Ya.
Nampaknya isu PM kat facebook ni dah semakin menjadi-jadi sekarang.
Aku tahu bahawa ramai seller dok suruh taip PM kat status facebook kalau nak suruh orang kita beli barang dari diorang.
Bagi aku, itu bukan satu kesalahan besar.
Yang menjadi satu kepelikan bagi aku..
PUKUL rata seller yang aku jumpa dari 50 orang yang suruh taip PM tu, cuma tak sampai 10% yang akan membalasnya. Aku sendiri dah cuba dan memang ramai seller yang tak PM aku pun.
Nasihat aku.
Nak berniaga, buat cara nak berniaga.
Dah suruh taip PM, korang sebagai seller haruslah PM setiap orang yang dok reply “PM” kat status korang itu.
Sebab, korang dah suruh mula-mula.
Dan bila ramai marah dan maki sebab tak dapat balasan PM dari korang.
Memang sah-sah korang bersalah.
Jangan ingat KAMI tak “CHECK” kat “other inbox”. Majoriti akan check punya. Kalau tak ada tu, memang tak ada.
Sebab memang ramai yang buat taik. Akibatnya, tercalit gak bau busuk tu pada seller lain yang betul-betul serius nak meniaga.
Dan..
bila kami yang pada mulanya berminat nak beli produk yang seller jual tu, dan dapat PM dari korang, kami ada HAK untuk tak reply kalau kami tak berminat nak membeli. Tak kiralah atas sebab rasa terlampau lambat dapat balasan PM dari seller atau rasa harga yang ditawarkan itu tidak menarik hati kami.
Kami ada hak untuk tak balas PM dari seller.
Jadi, seller, tak perlulah meroyan bila ada yang tak nak beli produk korang.
Kenapa SEMUA ni terjadi?
Sebab ada TUK GURU atau sifu atau otai yang mengajar seller teknik PM nih. Teknik ni sebenarya POPULAR pada zaman kegemilangan forum dulu-dulu. Siapa yang pernah aktif berforum dulu, mesti tahu isu PM nih. Dah famous bertahun-tahun lamanya terutamanya mereka yang selalu lepak kat Warrior Forum dan Digitalpoint forum. Termasuklah blackhatforum tu.
Lepas itu, menular ke forum tempatan seperti Wangcyber, Carigold, Jutawan.org dan memacam lagi forum.
La nih..bila facebook dah jadi satu MEDIUM yang cukup senang untuk menjual barang, isu PM ini timbul semula.
Sebab ada orang yang “JUAL” teknik ini dan ajar ramai orang teknik ini.
Bila dah ada orang SALAH guna teknik ini, timbullah isu yang tak seberapa ini.
Itu belum masuk teknik..
“Sila taip “Saya hensem!” kat ruang komen kalau nak membeli. Saya akan PM anda langkah seterusnya..”
“Sila taip PM, saya akan hubungi anda selepas itu..”
“Sila tulis “saya nak RM30000 dalam sebulan”, kalau mahu tahu teknik ini..bla..bla..”
…
….
Dan macam-macam lagi status yang lebih kurang sama.
Konsep membeli dan menjual.
Yang menjual, boleh promosi. Tapi kalau yang berminat nak membeli dah tak minat nak membeli, JANGAN MEROYAN dan maki hamun bakal pelanggan korang tanpa sebab yang kukuh. Dah diorang tak minat, apa pasal korang nak marah-marah plak kan? Itu maknanya, promosi korang belum cukup berjaya. Sila cuba lagi sampai berjaya.
Dan yang menjual, sila PM walaupun hakikatnya korang dapat 900 komen yang dah susah payah taip ” Saya hensem!” tak kiralah diorang berminat nak beli atau saja nak sailang bisnes korang. Aku tahu 900 komen tu banyak. Tapi dah korang gatal nak berniaga, dok rajin suruh orang taip itu, taip PM ini, taip PM ituh.., alasan tak ada masa atau tak larat nak PM semua orang, itu adalah alasan paling bodoh.
Dah korang suruh taip macam itu, sila taip PM atau taip benda yang korang nak diorang taip…memang itulah yang diorang buat. Dan bila tak dapat apa yang seperti diorang nak, memang haruslah diorang maki hamun sebab korang tak tunaikan janji.
Lepas tu, nak lepas tangan..boleh plak cakap..
“Maaf. Stok dah habis. Kena tunggu re-stock yang baru..sebab tu dah tak PM awak semua..”
What da hell?
Ini pun satu hal gak. Boleh plak bagi alasan poyo macam tuh.
Lain kali, kasi tau awal-awal berapa stok atau jumlah yang korang nak jual. Ini korang tak bagitau awal-awal, macam mana tak kena maki?
Takpun..bagi alasan KUKUH yang kononnya boleh melepaskan diri..
“Beb..seller pun manusia gak. Takdenya dok depan laptop setiap masa..”
Fine. Itu aku faham.
Tapi majoriti LAMBAT. Ada satu kali tu, dekat 2 hari baru dapat balasannya. Ada yang 3-4 jam baru hantar PM. Ada satu tu..sms lepas 8 jam. Lagi ngeri, langsung tak hantar PM. Lepas bodo gitu aje.
Korang nak meniaga, mesti cepat dan pantas. Alasan lambat ni orang kita tak boleh terima. Kalau tahan kena maki, tak apa juga. INi tak tahan, boleh plak rajin buat status maki bakal pembeli eh? Apasal la tak guna masa tu untuk layan client korang elok-elok? Ini dok meroyan segala bagai. Macam mintak kena maki DUA kali plak rasanya..kan?
Huhh..
Macam mana orang tak bengang dengan korang?
Nak meniaga pun, agak-agak la.
Lain cerita kalau korang dah letak harga awal-awal.
Lain kisahnya kalau korang dah letak suruh siapa yang berminat itu PM korang dulu atau suruh diorang sms dulu kat korang.
Yang ini, boleh abaikan mangkuk-mangkuk yang tak reti bahasa tu yang dok gatal taip PM tak tentu pasal.
Sebab memang boleh tahan ramai juga yang GAGAL membaca dengan baik.
Maklumlah, dunia facebook ni memang PENUH dengan ramai orang yang bangang sikit.
Biasalah tu. Normal.
Orang macam ni, kita maafkan sahaja mereka. Tak perlu kita pula kasi bakar diorang.
Kesimpulan
Bersangka baik selalu tak kiralah dari pihak seller atau buyer.
Seller kena banyak bersabar sebab buyer ni memang ada 1001 macam perangainya.
Buyer ada hak untuk reply PM atau bertanya harga dan tanya macam-macam sebelum mereka keluarkan duit untuk membeli. Korang takde hak nak marah sangat. Kena layan customer elok-elok sampai diorang jadi mangsa korang. Faham?
Yang dah korang memang SUPER MALAS nak letak harga awal-awal, siapa suruh? Memang korang saja cari masalah, kan?
Ya, ya. Itu teknik menjual yang Tuk Guru korang ajar.
Tapi beb..susah sangat ke nak letak harga awal-awal?
Takut barang tak laku?
Takut takde orang beli produk korang?
Kalau promosi korang cukup bagus, produk memang banyak permintaannya..
kenapa harus TAKUT untuk letak harga awal-awal?
11,693 total views, 2 views today
PM.. eh, hubungi saya kalo nak apply unifi.. hehhehe
dapat komisyen kalau sy apply kn untuk orang lain? – kedaionlinemy.com
Perkongsian yang sangat berguna..
Betul tu.. saya setuju.. hak untuk membeli atau tidak terletak pada penilaian pelanggan… sama macam kita minta sebutharga dari syarikat. .. belum tentu kita terus membeli brg tersebut.. sebab kita kena buat perbandingan harga terlebih dahulu, baru membeli dari syarikat yang menawarkan harga terbaik…
Thorbaik!!! Memang ada sesetengah seller yang suka buat teknik ‘komen’ supaya post diorang viral. Layanan jer lah. Tak perlu meroyan.
Perkongsian yg menarik.oh mcm tu..kak bru tahu nk cek pm kt mnr. Nti lps ni nk g cek..
taip PM takpe lagi, ini ada yang minta taip “amin” dekat gambar-gambar yang dikatakan menginsafkan.
pm boh~ 😈 😈 😈
Saya setuju sesangat lontaran peluru En Titan kali ini memang fenomena PM ini kena diperbetulkan! Menyakitkan hati tu bila buyer tak reply PM mula la meroyan perli-perli kat wall dia..hak pembeli la dia nak beli ke idak! Paling penting seni melayan pelanggan tu kena perbaiki dulu..terima kasih cikgu 🙂 saya share link ni kat wall saya untuk diambik iktibar!
lagi haru bila dah letak harga, komen PM.
kadang-kadang macam jadi trend orang saja komen PM.. PM.. 😐
dah letak harga barang pun ada yang PM tanya harga… achaner tu…? hahaha…. anggap jer lah PM tanya harga sebagai mukadimah untuk berkenalan… dan seterusnya kalau marketing power boleh close deal… 😀
PM tu ape… Perdana Menteri ke? Huhu… tu yg sibuk xberbalas. 🙂
Agak meletih menjawab PM di Facebook. Ada cara lain? selain menjawab secara manual ini.?
Betul tu…yang penting penjual dan pembeli kena bersangka baik
Yang paling hairan, dah letak harga dan sebagainya. Ada makhluk dok tulis ‘pm for price’ 😯
Info yg sgt berguna….
haha…
geli perut baca sebab inilah apa yang saya duk fikirkan
nak buat macam mana kebanyakkan seller sekarang byk follow western marketing…
saya pun sebagai seorag buyer pun malas ak layan seller yang suruh duk pm sbb saya tak minat nak buang masa pm seller, lepas tu nak tunggu.. ingat saya ni duk hadap komuter 24jam.. kalau kedai fizikal kena letak harga, same goes dengan kedai online.. rules berniaga kan?
dpt customer pendiam mcm saya ni ha, xdelah nak tanya harga.. tengok ajelah
..dan saya sebagai seller pun tak minat nak buat sila pm untuk harga, banyak kot kerja nak kena PM kalau produk terlajak laris.. haha.. mau juling mata nak pm sorang2
hehehe. biasalah isu camni.. kena relax je kalau nak jadi peniaga tegar..
macamlah aku ni peniaga kan
Panjangnya tips ni, tapi betul2 belaka containnya.
Dia takut competitor dia jual lagi murah hahaha
PM saya kalau nak makan cendol sama-sama.
Itupun kalau Asyraf tak sibuk la.
Hahaha ..
nanti – nanti nak PM En.Titan lagi lah 🙂
😛 😛
betul2..saya pun pernah terkena..skrg ni dah malas nak tanya pape..kalau nak beli sangat pun ke kedai terus..hehe
Ingatkan pasal Perdana Menteri tadi..huhu
saya nak RM30000 dalam sebulan…
gurau je bro jangan marah
PM saya kalau nak review blog.. haha
isu PM ni dah lama.. sama la kalau berniaga di Instagram pun, suruh PM PM sedia..letak terus harga kan senang, aku tahu, pembeli akan sentiasa compare harga mana yang berbaloi. Tu hak depa kan, hang yang berniaga. Jalan terus la! ada 400 juta lagi rakyat Malaysia ni..
PM ~ Legend ni.. sal kalo letak harga penuh, siap detail bagai, suru wassap atau cek laman web.. still masih ada minta PM.. hehe..
Diaorg takut”perang harga” kot, nanti kan ada seller lain pergi PM customer bagi harga lagi murah. So jadiklah isu cantas mencatas kat situ. Eh, itu cerita dalam forum la.. tapi tak mustahil terjadi dlm FB jugak. Tapi saya jujur cakap memang malas nak pm tanya harga, nak-nak kalau member yang jual. dah tanya tu, nanti tak beli kang.. kecik hati member lak. susah..susah… 🙄
Ingat isu PM Malaysia tadi…
Terkadang terlalu bz kot sehingga tak menang tangan, order lagi dan nak jawab pm lagi…so itule kot alasannye atau sekadar nak org g tengok je produk je kot…
Kekadang tu ada berita atau info je letak kat FB tu, itu pun nak suruh pm, malas nak klik kat pic tu…ishk3..
Kalo pm dah byk kepuk2 kena bersedia laa byk masa sikit utk balas pm dan uruskan apa yg patut..
Peniaga kena kental. Pembeli ada hak. Masing-masing menghormati baru lagi lagi damai dunia PM ini..
betul. ada je yang macam tue. tapi tak sume lah kan. hehehe..
Benda nie dah biasa. Sebab tu susah nak maju. 😆
Kalau dah letak harga tapi masih nak komen PM, anggap je la prospek anda tu sewel atau tengah kerasukkan sebab baru tengok PM kat Buletin Utama.
Layan je la,
letak harga awal2 settle masalah, kecuali nak beli banyak ke….
jarang sangat aku shopping kat FB..aku lagi suka shopping kat Lelong,barang lagi murah dan cepat sampai..tekan je add to cart, terus bleh buat online payment..senang cerita..
ada la pernah aku beli lense kat fb..aku pm terus/whatsapp je terus kepada owner..ada sekali dua je, aku mintak pm details..senang..:D
kadang-kadang dah letak harga terpampang, tapi mesti akan ramai juga yang akan komen “pm” heheheh
pendek kata dua-dua pihak kena telus. yang menjual kenalah telus, kalau kita suh orang pm pastikan kita reply. kesian orang yang nak beli dengan kita.
yang tukang pm pun kalau seller jawab kat pm jangan pula senyap, atau “seen” je. sekurangnya cakap ok kalau saya nak saya bagitau, atau ok tq. Barulah penjual pun tak tertanya-tanya tadi suruh pm sekarang dah pm ucap ok pun tidak.
Ya… saya setuju sesgt dgn admin… memang selalunya takkan dapat reply pun kita punya PM tuh… memang menyakitkan hati sungguh lah… eeee
PM laju-laju hahaaha
Aku pernah terfikir juga. Kenapa tak letak harga awal2….menyusahkan pembeli cara ni.
Pening kepala Pak Jib nanti…asyik PM,PM,PM 😉
ooo..ingat PM tu Perdana Menteri..upernya private message..kikiki
bagi saya..sy pun x gemar kalau seller suh pm pm..ni..malas la..ada harga terpampang..berkenan baru beli…x tulis harga berkenan pun..malas nak tanya..hehe
ada gak yg dh baca dlm blogshop katanya tapi masih lg dok wasap tanya harga. lastly pertikai boleh laku ke tak produk tu. walhal dh ada dlm testimoni produk. haish, mcm2lh pwrangai… sabar je la…
masalah pm ni bukan setakat seller je… blogger otai yang kata nak PM pon tak pm… inikan pulak P.M nak pm memang tak la… heheheh
😆
demam PM kot..
Kadang-kadang tak suruh PM pun di PM nye.. 😆
Pernah sekali terjerat dengan PM ni..mujurlah diorang PM..lepas tu dah tak minat lagi dah..rasa hilang minat tu..
haha…
Satu isu kecil dalam dunia perniagaan. Paling mudah , just let it go..
Seller xhantar PM , cari seller lain
Buyer xreply PM , cari buyer lain
Xyah susah – susah nak pening kepala + sakit hati.. hehe. Aman hidup..
Memang jarang la nak PM seller ni, kalau berkenan terus cakap nak beli ja then seller yang PM
luahan yg pedas tp penuh makna.heheehhee 😈
Sudah terlebih PM hehe
Haha…tersenyum-senyum saya baca entri ini. Terbaik!
Dia tak letak harga, sebab dia nak filter buyer yang benar-benar yang serius.Buyyer yang serius akan PM mereka ataupun nak validate product dlu.
Teknik ni juga sebab nak buat engagement tinggi dan buat viral.
Malangnya bila dah viral ada yang meroyan. sebab sale tetap tak naik-naik. hehe.. tapi tak semua la macam.