Umumnya..
bila kita kata nak kahwin, itu bermaksud..
kita nak nikah. Kita nak cium orang yang kita sayang. Kita nak peluk dan tengok rambut orang yang kita cinta. Kita nak ada anak dengan bakal isteri kita. Kita nak, bini kita yang tolong potong kuku kita bila kuku kaki kita panjang walaupun hakikatnya kita potong kuku kaki 4 bulan sekali.
Pendek kata, hidup lepas kahwin ni memang seronok.
Sebab gua dah “RASA”.
Walaupun tak cukup 2 tahun pun lagi.
Jadi, mahu tak aku kongsi tips dan cara simpan duit untuk bantu korang kahwin secepat mungkin?
Ya. Bila nak kahwin ni, kita semua faham. Ada yang nak simple. Ada yang nak grand-grandola. Ada yang nak buat kat taman, ada yang nak buat konsep tepi pantai. Ada yang nak 10 ribu tetamu datang. Ada yang tak nak kalah dengan kahwin artis-artis. Dan ada plak mak bapak mintak hantaran kahwin 40-50 ribu ke atas. Maklumlah, anak ada ijazah, ada tu doktor, anak tu cikgu sekolah, anak tu anak datok-datok..
Jadi kita kena faham. Nak kahwin, kena ada duit. Bukan sikit, tapi boleh tahan gak banyak.
Walaupun hakikatnya kita semua tahu, hal nikah ni senang aje.
Asal mak bapak setuju dan bakal suami dan bakal isteri setuju. Ada wali, ada tok kadi dan saksi. Itu dah cukup walaupun kadang kala, kena ada kursus kahwin terlebih dahulu.
Okeh beb. Nak cite isu kumpul duit sebelum kahwin ni, aku boleh cerita lebih dari 50 artikel. Tapi aku setuju dengan jari-jari aku ini bahawa menulis 50 artikel adalah satu perkara yang menyakitkan hati. Jadi, cukuplah aku tulis SATU artikel ini sahaja. Lagipun, aku memang malas benar sekarang. Sibuk dok jaga budak kat padang sekolah.
Ini cara aku.
Tak suka, tak apa. Walaupun nampak macam senang aje aku tulis. Tapi hakikatnya, aku sendiri mengaku sukar dan susah nak dilakukan kalau semangat nak kahwin memuncak. Tips ni lebih kepada orang bujang dan khasnya untuk lelaki bujang. Tapi untuk dah berkeluarga pun boleh juga. Manalah tahu ada abam-abam atau pakcik-pakcik ni nak kahwin lagi kan. Kenalah simpan duit mulai sekarang..
18 cara simpan duit untuk simpan duit nak kahwin.
1. Simpan duit dalam tabung atau bank dengan nilai yang lebih kecil terlebih dulu.
Mula-mula simpan RM50 paling sikit setiap bulan. Dah ada duit lebih sikit, dah ada bisnes maju sikit, dah malas nak shopping online dah..bolehlah tambah duit simpanan ke bank tu tetiap bulan.
Jangan kurang.
Dan sebolehnya, jangan korek balik duit yang KHAS untuk kahwin dan simpanan hari tua.
Ini benda asas dalam menyimpan.
Sebolehnya, jangan fail yang ini. Sebab itu, aku letak nombor SATU punya tips.
2. Belajar simpan duit dengan lebih praktkal dan serius.
Bila dah ada banyak duit, baru simpan lebih kat beberapa tempat yang berbeza. Contohnya, kat ASB, kat Tabung Haji dan kat tabung besi. Simpan kat tempat yang akan memaksa kita menyukarkan kita untuk ambil semula duit tu. Nak ambil duit kat ASB dan Tabung Haji, kena isi borang keluar, kena ambil nombor, kena tunggu, kena parking kerea, kena bayar duit parking dan memacam lagi.
So, susah kan?
3. Banyakkan membaca tips-tips simpan duit dan tips tambat duit.
Untuk apa? Untuk ingatkan diri kita agar tidak BOROS berbelanja. Beli benda yang perlu aje. Kalau makan nasi dengan kicap dah boleh kenyangkan kita untuk 1 hari, mengapa kita kena “spend” lebih dari RM20 ringgit untuk makan lebih sedap tetapi berbelanjan lebih dari apa yang sepatutnya. Dah kahwin nanti, bini hang yang masak. So, dah super jimat dah kat situ. Lebih-lebih lagi kalau bini pandai masak.Dah ultra jimat dah lagi.
“Tapi bro..kalau bini masak tak sedap?”
..
…
Hang teruskan makan nasi dengan kicap.
Dulu boleh, takkan lepas kahwin, tak boleh plak.
Kata nak berjimat, kan?
Haha..
Tapi aku setuju. Sesekali, boleh aje makang kat luar. Makan sedap sekali-sekala. Tapi jangan selalu.
Takut membazir.
4. Buat buat bisnes atau side income.
Jual beger ke, jual karipap pedas ke, jual resipi ke, jual ebook ke, promosi MLM ke apa ke..buat aje. Dan kena faham bila buat bisnes ni. Korang kena untung banyak-banyak dan minimumkan kerugian. Itu adat bila berbisnes. Kalau terbalik, itu maksudnya korang memang tak ada bakat nak berbisnes.
Tapi aku tetap percaya satu benda. Semua orang ada skill tersendiri untuk buat bisnes. Pasti ada SATU bisnes yang menguntungkan dan cukup sesuai untuk perangai korang. Cari dan polish habis-habisan bila dah jumpa.
Teknik aku aku buat duit atau buat bisnes, aku dah cerita pengalaman aku dalam kitab pink tu.
Leh baca kat sini –> Kitab untuk orang yang nak kahwin
5. Makan bila lapar. Berhenti sebelum kenyang.
Tapi please, jangan berpura-pura lapar atau berpura-pura belum kenyang. Tak baik dengan perut korang. Bila dah kembung, awek pun tak nak buat laki. Sebab orang gemuk nih, “maintainance” tinggi. Dengan nak makan banyaknya lagi, dengan kuat merajuknya lagi, dengan sensisitifnya lagi, nak cari baju pun susah. Kena order khas lagi. Kena bayar minyak lagi banyak sebab kereta terlebih berat. Bila berat, makin banyak minyak kena tekan. Kalau tak, kereta lambat berjalan.
So..jangan jadi gemuk. Orang gemuk, BESAR tanggungannya. Dan of course, jangan juga cari bini gemuk. Itu lagi double maintainance yang korang kena tanggung. Pastikan, diorang kuruskan badan dulu. Kalau tak, faham-faham la nak menanggung. Sedangkan bila bini mengandung pun, dah banyak kita kena tanggung nanti.
So, mohon faham dan mohon jangan terasa. Sebab SEMUA ini adalah fakta sebenar yang ramai orang kita tak nak akuinya kerana takut pasangan masing-masing terasa.
Tapi, kalau dah rasa “chenta” sangat kat bakal bini atau bakal suami..
korang layankan ajelah.
Cuma jangan menyesal dan jangan merungut bila sampai masanya.
Setiap orang gemuk itu ada rezeki diorang masing-masing. Lambat atau cepat sahaja.
6. Cari bakal bini atau bakal suami yang kaya dan ada pekerjaan yang besar gajinya.
Ni khas untuk orang perempuan. Cari lelaki yang ada gaji yang besar. Senang nak tanggung korang. Senang nak jaga korang. Bukan aku cakap lelaki takde gaji besar ni nilai cinta agungnya itu tidak hebat. Tapi, kalau boleh cari, carilah.Kalau tak boleh, tak apa. Pakat-pakat dengan bakal suami, pergi seminar dan belajar cara hendak buat bisnes. Mana tahu, lepas ini korang laki bini dah boleh bukak kampeni sendiri dan tulung pula orang lain.
Ada lelaki yang gaji besar dan hensem itu bonus.
Dapat anak raja, itu memang bonus tajaan tanpa had.
Kalau dapat yang jenis “true love” pun cantek dah. Tapi kalau dapat yang beriman dan jenis hapal mukadam, itu lebih afdal dan lebih hebat didonia dan akhirat.
7. Beli apa yang perlu, bukan beli apa yang nafsu otak dan nafsu serakah kita nak.
Kena faham. Ada banyak benda kat donia ni yang kita perlu dan nafsu serakah kita perlu.
Ada yang kita hendak dan nafsu serakah kita hendak.
Jadi, berpada-padalah.
Beli laptop, khas untuk buat bisnes. Ini dah keperluan. Bukan lagi kehendak. Lainlah beli laptop, khas nak tengok youtube, saje-saje nak skodeng pakwe lama kat facebook, nak tengok blog Fatin Liyana ker ataupun sebab nak main candy crush saga. Kalau baca blog-blog Malaysia Best Blog 2015 tu, kira tak apa jugak lagi. Leh belajar ilmu baru gak kan? Ini tidak, laman blog gosip dan blog yang tayang gambar nampak peha putih dan muka cun-cun gak yang korang layan..
Beli baju, memang satu keperluaan asas kita. Tapi beli baju ni kekadang boleh bertukar jadi kehendak. Baju tu design chantek. Baju tu warna pink. Baju tu nampak lebih hensem. Baju kurung saya tak cukup lagi seribu. Kena cukupkan lagi nih. Baju tu..baju ni..
Sampai kiamat tak habis beli baju.
Kalau korang sampai tahap ni, ini kehendak nafsu serakah tanpa batasan.
Payah bila dah dapat penyakit ni. Tak ada obatnya.
Kepada suami yang bininya ada penyakit macam ni. Pepandailah nasihat.
Kalau tidak, cerai je terus.
Beli baju, tak pernah minta izin atau tanya pendapat suami pun, kan?
Tau, tau..beli baju kain jarang, seksi sana sikit, baju melekat ke body sampai nampak luar dalam. Beli tudung pun, tak pernah tanya suami atau abah dulu. Kot-kot tak tutup buah dada yang ranum tu. Tau-tau, dah terbonjol. Macam manalah orang laki dan suami orang kat luar sana tu nak baca muqaddam hari-hari? Dah dok hari-hari teringat kat buah dada bini.
Laki hang sabar aje dari jauh.
Nak ditegur, takut merajuk. Takut kena tinggal dan cari orang laki lain yang lebih hensem dan berduit.
Jadi, kesianlah kat suami dan bakal suami.
Beli tudung, baju, kain dan pakaian yang yang tutup penuh dan mengikut syariat.
Ini tidak, beli yang senteng-senteng, kecil plak tu..nipis lagi..tapi kena bayar mahal-mahal.
Siapa yang bayar? Siapa yang keluar duit?
–> Suami. Pakwe. Boypren. Tunang. Bakal tunang. Bakal pakwe.
8. Belajar berpuasa.
Ini salah satu cara paling senang tapi susah nak dilakukan. Lakukan dengan istiqomah. Mula-mula buat hari isnin dan khamis. Kalau tak boleh, pilih satu hari dalam seminggu dan puasa. Jimat belanja masa tu sebab bila kita berpuasa, kita tak leh nak ikut nafsu kita sangat. Nak beli itu, nak beli ini, nak kutuk jiran sebelah, nak gosip kat opis, nak tendang anak orang dan memacam lagi.
Jadi, terpelihara sikit dari buat dosa.
Dan dalam masa yang sama, duit kita pun akan lebih terpelihara dan beli benda-benda baik sahaja.
9. Hormati ibu bapa kita.
Yap. Walaupun macam nampak lari dari skopnya. Tapi hormatilah ibu bapa kita. Sebab sama ada kita tahu atau tidak tahu, merekalah orang yang PALING banyak mendoakan kesejahteraan kita selalu dalam doa-doa mereka. Dan didiklah anak kita sewajarnya agar tidak boros, tidak menyusahkan bakal suami, tidak derhaka dengan suami dan tidak menjadikan mereka menjadi sahabat syaitan yang sejati.
Sebab kalau kita tak hormat mereka, macam mana kehidupan kita ni nak berkat? Macam mana kita nak mudah buat kerja, macam mana kita nak senang dapat kerja, macam mana hati kita tak tenteram selalu bila kita tak cukup duit tiap-tiap bulan.
Soalan aku.
Dalam sebulan.
“Berapa kali korang call atau whassap mak abah korang?”
Ini nasihat bukan untuk korang aje.
Tapi KHAS untuk aku, bini aku, anak-anak aku dan ahli keluarga aku.
Jadi, bila hati tak tenteram, duit rasa macam tak cukup, macam mana pula rasanya kita nak menyimpan duit untuk kahwin?
Kesimpulan
Okeh.
Nampak dah, kan?
Cukup dah rasanya 9 cara atau tips atau panduan yang boleh bantu korang mula berjimat dan simpan duit korang dengan penuh konsisten. Lagi 9 cara tu, abaikan. Sebab aku rasa tak sesuai untuk korang.
Lebih jujur, aku tak nak bagitau korang lagi. Haha..
Apapun, ini antara cara yang aku buat sejak aku teringin nak kahwin lepas jumpa bakal bini aku tu. Dari hari tu, dah setat kumpul duit kat akaun Tabung Haji tu. Dah kerja, baru simpan duit kat kwsp, ASB, beli emas dan memacam lagi. Dan akhirnya seperti yang korang dah tahu, aku dah kahwin dahhh..
Dan-dan cukup untuk “cover” kos kahwin aku dan meneruskan kehidupan harian selepas kahwin nih.
Alhamdulillah, bakal ada anak sudah.
Semoga lebih murah rezeki dan lebih banyak lagi anak yang akan menyusul. Kalau boleh satu team futsal, lagi bagus. Lagi ramai, lagi banyak rezeki. Lagi ramai yang akan balik ke rumah bila hari raya nanti terutamanya bila aku dan bini dah tua. Dan bila lebih banyak anak nanti, lebih banyak juga cucu-cucu yang bakal terhasil.
..
…
Dan lebih ramai yang akan baca al-fatihah dan doakan aku masuk syurga dekat kubur aku nanti bila aku dah mati nanti. Takdelah aku rasa azab sangat dok sorang-sorang dalam kubur tuh.
Jadi, sementara aku dan korang semua belum mati..
buatlah kerja, belajarlah berjimat, bekerja seikhlas mungkin, sayangi bini-bini korang, buat anak banyak-banyak, simpan duit untuk bini dan anak-anak kita dan bantulah orang lain seramai yang kita boleh.
..
…
Semoga korang semua yang bujang tu akan kahwin tahun ini.
Kepada orang perempuan yang nak boypren dia nikahi dia cepat-cepat, baca tips ni – Tips Nak pikat Lelaki Idaman
Dan..
Nak RM300-RM500 sebulan tak?
Bagi mereka-mereka, baik laki-laki, tunang-tunang, atau bakal berkahwin, boleh cuba buat duit dengan melalui kerja online ini. Saya dah cuba, bolehlah dapat RM300-RM500 setiap bulan. Modal pun rendah aje. Bolehlah tampung sikit-sikit duit kopi dan beli pampers pet-pet anak. Hehe..
–> Buat duit sampingan secara online
Last.
Jika korang target lagi 2-3 tahun nak kahwin, ini salah satu cara yang boleh bantu korang dapat cari dan kumpul duit kahwin dengan agak cepat dan konsisten.
Pi kerja kat Singapura.
Bayaran dia lagi lumayan berbanding nilai duit kita bila dah tukar ke ringgit.
So, boleh baca tips ini jika nak tahu panduan cari kerja di Singapura.

296,268 total views, 2 views today
Tolong kongsi dengan lebih banyak lagi Cikgu !
Susah juga nak simpan duit kahwin ni. Dengan ujian yang tetiba datang. Laptop rosak, motor rosak, kereta rosak. Kena bayar itu dan ini. Kerja pula takdak duit simpanan emergency mula diusik.
Allah..
Macam mana tu?
Apa-apapun saya suka dengan artikel ini !
mungkin Allah nak bagi ujian supaya lepas kahwin ni kalau ada kesusahan hati boleh hadapinya dengan mudah. semoga dipermudahkan urusan! 🙂
dulu masa nak kahwin, aku buat affiliate Panduan DPLI, lepas buat hantaran, yang lain topup guna duit Tips PTD.
pehhh..
dasat hang.
apapun, terima kasih sebab bayar aku masa panduan dpli tuh.
hoho.
nasib baik gua dah kawin..tp dulu2 masa nak kawin terpaksa buat loan kawin dengan majikan..dah dapat 2 anak baru habis bayar..
okla tu.
dah habis bayar. jangan tak abis lagi.
aku memang tak suka kahwin guna duit loan.
sebab tu usaha cari duit gak.
hbat tip berjimat cara titan ni..hormati ibu bapa tu pling cool walaupun aku jrg2 call..hihi
kenapa aku rasa macam deja vu. emmm…
macam pernah baca komen ini, tapi di mana ya?
rasanya macam dlm blog ni juga, cerita pasal kahwin juga… (apakah?!)
ok dah boleh plan nak kawen ni. simpan singgit sehari..

takpe.
esok, kasi up ke 10 ringgit plak.
hoho.
lama-lama leh jadi banyak tu.
aih saya suka yang terakhir berbakti kepada orang tua itu yang paling mutlak
Ya.
Siapa lagi nak harap kan?
takkan la plak orang lain kan?
Bagus betul nasihat ni. Jap aku share di group laki bini haha
pehh..
siap ada join group laki bini lagi tuh.
terbaik lah. haha
cuma aku terfikir macam mana budak-budak lepas degree, tak sampai setahun kerja, dah kahwin.mana dorang dapat duit tu?
ada 3 sebab.
diorang ada buat bisnes.
diorang ada mak bapak yang memang sah dah kaya.
diorang kumpul duit kahwin sejak kecil lagi.
tapi aku syak sebab yang terakhir kot. 😈
Hormati/berbakti kepada ibubapa membuka pintu rezeki.. terima kasih utk peringatan ni..^__^
Yup.
doa ibu bapa ni..takde hijabnya.
bila dah kawin, insyaAllah rezeki lain pula akan melimpah-limpah..yelah berkat sebuah perkahwinan..
Mudah-mudahan.
mudah-mudahan dapat ramai anak-anak yang soleh dan genius macam bapaknya.
Yang penting kena ada usaha halal, pasti akan ada jalan. Insya’Allah, Allah akan bantu punya la. cuma kita saja yang kadang-kadang buta mata untuk menghargainya. 🙂
orang kita memang ramai yang buta belaka.
biasalah tu.
kita kena banyak melihat sebenarnya.
paling suka no. 6….tapi takde rezeki dapat suami pandai cari duit pun ok dah..hehehe
Takpe.
Yang penting, jaga suami elok-elok lepas ini yek.
hehe..
Tips terbaik giler..;)
Alhamdulillah…wan dah lepasi fasa yang agak payah sebelum ni.
Betul kata en. titan.
Berjimat cermatlah dengan apa yang kita ada dan kuatkan azam. Disiplin pun kena strong jugak…baru berjaya.
Yap.
Nak kahwin ni, satu komitmen yang besar.
Dah takde masa nak lepak sangat.
Sebagai suami atau bakal suami, kerja kena keras. Ada mulut yang kena suap dan perut yang lapar selalu.
Salam Faizal…
boleh jugak nak ambil semua peringatan tu tapi aku lebih banyak gelak dari ambik point nih… wakakaka…
ni tips bukan nak kahwin jer nih… nak beli rumah nak tapau keta baru pun sama gak… tapi dulu kan nak kahwin lah kan…
(selagi benda yg suka nak beli tu masih ada kat umah, jangan dok gatal nak beli lain… tu motto aku nak berjimat)
adeh.
apsal banyak gelak plak.
aku serius ni beb.
haha.. 😆
ok, nombor 5 tu buat gua sentap..demit..ahaha..banyakkan sedekah, insyallah cukup je nanti apa yang tak cukup tu..:D
sambil buat duit, buat pahala sekali. hihi… ^_^
eh..
takkan itu pun nak sentap gak. hehe
Yang part kubur tu sedih pulak, sorang-sorang haih….
memang la sorang-sorang.
takkan la nak kongsi-kongsi la plak kan?
hehe..
ooo gitu caranya. kena kuatkan semangat dan azam untuk simpan duit banyak2… kena ada disiplin yang kukuh… selamat maju jayak.
Ya.
Kena ada semangat yang kuat dan kukuh.
barulah boleh capai apa yang kita mahukan.
Alhamdulilah, dah lepas fasa ni bulan lepas 😀
tahniah sebab dah lepas.
semoga leh lepas stage yang seterusnya pula.
cara di atas semuanya wajib buat. tapi tak cukup lagi.
hmmmmmmmmmmm
entahlah, kalau dok pikir gaji kecik tapi malas nak cari income.
sakit jiwa sakit jiwa.
tak moh sakit jiwa.
kita mula sekarang.
biar lambat, jangan tak buat apa-apa langsung.
senang je..
kalau rasa nak kawen simpan la.. kalau tak de duit jangan kawen lagi..
Loan tu kalau boleh elak la…
Ya.
Elakkan untuk ambil loan bank ke, loan kawan-kawan ke untuk berkahwin.
hidup tak tenteram aje selalu.
Ini simpan duit utk perkahwinan pertama atau yang seterusnya
Hehe..
haruskah aku bagitau dan berkongsi hal sebenarnya? 😈
Tips yang bagus untuk dipraktikkan. Lagi-lagi zaman kesemua benda sudah mahal sekarang.
Ya.
Sekarang, serba-serbi mahal.
Kita kena jimat apa yang patut.
Lagi-lagi yang nak kahwin. Memang kena jimat belaka sana-sini sekarang.
bro gua dah kahwin..adakah tips ini juga boleh dipraktikkan untuk kahwin kali kedua

kalau hang rasa nak cuba, cuba aje.
Jangan tanya aku.
Aku tak tahu. haha..
Lucu point no.5.
Hahaha.
Mujur den dah lepas.
Tapi merasa la semua di atas.
Bersusah susah bersama smpai dah kahwin. Hihi
Nak kahwin perlu kumpul duit sendiri. Kalau tak ada jangan duit hendak bergatal dengan anak dara orang.
Terbaik tips2 ni, yang bujang 0 spai bujang 3 boleh apply cara ni.
Kenapa la tak jupa tips macam ni 4 tahun yang lepas..kalau tak mesti dah bertimbun duit dalam karung..BTW memang betul saranan cikgu titan ni, belanja kawen dah mahal so kena sama2 menyimpan la kalau nak buat acara kawen meriah 😆
Okeh.
harap 4 tahun akan datang..jangan bagi alasan tak cukup duit ye. hehe
bukan senang nak senang.. 🙂
nak kena save duit skg ni..walapun still xde lg buah hati..hehehe…
Yang masih bujak bergaji rm3k-5k tu… Cuba simpan gaji tu separuh. InsyaAllah senang nak kahwin nanti.
Kena pandai rancang perbelanjaan kita.
Baru boleh start menyimpan dan buat duit dengan lebih baik lepas tuh.
😀 Alhamdulillah, terbaikkk 😉 InsyaAllah akan cuba cara-cara tu. terima kasih.. heee
dulu zaman dapat PTPTpu tak teringat langsung nak simpan duit buat kawen. rasa rugi….budak uitm, yuran rm500 je
PTPTN tak pernah tipu.
Kita aje yang selalu tipu diri kita sendiri.
lebih baik simpan dari awal, nanti bila dah tetiba rasa nak kawin tak ke menangis kalau masa tu belum cukup lagi simpanan..
suami saya dulu buat part time jadi tukang kutip sampah kat bandar tokyo. dalam sebulan dia kerja, lepas juga nak buat majlis kedua2 belah pihak yg serba sederhana. yg penting kena ada kesungguhan nak kahwin n berusaha nak sara anak isteri.
Ya.
Nak kahwin, kena la sungguh-sungguh. Hoho..
nampak gayanya boleh dipraktikkan untuk perkahwinan yang kedua.. 😈
Boleh apply ni kalau nak kahwin ….lagi… 🙄
nak menyimpan duit ni kena maintain..dan lagi satu…buangkan sikap boros berbelanja…ni bila da gaji…kalau boleh semua duit tu nak dihabiskan…hujung bulan je da kering poket…macam mana la nak menyimpan kalau macam tu…huhu
yap.
bab boros ni memang susah nak kontrol kalau tak dititikeberatkan.
itu masalah orang kita zaman sekarang nih.
Salam Hormat.
Rasanya memang tak perlu letak 50 artikel.
Yang basic seperti ini saja sudah cukup lengkap sebenarnya.
Terima kaseh atas perkongsian yang berguna ini 🙂
Itulah.
Memang aku dah tak larat nak tulis banyak-banyak dah.
terbaek ni .. simpan duit untuk kahwin memang perlu
rezeki bila berkahwin selalunya tak dijangka-jangka..jadi siapa yang belum kawin boleh segerakan hehehe
Duit nak kawen satu hal, duit lepas kawen tu pun kene pikir gak. Jangan nanti kawen memang grand, lepas beranak-pinak duit asyik kering jah…huhu
Duit lepas kahwin tu, kena prepare la.
Kang tak makan nasi, nanges mak mertua kang dibuatnya. Hehe 😳
Fuhh… panjang sungguh perkongsiannya nih… TQTQ.. mmg tips yang sangat berguna tuk yang nak kawen nih…
hari2 makan nasi ngan kicap…akakaka….
Tahun 2015 lagi mencabar, banyak barang naik tanpa kawalan jadi kena pandai2 la menyimpan duit hmmm…
Alhamdulillah bagus perancangannya,
Tapi nak kongsi sedikit, dlm kita merancang kita kena pertimbangkan juga apa yg diluar perancangan kita,
Kita sering terlupa utk menitik beratkan hal perlindungan (takaful), sebab kemalangan, kematian, sakit adalah risiko hidup serta perkara yg tidak diduga. Justeru itu, sebaiknya kita perlu juga menyimpan di dalam takaful berkait pelaburan. Sambil menyimpan, sambil tu juga kewangan kita dilindungi.
Misalnya,kalau kita kumpul2 duit, tapi bila Allah nak uji dgn dugaan, habis segala harapan (duit simpanan nak kahwin) terjejas akibat kos dan bil rawatan perubatan dan sbgnya.
Sebaik2 perancangan kita, perancangan Allah juga yg terbaik.
Ramai orang sedar supaya menyimpan utk berkahwin, tapi berapa ramai yg sedar supaya melindungi simpanan utk berkahwin?
Alif Adzham
Takaful Advisor
01123437929
assalam,
btol la tue,mgkn sy terfikir nk kawen,bleh la start berjimat dgn cara2 nie,good idea
Ceh… Sampai 9 sahaja. Buatlah lagi 9 sambungannya…
ada masa nanti la aku buat.
sibuk sangat sekarang nih.
tengah bersungguh-sungguh nak simpan sekarang..punyalah susah nak tahan napsu e=membeli ni.
biasalah tu.
banyak sangat benda menarik nak beli sekarang ni.
point no 3 stuju.
tp x stuju part explanation makan nasi kicap aje smata2 nak save. jgn. kesihatan adalah amanah.
pentingnya kesihatan ini atas lg drpada masa. sebab bila xda masa, tp sihat, itu biasa. tp bila ada masa tp x sihat, x guna.
so makan berpada2, pstikan cukup nutrient dr segala sudut dan di ambil dgn amount yg kecil berterusan.
jaga kesihatan memang penting.
itu benda wajib kita harus buat.
tak perlu nak terang panjang lebar pasal isu ni.
kita semua faham, kan?
Masa 2010 aku bt keputusan nak kahwin, aku pakai bonus pertama jadi officer bank. Mmg nak elak ambil loan dan pinjam duit adik beradik sbb aku mmg nak kluar duit sendiri. Aku bersyukur sgt lepas aku kahwin takder liability nak kene tanggung. Alhamdulillah Parents pun tak susahkan aku nak itu nak ini .berkahwin Ikut kemampuan . Sekarang dh anak sorang dan aku br berjinak2 nak join MLM shaklee nak buat side income. Harap dipermudahkan.
Terima kasih =)
Sy blum ada calon jd xde push factor utk simpan duit..jd mcm mna ya?
haha memang terbaik lh haha dh boleh menyimpan sekarang ni hihi insyallah 5 or 6 tahun akan kahwen lh heheheh tq cikgu hahaha terbaik
Ada lagi penambahan point iaitu. Bersedekah. Rajinkan bersedekah, insyaAllah, rezeki lebih murah.
Ok dah tips ni, cuma rasanya ada 1 je kurang.. Masa nak simpan tu lebih afdal sebut niat dgn jelas “sahaja aku simpan (sebut nilai) untuk kawen lillahi taala”
Masalahnye yang aku tengok zaman skarang bukan spend on marriage, but on the WEDDING itself. Tu yang kopak tu. Just my two cents
Alhamdulillah sudah selesai berkahwin bulan lepas.. banyak lagi cabaran yg menunggu di hadapan.. ada tak tips kewangan lepas kahwin plak..? hehe 😀
tips yang sangat berguna admin, zaman sekarang memang susah nk cari duit kalau bergantung pada duit makan gaji je. memang tak cukup !!
dkt sini siapa nk buat side income duit hari2 boleh whatsupp saya 0173355403.
jgn risau, bukan investment, money game or skim cepat kaya 🙂
Benda paling bodoh aku penah bace. Apasal tak bagi tips suro orang solat hajat minta duit jatuh dari langit je terus? Tak pon buat part time jadi pengemis, dok area sogo. kalo setakat suro pose, suro part time, suro cari laki/bini orang kaya, budak tadika pon boleh pikir. Bengap ya amat.
apa masalah ko sebenarnya ha?
saya nak tanya. memang boleh percaya ke link program Jobdirumah tu? sbb saya macam takut2 nak join tu. so nak la mnx pendapat dulu. tq in advance.
bagi saya, boleh percaya.
dah cuba dan memang beri saya pulangan lumayan pada setiap bulan.
betul ke bisnes JDR tu. kalau sah nk je join tengs
betul.
bagi saya, saya dah cuba dan memang tak ada masalah.
pendek kata, kita kena usaha lebih dan belajar apa yang patut.
Yang job online tu betul ke Bro.. Sgt berminat ni.. Sbb bnyk masa terbuang kat tempat kerja dan rumah
Betul la tu.
Tapi tetap kena usaha.
Ni bukan goyang kaki punya kerja.
Kena usaha, kena siapkan kerja, baru kita boleh terima bayarannya.
Cuma bezanya, kita wat kerja dari rumah la.
Terima kasih atas perkongsian…nampak simple tapi sebenarnya kena ada azam dan semangat yang kuat =)
hai ahmadfaizal,, nak tanya lah. platform link yang awak beri tu.(Jobdirumah.com) tuuu… boleh dipercayai ke ? sumbernya dari mana ?
Boleh dipercayai.
Saya sendiri dah dapat hasilnya.
Selepas praktiskan dan usaha yang berterusan.
Bab gemuk tu… aku terasa gila… sepatutnya cakap… jangan cari pasangan yang kuat makan dan suka membazir makan yang mahal2… sbb aku gemuk… aku tgk… orang kurus dari aku lagi kuat membazirnya bab makan… mcm aku… aku makan je apa asalkan kenyang… tp kawan2 aku yg kurus2… mereka nak makan mewah je selalu… hmmm
Menabung AWAL dalam kehidupan banyak faedahnya… untuk pendidikan, kahwin, persaraan, emergency tapi isunya adalah Istiqamah dalam melakukannya & memulakannya.
Just Dot It.. Chaiyok… Chaiyok bak kata adik ipar saya. 🙂
Ya.
Menabung la dengan lenih istiqamah.
mcm mana kalau si perempuan buat part time? bagus tak agak2? takut letih pun ada
Selagi jaga maruah, jaga diri dan aib diri dan keluarga dengan niat yang betul, tutup aurat segala macam tu semua..
rasanya takkkan rasa letih sangat demi alam perkahwinan yang lebih diredai.
Salam..nk tny psal JDR tu..lma dh dk ushar tgk..tp xbrani join..tkot kna tipu..boleh dipercayai kan..yutan tu..kna bayar cmna..xpham..ad 3 kali kna byr..
3 kali?
Bayar sekali aje. Bayar ke akaun ban diorang.
Then, baru dapat join diorang punya membership dan akan ditunjukkan macam mana nak buat duit dengan JDR tu.
Tips yang pedas tapi sedap untuk dihadam 🙂
Kahwin ni komitmen selain dari jodoh. Jadi kena ar plan bebaik sebelum nak kawen. Terutama pada bebudak muda. Ready dengan tentangan kuarga, harga hantaran tarap artis dan semesti keta kalau boleh ada logo H. Apa pun nasib baik abam dah kawin. Tapi kena ingat kawen ni bukan sebab nasib-nasib je. Sebab tu dah suratan bukan kebetulan.
Tanggujawab kena pikul. Lagi berat dari pikul sawit. Kalau tak reti menabung sendiri, kirim duit kat mak ayah suh simpan kan. Lebih tu bagilah sikit jiga. Jangan kemut. Nak murah rezeki banyakkan sedekah, klu tak mampu senyum je pun jadilah. Whatever pun kat orang tua kena bagi bakti. Jangan kita keja sampai nak mati, mak minta urut kaki pun lari.