Ya.
Bagi aku secara peribadinya, tahun 2015 ini adalah tahun survival.
Hanya yang “SURVIVE” sahaja yang akan berjaya capai apa yang mereka cita-citakan. Dan tahun 2015 ini juga pastinya akan lebih menarik kerana ramai orang akan berusaha keras untuk mencapai TARGET masing-masing yang belum dicapai dari tahun-tahun yang lepas.
Tahun 2015 – Survival Blog akan lebih mencabar.
Dalam dunia blog, bukan senang untuk survive. Tak semua penulis blog boleh menjana pendapatan dengan lebih mudah berbanding 10 tahun yang lepas.
Yelah, dulu pesaing pun tak berapa ramai.
Kini, semua orang dah terbelenggu dengan macam-macam beban. Tidak hairan ramai akan menjadi penulis blogger atau “blogger” untuk mencari pendapatan sampingan dan tak kurang juga yang ingin berjaya seperti blogger-blogger yang telah berjaya meraih pendapatan 4 hingga 6 angka sebulan.
Dan pada awal tahun ini jugaklah produk-produk PREMIUM dan produk yang mempunyai kadar “VALIDATION” yang tinggi menjadi rebutan untuk membantu para blogger dan IM’s Malaysia untuk meraih pendapatan yang lebih lumayan.
Sudah tentu juga kitab Pink aku ini juga akan menjadi rebutan kerana kadar validation yang cukup tinggi. Itu belum lagi campur kitab Indigo yang bakal muncul nanti. Haha..jadi, siapa nak beli, beli cepat sebelum aku naikkan harga ke harga yang asal. Harga sekarang, masih adalah harga diskaun.
Dan jangan lupa untuk mencari mentor untuk membantu korang lebih berjaya dalam apa jua bidang yang korang ceburi. Ingin mahir dalam blog, cari mentor yang cukup berjaya dengan sejarahnya yang tersendiri. Mahu belajar pemasaran facebook, cari sifu yang terbaik dan tahu tentang selok-belok facebook, mahu buat akaun instagram yang ada 10-50k follower, belajar dari mereka yang dah ada 100 follower. Jangan belajar dari yang baru ada 1k follower.
Dan macam-macam lagi..
Senang cakap, persiapan diri dengan ILMU dan “SENJATA” masing-masing. Agar kita lebih bersedia untuk menghadapi persaingan dan cabaran yang sudah sedia menanti.
Kesimpulan
Sementara kita ada tenaga dan kudrat dan badan kita ini masih boleh digunakan dengan sepenuhnya dan kita juga ada sumber lain seperti talian internet, tempat tinggal, kenderaan dan lain-lain lagi..
kita hargainya dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai setiap target dan projek yang kita jalankan itu.
Jangan toleh belakang lagi, jangan beri alasan bodoh lagi..jangan jadi bebal lagi dan HANYA mengharapkan bantuan dari kerajaan. Sampai bila nak bergantung harap pada kerajaan sedangkan kita semua sebenarnya ada “KEKUATAN” untuk mengubah nasib kita sendiri?
Pergi pinjam cermin awek korang.
Lihat muka korang.
Masih ada jerawat ke tidak?
Kalau jerawat 10 tahun yang lepas masih kekal bermastautin dipipi korang itu..
Ternyata, korang kena ubah sesuatu.
At least, jangan biar jerawat kedua tumbuh dipipi yang sama.
Do something.
Buat perubahan.
Walaupun tidak drastik, tetapi tunjukkan perubahan.
…
….
Buktikan bahawa, korang juga ANAK JANTAN.
Bukan sekadar mengharap ihsan orang lain.
15,559 total views, 1 views today
Salam Tahun Baharu 2015. Semoga tahun ini membawa lebih kejayaan. Aamiin.
tahun yang penuh cabaran kepada blogger ,, btol tak?
MOTIVASI !
Cikgu Titan akan menjadi mentor saya untuk menggapai RM20k dalam masa 5 bulan. InshaAllah
wah untung nya,, nnt share ilmu yer – kedaionlinemy.com
memang tahun ni tahun yang sangat mencabar. bila melihat dengan keadaan sekarang ni, mungkin kita bakal tersungkur di tengah jalan.
dengan ilmu yang kita kutip tahun lepas sebagai panduan dan ikutan untuk mengharungi tahun ini.
yep .. tahun mencabar bagi den sebab nak ubah angin …. macam2 perlu dilakukan…
Yap.
Memang macam-macam benda kena lakukan.
Dengan penuh perancangan teliti.
Terima kasih kerana sekali lagi mengingatkan.
Salam tahun baru. Moga tahun baru 2015 akan lebih gemilang untuk kita semua…
yang penting kena rajin usaha..jangan asyik beri alasan je
kalau ada jerawat, pakai fair and lovely.
Haha..
letak ubat gigi colgate je. 😈
Setuju apa yang en titan cakap, jangan asyik komplen je, tapi kena usaha untuk maju.
Itulah masalahnya.
Orang kita ni suka komplen memanjang.
Tengah mencari validation sekarang ini. Samada nak mencari lubang diantara persaingan yang sengit.
Ya.
Teruskan mencari. 🙂
kalau hidup penuh dengan alasan je…memang sampai bila pun tak akan berjaya… 😀
Usaha tangga kejayaan dan mentor yang baik boleh melonjakkan kita tapi kena usaha sendiri juga. 🙂
Yup.
Usaha itu lif kejayaan. HOho.. 😆
keluar dr comfort zon.2015 memang mencabar
Salam tahun baru..
memang perlu menghadapi tahun yang makin mencabar ..
kena bersiap sedia untuk memajukan diri..
Ya,
kena sentiasa mencabar diri. 🙂
Selamat Tahun Baru 2015 Bro… Semoga lebih banyak kejayaan berjaya dicapai pada tahun ini… In Shaa Allah…
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk survival amin
Baca artikel ni semangat untuk buat list azam 2015. hahaha
Haa..
gi list cepat-cepat.
jangan beri alasan bodoh lagi …. ayat power tu ! Terkesima Yop baca.
yup…tahun 2015..tahun yang menuntut untuk saya buat sesuatu diluar jangkaan..haha..entah la..boleh survive ke tidak tahun ni..masih samar2 akan kebolehan diri..huhu..ohhh harga sekarang harga pomosi ek..bukan harga kasih sayang? 👿
boleh survive.
hang kena usaha lebih dan konsisten je.
memang amat mencabar tahun 2015 nanti..ohoho..ramai sungguh dah pengikut kitab lu ni…bahaya gak..
tu la.
takut gak gua dibuatnya. 😈
tahun yang dijangkakan sangat mencabar..
cari la mana2 peluang yang ada..
yang boleh menampung kos hidup yang makin tinggi ni..
selamat tahun baru.
Ya.
cuba aje.
dapat atau tidak, kita usaha ja.
tak tahu kenapa, aku rasakan yang tahun 2015 pasti akan berlaku pesaingan yang paling menarik berbanding tahun tahun sebelum ini…
Memang dah berlaku pon.
haha..
Sesungguhnya ayat-ayat en. titan sungguh menikam kalbuku… terima kasih 😉
kesian kalbu tu.
asyik kena tikam aje yek. 😳
Yup..sape yang ada jerawat tu perlu lakukan sesuatu..jgn biar je..jom jumpa makcik beg besar ni…nanti makcik bagi ubat mujarat..hehehe betoikan titan…:D
wahh..
ada jual ubat jerawat kah?
Salam… En Titan. Selamat Tahun Baru 2015, tahun yang penuh survival… jom pakat jana income pada tahun ini. Belajar ilmu sebanyak dan sebaik mungkin agar impian nak dapat 5,6 angka menjadi kenyataan. Insya Allah….
Ya.
Semoga menjadi kenyataan. 🙂
Aku pula tahun 2014 tahun survival,
tahun ni untuk refresh dan restart..
Yap.
Gua setuju jugak tu.
jangan harap ihsan orang atau subsidi orang, usaha hingga ke titisan terakhir. setuju dengan kata2 en titan.
mahukan sesuatu kena berusaha..
Yap.
Kena usaha.
Buah mangga tak jatuh dari langit.
rasa macam dah lambat nak, selamat tahun baru 2015…tahun 2015 ni lagi banyak persaingan dalam internet marketing, memang kena survive sape yang buat bisnes sendiri tu
Siapa konsisten, dia survive.
Itu aje yang gua nampak sekarang.
Kita kadang-kadang banyak ilmu dan teori ada tapi tak ada tindakan. Kalau tak ada tindakan, azam la macam mana pun, tak ke mana
orang kita ni memang malas bertindak.
semua mintak kena suap.
Salam Tahun Baru.. semoga tahun ini lebih baik dari Tahun lepas..
Salam tahun baru tn titan. Tahun 2014 penoh sensasi. Tahun 2015 penuh suspen hehe 😆
P/s: menanti kitab indigo
kitab tu cuma siap kalau gua rasa gua nak buat.
satu perkataan pun tak tulis lagi.
setuju dengan abang titan. huhu. hati nak kena kental tahun nih.
p/s : baru perasan ada jerawat baru kat pipi. jeraweat nakal ke gatal nih?
jerawat gatal.
..
…
tanpa was-was.
Betul tu, memang mencabar tahun 2015 ni 😯 😯
saya punye pun belum tercapai…tapi serius dan terus terang la eik pada encik titan dan seluruh pembaca blog ahmadfaizal…tahun 2014 merupakan tahun saya tersungkur aka tersontot didalam bisnes facebook dan juga bisnes affiliate(salah 1 channel pendapatan iaitu youtube tersontot)…sepatutnya target saya tukar kereta dari iswara kepada persona hujung tahun 2014..tapi apakan daya,niat tersebut tidak kesampaian.mungkin tahun ini rezeki saya makin melimpah.
banyak kesilapan yang saya pelajari dari sejarah 2014 ni,salah satunya sentiasa kembangkan
1.sentiasa kembangkan channel pendapatan anda
2.Mailing list nadi usahawan internet
3.Jangan bergantung harap 100% kepada medium yang bukan milik kita seperti youtube,facebook fanpage dan blogspot.(jangan bergantung tu tak bermaksub jangan gunakan terus,ada kelebihan dan juga kekurangan dia,tapi kesimpulan jangan bergantung harap 100% make sure dah ada standby yang lain seperti blog Oh kiji saya ni walaupun digunakan di medium blogspot,tp saya masih ada lagi beberapa mix dengan platform lain spt wp untuk niche lain dan juga cara monetize yg lain).
kalau dikenang mmg perit..tp itu l baran lama jgn dikenang..live must go on sbb saya ade family dan yang pentingnya target tahun beum lagi tercapai,so memang tahun 2015 perang habis-habisan,mana yang slow sure kena tinggal *wink
takpe.
usaha dengan penuh konsisten lagi ye.
selamat tahun baru bro…
harapan menggunung tahun 2015 ni
harap ianya tercapai seperti mana tahun 2014
Mudah-mudahan begitulah hendaknya ye.
Hehe 😆
Minyak turun tahun baru nih.. Cabaan 2015, tambah lagi ekonomi yang tak menentu.. Kita semua kena kreatif..
Yap.
kena lebih super kreatif.
Selamat tahun baru en.titan.
Walaupun sesukar mana, jangan mudah putus asa.
Asal istiqomah berusaha.
Pasti ada jalannya.
baca entri ni macam bersemangat lak..terus amik cermin tengok jerawat gua haha
2015 tahun penuh cabaran!semangat2!!!
tahun yg penuh dgn cabaran oh aku kene bersedia….
selamat tahun baru bro faizal..
tahun 2015 tahun untuk berjuang sehabis baik…
Saya baru dpt donlod ebook teknik SEO merah jambu tu.. tgh membaca..
masih byk yg xtau tentang ilmu online ni.. semoga berkat dr ilmu encik titan dpt bantu sy untuklebih berjaya..
semoga sentiasa dirahmati Allah.. 🙂
semangat je baca entry ni yosh~~ ganbaru zo~~
Harap tahun 2015 ni akan membuka lembaran baru kepada blogger. Moga murah rezeki.
Nak buang jerawat yang payah ni…asyik tumbuh memanjang..dah le tu ditempat yang sama je..
Ye tuan sememangnya tahun 2015 sangat mencabar…saya duk buat apa yang real di depan mata sambil berjalan dengan penuh berhemah…
Awal2 tahun dah Allah tunjukkan survival 2015 ni…semoga ia tidak seteruk mana yang kita gambarkannye..
2015 tahun mencabar…kalau salah jalan, pendek kata nak mati pun susah nak hidup pun susah..
Yang paling penting berpijaklah dibumi yang nyata…selak poket tengok duit, ada ke tak.
Memang tahun survival, akan lebih banyak yang beralih kepada produk2 online atau cuba marketing secara online.
Makin mencabar tahun 2015 ni. Aku tak tau la, nanti bila 2016 say hello entah macam mana la agaknya keadaannya