Okeh.
Aku straight to da point.
Cerita sini, habis sini je.
Camana nak PILIH blog untuk iklankan produk kita?
Macam ni.
1. Tengok dan kaji produk dulu
Mula-mula sekali, tengok dulu produk apa yang korang nak jual.
Maksudnya, produk yang korang nak iklankan tu, produk apa. Niche apa. Kategori jenis macam mana?
Kemudian, tengok pula demografiknya bagaimana? Nak target market tempatan atau luar negara? Siapa pulak target orang yang korang rasa akan BELI produk korang. Then, umur diorang agak-agak dalam lingkungan berapa? Orang tua ka, budak sekolah ka, orang tengah cari kerja ka, nenek-nenek atau atuk-atuk ka? Makcik-makcik beg besar ka..apa?
Kena CARI.
Agar, korang tak RASA rugi bila pilih blog nanti. Kang, salah pilih blog, satu sales pun tak dapat. Bila tak dapat, mulalah nak salahkan penulis blog tu sebab dikatakannya tak berguna, bodoh dan tak untung bila beriklan kat blog penulis blog tu.
Beb, penulis blog tu dah cuba sedaya upaya bantu korang. Diorang takkan janjikan bulan dan bintang. Jadi, normal kalau tak dapat sales. Sebab bukan semua penulis mampu menghasilkan artikel dan blog yang berpengaruh. Sekali penulis tu suruh beli baju dalam untuk ikan duyung, berdoyon-doyon ikan duyung datang membeli.
Hang ingat hang sapa?
Okeh. Setel bab tu. Ada apa-apa soalan, terus tanya kat ruang komen nanti. Malas nak cite panjang-panjang.
2. Tujuan Promosi dan beriklan
Kemudian, kena tahu apa TUJUAN korang buat promosi tu. Maksudnya, apa tujuan korang beriklan kat blog tu.
Korang nak APA?
Nak orang beli produk korang atau nak orang tahu tentang produk korang.
Kalau nak orang beli produk korang, korang kena suruh penulis tu BUAT HARD punya promotion. Memang direct dan jelas punya promotion. Senang cakap, korang nak penulis tu suruh orang beli produk korang. Kena jelas permintaan korang. Baru senang penulis tu nak susun ayat agar orang masuk umpan yang penulis tu pasang. Dan kalau korang tak beritahu dengan jelas, tak hairan korang tak dapat satu pun sales. Kalau dapat 2-3 sales, dah kira cukup bersyukur dah tu walaupun harapan korang nak seribu sales dari artikel tu.
Kalau korang nak orang TAHU tentang produk korang, lain pula cara promosinya. Lain cara artikel itu ditulis. Lain pula umpan yang perlu dipasang dan lain pula lagu yang kena dipasang. Kena faham tujuan korang promosi. Ini kita panggil AWARENESS.
Maksudnya, kita sebarkan ilmu tentang produk tu. Kita gebang cerita kelebihan dan khasiat produk tu. Kita ceritakan keistimewaan dan keunikan produk tu. Agar, dapat capai tujuan muktamad kita iaitu untuk..
–> Dapat SALES!
Bila ada orang membeli, itu tandanya marketing kita berjaya. Itu tandanya blog yang kita PILIH itu tepat dan menepati apa yang kita mahukan. Penulis blog dan blog macam ini yang perlu kita SAYANG dan CINTA selalu atas dasar duit. Bukan atas dasar kasih sayang. Nanti susah hati pulak penulis-penulis blog sebab ada orang mintak kahwin nanti. Kalau bujang lagi, tak apa. Boleh isi borang. Kalau dah tak bujang, kena mintak izin dululah gamaknya..kan?
3. Bajet itu PENTING
Last sekali, bajet. Kena pilih penulis ikut bajet. Tapi aku sarankan, kalau korang serius, abaikan aje bab bajet nih. Jangan hadkan. Dah nama pun nak buat promosi dan nak beriklan. Keluar banyak sikit duit tu. Buat promosi AWARENESS tu dalam setahun. In-sha Allah, banyak hasilnya. Kebiasaannya, bila banyak bajet dikeluarkan, memang banyak juga salesnya. Dengan syarat, apa yang aku cerita sebelum ini, korang kena ikut dan laksanakan dengan penuh bijaksana.
Tapi kalau takde bajet, pilih penulis yang ada skill dan juga blog yang mantap terutama dari segi SEO dan penghasilan artikel yang berpengaruh dan pandai-pandailah main harga dengan mereka. Ada banyak penulis yang boleh terima bayaran dengan harga yang murah dan berpatutan. Dan ada juga ramai penulis yang kenakan caj yang mahal. Dan kena faham mengapa diorang caj mahal. Diorang nak hasilkan blog yang POWER dan banyak pengikut tu, bukan satu kerja yang senang. Ramai yang sakit tulang belakang dan merah biji mata untuk hasilkan blog yang betul-betul mantap.
Respek sikit harga yang mereka tetapkan. Itu harga mereka. Itu nilai mereka.
Kalau takde bajet, cari orang yang boleh terima bajet korang. Simple. kan?
Kesimpulan.
Nak beriklan, nak buat promosi. Jangan kedekut.
Orang kedekut, selalu rugi.
Macam anjing dengan bayang-bayang.
Tulang entah ke mana, sales habuk pun tak ada.
…
….
Dah, meh iklan kat blog aku nih kalau berminat.
Aku caj mahal-mahal punya. Takde murah-murah. Nak murah, gi beriklan kat blog orang lain.
Haha..
Dah. Jom teman aku makan jambu mahsuri ni.
Sedap lagi dari jambu asam boi tuh.
14,001 total views, 1 views today
budget dan tujuan iklan tu paling penting. aku lihat perkara tu dahulu
nama url pun penting,, supaya senang jumpa kn – kedaionlinemy.com
ok..mari sesape nak mengiklan..ahaha
Nangesss tengok jambu tuh.. sedapnyaa.. huhu
Masa kecik2 dulu slalu makan jambu camni.. sangat nikmatnya..
ya.
sila nangis kuat-kuat. 😈
tak salah keluarkan modal sikit nk promote tu..hasil x nmpk skrg,masa depan insyaAllah berduyun sale masuk…
uiksss…sedap nya jambu tu.. lama aihh tak makan…
jambu jenis ni susah dah nak jumpa..
belum pernah mintak penulis blog untuk buat promosi…
apa pun paling penting pasti budget
makan jambu mahsuri sorng2..ajak2 la
Sapa nak iklan boleh roger aku… ha ha ha…
Marah sifu titan, spam kat sini..
Oohh..berani spam ye.. 😈
baru tahu..orang kedekut selalu rugi..biasanya orang tamak selalu untung!he..he..kasi pening sikit
Dua-dua pun kekadang ada masa rugi dan ada masa untung.
Kena pandai la guna bab tamak tu. haha
nengok pun dah nampak sedap tu
wowooww.. Lapaq aku pepagi tgk jambu ang…
jambu aku tau la, tp x tau plak nama jambu putih ni jambu mahsuri, betul ker
Aku je saje bagi nama macam tu.
HAha..
Ada kaitan tak mamat jambu dengan jambu mahsuri ni 😆
Promosi besar2an…rasa2 malas nak fikir promote je kat Bharian atau blog2 yang dah tentu ramai org menerjah masuk..
Tapi tu lah Tuan Titan dah kata…nama pun promosi so bajet jgnle kira sangat…em kenele berbelanja modal yang besar kalau mau sales mencanak2 masuk ye..
bayar nak murah tapi nak sales meletop2 macam popcorn.. memang tak dapat la kan.. nak2 lagi yang minta tolong atas dasar perikemanusiaan atau lebih senang minta free review.. lagi tak boleh blah. Nak lebih bayar lebih so dapat lebih.. nak murah.. kualiti pun murah la. Nak iklan kat blog den boleh.. murah tapi target jangan sampai ke angkasa lepas sebab blog den masih jejak ke bumi hahahaha
aiyo…gambar jambu tu menggoda pulak..
kalau nak iklankan penkhidmatan kereta sewa mcm mana encik Titan? saya provide servis je bukan produk.
Servis tu samalah dengan produk.
Servis = produk.
Salah satu jenis produk adalah menjual servis.
Macam aku, salah satu produk aku adalah jual servis tulis advertorial.
So..perkhidmatan kereta sewa ko tu..kiranya produk la tu.
Leh promosi kalau kat blog niche kereta dan blog personal.
Dua jenis blog tu je sesuai. Blog niche lain, bukan tak leh. Cuma tak berapa kena melainkan penulis blog tu pandai mengarut macam aku.
Haha..
wow..panjang lebar penerangan ..i like ! Memang tu tengah pikir sebenarnya nak promote kat blog personal je kot yg murah2…bajet ciput jer pun utk promosi bulanan..pernah try melalui adword tapi mahal nak mampus…rasa mcm tak bebaloi…nak buat SEO haram aku tak pandai…ko punya kitab kaler pink tu kasi diskaun sket la..dah lama geram nak beli ni 🙂
Kalau ko ambil review aku, harga lagi mahal dari beli kitab tu.
So, cadangan aku, beli kitab tu. Dah tak payah pakai servis aku.
Leh da tulis sendiri lepas nih.
Haa..bagus tak cadangan aku nih? Haha..
Haha…Cadangan ditutup…nnt email aku ko punya sebut harga utk advetorial dan juga harga cun utk kitab pink tu !!Aku kena bincang dengan bro aku jugak pasal ni..klo bole kasi input-input yang boleh aku guna utk yakinkan bro aku a.k.a bos aku tu pun cantik.. TQ 😳
ehh..
ko la email aku.
Aku plak kena email ko.
Haiya.. 😈
okay okay…dah email…jgn xbalas…
Ho ho jawapan ni memang legend. Siapa yang nak beli dia la yang kena emel : 😆
Bagusla bro straight to the point. Ada modal banyak boleh iklankan kat blog bro. Pasti tak rugi.
Yang beriklan bolehlah minta informasi demographic gender dan age dari pemilik blog untuk beriklan. Supaya senang dapat sedikit bayangan samada letak iklan diblog tersebut berkesan atau tidak.
terbaik bro..boleh jadi pandung unutk aku promote produk aku nie..hehehe
Memang kena pandai pilih blog jenis mana untuk kita buat promosi.Kalau ikut trafik sahaja tak membantu.lainlah untuk membina jenama.
Okai.Setuju.
Orang kedekut selalu rugi.
Pagi tadi pun ada baca pengiklanan melalui FB ADS pun dah semakin terhad.Peniaga online kena beralih ke blog pulak.
😈 😈
Betul tu.. bajet mg penting.. biar modal bnyak sikit..
btw.. jambu tu nampak sedap.. hehe
Mari laa mari ke mari buat iklan dekat blog titan byk2. Kaut untung byk2 dgn iklan blog titan. Mari mari mari ke mari cepat cepat jgn tak cepat.. Mesti untung berbaloi baloi punya. Sekian. Makaseh..
takut nak tanya berapa bayaran untuk review kat sini..hehe..
Tak salah bertanya, tapi bertanya biar nampak serius nak iklan. Buat MOU ke .. sebb Titan mesti nak tolong punya … walaupun dia tamak tapi tamak dia boleh bagi untung .. hoho ..
Nak buat iklan gak kat sini boleh? Hehehe
Pernah buat iklan dengan blogger lain sebelum ni. Memang pemilihan ikut sebijik ape yg bro tulis ni. Sangat berbaloi2. 😉
Harap blog gua dalam senarailah .. haha
Blog bro mmg dlm senarai. Hehehe
klik jer nama aku..blog iklan aku dah memang di setting untuk seokan semua produk..percuma sahaja untuk usahawan kecil kecila 🙄 🙄
Wow .. best ni, leh la promote bisnes gua kat blog lu … 🙂 hehehe… promote yang gua ada blog buat servis tulis advertorial .. haha .. bolehkah?
bolah bang hasrul… 🙄
Bisnes kecil2an macam aku punye boleh ke dpt iklan free bro? Hehehe
Promosi memang penting…
Kadang-kadang aku terpaksa reject permintaan orang untuk beriklan advertorial kat blog aku. Sebab tak nak kecewakan orang yang nak beriklan tu.
untung nak besar, keluar duit untuk promosi kedekut pulak. adoi.
Biasalah tu.
Aku pun kedekut gak selalu. Haha.. 😆
adoiii.. jambu mahsuri tu buat aku terliur… 😉
Tu la.
Masalahnya dah habis stok. 👿
Emm terima kasih kongsikan..macam sedap jer letak iklan kat blog ahmad faizal ni..hahaha…
Ada lebih jambu tu?? Bak sini sikit.. 😆
Jambu dah habis.
Kena beli kat anak murid gua dulu.
nak spam ni, buleh ka (mintak izin dulu).
haa…ni permission marketing nama dia.
tak leh spam.
Grrr..
tengok kesedapan jambu tu sampai lupa nak buat iklan hihi
Iklan pasal jambu gak ka?
aku tengok macam sedap je jambu mahsuri tu, cam terliur je ni. haha.
nak beriklan jangan kedekut..kalau kedekut ..jawabnya tak untung la..
tersangat kedokut rupanya… kedekut jangan tak kedokut..
ehhh, jambu ni warna putih lah.
biasanye warna pink kan?
terliur pulak malam2 ni..
Berapa en.titan caj? huhu
kalau aku nak suruh orang promosikan produk aku adalah kerana aku nak banyakkan review selain dari 1 blog semata mata, bab x dapat jualan tu lain cerita
Haha .. aku selalu kena bab ni. Mintak quotation harga iklan bagai, dah bagi .. diam. Biasalah mereka nak bandingkan dengan blog lain dulu. Tak mengapa, tapi itulah, aku setuju sekali bab semua yang lu tulis ni.
Alhamdulillah rezeki ada dimana mana dengan usaha 🙂 yg pentng bila dah customer mntk iklankan tu bntu skli promosinya.. penat?jgn penat kerana mereka bayar kita,bt yg terbaik baru nikmat wang yg di terima,.
den dah rasa ekau ni mcm executive pemasasan hehe
eh typo pemasaran
Melabur pada blog yang kena paa niche produk, silap2 boleh untung berpuluh kali ganda.
Dah best baca info iklan produk, melelh nampak jambu tu..isk isk…sedap ni makan time hujan..
Kadang kadang ada blog yang caj mahal untuk iklan,dia jamin itu jamin ini..tapi satu pun haprak….aku pernah kena
Kena cari umpan yang jarang orang guna tetapi hasil tangkspan power . Umpan spa bro yang paling top sekarang ini. Kena keluar moddl sikit yang dorang kedekut sikit.
perkongsian yang sangat hebat… terbaik
sedapnta jambu mahsuri… lama dah teringin nak beriklan dlm blog sifu ni. nanti ada bajet lebih akak inform ye
memang harus berkorban juga untuk mendapatkan kejayaan ya