Hehe..
Nampaknya ramai yang dah tulis tentang Malaysia Best Blog 2015 kat belog masing-masing. Ada yang tulis tak sampai sepuluh blog, ada yang pilih sampai lebih dari 10 blog dan tak kurang juga yang main hentam aje letak nama blog. Janji cukup syarat nak sertai peraduan yang tengah dok panas nih.
Malaysia Best Blog 2015
Secara jujurnya, aku tak tahu nak pilih sekurang-kurangnya 10 buah blog untuk tatapan korang. Sebab aku ada lebih dari 10 buah blog yang aku suka baca hampir setiap hari. Kalau online sahaja, blog-blog inilah yang aku selalu baca atas asbab yang berbeda.
LIMA kriteria mudah yang aku akan pilih adalah kerana..
1.Penulis blog tu MESTI cantik.
Pemilik blog tu cantek dan rupawan. Itu bonus besar bagi aku.
Blog lelaki hensem-hensem, memang susah aku nak “STAY” lama dalam blog tu. Kekadang, kursor mouse aku dah ready kat butang pangkah warna merah tu kalau artikel yang blogger lelaki ni tulis tak menarik. Tak best aje, aku pangkah. Jauh sekali nak komen. So, jangan hingat kau hensem aku nak lepak lama kat blog ekau.
Haha..
2. Ada skill yang memang hensem.
Skill ni ada banyak. Skill penulisan yang ada jiwa, skill penulisan yang menarik, skill tarik trafik, skill umpan orang beli produk, skill mengayat abang ensem, skill menulis artikel berhantu, skill menulis artikel yang menjual, skill mengehack blog-blog tempatan, skill bercerita pasal bola sepak tempatan dan memacam lagi. Skill design, skill photoshop, skill ambil gambar cantek, skill pilih theme wordpress dan memacam lagi.
Pendek kata, kalau skill ini ada dalam blog korang, dah cukup dah aku mengundi korang dalam salah satu senarai Malaysia Best Blog 2015 yang patut dibaca oleh rakyat Malaysia dan juga Indonesia serta Singapura.
3. Ada memberi nilai pada orang lain.
Aku tak cakap blog yang aku TAK pilih nanti tak memberi nilai atau inspirasi pada orang lain. Mesti ada juga korang beri sesuatu pada orang lain sepanjang korang menulis blog. Tapi blog yang aku pilih ni, biasanya pemilik blognya ada memberi “something” yang berbeza dan berkesan untuk pembaca mereka.
Dan nilai tu bagi aku cukup istimewa dan memberi sumbangan yang cukup besar untuk industri blog Malaysia sekaligus layak untuk dicalonkan sebagai “Malaysia Best Blog 2015”.
Okeh.
Cukuplah tiga sebab aje.
Lagi DUA sebab tu, aku dah lupa. Malas nak fikir semula.
10 Malaysia Best Blog 2015
Ini pilihan aku, korang tak suka..korang rasa diorang ni tak layak jadi calon Malaysia Best Blog 2015, aku pedulik apa. Pandangan orang dan aku adalah berbeza-beza. Tak semestinya aku suka, korang kena suka gak. Apa yang aku pilih ni, berdasarkan pemerhatian aku selama lebih 10 tahun dalam dunia blog di Malaysia.
1. Honeykoyuki.blogspot.com
Ini blog Cik Fatin Liyana yang punya.
Kenapa aku pilih blog dia sebagai salah satu Malaysia Best Blog 2015?
Dia cantik. Tu sebab utama aku pilih dia. Takde sebab lain. Tapi kalau nak sebab juga, dia dah pandai menulis dah sekarang. Kalau dulu gaya penulisannya agak hancur, tapi sekarang..agak bagus. Nampak sikit passion dia berbeza sangat berbanding blogger-blogger perempuan yang lain.
Aku tau, kebanyakkan blogger perempuan semua mula tulis blog sebab kagum dengan doktor ni. Sejak dia dok belajar kat Indonesia tu, sampailah dah jadi doktor kat Cheras tu.
So, dari sudut memberi nilai..dia salah seorang yang memberi inspirasi pada jutaan blogger perempuan dan laki-laki untuk mula buat dan tulis blog.
2. Redmummy.com
Walaupun aku tak pernah “face to face” dengan akak nih, tapi blog dia cukup memberi nilai dan memberi sumbangan yang cukup besar dalam dunia blog. Mungkin korang tak pernah tahu kisah dia mula tulis blog, kisah dia mula dapat cek 10 ribu pertama dari menulis blog dan memacam lagi.
Dan satu lagi, dia ni memang jenis berani gak. Tulisan agak laser gak. Main lepas gak ayat-ayatnya dalam artikel beliau. Tapi aku boleh cakap juga, dia juga salah satu punca ramai orang perempuan mula tulis blog sampai aku dah tahu berapa jumlah sebenar dah orang perempuan kat Malaysia ni yang dah tulis blog. Ramai gila beb.
3. AkmaOmar.com
Aku rasa kalau aku tak tulis tentang blog makcik ni, aku macam rasa bersalah sangat. Haha..
Seriusnya, blog makcik ni memang best dibaca dan diskodeng. Sporting gak. Selalu kalah berdebat dengan aku. Nak menang aje. Tapi tetap kalah gak.
Sejujurnya, aku nak tulis pasal Cik Tom. Tapi sebab Cik Tom dah malas update blog, jadi tempat Cik Tom ni, Akma Omar yang paling layak ganti. Sebab kedua-dua orang perempuan ni pandai main SEO dalam kelas tersendiri berbanding blogger perempuan yang lain.
Buktinya dah merata-rata.
Sebab kedua-dua orang ni selalu “SAPU BERSIH” dalam mana-mana contest yang aku anjurkan. Contest orang lain pun diorang sapu gak tanpa rasa bersalah. Kejam sungguh kan diorang berdua nih..
Huh..
So, kalau nak belajar tentang SEO dan cara menulis yang disukai orang dan dapat banyak trafik dalam masa yang sama, boleh belajar dengan Akma Omar. Cik Tom masih dalam pertapaan.
4. Kujie2.com
Hehe..
Perempuan lagi. Nasiblah. Aku pilih berdasarkan TIGA sebab kat atas tu.
Okeh.
Kalau korang tak kenal dan tak pernah baca blog Kak Jie ni, aku tak tahu nak kata apa dah. Antara blogger paling lama dikalangan blogger “gegirl” Malaysia yang pernah aku jumpa. Aku pernah jumpa, tapi tak pernah dapat borak lebih dari 10 minit. Serius, belajar something dari blog Kak Jie ni kalau korang semua betul-betul nak “STAY” lama dalam dunia blog yang penuh dengan cabaran nih.
Bukan senang suri rumah yang cukup berjaya ni boleh update blog selalu dan dalam masa yang sama boleh buat duit dari blognya yang satu tu.
Dan lagi best sekarang, Kak Jie tengah rajin tulis pasal si Carrot.
Itu lagi satu sebab mengapa ramai orang suka baca blog Kak Jie. Hehe..
5. Denaihati.com
Okeh. Blog ni, kalau aku tak cerita mesti abam besar Amir ni mengamuk. Sebab blog ni dah jadi satu nama dan jenama yang cukup BESAR dikalangan para blogger di Malaysia. Aku tak nafikan cara dan strategi blog Denaihati cukup berkesan sekali untuk blogger di Malaysia.
Cukup rajin buat contest, buat seminar dan gathering. Aku aje yang tak berapa rajin nak datang. Sibuk sangat la konon-kononnya. Tapi serius, blog Denaihati antara penggerak utama yang menaikkan fungsi dan peranan blog jadi lebih popular pada 2-3 tahun ini.
Korang memang kena ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Denaihati Network kerana memeriahkan lagi suasana dunia blogging tanah air kita nih..
6. Ben Ashaari.
Jujur. Aku jarang baca blog dia hari-hari. Tapi bila aku dah terbaca, aku baca sekali berpuluh-puluh artikel dia sekali harung. Sebab kebanyakkan artikel dia memang pendek-pende belaka. Kadang-kadang, artikel dia memang best dibaca. Kekadang, memang tak best pun. Biasalah tu, bukan semua artikel yang kita tulis tu akan jadi menarik. Akan ada naik dan turunnya.
Serius, Ben Ashaari naik namanya sebab badan dia yang berketul-ketul tu. Ditambah lagi sebab dia hensem. Menambahkan lagi sebab ramai orang perempuan akan suka baca semua perkataan yang beliau tulis. Dan ini juga menjadi salah satu punca mengapa ramai orang terpengaruh untuk mula tulis blog.
Dia ada nama dan pengaruh yang besar. Advertiser pun suka orang macam dia. Ada nama, ada rupa, ada pengaruh. Senang nak bagi job dan Ben pun jenis tak lokek nak kongsi job dengan orang lain. Atas sebab itu, aku rasa blog Ben Ashaari pun turut layak untuk dicalonkan sebagai “Malaysia Best Blog 2015″ hasil usaha beliau bertahun lamanya.
7. Multees.com
Nama panjang dia, aku dah lupa. Tapi gegirl selalu panggil Abam Zeo Unic.
Blog brader ni sebenarnya takdelah best sangat. Tapi setiap artikel yang dia tulis tu nampak cantik untuk dibaca. Ayat kemas skema habis. Dan apa yang membuatkan ramai orang suka baca sebab dia ni memang cukup sukar nak update blog dia. Setiap perkataan kat dalam artikel dia sangat bernilai umpama telur emas.
Nak tunggu dia hupdate blog, punyalah hazzab menunggu aihh..
Apa yang orang cari dari brader ni adalah skill dan pengalaman beliau yang pandai buat duit melalui blog-blog beliau. Dan tahun 2014 yang lepas, buat julung-julung kalinya dia keluar dari bawah tanah untuk berkongsi pengalaman beliau kepada semua blogger yang berminat untuk buat duit dalam Seminar Buat Duit dengan Blog anjuran Denaihati Network dan Gathering IKR anjuran InfoKerjaya.
So, nak belajar buat duit, belajar dari beliau. Orangnya tak sombong macam aku. Dia baik orangnya. Hensem dan gagah perkasa. Tapi sayang, dah berkahwin. Jadi, orang-orang perempuan tak boleh dah nak ngorat dia.
Dan salah satu sebab utama aku pilih, sebab dia adalah peminat susah mati Manchester United.
So, kena pilih gak satu geng sendiri gak. Lantak la kalau korang peminat Arsenal atau Chelsea. Geng Liverpool dengan Queen Park Rangers jangan terasa sangat eh..
Haha..
– Masih 1st page lagi tu maa..
8. HasrulHassan.com
Okeh. Yang ni, aku rasa korang mesti kenal blog ni, kan?. Antara blogger sepenuh masa yang cukup popular dikalangan blogger-blogger Malaysia. Aku pun tak popular macam dia. Silap hari bulan, Fatin Liyana pun kalah dari sudut kepopularannya tauu.
Cukup banyak memberi nilai kepada pengguna blogspot kat Malaysia nih. Kalau korang rasa korang macam “bodoh” dalam bab-bab blogspot ni, nak letak gambar dalam blog pun tak reti, nak upload theme cantek kat blogspot korang pun masih bengap gak, bolehlah mintak tolong kat brader ni. Sebab dia memang mahir habis bab-bab blogspot ni dan atas sebab ini juga aku rasa blog dia wajar dipilih sebagai salah satu Malaysia Best Blog 2015.
Aku sendiri masih noob dalam bab-bab blogspot ni.
Jadi, jangan tanya aku. Gi tanya brader nih ek.
Dah lama gila tak tengok blog-blog aku kat blogspot nih.
9. Ohduit.com
Okeh. Brader nih adalah penganjur contest ni. Dia paksa aku letak gak blog dia dalam senarai 10 Malaysia Best Blog 2015 ni. Jadi, nak tak nak, kenalah gak ikut..kan? Kalau tak, dia tak nak bagi aku menang.
Huh, bukang main ekau ye..
Apapun, dari apa yang aku dok perhati sejak beberapa tahun ni, dia memang ada banyak blog. Jadi, tak payahlah korang nak terkejut sangat ye. Blogger macam ni, memang dia dok diam-diam je. Malas nak bising-bising sangat.
Dan dia ada skill dan juga salah seorang pakar SEO Malaysia yang bijak. Dia juga seorang pemain ebay yang gigih dan blogger separuh masa yang tak nak rajin update blog sendiri.
Tapi, aku rasa ramai orang tak kenal dia. Dia ni kiranya lama gak menulis blog. Cuma korang tak perasan aje. Tu yang tak tahu pasal blog-blog dia. Tak kenal makanan-makanan kesukaaan dia.
Masuk contest ni, baru korang tahu kan? Nampak sangat nak menang contest.
Macamlah aku tak tahu. Haha..
10. Ahmadfaizal.com
Hmmm..
Pasal blog mamat nih. Aku kena letak gak. Sebab ni blog aku. Kalau aku tak rasa blog aku ni tak layak jadi salah satu Malaysia Best Blog 2015, aku rasa macam bersalah sangat dengan orang lain yang memilih blog ini sebagai salah satu blog bacaan mereka setiap hari.
Betul. Serba salah jadinya. Mandi tak kenyang, tidur tak basah.
Huh..
Risau aku dibuatnya. Aku tak tipu tau. Tipu masuk neraka.
Sebab itu, aku letak gak dalam senarai nih jugak agar semua orang akan jadi lebih gembira.
Kesimpulan.
Bagi aku, setiap blog ada kekuatan masing-masing dari pelbagai aspek.
Baca blog-blog tu semua dan belajar sesuatu. Sebab aku takkan saja-saja tulis panjang-panjang gini tentang 10 Malaysia Best Blog 2015 ni tanpa sebab. Setiap satu yang aku pilih tu, ada sebab-sebabnya tersendiri dan memang memberi nilai dan impak yang cukup besar dalam dunia blog tempatan.
Hargai mereka. Hormati mereka. Belajar sesuatu dari mereka.
Ambil nilai yang elok dan buang yang jahanam tu.
Semoga korang semua belajar sesuatu hari ini.
…
….
Sekian, terima kasih.
Semoga terhibur.
Kalau korang ada masa, marilah sama-sama menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 ini dan korang juga berpeluang memenangi hadiah dan wang tunai yang sangat lumayan .
Contest SEO ini dianjurkan oleh blog Ohduit.com
36,720 total views, 1 views today
terbaik semuanyaa
Ya.
Semuanya memang terbaik.
Lagi-lagi yang blog nombor 10 tu.
Kagum betul dengan dia.
bagi aku, nak susun balik secara terbalik iaitu mulakan dari no. 10 tu
ya.
aku sokong sangat
susun ikut bawah ke atas
boleh gak la nak susun terbalik ke..clockwise ke..anti clockwise ke..
janji hang happy, itu dah ok dah bagi aku. haha..
ttibe rasa nak buat contest gak bulan 3 ni..ahaha..ramai plak kan
bro nak buat kontest apa tue bro
yang no.10 tu serius tak bleh blah… first time tengok ada senaraikan blog sendiri..tapi, kalau aku join, blog abam titan ni tersenarai jugak kot…
haha..
lepas aku buat camginih, ramai lah pulak yang menirunya tanpa segan silu.
tak apa. Bukan selalu boleh syok sendiri nih.
hahaha..yang no.10 tu paling win..blog abang ensem mana?..lu boikot dia ke…hahaha
takde fekdah nak boikotnya.
kuota aku nak tulis, sepuluh aje. kang aku tulis 20..korang tak nak baca plak.
haha..
mesti baca punya bro..lu tulis gua mesti baca
abang ensem tak rajin blog walking 😛
biasa la tu otai kan..cepat semput..kesian juga dekat dia mesti cepat pancait nak blogwalking banyak2 blog nie..hahaha
Blog yang disenaraikan semuanya hebat-hebat belaka.. Terutamanya blog yang ke 10 tu memang lejen.. Pemiliknya suka makan cendol dekat Banting… 😉
betul.
kagum betul dengan blogger yang nombor 10 tu. Suka benar makan cendol tapi tak nak ajak orang lain. Lagi teruk, selalu paksa orang lain belanja dia. huhh..
ayat perah santan ni..hahaa
tahniah buat blog2 yg tercalon kat blog ni termasuk blog tuan nya sendiri… gud luck…
ya.
tahniah pada mereka semua.
Semoga kita semua dapat manfaat dari semua blog diatas tuh.
baru kewujudan blog yg ke 10 tu hehehe
kesemuanya blog yang disenaraikan memang hebat dan terbukti kehebatan mereka.semoga mereka semua tidak segan untuk berkongsi ilmu dan kejayaan mereka dengan blogger lain
rasanya memang diorang tak segan silu.
Cuma biasalah tu kalau ada yang malu-malu harimau.
normal bah begitu.
okey2 nak pi insafkan diri sambil makan cendol nih 😆
haha.
sila insaf ye.
Dimana blog gua bro?
blog kita tak masuk cartalah bro..hehe
Fuuuh. Ada 3 jer blog yg aku selalu terjah dlm list tu
Kenapa tak masukkan blog earncent & ohcikgu sekali? blh menang byk award..
cukuplah yang dah menang nih.
kang menang banyak-banyak pulak, ramai plak yang sakit hati.
hik hik hik!
Live dah ghupernya entri abamm titan untuk contest nie..pasnie bleh laa gak nak coba2 nasib ngan contest seo nie..
cubalah je.
takde siapa-siapa yang larang.
Makin ramai yang join, lagi meriah dan meriah lagi. hoho! 😎
Kriteria pemilihan yg sgt tepat..!! Terutama skali kriteria 1st tu..
memang biasanya aku tengok kriteri yang satu tu.
haha.
Wah memang jujur menulis bab FL yang cantik haha.
Memang bungkus yang lain-lain kalau otai dah masuk contest haha.
Selamat berjaya Tuan
Kalau cite pasal perempuan, kita kena jujur.
Orang perempuan tak suka lelaki tak jujur.
Mana blog aku? ha ha..
Tapi no 9 tue tak boleh blah. sebab nak menang laa letak tue…
Tapi betul dia antara blogger yang lama.. Masa mula buat ohduit.. banyak tentang ebay jaa yang di kongsikan..
Banyak aku belajar dari blog tue..
Haha..
biasalah tu.
Penganjur mesti ambil kesempatan selagi bulih bahh..
smoga berjaya..dlm 10 blog itu..blog titan byk ckp pasal komisen..hehe
Tu la.
Blog tu gila komisen kot?
Wah semua blog hebat belaka hehe
semua pun memang terbaik, dan hampir semua tu blog-blog yang setiap hari mak jemah jengah..kalau tak jengah sehari rasa kekurangan sesuatu..
agaknya apa yang kurang sesuatu ye..
Aya pun dah join contest ni…
Saja nak menguji skill SEO..
Join jangan tak join.
Tu dia.
Sorang lagi dah join.
Hoho..
aku paling suka blog denaihati dan blog terakhirlah karena aku paling sering baca bermacam artikel di blog itu
tahniah.
kerana menjadi seorang pembaca blog yang tegar.
blog multess tu tak pernah masuk… boleh lah gi terjah baca tips2 carik duit….
aku pernah baca beberapi kali , tapi tulisannya halus terus aku tak baca… la ni tak tau la . dah besar kot tulisannya.
tak apa.
dah besar dah tulisannya sekarang.
lepas nih, bolehlah pergi baca lagi ye.
Sila terjah hari-hari yek. Hehe
semuanya hebat2 belaka…
Betul la.
Yang ohduit tue mmg baru kenal jugak.
Tue pun sebab buat contest kan.
Hehe.
Memang hebat kesemua blog diatas.
Masing2 ada niche tersendiri.
Meriah hidup blogwalking setiap hari.
Kalau takde kontes ni, kompem ramai yang buat-buat tak kenal kan?
Hehe..
semua pernah terjah..dan memang the best especially kak jie yg sporting.. he he. semoga berjaya tuan.
kak jie memang orang sukan. Sebab tu sporting habis.
Hehe..
ceh blog aku takde tersenarai.. penat aku datang melawat blog ko tiap2 ari
haha.
takpe. Nanti-nanti akan tersenarai lah jugak.
Kena sabar menangi dengan penuh tawaduk.
No 10 memang rare. Nak kena terjah tengok jugak tu. Lejen habis wooo..
Tu la.
Memang rare habis blog yang no.10 tu.
Kenapalah agaknya ye..
kasi lah linklove sikit kat blog MULTEES tu – bukan ramai orang kenai blog tu
Haha..
banyak la.
Punya ramai yang kenal.
yg no 10 tu antara blog favourite aku tuh….kalau nak buat blogwalking aku mesti mula dari blog no 10 tuh…hehe
Wahh..
ini memang kaki blog walking sejati nih.
Kesemua blog yang tersenarai tu memang ada gaya penulisannya tersendiri
Ya, setiap satunya ada gaya yang berbeza.
Kalau sama aje, memang bosanlah, kan?
untung kalau dapat publisiti dalam blog ini
Itulah kan.
Memang untung betul mereka semua ini kan?
Jeles saya. 👿
Kalau pakar SEO dah masuk contest habis lah kami orang-orang baru…
Takdenya habis.
Biasa-biasa aje.
Sesiapa pun ada peluang nak menang maa.
eh mana blog gua??
gua mula berblog dari tahun 2005 lagi tau..
dah 10 tahun haaa.
mesti sebab gua tak cantik kan..
ok bagi gua fit dulu.
2016 turn gua ok!
haha..
macam itulah pulak ye.
takpe..nanti hang dah fit, aku cite dalam blog aku nih ye.
ha ha ha ……… blog no.10 aku paling suka.
Tu la.
Aku pun suka gak dengan blog no.10 tu.
Tak tahu la pasai apa.
kalau nak ikut memang banyak blog kesukaan mak jemah, sebab tu tak dapat nk senaraikan hahha
wahh..
mesti ada beratus-ratus senarai blog kesukaaan ni kannn..
Blog en.titan sememangnya antara yang terbaik. Mulut lancau eh lancang, suka menyindir, pandai buat lawak tapi macam sombong, suka pompuan cantek, bukan gay..haha.. tapi terlalu memberi manfaat buat blogger yang mau bikin duit online..
Memang rugi tak singgah baca kat blog ni.. Cuma, ebook seo pink kitab merah jambu tu mahal sangat la..keh keh
Kitab tu tak leh murah.
Kena mahal.
Sebab aku yang buat.
Haha..
semua senarai blog di atas adalah paling best…. kalau tak singgah tak best plak rasanya…
Itulah.
Kena singgah hari-hari la jawabnya ye.
bila lagi nak puji blog sendiri kan.. haha! good luck
Beruntung sesiapa yang menjadi pilihan brother titan.
Pastinya mempunyai kelebihan tersendiri.
Saya pun nak join contest ni, insyaAllah beberapa hari lagi di blog saya.
Kita tengok siapa yang kena.
Ya.
Semua blog ada kelebihan tersendiri. Begitu juga pemilik blognya. Ada hensem, ada comel, ada yang kuat kacau orang.
blog yang selalu amal baca secara senyap atau bising, blog kak akma, FL, Denaihati, HH dan multees.
Tapi yang paling paling paling best bagi amal, tiada dalam senarai ni. Tak ramai yang tau rsanya..
Terjah jenguk ramai2..
semuanya antara blog yang saya suka lawati..
Semua yg tersenarai punya kehebatan yang tersendiri dan otai2 belaka macam tuan blog ni. All the best..
Ya.
All da best untuk semua yang sertai kontes ini.
Salam buat pakar SEO, moga sejahtera hendaknya. Wah…wah…ambil blog sendiri sebagai top 10 Malaysia Best Blog 2015. Sememangnya blog bro kena masuk dalam list top 10. Semoga blog ahmadfaizfl.com terus lagi maju dan berjaya.
Semoga berjaya dalam Contest SEO bro….
semoga maju jaya.
agi idup agi ngelaban.
Banyak juga geng pakai domain ‘oh’ ini rupanya.
ramai.
dah macam-macam dah jenis.
tak reti kekadang aku nak menyebutnya sekarang.
oh blog – blog ini rupanya yang paling best
aku baca sampai licin, dari atas sampai bawah. haha.. penulisan yg menarik, sampai aku pun tak sedar, nak baca lagi dan lagi sampai habis entry ni.
semoga berjaya en.Titan..
Ya.
Mohon baca setiap hari.
Aku rasa memang tepat sekali pilih blog yang ke 10 tu
Itulah itu.
Aku pun rasa memang tepat pilihan yang satu tu.
Undi kroni ni.. ini tidak adil.. tidak adil..
All the best otai cendol
biasalah tu kalau undi kroni.
bila lagi. haha..
blog yang tersenarai memang hebat-hebat belaka termasuk yang no 10 tu…hehehe
itulah.
Blog no.10 tu memang best belaka.
Haha.
Artikel sangat bagus yang pernah saya baca terimakasih banyak gan karena sangat membantu sekali buat saya semoga sukses selalu buat agan amin.
Terbaik semua blog2 yang direview memang menarik blog2 diorg, kalu baca kekadang rase teremosi skali hehe
blog bro pun layak terima gelaran ni bro….
Huhu…masuk gak blog dia ekk..emm cik tom..hampir lupa kat cik tom ni…sebab dah lama sangat tak singgah blog dia..kemana bertapa lah dia ni ekk…ke dah kawin…
entah.
dah kahwin ke lom, gua tak tahu.
Pergi bertapa tu kemungkinan besar la jugak.
fyna suka blog yang no 10 tue. #eh… take note kriteria yang abang titan share kan tue.
Tu la.
Kekadang kagum gak dengan blog no.10 tu.
Entah apa la yang dia buat agaknya.
blog hebat belaka ni. majoriti yang aku suka baca.
Tahniah mereka yang tersenarai sebagai malaysia best blog 2015. Semoga terus update dengan memberi info terbaik pada pembaca. 😉
Ya.
Semoga semua orang mendapat manfaat yang sebaiknya.
Memang terbaik semuanya ni.
Kerajinan mendorong kejayaan.
Kena konsisten.
Ya.
Diorang memang rajin dan konsiten.
Layak digelar sebagai salah seorang peimlik dari Malaysia Best Blog 2015 ni.
mestilah blog ini tersenarai dah tidak terbantahkan
Semuanya hebat-hebat belaka terutamanya yang paling akhir tu..
bro jangan potong gua punya entri sudah la..hahaha
takde masa nak potong entri.
dah tak reti dah nak buat apa dah ni. haha..
Multees tu blog feveret saya jugak, tapi sekarang dah jarang lawat blog dia sebab dia lambat update.
memang.
berjanggut la nak tunggu dia update blog dia tu. Haha..
post ni dah lari dari SERP, apa dah jadi en.Titan huhu…. harap-harap dapat catch up balik. aku perasan sebab en.Titan bagi pin post ni dekat sticky post.
ni strategi en.Titan ke? semoga berjaya!
aku tak join lagi benda nih.
saje je memain dulu.
haha..jatuh naik tu perkara biasa dalam permainan nih.
kena banyak bersabaq ye.
MJ pun banyak senarai blog yang disukai, setiap hari bagaikan tak lengkap kalau tak berkunjung termasuklah kat sini..
ohh..
inilah orangnya yang kuat skodeng blog ni hari-hari ye.
Kak Kep kuat berangan. So yang menjadi kesukaan adalah blog orang orang berangan jugak.. Kihkihkih
Bertabah nak scroll baca sampai habis..tapi memang syiok gilerrr bila dah habis…banyak nilai tolak tambah yg dipelajari dengan blogger top malaysia best blog 2015 ni..tahniah untuk yang terpilih dan semoga berjaya untuk cikgu Titan
Tu la.
Memang syok kan?
Hehe..
Titan…
Mana artikel selepas artikel ni?
artikel yang mana ni?
gua nda faham bah.
kasi terang sikit.
Sumpah tak boleh blah pilih blog yang ditulis oleh perempuan cantik je. hahaha
ehh..
kenapa plak tak boleh pilih diorang plakk..
memang besar pengaruh encik ahmad faizal dalam dunia blogging.
sungguh telus komen encik titan..tp memang semua blog otai2 belaka. saya pun selalu singgah sana2. hehe..
jangan lupa untuk singgah-singgah yang kat sini-sini juga ye.
Wahhh semua blog-blog yang Super Power ni..Memang layak diorang kita panggil Malaysia Best Blog 2015. Termasuk Encik Titan..:-)
Ya.
Diorang memang baik hati dan rajin belaka.
Kekadang, kagum sejenak dibuatnya bila membaca artikel dalam blog mereka.
yang penting rajin update blog
Thanks beri maklumat yg bermanfaat dari senarai blog diatas
aku suka yang no sepuloh tu.. hahaha.. nak angkat bakul sendiri plak ye.. tapi memang blog ni tempat aku suka melepak di kala kebuntuan..
bila lagi nak angkat bakul sendiri.
nak harap orang lain, huh..susah sikit la. haha..
den baru nak start berblogwalking balik,,setakatni nampak yang dipilih hanya blogger2 lelaki je..tapi kat sini blogger2 perempuan dapat carta atas2…cayalah! nanti belanja cendol banting satu..
sebenar tak ramai pun yang pilih blog saya..hahahaha.. gurau jer
haa..
sila belanja gua cendol hari-hari.
Ya.
Orang perempuan kita kena puji-puji awal-awal dulu.
Nanti depa merajuk aje kerjanya.
Part penutup tu aku setuju. Tahniah sekali lagi bro sebab sentiasa tercalon. Gaya penulisan yang selamba memang mudah buat orang tertarik. Cayalah.
Ya.
memang orang kita lebih suka dengan artikel-artikel yang ditulis sebegitu rupa.
jadi, ambil point yang penting dan amalkan dalam blog kita.
in-sha Allah, senang kita nak dapat apa yang kita mahukan.
Top4 semua memang sengaja pilih yang cun-cun ke? Haha
Tak lah.
Memang susun perempuan dulu, baru laki-laki.
Orang perempuan kena dimuliakn jugak, kan?
wah di malasyia ternyata banyak blogger yang keren-keren yah
Ya.
Memang banyak yang keren-keren.
Hehe..
Semoga berjaya bro..
Ya, usaha itu tangga kejayaan.
Sama-samalah kita berusaha.
fuhhhh.. semuanya blog yg terbaik & best!
good luck!
ya.
gud luck pada mereka semua.
harap mereka terus memberi inspirasi dan nilai kepada blogger-blogger baru tempatan dan menyerikan lagi dunia blogging tanah air.
redmummy dan blog ini memang sama mengagumkan dalam hal buit dengan blog
tu la.
kagum gak dengan diorang berdua tu.
jeles pun ada.
camana la nak jadi cam diorang eh..
All the best la encik Titan.
Hamboih, bukan main lagi mengomen…hahaha
Maybe yang no 10 tu menang kan? boleh blanjer cendol spesel
haha..
kalau menang tu kiranya cam bonus la.
kalau tak menang pun tak apa.
gua takde hal punya.
ni memang semua blog power2 ni…masing2 ada kelebihan dan keunikan tersendiri…
Itulah.
Memang power belaka semua blogger dan blog-blog mereka tu.
Masih banyak lagi aku kena belajar nih..
tahniah..blog tuan tersenarai juga dalam list saya..he he
ohh..
terima kasih kerana menyenaraikannya.
Saya tahu blog tu memang best dibaca. Hehe..
Secara rasminya peserta Contest Malaysia Best Blog 2015
yang ni memang kelakar. keluar dari bawah tanah..hahaha
hehe..
apa yang kelakarnya keluar dari bawah tanah tu?
tuah di kaki tak siapa tau. Tahniah kesepuluh-sepuluh listed blogger
ya.
tahniah kepada mereka semua.
Memang berbaloi baca blog-blog mereka tu semua.
yang nombor 10 tu memang dah semulajadi terbaik hehe .. tak payah cerita pun orang semua tahu
Yup.
Memang setuju.
Tak payah cerita pun semua orang dah boleh tahu.
Terbaiklah.
terpaksa banyak kali apakah itu?
semuanya sangat hebat. saya sokong undian ni. bila boleh mengundi ni? hehehhee
bila senarai pemenang nak keluar? kita pula tak sabar.
Datang menjenguk
Salam perkenalan, semoga berjaya dalam kontest
Ya, semoga sama-sama berjaya dalam kontes ini ye.
Semoga sukses untuk kontes ini bro
Aku harap lepas ni ramai awek akan SMS, WhatsApp aku lepas terpampang no telefon aku dalam blog lu ni …
Sikit sangat awek bermuka licin yang ada dalam address book telefon aku ni.
haha.
mudah-mudahan begitulah hendaknya ye.