Okeh.
Topik malam ni adalah “Validation”.
BUKTI.
Itu penerangan dan maksud yang senang aku nak kasi faham korang dalam bahasa melayu.
Dalam bahasa pelik sikit, “Kesahan” yang merujuk pada sesuatu perkara yang mahu kita buktikan pada orang lain atau bergantung pada sesuatu isu yang kita ingin ketengahkan atau bincangkan.
Benda ni aku dah perasan lama.
Sejak aku mula menulis secara “FULL TIME” dulu.
Ya.
Ya.
Aku pernah gak jadi “Full Time” dulu. Tapi cuma selama DUA tahun sahaja.
Lepas dapat kerja aku sekarang, aku buat kerja online aku ini secara part time sahaja. Maklumlah, kerja hakiki perlu diutamakan LEBIH berbanding kerja-kerja online. Sebab itu aku dah tak segagah dulu dan tak berapa nak larat nak kejar budak-budak muda sekarang.
Okeh. Berbalik kepada isu Validation ni, dalam dunia menulis blog.
Kita akan terdedah dengan banyak bentuk “Validation” yang nampak sama tetapi tidak serupa.
Bergantung pada pemahaman, kehendak dan keperluan setiap orang.
Dalam dunia penulisan blog, aku tengok dari banyak aspek.
Pertamanya adalah dari segi penulisan. Gaya bahasanya bagaimana, contentnya bagus ke tidak, sampai ke jiwa ke tidak dan persembahan ketika menulis artikel itu bagaimana. Aku tengok dari sudut itu. Kekadang, aku tengok juga dari segi response para pembaca. Contohnya melalui jumlah komen, cara pengomen menulis komen dan bagaimana penulis itu memberi response apabila ada orang tulis komen kat blog mereka.
Sebab, bukan senang nak dapat komen yang BANYAK dari setiap artikel yang kita tulis setiap hari. Dan mereka yang berjaya melakukannya mempunyai “Validation” yang kukuh dalam menghasilkan artikel-artikel yang boleh menjual dan disukai oleh ramai orang. Sekaligus, cukup sesuai untuk jadi penulis blog yang baik, dihormati dan disukai ramai termasuklah boleh buat duit dengan blog mereka.
Dari skop buat duit dengan blog.
Apa kriteria Validation yang kita mahu lihat dari seorang penulis blog?
Bila seorang penulis blog “DECLARE” dia boleh buat duit dengan blog, kita akan lihat dari keseluruhan blog dan dari sudut penulis itu juga. Ada penulis yang betul-betul berjaya buat duit dengan blog dengan hebat. Bukti pembayaran dari syarikat dan program yang disertai ditunjukkan dengan jelas. Bukan orang lain punya. Jumlah yang dia dapat pun ditunjukkan. Takde sorok-sorok. Dapat 50 sen, 50 senlah dia tunjuk. Dapat 5 ribu, 5 ribu la dia tunjuk. Dapat 1 juta, 1 juta la dia tunjuk. Itu dah cukup untuk membuktikan bahawa dia benar-benar seorang blogger atau penulis blog yang boleh buat duit dengan blog.
Itu dah lebih dari cukup.
Sekurangnya, aku pandang dari sudut itu.
Sebab aku tahu, ada orang tak buat duit dengan blog pun, tapi dicanangnya ke seluruh dunia yang dia boleh buat duit dengan blog. Bila suruh bagi bukti, tak nak bagi. Sebenarnya, senang aje nak tahu dia boleh buat duit ke tidak. Dari segi penulisan blog pun kita boleh tahu, dari segi penyampaian dan persembahan pun kita boleh tahu. Tapi AWAS, ada ramai penulis blog sekarang pandai berkata-kata dan menulis dengan cukup baik walhal hakikatnya..dia kelengtong aje lebih.
Haha..lantaklah. Janji dia happy. Tapi dengan aku, memang tak boleh nak menipu lah.
So, macam mana pulak kalau korang nak berguru atau belajar dengan orang lain yang korang anggap memang SIFU besar atau otai. Adakah kerana ramai orang menganggap dia sebagai otai, jadi korang terus bersetuju tanpa buat apa-apa pemeriksaan mengejut terhadap otai tersebut?
Apa kriteria dan Validation yang melayakkan mereka digelar sifu?
Ada banyak aspek. Tapi aku malas nak bukak isu bab-bab sifu ni. Nanti bergaduh pulak dibuatnya. Apa yang aku nak korang tahu, korang boleh TIRU cara aku untuk tentukan seseorang itu ada Validation yang boleh memuaskan hati korang.
Jika sifu tu betul boleh buat duit dengan blog, biasanya dia akan simpan bukti pendapatan dia. Biasanya dia macam cakap besar. Tapi itulah hakikatnya. Memang dia benar-benar boleh buat duit. Orang yang biasa pegang duit banyak ni, dia susah sikit nak menipu. Jadi, bagaimana nak tahu? Tanya terus pada beliau. Kalau diorang boleh buktikan, selesai masalah Validation korang tu. Tapi ada juga sesetengah sifu ni dia malas nak tunjuk. Sebab dah penat nak tunjuk. Sebab dah banyak kali tunjuk. Tapi orang tetap tak mahu percaya. In da end, dia give up. Dan malas nak layan bila ada budak-budak mentah dok tanya bukan-bukan. Kalau jumpa orang macam ni, terpulang pada korang nak percaya atau tidak.
Kalau tidak, tengok dari sudut lain. Dari segi penulisan, dari gaya beliau udpate blog, dari cara dia bercerita, dari cara dia berbicara dan dari cara dia cuba sampaikan sesuatu. Tak kiralah secara formal atau tidak formal. Dari situ, korang boleh nampak sebenarnya “AURA” orang yang boleh dipercayai dan orang yang temberang je lebih.
Trust me.
Senang aje nak nampak. Lebih-lebih lagi kalau korang dah lama dalam “industri” tu.
Cara lain?
Okeh. Ini pendapat aku. Korang boleh percaya, korang boleh tak percaya.
Kalau otak korang malas nak berfikir sangat, korang anggap aje korang tengah kena tipu dengan aku.
Validation ni macam aku cakap tadi, datang dari banyak bentuk. Kekadang nampak sama tetapi tak serupa.
Bergantung pada sesetengah orang. Ada orang setuju dan pasti ada yang tidak setuju.
Contohnya, dalam menentukan Validation dalam dunia MLM.
Cara yang paling mudah adalah tanya..
“Berapa yang kau dah dapat dari MLM ni?”
“Bagi bukti kukuh. Bagi bukti bayaran dari syarikat. Bukan bukti bayaran orang lain transfer ke ko..dan ko ambil duit tu untuk uruskan pendaftaran orang lain..bukan dok main cairkan point aje..”
Itu salah satu cara nak tahu diorang tu “VALID” ke tidak sebab ramai gak upline yang temberang aje lebih. Cakap dah beli keta BMW, tapi kantoi bawa kancil aje gi masjid. Rupa-rupanya, keta BWM sewa yang dibawa masa nak buat”closing”.
Sebab memang banyak Syarikat MLM yang hancur dan berdiri atas nasib kutip duit orang. Selagi ada orang bagi duit, selagi tu syarikat itu hidup. Bila dah tepu, ramai orang menangis kesedihan, ramai orang bergaduh siap cerai berai dan ada yang sanggup tak nak balik kampung sebab takut orang kampung belasah dan kebas bini korang.
Nak contoh validation yang lain?
Okeh.
Bila ada orang jual ebook kuruskan badan, apa validation yang korang ingin lihat sebelum korang BELI ebook itu?
Kalau aku, aku akan tengok penulisnya dulu.
Dia kurus atau tidak? Kalau kurus, ada tak gambar dia masa dia GEMUK dulu?
Kalau ada, itu salah satu bentuk validation yang cukup kukuh.
Dan untuk dapatkan validation yang lebih kukuh, korang BELI ebook itu dan baca.
Biasanya, kalau orang tu jujur, dia akan cerita sejujur mungkin dalam ebook yang dia akan jual. Dan biasanya, memang tak banyak ebook yang berbentuk “PERSONAL” yang cerita pengalaman sendiri dan memberikan bukti yang cukup kukuh. Nak tunjuk perut yang gemuk dan tunjuk pulak gambar perut yang dah kurus. Tak semua orang mampu lakukannya dan kena tulis pulak dalam ebook tu.
So, kalau jumpa ebook macam ni, korang belilah kalau betul nak kurus. Dah ada satu bukti kukuh depan mata. Cuba tiru cara beliau dan aku doakan korang pun akan dapat kurus juga. Tapi kalau tak berjaya, korang kena faham DUA perkara. Validation tu, cukup kukuh untuk penulis ebook kuruskan badan tu. Tapi mungkin tak “VALID” untuk korang. Itu juga bermaksud, tak semua cara dan teknik menguruskan badan sesuai untuk semua orang. Ada orang sesuai dengan Diet Atkins, ada orang sesuai dengan kuruskan badan dengan melakukan senaman sahaja.
Contoh lain.
Kitab Teknik SEO Merah Jambu aku tu.
Kitab tu mempunyai “Validation” yang kukuh untuk aku. Sebab memang cerita pasal aku. Bukan cerita pasal orang lain. Cerita pasal pengalaman aku. Bukan pasal blogger terkenal atau blogger buat duit yang lain. Semuaya tentang aku dan cara aku buat duit dengan affiliate dengan menggunakan beberapa elemen SEO.
Jadi, adakah kitab itu “VALID” untuk korang?
Korang kena beli dan baca dulu. Kemudian, kena amalkan.
Kalau menjadi, itu “Validation” untuk korang. Itu juga validation tambahan untuk menyatakan bahawa kitab PINK aku itu “Valid” dan boleh diterima oleh orang lain. Itu juga bermaksud, apa teknik dan cerita yang aku kongsikan itu, berkesan untuk orang lain.
Sebab aku tahu, tak semua orang boleh dapat SAMA seperti yang aku dapat. Ada yang mungkin dapat LEBIH banyak dari aku. Ada yang mungkin baru dapat seratus aje sebulan, ada orang dapat baru seringgit sahaja selepas mempraktikkan apa yang mereka belajar. Yelah, baru try adjust SATU minggu, dapat seringgit pun dah kira hebat tu. Dulu, aku nak dapat satu dollar pun dekat sebulan baru dapat. Bila dah jumpa tune, bila dah nampak flow, bila dah faham macam-macam, barulah boleh dapat komisen hari-hari.
See now?
Validation bagi setiap orang adalah berbeza.
Tak sama.
Mungkin sama bagi sesetengah orang, tapi tak serupa.
Jadi, penting ke tidak Validation ni sebenarnya?
…
….
PENTING.
Sebagai tanda ukuran, bukti kukuh dan Validation yang boleh memuaskan hati kita.
Kadang-kadang, ada orang beli kitab aku tu cuma nak tahu apa yang RAHSIA sangat sampai aku boleh buat duit banyak-banyak tu. Dan ramai juga yang mengagak dalam hati..
“Aku rasa aku tahu apa yang Titan tulis dalam kitab dia tu..tak yah beli pun tak apa..”
Tapi..
Ada segelintir yang tidak puas hati.
Perasaan dalam hati menebal nak TAHU jugak.
Jadi, dia BELI juga untuk memuaskan hati dia. Untuk dapatkan “kesahan” itu. Untuk dapatkan Validation.
“Ohh..macam ini tekniknya. Aku tak tahu sebelum ni. Patulah…tak hairan dia boleh buat duit banyak-banyakk..”
“Demm..aku pun boleh buat jugak macam nih!!”
“Apsallah saya tak beli awal-awal ebook awak nih..kalaulah saya tahu awal-awal..mesti dah banyak saya dapat..”
NAMPAK tak?
…
….
Ya.
Majoriti memang begitu.
Selagi tak dapat “VALIDATION” tu, selagi tu hati tu tak tenteram.
Selagi itu, hati tu geram, otak asyik fikir negatif dan tidak puas hati sahaja.
Bila dah tahu..
Ohh…camni..Ohhh..macam itu rupanya..
…
….
Ohhh la sangat.
Aku babap kang, baru tahu.
Aku dah cerita banyak kali, tapi tak nak percaya.
Haha..
Kitab PINK aku tu, penuh dengan pelbagai bentuk VALIDATION untuk memuaskan hati korang.
Tak percaya?
…
….
Gi beli dan baca.
Dan, kalau korang rasa korang perlukan “Validation” tentang bagaimana aku buat duit dengan affiliate dan bagaimana panel-panel yang DIPILIH dalam Seminar Buat Duit Affiliate dengan blog anjuran Denaihati Network yang akan diadakan pada 13 Disember 2014 (Sabtu ini), korang boleh datang dan lihat sendiri apa yang kami akan ceritakan.
Ini juga salah satu Validation.
Ada orang, kena beli ebook dulu, baru dapat faham nilai validation tu.
Ada orang, kena jumpa dan bercerita dulu, baru nampak validation tu.
Ada orang, kena pergi bengkel SEPULUH kali, baru dia nampak maksud sebenar”Validation” tu apa..
Kena faham sekali lagi.
Setiap orang mungkin ada pengertian dan kefahaman Validation yang berbeza.
Tak semua orang sama.
9,802 total views, 1 views today
kalau tak validate, memang susah nak jumpa sasaran untuk buat jualan.
tidur wehh.
kul berapa dah ni. haha..
Bila ada orang jual ebook kuruskan badan, apa validation yang korang ingin lihat sebelum korang BELI ebook itu?
Kalau aku, aku akan tengok penulisnya dulu.
Dia kurus atau tidak? Kalau kurus, ada tak gambar dia masa dia GEMUK dulu?,,,,,,
setuju dengan ini 🙂 – kedaionlinemy.com
apa benda weh valid valid ni 😆
Yg taknak tunjuk mungkin dia taknak show off. Mungkin dia malu. Mungkin dia malas nak screenshot atau mungkin dia takda masa. Pelbagai kemungkinan lah senang 😛 😛
sekali-sekala merepek, apalah salahnya.
haha.. 😈
wah. Penting jugak validation ni ya. Aku nak kena show off jugak lah macam ni. Haha.
Tak yah show iff pon takpe.
Bukan aku suruh pon. Haha..
Validation, sepupu sepapat yang tak serupa dengan Vitagen.. haha..
Yup, setuju.. banyak benda orang canag-canang mengenai sesuatu tanpa ada “Vitagen” yang kukuh..
apapapun, tahniahlah bro.. kita blogger sezaman.. tapi still maintain bertahan sampai sekarang 🙂
Wahh..
Susah nak jumpa orang satu zaman nih.
Hebat entri ni.. Pamhjang lebar penulisannya, tapi sarat dengan isi kandungan yang cukup bermanfaat…
Sesekalu tulis panjang camni..seronik gak sebenarnya. Haha..
nak buat validation gak..bila weh nak kuar edisi kedua?hahaa
tengah tunggu result. haha..
nak kena pahamkan betul-betul nih. hehehe… apa keje abg titan sekarang nih?
kejar budak je hari-hari. 😈
panjang lebar betul lah kau cerita pasal V nih 🙂
V la sangat. Haha..
Dah ada yang bertsnya..aku vite je la.
Validation ini penting bagi seorang blogger
wah.. bagus juga ni.. orang baru macam kak kena belajar banyak benda…
tq atas perkongsian ni bro.. aku suka baca blong hang ni…
Takpe kak.
Pelan-pelan. Ambil masa sikit.
Nanti2 nampak tu.
Validation.
Panjang penerangannya, ilmu baru untuk saya, terima kasih titan 🙂
Sama-sama.
Semoga terhibur.
dua kali hantar komen tapi fail sbb database error…
entri ni buat saya berfikir panjang…tengkiu..
Biasalh tu.
Kekadang memang jadi macam tu.
sesekali jer tunjuk haaa..boleh? selalu malu pula ahai..dah 2 moh buat kerja semua
Dahh..
Gi wat keje makcik oit..
terima kasih pencerahannya… errr jangan validate saya… saya takder trademark atau nama…just blogger suka suka nak share cerita… nanti dah tua tua boleh baca semula… takder lah asyik lupa, ni kat mana tu kat mana… hahahaa
Card validation aku tahu la. 😛
Validation ni ialah kita percaya yang kita boleh buat duit online dengan usaha dan ikut teknik otai.
Macam tu ke?
Validation= cakap serupa bikin. Betul tak?
Tahun 2014 paling banyak keluar modal untuk dapatkan ilmu dari validation. Sehinggalah beberapa hari yang lepas beli video kursus affiliate Rahman Basri & Shuth
Ya manusia ni memang begitu.
“They trust their doubt, but doubt they trust”
So kena la bagi bukti, itu pun kadang-kadang tu masih belum cukup jugak nak puaskan hati orang
selangi tak tengok dengan mata dan kepala selagi dorang tak percaya..gitu ke bro maksudnya…hehehe
Rugi rasanya tak dapat pergi seminar Sabtu ni atas komitmen yang lain.
aku validate ngan google ja. hek eleh. haha. Innity aku ada tapi tak masyuk sangat… sedih na…
Bukan kiranya penting. Amat penting sebenarnya…
saja baca dua kali nak bagi faham walaupun entry agak panjang berjela
tapi inya sangat memberikan manfaat .. 😀
valid invalid validation… ngeh3… ok2 faham dah
Sekarang baru tahu apa itu validation yang ramai yang masih terpinga-pinga untuk memahaminya. Amat panjang lebar artikel ini, banyak penjelasan yang detail… semakin dibaca semakin faham erti sebenar validation dan kepentingannya.
dok follow baca sampan abes sebab ingatkan nak cerita pasal vitagen. hihi..tapi memang satu ilmu baru juga utk saya. baru nampak fungsi n kepetingan Validation nie.
Ohh susah gak nak faham menda ni..kena baca dua kali barulah nampak apa yang berbeza..apa yang sama tapi berbeza..
Fuhh penerangan secara panjang lebar berkenaan validation, pada pendapat aku kalu kita nk jual produk kena ada VALID testimoni yang strong baru senang nak close deal, sambil2 produk penyelesai masalah orang. Tq en titan terkesan dengan penulisan kali ni…
memang validation penting, huhu… lebih-lebih lagi dalam menjual diri atau produk, kalau tak da validation macam mana orang nak percaya. Customer akan beli dari orang yang mereka percaya.