelaburan yang paling baik berbanding hartanah. lebih best bila dapat beli jongkong emas tu.
Kalau nak buat bisnes emas ni lain kali mesti ada link dengan datuk ke…tan sri ke…lebih2 lagi Datuk Najib ke, baru le tak kene serbu.
Kalu tak pun link dengan Datin Rosmah..
Lagi bagus kalau simpan emas sendiri di Bank..kumpul duit dan beli emas then simpan di bank..cuma bayar upah simpan je..InsyaAllah selamat…dan zakat tahunan jgn lupe bayar nanti..
tak best.
lebih suka simpan sendiri je. haha
Selain dari rajin melabur emas, kena rajin selalu ke pusat zakat… 😆
wah.. sangat bagus entri ini.. saya dalam 2 tiga hari ini berfikir mahu membeli emas. ianya satu pelaburan yg baik.. nampaknya rezeki ni akan datang kepada tuannya..
kerana entri en.titan ni.. buatkan suami kak yatiadam bertukar fikiran untuk membeli emas.. tq ye…
wah tahniah dan bagus tindakan suami akak tue…meemang disrakan sgt beli emas dpt emas….bole hubungi sy utk join powergold juga….011-29290567…hafeez
paling senang rapat dengan orang yang ada ilmu jual emas, dapat tempias ilmu pun dah cukup bagus 🙂
Harga emas tengah murah sekarang…belilah dan simpan dalam ar rahnu…bayar upah je tak yah pinjam2…
kalo beneran dari gold , bakal ane simpen tuh duit dan ga akan saya akan saya buat beli beli :p
oh! ingat en titan yang jual emas tadi 🙂
Tak ahh..tukang promosi je. hehe
Den beli barang kemas dekat Kuala Pilah murah.
teringin juga nak join biz macam nih. 🙂
Huhu..tang kena tipu tu yang parah sangat..sebab tu nak main emas ni kena tahu banyak pasal emas..kalau tahu beli, tahu jual aje pun tak cukup..haha
pelaburan emas memang syok..tapi kena ada fulus yang kasar !!
Apa2 pon kena ada ilmu supaya tak salah buat pelaburan.
mmg dh lm nk melabue dlm biz emas tp hr ni baru faham sikit2. trm kasih info berguna ni sifu
mmg dh lm nk melabur dlm biz emas tp hr ni baru faham sikit2. trm kasih info berguna ni sifu
sifu baguih gak hadiahkan kpd pembaca setia blog sifu barang segram dua emaih ni
Powergold ni patuh syariah tak? Sb confius ada sistem mcm network, mlm & yuran jd ahli.
Alhamdulillah, powergold ni mematuhi syariah sbb tu sy tanpa ragu2 join..
anda beli emas anda dpt emas…terbaikk!!
jangan lupa zakat kalo cukup dah haul.
Salam tuan Titan..
Saya jmpe post ni sbb sy search “powergold tipu”….
Ok la…. Sy lgsg xjmpe Ape2 post pasal keburukan powergold tu.. Btw.. Content tuan Titan ni best… Thanks… Br nk bukak mata usha2 pasal powergold Biz..
Uhh syiokk oo kalau leh niaga emas ni. Dah ada online ni lagi la mudah.
hai~ En Titan…
duk survey pasal PowerGold kat Google, sbb ada member jual.. termasuk pulak kat blog hang… lama dah tak blog walking kat sini…
dah berapa gram dah kumpul emas nih? huhu~
Thanks En. Titan. Wa baru je nampak artikel ni dan tanpa segan silu wa terus beli Gold Bar dengan si Amira ni. Cepat pantas. Diskaun lagi. hahaha.
Satu pelaburan untuk masa depan yang pasti menjanjikan keuntungan kalau kita tahu caranya.
Saya nak senarai harga
bole kontek sy hafeez….stokis powergold berada di pahang…….jom simpan emas utk masa depan kita dan keluarga juga anak2…
Saya pun ahli powergold..alhamdulilah tak pernah kena tipu..saya buat saving emas sendiri..dapat gaji tiap2 bulan saya beli emas ikut kemampuan saya 1 gram n 1/4 dinar dalam 2 gram