Ya.
Hari ini masih berkisar tentang permainan dropship.
Sebenarnya, ada banyak lubuk atau supplier barang panas yang ada diluar sana.
Baik tempatan, kat sempadan Thailand, Indonesia dan banyak lagi.
Dan untuk memaksimakan keuntungan dan mengurangkan kerugian, umumnya ramai pemain dropship yang memborong barang dari negara China.
Mengapa?
sebab harganya murah.
Murah gila sangat tak hingat kaw.
Tetapi kita sering kita semua maklum bahawa ramai yang menyangkakan barang yang diperbuat atau diimport dari China ini adalah barang yang tidak berkualiti.
Sebenarnya, susah nak cakap bab benda berkualiti atau tidak berkualiti nih macam mana. Aku sendiri pernah beli pendrive dari China. Sampai hari ini, dah masuk 4-5 tahun masih boleh berfungsi. Pendek kata, jika kita pandai jaga, barang dari negara mana pun tak apa. Janji, barang tu menyelesaikan masalah kita dan dalam masa yang sama kita dapat beli dengan harga yang lebih murah.
Well, korang kan nak simpan duit untuk kahwin, kan?
Tapi tetap gatal nak beli barang ikut kehendak hati korang. Jadi, dah alang-alang nak membeli jugak, belilah yang murah sikit. Sekurangnya, bolehlah kawal nafsu korang dari membeli benda-benda yang mahal-mahal.
Aku tak kata korang tak patut beli benda yang mahal. Sebab benda mahal datang dengan pelbagai pakej yang sukar ditolak. Siap ada free gift lagi, ada warrranty 2-3 tahun lagi dan ada macam-macam kelebihan bila kita beli barang mahal kat kedai. Itu semua sudah dijangka.
Berbeza dengan benda yang dijual murah. Sudah tentu kita fikir kualitinya berbeza dengan produk yang harganya mahal. Bagi aku, asalkan produk itu boleh beri nilai dan hasil yang sama, aku tak berkira sangat bab harga. Yang murah pun aku beli yang mahal pun aku kitai gak.
Dan of course, aku lebih prefer cari yang lebih murah.
Murah itu sahabat aku. Haha..
Dan salah satu tempat atau website korang nak membeli barang dari China secara online adalah melalui website Taobao. Tetapi, kalau main redah tanpa buat kajian, korang mesti rugi punya. Tak yah tanya, mesti akan rugi sana-sini sebab tak tahu apa perkara yang tersembunyi kat website tu. Kalau korang pandai, korang akan jumpa cara bagaimana nak borong barang dari website Taobao dengan harga yang murah. Dan dalam masa yang sama boleh dapat untung apabila korang jual semula kat pasaran tempatan.
Tolak sana, cover modal, tolak kos siling dan tangga, korang masih boleh buat untung yang besar.
Biasalah tu, harga jualan mesti mark up kaw-kaw agar boleh untung. Tak ada penjual barang online yang tak mahu keuntungan. Untung RM10 untuk satu produk pun dah cukup seronot dah. Inikan pula bila SERATUS item berjaya dijual. Dok main balas PM kat facebook atau main whassap kat atas katil sampai susah nak tidur sebab sibuk nak ambil order. Itu tak campur lagi dok tengah sibuk bungkus barang nak hantar ke pelanggan.
5 Rahsia Taobao bantu borong barang dari China dengan lebih murah.
- Rahsia 1 : Teknik Mencari Produk Pasti Laku
- Rahsia 2 : Produk Yang Perlu Dielakkan!
- Rahsia 3 : Langkah Demi Langkah Membuat Pembelian Di TaoBao.com
- Rahsia 4 : Cara Menjual Produk Yang Telah Diborong Secara Online!
- Rahsia 5 : Proses Jualan & Teknik Meng”Ayat”
Jadi, mahukah korang tahu 5 rahsia Taobao yang ramai lagi yang tidak tahu?
Ini memberikan peluang dan kelebihan pada korang yang bergiat secara serius sebagai pemain dropship yang aktif difacebook. Aku tahu, ada antara korang yang memang dah ada suppllier besar dari China. Ada juga yang dok ulang alik 2-3 kali sebulan ke China. Maklumlah, tambang ke sana pun bukannya mahal mana pun. Tolak untung dari keuntungan drophip korang tu, still leh pusing negara China tu kalau korang main. Silap hari bulan, boleh gi jogging dengan bini kat tembok besar China.
Tapi, 5 cara ini boleh bantu korang lakukannya secara online tanpa perlu order tiket kapal terbang. Dan sudah tentu korang boleh percaya dengan servis Taobao sebab ownernya adalah owner yang sama dengan Alibaba.com.
Dan kedua-duanya adalah milik abam besar Jack Ma.
Haa..brader kurus tu. Tapi dah jadi jutawan kat China dan antara jutawan yang kurang hensem kat seluruh dunia nih. Biasalah tu, hang tengok abam Mark pun bukannnya hensem sangat pun. Majoriti yang jadi jutawan ni majoritinya bukan hensem belaka pun. Lainlah kalau macam Bruce Wayne atau Tony Stark. Itu dah la hensem. Lahir-lahir aje dah kaya. Maklumlah, mak bapak memang dah sah-sah kaya raya.
So, kedua-dua website itu boleh dipercayai. Website Taobao ini pun boleh dipercayai.
Pengalaman borang baru dari Syarikat dari China
Dan sebenarnya ada banyak gak syarikat dari China ni pun boleh dipercayai.
Sebab aku sendiri ambil barang dari China nih.
Tak banyak. Adalah ratusan unit gak.
Tolak kos penghantaran dan design sana-sini sikit. Still masih boleh buat untung. Client pun geng PPD, geng cikgu sekolah, geng-geng pakcik-pakcik aku yang nak buat hadiah kenang-kenangan. Still leh buat untung untuk satu jangka masa panjang. Lagipun, macam aku pernah cerita hari tu, aku ada pengalaman bab-bab main tender ni.
Jadi, “connection” atau kabel tu masih hidup. Ada yang contact juga nak mintak tolong carikan hadiah yang best-best nak bagi dato tu, nak bagi awek, nak bagi bini, nak bagi tetamu kehortmat dan memacam lagi. Sedikit sebanyak bisnes “part time” aku ni hidup gak la sepanjang tahun walaupun takdelah banyak macam pemain dropship kat facebook tu. Ada aku dengar, main dropship kat facebook pun untung 5-6 angka. Kagum betul aku.
HOho..
Tapi itulah penangannya bila kita serius.
Jadi, kalau korang nak belajar dan tahu benda baru pasal Taobao ni, korang boleh baca Panduan Rahsia Taobao dan LIMA rahsia yang boleh membantu korang beli barang dari China dengan lebih murah.
Dapatkan disini –> Panduan Rahsia Taobao
20,170 total views, 1 views today
encik titan ini punya koneksi luar biasa smapai China pun ada
Biasa-biasa aje.
Tak dapat kenal ikan jaws.
Dapat kenal ikan bilis dengan ikan todak pun ohsem apa. Haha.. 😆
ikna bilis pun sodap bro buat nasi lemak..hehehe
haha….nasi lemak memang best, makan dengan cendol…kiki
Taobao aku tak pernah beli lagi. Tapi DHGate pernah, AliExpress pun pernah. Alibaba je aku kena tipu sekali. Lepas tu dah tak beli dah dari Alibaba. Serik kena tipu, lagipun memang ramai dah kena tipu dengan Alibaba tu.
Aliexpress aku okeh. Ada gak beberapa supplier kenal. Nak barang terus email je sekarang. DHGate pun sama. Alibaba kena super hati-hati.
Biasa aku beli satu atau dua item je dulu. Kalau dah percaya, baru la beli besar sikit. Dan diorang pun baru berani bagi harga rendah gila.
Senang cakap, kena hati-hati gak la main benda ni.
Taobao plak dah..ahaa
Ya. Taobao la plak.
Keh keh keh.
Tang murah tapi ada kualiti tu memang rare..! Patut khatam taobao secepat mungkin.
Kualiti tu, bergantung pada kita sebenarnya.
Nice tips, lepas ni xyah beli tiket kapal terbang p china just borong kat website je
Tengok kos.
Kalau pandai, leh jimat gak kos walaupun gi china sana restock barang.
Bergantung pada strategi dan target kita.
Cam best.
Pernah terbuka web tu. Tapi was-was. Lepas ni leh cuba la kot. Hehhe…
leh la cuba-cuba kalau berminat.
cari barang yang kita suka je. 😎
kalau siapa yang buat bisnes memang elok borong dari sini, jimat dan untung besar.
Leh jimat.
Tapi kena hati-hati. Ada gak scammer kat sana.
Ini kalau orang nak berniaga betul2x boleh cari yang ini. Beli murah pastu jual mahal kayalah. hahaha
Tak kaya kalau jual volume kecil.
Kena jual banyak-banyak, baru leh rasa duit banyak sikit.
ini boleh buat pepatah baru “cari lah bisnes walau ke negara China…” 😉
China memang lubuk bisnes.
Kalau kita pandai manipulasi, memang macam-macam bisnes kita boleh buat.
Bab murah tu saya sokong haha. Murah maha penting
Yup !! jangan main redah je tanpa buat kajian 🙂
sapa rajin meniaga barang dari china nie memang untung berlipat kali ganda la
Ooo gitu caranya nak borong tebu dari negara china. Menarik ulasannya…
barang murah tak semestinya tak berkualiti..
Alahai.
Memang otak buat duit je nie.
Tapi nk cari yang murah memang rajin survey.
sekarang ni banyak barang dari china masuk Malaysia, barang dari Malaysia tak keluar-keluar.
Saya nampak ada la jugak produk Malaysia kat China market.. Secret Recepi ada kat sana. Produk brand Julie pun boleh kata famous kat sana.. well Malaysia is still on market consumer level.
ok memang buat aku rasa nak main balik jual barang dari China ni. Kali ni tak mau dropship, nak pegang stok barang terus
Ya.
Better pegang barang.
Tapi kalau nak wat dropship..kena cari yang boleh dipercayai la duulu..
en. titan kongsilah rahsia tu disini..;)
wah urusniaga obesea plak ni..canggih manggih
Sebelum ni memang tak pernah dengar TaoBao, bila buat research dengan alexa.com website taobao ni antara ranking yang tinggi di Malaysia. Maknanya ramai orang Cina Malaysia sendiri yang borong dari taobao berbanding daripada alibaba sendiri.
Saya ada pengalaman borong di alibaba.com, setakat ni taida masalah. Kualiti produk pun terbaik.
mana-mana boleh.
Senang cakap, pandai pilih orang atau syarikat yang boleh dipercayai.
Nak borong nanti senang kerja kita.
hoho..
Pengalaman saya, servis mereka memang terbaik. Kita boleh demand minta diskaun lagi.
Yap.
Kalau dah saling percaya, urusan jadi lebih mudah.
Nak minta lagi murah pun takde hal punya.
Tengokkkk…
Tengok permainan dia… macam ni bukan bilis lagi dahhh.. Jerung terus..haha..
tak mahu jadi jerung.
nanti gua tamak haloba.
gua jadi biasa-biasa aje. Itu dah lebih dari cukup.
dulu dengar orang cerita bisnes dari china ni banyak unsur penipuan, tapi sebenarnya itu mungkin segelintir yang tidak bertanggungjawab je..kalau kena gayanya banyak manfaat jika jumpa dengan orang yang betul…
scammer memang ramai dan memang bijak.
Jadi, kita kena lebih bijak dari diorang.
Lebih baik berhati-hati berbanding kena tipu hidup-mati.
Sesiapa yang nak berniaga, elok benar baca entri ni…teringin juga 🙂
Baik kita terus ke China tengok barang apa yang boleh menjual. Ada sapa nak ikut? Hehe.
Haa..
hang la rancang dan plan.
Mesti ramai yang nak ikut nanti. haha 😆
taobao nyer web memang takde dalam versi engliash ek?
Ada.. tapi tak semua peniaga boleh cakap engliash.. 30% je kemungkinan boleh cakap
Wah. Taobao ye. Sesuatu yang baru bagi saya. Biasa saya borong di website dhgate sahaja. 🙂
Fuiyooo… jauh sungguh nak beli barang nih… apa2 pun bergantung pada nasib juga nih kan… kandang ok kandang tak ok….
Kalau dulu memangla… semua produk dari cina semua takleh pakai, tapi sekarang ni bila persaingan banyak, diorang cuba nak jaga bisnes diorang, diorang jaga kualiti dan costumer service, so banyak yang boleh dipercayai dah.
cuma sekarang ni, bila nilai ringgit jatuh, agak sakitla nak membayar keluar negara
memang sakit la sikit.
duit tukaran dah lain sikit.
tapi kalau untung masih leh cover..go ON terus je. haha..
oooo…nie antara rahsia buat duit en titan rupanya.. 😀
buat bisnes import export…
confirm nie lepas kastam…tak payah blanjer cendol laa..
Tol aa risikan saya…black saga blm cuma hasil celah gigi jek…
En titan saya nak tuju lagu boleh? – Lagunya = MALAM INI EN TITAN PUNYA!
hape hang merepek nih haa..
haha..
diam-diam sudah la.
Taobao ni susah, website dalam bahasa cina, kalau translate kat Chrome pun masih banyak lagi bahasa cina
alamak, website taobao ni dlm bahasa cina, cmne nak beli ni.. haha
Dah setahun saya duduk China.. beli barang kat taobao dah hampir cecah 5 angka.. nak2 bila ada promotion 11-11 & 12-12.. ni nak kongsi sikit… korang kalau nak borong barang sini, boleh lah attack time 11 November setiap tahun sebab promotion gila2… nak cakap jelah 11-11 ni hari Single yang diaorang sambut tiap2 tahun 12-12 tu tak banyak la sangat promotion..
Hehe.
Ramai gak yang tahu rupanya eh.
kena borong barang murah banyak2 ni bro..hehe
Yup.
Beli banyak, baru rasa murah gila.
Dalam banyak-banyak tempat, taobao paling ramai orang malaysia rekomen berbanding yang lain kalau nak borong barang china online ni
Ya.
Sangat setuju.
Hoho.