Okeh.
Aku nak pergi ke Jepun lagi.
Jadi, aku pun mencari-cari la mana-mana syarikat travel atau kumpulan yang boleh dipercayai untuk memberikan tawaran pakej yang menarik, memuaskan hati dan murah.
Jumpa tiga.
Tapi dua syarikat atau kumpulan travel tu, aku rejek awal-awal.
Sebab terlalu mahal. Total kos dah dekat 4-5 ribu. Memang aku mampu. Tapi aku rasa tak berbaloi walaupun aku tahu sebenarnya memang berbaloi sebab tempat-tempat yang nak pergi tu memang best belaka. Silap hari bulan, boleh terserempak dengan penulis manga Death Note. Siapa tahu, kan?
Tuah ayam kat kaki, tuah aku..memang sentiasa bertuah.
Haha..
Pakej pelancongan ke Jepun – Japan Budget Trip
Jadi, dipendekkan cerita aku tertarik dengan tawaran pakej Japan Budget Trip yang aku rasa merupakan pakej pelancong ke Jepun yang paling sesuai untuk orang yang baru kahwin macam aku nih..
Kosnya tak mahal.
Dalam 2 ribu ringgit sahaja satu kepala.
Campur kepala bini, baru 4 ribu sahaja. Takde masalah nak berpoya-poya dengan duit banyak tuh. Bukan selalu pun buang duit macam ni. Dan ini juga peluang untuk “buat duit” kalau percaturan yang telah dirancang sejak bulan-bulan lepas berjalan dengan lancar. Leh la jumpa “kawan bisnes” jarak jauh aku tuh. Dok jadi “supplier” jarak jauh dalam salah satu bisnes dropship yang aku buat. Leh gak bincang lama-lama nanti dan lebih menarik sekali, Japan Budget Trip juga ada menawarkan Pakej ke Kansai 2015 dalam masa terdekat ini.
Kansai yg juga dikenali dgn nama Kinki adalah kawasan kedua terbesar dan terpadat selepas Kanto. Ianya meliputi Osaka, Kyoto, Nara, Hyogo, Wakayama,Mie, Shiga, Fukui, Tottori & Tokushima. Terdapat Terdapat dua lapangan terbang di kawasan Kansai ini iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai dan Itami. Kansai adalah sebuah lapangan terbang dia atas pulau buatan manusia dan kedua2 syarikat penerbangan dari Malaysia (MAS & AAX) mendarat di sini.
Kenapa Pakej ke Kansai 2015 ini menarik?
Sebab kawan bisnes aku tu menyewa rumah sewa kat Kansai.
Dah jadi satu kerja mudah aku untuk aku untuk berjumpa nanti. Leh la ajak makan cendol kat sana kot-kot kalau ada mamak buka kedai cendol kat Kansai tu. Haha..
Okeh.
Itu sebab utama.
8 Sebab sampingan mengapa Pakej ke Kansai 2015 ini gua turut menarik
1. Nak naik lagi keretapi peluru Shinkasen
Aku nak naik lagi keretapi peluru Shinkasen diorang tu. Dulu, naik pun 2-3 kali aje. La ni kalau dapat naik lagi, lagi best. Ini salah satu TEKNOLOGI kat Jepun yang aku cukup suka dan kagum dan berharap sangat boleh ditiru secara ganasnya oleh orang Malaysia. Nak harap ada keretapi Shinkasen ni kat Malaysia, memang takkan ada dan cukup sukar untuk dibina. Lebih-lebih lagi struktur tanah dan bentuk muka bumi kat Malaysia ni memang kurang sesuai ditambah lagi dengan karenah birokrasi dan politik yang sangat kelakar beberapa hari ini.
Kat Jepun ni, keretapi peluru Shinkasen ni dah jadi satu kenderaan awam yang wajib setiap hari bagi rakyat Jepun. Jadi, nak tak nak, kena guna gak keretapi nih. Dan lebih menarik, naik keretapi ni lebih murah dan praktikal berbanding korang kena sewa kereta sendiri, isi minyak sendiri, memandu sendiri dan semuanya sendiri.
2. Tak ada masalah nak cari makanan halal.
Nak cari kedai dan restauran yang jual makanan halal tu mudah. Sebab orang yang “handle” Pakej ke Kansai 2015 ini adalah orang kita-kita jugak. Orang Islam gak. Jadi, kedai makan mana yang diorang bawa tu, aku yakin sungguh la halal. Mesti diorang bawak makan tempat orang Jepun yang dah masuk Islam atau bawak gi kedai kebab Pakistan atau makan Roti Tempayan Pak Arab.
Aku tak kesah sebenarnya bab makan ni. Janji halal dan boleh ditelan.
Tak sedap pun tak apa. Bila lagi nak makan benda-benda tak sedap, kan? Sesekali tu, apalah salahnya kan?
Nanti singgah Kobe, aku nak cari kedai nih.
3. Nak gi ambil gambar masjid Kobe.
Ya. Aku tahu memang banyak gambar masjid Kobe tu kat internet ni.
Tapi aku nak “FEEL” ambil gambar kat depan masjid Kobe tu.
Gambar yang aku sendiri ambil.
Guna kamera aku sendiri.
Bukan kamera orang lain. Lepas tu, balik Banting, baru leh belagak dengan adik perempuan aku yang dah gi Korea Selatan 2 tahun lepas. Sampai hari ini dok belagak dengan aku sebab dah pi Korea Selatan.
4. Nak cari kad emas Dragon Ball di Shinsaibashi, Osaka.
Sebagai salah seorang pengumpul kad emas dan kad pelekat Dragon Ball, aku memang sentiasa mencari koleksi Kad Dragon Ball. Kawan-kawan kat Jepun kata, masih ada kedai yang jual. Dan nak dapat kad yang lawa lukisannya dan ada sticker sekali tu, memang susah.
Benda ni sebenarnya barang RARE. Dah tak banyak kedai yang jual. Kat Malaysia nih pun, dah takde satu kedai pun yang jual. Dah puas aku menapak kat KL. Kat Banting ni pun dah takde.
Tapi masa aku gi Jepun hari tu, dapat dua kad dari kawan aku. Dia bagi sebagai hadiah kenang-kenangan sebab tahu minat aku. Tapi bila aku dapat tahu, dia beli MAHAL dari kawan dia. 1 kad tu, dia beli dengan harga 3251 yen. Kalau tukar dengan ringgit malaysia, satu kad tu harganya RM100 duit kita. Dan aku dapat DUA kad emas Dragon Ball yang memang cantek. Jadi, kalau ada kesempatan, masa kat Shinsaibashi ni, aku akan jeling-jeling kedai kot-kot ada yang jual benda nih.
Harga mahal sampai RM200 satu kad pun aku sanggup beli.
Tapi kalau tak jumpa kad Dragon Ball tu kat Osaka ni, lepas bini tidur tengah malam, aku naik awan guling terbang terus Tokyo kejap. Singgah kejap kat Akihabara. Mesti ada kedai jual kat sana tu nanti..
5. Bermain layang-layang di Umeda Sky Building
Umeda Sky Building dengan Floating Garden juga terletak di Bandar Osaka. Siapa yang suka tempat tinggi-tinggi macam ni, bolehlah bawak layang-layang dan wau masing-masing dan main kat sana eh.
Kalau aku tak jumpa orang jual layang-layang atau wau kat sana nanti, aku sendiri akan buat layang-layang guna surat khabar. Untuk manusia genius macam aku, nak buat layang-layang tu adalah semudah menyelesaikan permasalah janjang aramatik.
Dah.
Itu sahaja lagi sebabnya. Dan ada banyak sebab lagi tetapi aku dah malas nak tulis. Sebab kebanyakkan tempat lain adalah tempat-tempat yang bersejarah macam Himeji Castle, Osaka Castle, Bamboo Groove di Arashiyama dan bandar seni dan kebudayaan yang terletak di Higashiyama, Kyoto. Umeda Sky Building dengan Floating Garden juga terletak di Bandar Osaka. Siapa yang suka tempat tinggi-tinggi macam ni, bolehlah bawak layang-layang dan wau masing-masing dan main kat sana eh.
Kesimpulan.
Aku antara salah seorang manusia yang menerima pengaruh Jepun yang cukup tebal dalam diri aku. Aku antara pembaca manga paling banyak di Malaysia. Sebut sahaja Onemanga, Mangafox, Mangareader, Kissmanga dan macam-macam lagi website manga yang aku tak pernah masuk. Hampir 60-70% manga yang ada dalam website tu aku dah baca. Itu belum campur menonton cerita Jepun dan tonton beribu-ribu anime sepanjang aku kenal budaya Jepun ini.
Dan sedikit sifat rajin dan tidak pernah erti putus asa orang Jepun itu meresap secara rakus dalam diri aku tanpa aku sedar sehingga menjadikan aku menjadi seorang lelaki yang lebih teratur berbanding pada zaman-zaman jahiliah dulu.
Jadi, memang sesuailah dengan tajuk artikel ini bahawa Jepun sebagai destinasi pelancongan utama yang patut kita kunjungi jika kita ada masa, tenaga dan duit. Sebab aku kenal banyak benda menarik dan berfaedah dari negara Jepun terutamanya dari segi budaya, teknologi ajaib, seni yang mengagukan dan peradaban mereka yang cukup berbeza jika hendak dibandingkan dengan negara-negara yang lain.
Huh, senang cakap. Jepun memang best. Sesuai untuk pergi “honeymoon” kali keempat.
Oleh itu, aku bercadang nak gi jepun lagi.
Cuma kali ini, aku nak pergi dengan bini aku.
Dan Pakej pelancongan ke Kansai 2015 dari Japan Budget Trip ini agak sukar untuk ditolak.
..
…
Okeh. Itu sahaja nak cerita.
Semoga terhibur.
Kalau korang berminat nak gi Jepun gak, bolehlah cuba Pakej Pelancongan ke Jepun bersama Japan Budget Trip (JBT). Pakej yang ditawarkan oleh mereka memang betul-betul murah dan menarik.
Sumber – Pakej ke Kansai 2015 – Japan Budget Trip
Pakej Pelancongan PERCUMA ke Jepun
Pihak Japan Budget Trip (JBT) juga ada mengadakan contest untuk blogger yang bermula dari 1 Januari sehingga 31 Mac 2015. Jika berminat, boleh sertai segera.
Penaja Utama : Japan Budget Trip
Penaja Bulanan/Saguhati
Hadiah Utama: 1 Package ke Jepun bersama JBT
Hadiah Bulanan
- Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
- Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
- Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
- Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
- Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30
19,014 total views, 3 views today
terima kasih kerana turut serta… ada rezeki, boleh ler honeymoon lagi… kalau tak menang pun masih boleh honeymoon gak.. tp fulus kena keluar sendiri ler… hu hu hu
tak mo keluar sendiri.
nak yang freeeee. haha.. 😈
Jepun ada kamen rider & ultraman, itu je yang aku minat.
yeke minat yang itu aje nih..
wahhhh, teringin jugak nak ke jepun nih 😆 😆 😆
sedang buat entry. Tapi mengantuk
ok. nak tidur dulu
Ada contest rupanya. . Good luck bro.. semoga dapat bercuti ke Jepun secara Percuma dengan memenangi contest ini. .
Ya.
Semoga gua menang. Haha..
Jepun memang menyimpan pesona luar biasa untuk dikunjungi
terutama bagi penggemar manga & anime. 🙂
walaupun doraemon sinonim dengan jepun, hagemaru jangan dilupa..rasa nak je pegi ni..cane eh cane ehhh
jual la vivix banyak-banyak.
nanti leh la pegi jepun tetiap tahun.
Untung la.. hehe.. jgn lupa share pengalaman d sana nanti. 🙂
Kalau jual cendol kat Jepun, mesti boleh laris!
Tapi masa musim panas lah… hehe
Good luck bro!
memang akan laku punya.
orang kita jual sate pun dah laku keras terlajak laris.
teringin nak naik bullet train..betul ke dalam minggu ni saya dengar tiket ke Jepun agak murah..nampak beberapa orang post di FB..tapi buat2 xnamapak jela 😉
Gua memang buat-buat tak nampak.
Bahaya kalau nampak sekarang. hehe.. 😆
Saya rasa, semenjak Tun M mengadakan Dasar Pandang Ke Timur. Kita terpaksa menerima segala pengaruh daripada Negara Jepun, Korea, dan Taiwan. Sama ada positif atau negative.
haha.
yang positif kita ambil.
yang negatif tu..kita terajang jauh-jauh.
teringin jugak nak pergi Jepun, mungkin honeymoon kt sana.. kalau jodoh belum sampai, sebelum umur 30 tahun nak g sengsorang.
cuma tahun ni target nak pergi umrah..
tu dia.
mahu pigi honeymoon lagi tuh.
hoho..
kuat btul pengaruh jepun kat bro titan tttan tapi xdinafikan teringin nk ke jepun..nk ikut bro ke akihabara..nk tgk cosplay..hihi
terbaik bro..gud luck
Semoga impian tercapai. Nanti bawa balik patung Ultraman. 🙂
Ini pandang ke timur betul 😎
Kalau tengok drama pun dah banyak yang buat latar luar negara. Kalau mampu, mengembaralah.
ya.
kalau mampu..berjalan-jalanlah kita jawabnya ye. hehe
pergi jepun kirim helmet bro hehehe
Bagi penggemar manga/anime atau Gundam, Jepun ni memang destinasi pelancongan yang sangat diidamkan.
umur dah banyak pun masih minat Dragonball lagi Encik Titan? Hihi
Masih lagi.
Antara anime dan komik terawal yang gua baca dan khatam.
gud luck… selamat bercuti dan bergumbira di sana…
Death note aje.
Hahaha.
Tapi terpengaruh dengan perangai orang jepun memang bagus.
Tepati masa dan 5s kan.Hihi
5S tu menda ye?
cecite sikit. 😯
Bab buat layang-layang sendiri semudah janjang airtmetik tu memang hebattt 🙂 . Wah banyak rupanya contest di alam blogger ni ya. Good luck En Titan.
Ya.
Memang banyak, tinggal pilih aje. Hehe..
sangat beruntung kalau pergi ke Jepun secara tambanng percuma..cuma perlu wamg poket sahaja..hu..hu..
Ya.
Kena tambah duit poket la.
Takkan orang lain plak nak kena support.
Nak gi jepun jugak laa. Nak ikut pi jepun.. Nak ikut laa.. Lalalaa
Hang tak leh ikut.
Aku tak bagi.
Haha.. 😈
bro buat entri ke jepun ni mcm tau2 je aku nak ke jepun bulan mac nanti….thanks utk entri ni..x yah susah2 aku nak cri matlumat lain…
peh.
gi jepun ke?
kirim kad dragon ball sepuluh bijik!
boleh jumpa Hagimaru Hageda dan Ninja Boy…………
la ni masih lagi musim sejuk di Jepun.
Aku nak jumpa penulis manga death note je. 😈
ada 2 ribu memang ke sana lah jawabnya. Jepun siapa yang tak nak pergi kan. .
semoga berjaya, encik titan. sekarang dh senang, mmg byk kedai yg sediakan makanan halal. best lah kalau dpt rasa makanan jpn yang asli tapi halal. hehe
Ya.
Tu usaha orang Islam kat sana agar lebih banyak makanan halal dan juga usaha traveler dari negara Islam yang berusaha keras mencari kedai makanan halal.
Terima kasih kepada mereka semua.
menarik, nanti kalu nak g jepun, boleh google kat sini…hehe
all the best!
Wahhh..tetiba rasa macam nak pergi Jepun gak..haha..selamat maju jaya Encik Titan…
haa..
meh pergi jepun sama-sama.
ajak bini hang tu sekali. hehe
Hanya dapat tulis dalam buku matlamat sahaja. Tarikhnya belum tulis. Selebihnya hanya dapat tengok Rail Road To Japan je….
jepun tak pernah ade dalam list utk pegi melancong, tapi kalau free apa salahnya.
kalau free, gi la kalau kena dengan tarikhnya.
Hoho.. 😆
Semoga berjaya Titan. Aku rasa JBT tu tengok pada search result jugak.. Ang pulak otai SEO. Macam berpotensi je nak menang 😉
Search result tu payah sikit.
Keyword popular gak. Tapi tajuk je dah takde keyword dalam tu.
So, susah sikit nak beat artikel yang lain.
kalau nak tau, di Japan juga ada komuniti Islam yang aktif dan terus berkembang. boleh cari FB pages Islam in Japan then follow. 😀
memang banyak dah follow.
selalu gak baca facebook diorang tu. 😉
tolong taja MJ nak pi jepun gak la asyik2 tengok kisah jepun je..
Tak leh.
Gua taja bini gua aje.
nak cari collector edition kad emas dragon ball yang mahal tu 🙂
Haha..
kalau hang ada..kasi tunjuk kat aku.
nanti aku nilai harga dia.
hanya untuk blog malaysia saja tak terbuka untuk blog dari luar?
tak tahu la plak.
cuba tanya penganjur.
kot-kot diorang bukak untuk negara lain ke. 💡
Wahh menarik ni, nampak gaya kena try package ni. Baru budget terbaik ni…
Gi la try.
Bila lagi nak try kan.
Hoho..
tulis artikel pun dah macam banyak sangat pengaruh komik aku tengok ni..aahahaa
Haha..
gua punya pasal la nak tulis camana.
😈
selamat menang lah yer…
teringin gak ke jepun tp susah la nk tinggal2 anak…
laki den dah merasa pegi masa adik dia dok sana dulu
anak-anak ramai.
itu yang susah nak bawa berjalan semua.
Sila la jaga anak elok-elok ye.
boleh masuk wishlist travel no 2 ni 😉
Haa, boleh aje kalau mahu.
HOho..
Wah memang artikel di ambang kemenangan ke ni?
Kalau pegi jangan lupa keychain tuk para follower & pengkomen blog af (bukan anwar fazal eh?!!)
Tak tahu la ketidak menang.
Sebab ada satu lagi artikel kena buat.
Adeh, ni yang penat tulang belakang nih.
Time sekolah rendah dulu ada cerita jepun Maero Attack, pasal budak high school main bola tampar. Berputar-putar juga skil dia nak melibas bola tampar tu haha. Memang berpengaruh sungguh. Selain cerita polis angkasa gaban dan kesatria baja hitam terpaksa tengok sebab abang conquer tv.
semoga en.titan mampu ke Jepun dengan tajaan bersama isteri tersayang..
terima kasih info ni, saya selamat pergi Jepun hasil kutip-kutip info sana-sini. heeeee..tq..