Ya.
Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog.
Beberapa hari lepas, aku ada terlibat dengan Seminar Buat Duit Affiliate dengan blog anjuran Denaihati Network. Kalau biasanya aku terlibat sebagai peserta, cuma kali ini ada kelainannya sedikit. Kali ini, aku pula yang jadi panel. Secara jujurnya, aku sendiri dah lupa apa yang aku merepek hari itu. Tapi aku harap, ada la juga manfaat yang boleh diperoleh dari peserta-peserta yang hadir pada hari tersebut.
Senang cakap, lega sikit sebab dah lepas satu kerja nih.
Kalau tidak, selagi tak habis masa aku tu..selagi tu hati ni rasa tak tenteram sahaja.
Ada sahaja yang nak difikirkan. Nak cakap macam mana, nak kelengtong apa, gaya persembahana macam mana, kena menyanyi ke, kena bukak langkah silat dulu ke, kena main mata dulu ke..senang cakap, “NEBES” jugaklah kiranya. Setiap kali aku kena berdiri kat depan crowd macam ni, memang perasaan tu mesti datang tanpa amaran. Nak tak nak, kena cakap gak.
Nasib baiklah pernah jadi peserta pidato dan syarahan masa kat sekolah dulu.
So, pengalaman yang sedikit itulah dijadikan bekalan untuk terus merepek sampai satu tahap, Hilal dah bagi “signal” agar aku habiskan ucapan aku.
Demm..tak cukup masa lagi. Walhal, aku ada banyak lagi cerita nak gebang agar lebih ramai orang BELI kitab PINK aku.
Haha..
Sekitar Seminar Buat Duit Affiliate dengan Blog.
Lupakan bab hal perasaan aku jadi panel tu. Kalau dilayankan, 2-3 bulan takkan habis.
Haha..
Apapun, seronok gak datang dan terlibat dengan seminar macam ini. Walaupun berskala kecil sedikit kalau nak dibandingkan dengan Seminar Lejen IM nanti, tetapi ini semua kita panggil sebagai pengalaman. Pengalaman ini yang membuatkan kita menjadi lebih matang dan lebih serius bila mahu buat duit dengan blog. Khususnya dengan program affiliate.
Dan, yang bestnya dapat jumpa ramai kawan-kawan blogger dan juga bakal client baru.
Ada client yang minta kita tulis artikel untuk promosikan produk diorang. Ada yang bagi job direct. Tunggu diorang contact katanya. Tapi sampai hari ini, takde lagi yang contact. Haha..tak apalah. Mungkin diorang sibuk agaknya. Tak kurang juga ada yang mintak lagi pencerahan macam mana nak bermain dengan Teknik SEO dengan baik. Ada strategi yang patut guna dan apa taktikal yang sesuai untuk kuasai first page kat search engine tu.
Tak kurang juga, dapat jumpa gak Zeo Unic, Ariff Shah, Prof Hariz, Cikgu Naman, Zakwan Zain, Abam besar Denaihati, Abang kawasan Empat bersaudara Eizil, Shakiddo, Hazman Fadzil dan Anarm. Dapat juga jumpa Cikgu Eita yang dok hari-hari skodeng blog aku, dapat gak borak kejap dengan Ustaz Noehas. Brader Melastik Bintang pun ada. Makcik Nursmisnan dan kembarnya Cik Nami Namia tu pun ada gak. Bos besar Klikjer.com pun ada, si Shuth. Seronok tengok data Klikjer yang dikongsikan oleh beliau. Leh la lepas ni serang Klikjer plak. Haha..
5 Panel yang hensem dan penuh muslihat
Barisan Panel kali ini pun mantap belaka.
Top affiliate yang sedang meningkat naik. Prof Hariz pun ada. Walaupun macam nampak malu-malu ayam sikit, tapi disebabkan dia memang tinggi macam galah..semua orang pandang dia. Lagi ngeri bila dia tunjuk cek 5 angka yang dia dapat tahun ini. Mau tak geram gadis-gadis bertudung comel dan peserta-peserta yang lain? Top Affiliate IKR 2014, Zeo Unic pun sama. Mantap dan padu. Persembahan memang meyakinkan dan siap tunjuk lagi flow macam mana nak buat duit dengan affiliate dan apa yang patut kita buat kalau SERIUS nak buat duit dengan affiilate.
Shuth plak, memang bersahaja. Maklumlah, memang selalu bagi ceramah dekat seminar-seminar sebelum ini. Dan jangan korang tak tahu, Shuth adalah orang PERTAMA kat Malaysia ni yang tulis ebook dalam bahasa melayu dan jual ebook tu di Malaysia. Aku juga turut terkesan dari semangat Shuth nih dan mula tulis ebook dan jual selepas itu. Hasil melepak kat forum Wangcyber dulu-dulu. Eizil plak, toksah cakap..memang bersemangat habis. Suara dia, lebih nyaring dan cukup padu. Semua orang dalam dewan tu boleh dengar walaupun pada mulanya macam malu-malu harimau. Sempat gak Eizil promosi kelas WordPress dan Essential yang dianjurkan oleh Denaihati Network. Nasihat aku, kalau tak nak beli kitab PINK aku tu, korang pergi kelas diorang ni. Bagus. Sebab kalau nak harap aku bagi kelas, memang takkan ada punya. Haha..
Encik Titan tu?
Oh.
Dia memang ohsem. Retis habis. Cukup gagah perkasa. Asyik kena sabotaj aje. Siap ada garis-garis kat slide presentation la, masa tak cukup la. Kenyang la..apa la.. Dok promote kitab PINK tu aje memanjang.
Senang cakap, brader ni memang BEST.
Bini aku pun cakap mula-mula macam tak percaya. Tapi dia kata, brader ni memang BEST gilalah..
Haha..
Overall..
Memang puas hati gak la.
Malah, talk dari Bos Karangkraf iaitu Dato Husamudin juga memang best gila. Aku suka cara dia bercakap. Penuh dengan ilmu. Maklumlah, lagi tua dari aku. Dan of course, lagi BANYAK membaca dari aku. Maklumlah, dah Karangkraf tu pun dia punya..haruslah banyak buku yang dia dah baca. Hari-hari dok jumpa buku depan mata. Aku sendiri huru-hara bila masuk kedai kat sebelah dewan seminar tu. Nak aje beli macam-macam buku. Siap ada diskaun lag tu. Sempat la sambar 1-2 buku hari tuh untuk bahan bacaan kat rumah bini nanti..
Dan sempat gak pau baju merah dari Shakiddo.
Bini aku dapat warna oren. Aisehh..tak “matching” la plakk..
Haha..
Kesimpulan
Satu lagi usaha yang baik dari Denaihati Network untuk memperkenalkan kepada orang ramai dan blogger tentang potensi buat duit dengan affiliate. Jika selama ini kita hanya didedahkan bahawa buat duit hanya dengan advertorial, dropship, cover event, nuffnang dan innity sahaja. Kini ada satu lagi lubuk dan peluang untuk diterokai secara serius.
Impak dia, kesan dia..memang LUMAYAN dan cukup banyak.
Jika kita serius, jika kita betul-betul nak buat duit dengan blog.
Pendek kata..
Kita kena usaha.
Usaha untuk hasilkan Malaysia Best Blog 2015 dengan lebih gigih lagi.
Bila dah usaha tu, kita kena usaha sungguh-sungguh.
Dan rajin-rajinlah berdoa, solat sunat, baca al-quran dan makan cendol selalu.
In-sha Allah, Allah akan campakkan manfaat dan hasil yang lumayan kepada kita.
..
…
Ya. Seminar kali ini sama gak macam IKR Gathering 2014.
Takde cendol.
Demm..
9,955 total views, 1 views today
gua tau..gambar kompem semua lu cilok orang punya..kan?haha..
affiliate ni kne byk sabar,, tk sabar,, tk dpt lh hehe, btw tq kongsi artikel ni 🙂 – kedaionlinemy.com
prof hariz nak kenakan abang ensem ke? baju pink gitu.
Semua panel seminar buat duit melalui affiliate memang hebat2 belaka.. tentu semua peserta berpuas hati dapat menyertai seminar ni.. Terutamanya dapat bertentang mata dengan penulis kitab seo warna pink yg memang terkenal sebagai lagenda blogger di Malaysia. . Terbaik bro.. Tahniah. .
Bro ada yang request slides yang tak sempat habis tu… 😀 tak nak ke share2 dengan kitorang semua… hehehe
saper yang nak slides tu tadi…? hehehehe
Terima kasih atas perkongsian yang terbaik dan penuh dengan inspirasi
Kena pergi seminar IM Lejen pulak ni nak dengar perkongsian ilmu lebih dalam-dalam…. huhuhu
Tentu Pro Hariz dapat nombor telefon dari gadis-gadis yang datang seminar. 🙂
nama gua tade…
gua benci luu.. dem… 👿
gua syak ada agambar lu cover perut bro..hahahaha
nak komen tapi tak datang pulak. adoii
Hang spelling nama aku pun silap.
Boleh plak kata aku ada kembar.. jauh benor.. hahahah…
anyways thanks sharing ilmu dgn kami..
Gua salut lu bos.. jauh mana pun lu pegi
lu tetap maintain cool. jangan hidung tinggi.. hehehe
Saje je salah eja.
Ingat hang tak perasan. Haha..
perkongsian yang sangat hebat …. rasa tak berapa nak cukup je setengah jam .. nak lagi timba ilmu 🙂
Dapat jumpa abam titan yg selalu komen.kat blog yeop. Okey yeop rasa macam baguih jugak buat seminar camni.
Nama yeop tak sebut. Demm
perkongsian yang baik.. masuk dalam hati kak yati..
Belum berpeluang nak join. Tahniah semua..
InsyaAllah ada masa suatu hari nanti untuk hadiri seminar2 seperti ini..
Nak join satu hari…Semangat tengok seminar2 ilmu ini…InsyaAllah.
Bilion terima kasih bro sudi jadi panel…memang tak puas nak dengar bro cakap kat depan….
perrgghhh… rugi tak datang. kalau tak, mesti dapat jumpa panel2 yang hensem tue.
Mantap. Mantab.
Gua ada gak orang suruh buat kelas, dan gua sama macam lu gak bro, tak mo la buat, memang tak punyalah .. kecuali kalau awek yang ramai nak datang . hahahaa…
Haahaha terbaik Bro HH 🙂
Kongsilah sikit dengan para pembaca en.titan..hehe
patut la suara lu lain macam time cakap tu. .ada geratan versi 3310
Dalam gambarr panel…Yang berdiri paling kanan tu macam kenal aje…namanya seperti saya, bapanya Abd Manaf. Betulkah dia?
Perkongsian yang sangat hebat :)…
Gambar ala-ala kursus haji dan umrah pun ada 😀
memang best lah jadi panel kan.. makin bertambah peminat la lepas ni
cukup menarik dan bermanfaat… selamat maju jaya kepada yang dah join seminar. teruskan perjuangan…
bila dah berjaya…memang banyak kenangan manis untuk dikenang.
hush tinggi betoi profhariz tu yek. sama tinggi ke dgn bro akubiomed
tapi sayangnya cendol takde pula masa seminar tu…hee
rugi…memang rugi..huhu..apa boleh buat..mak ai..tingginya profhariz tu…haha..
Aish, masa ni tak aktif berblogging balik lagi..,rugi lah plak tak dpt join…
Terbaik penganjur, agaknya tahun ni seminar pasai apa plak geng denaihati nak buat ye.
prof haris ai lebih tinggi mana dari akubioned ya