Ya.
Kalau nak dijadikan satu cerita, memang sepanjang aku mula buat duit online ni, memang hampir 80% income yang aku dapat datangnya dengan melakukan servis.
Bisnes buat Servis memang menguntungkan!
Macam-macam servis dah aku buat termasuklah servis tulis review, servis tulis komen kat blog, service tulis komen kat forum, servis bukak thread kat forum, tulis advertorial, servis projek SEO, servis copy writing, servis buat iklan kat facebook, service kempen promosi produk, servis backlink, servis sediakan VCC, servis edit wordpress theme dan memacam lagi.
Pendek kata, selagi semua servis yang aku rasa aku boleh buat dan bayarannya menguntungkan poket aku dan boleh beli cendol setiap hari, aku rembat semua servis tu sejak tahun 2003 lagi.
Dan sekarang pun aku masih terima servis untuk beberapa servis yang aku tawarkan.
Dan ini salah satu yang aku dapat beberapa hari lepas.
Tapi kebanyakkannya lebih kepada servis tulis advertorial dan servis projek SEO. Tapi aku ambil gak servis buka iklan kat facebook dan memacam lagi. Bergantung pada masa aku. Kalau aku sibuk dan banyak kerja masih tak setel-setel lagi, aku tak ambillah servis baru.
Dan jika client BERKERAS gak nak servis aku dan sanggup beratur tunggu turn untuk gunakan servis aku..aku boleh terima. Janji, jangan bising kalau siap lambat. Haha..
Setakat ni, aku masih ada buat servis kat blog ni, kat Fiverr, kat Digitalpoints forum dan beberapa tempat lain lagi. Itupun, aku caj mahal-mahal agar tidak la ramai yang ambil servis aku. Sebab kalau ramai sangat, tak terlarat pula nak buat. Biar kerja sikit, tapi tak putus. Biar kerja sikit, tapi bayarannya boleh “COVER” 10 job kecil-kecil.
Buat Duit dengan Fiverr
DanΒ jika korang berminat, korang boleh cuba buat servis kat website Fiverr.
Fiverr ni memang LUBUK emas bagi mereka-mereka yang pandai buat servis. Macam-macam servis ada dan jika korang berjaya buat servis itu dengan bagus, korang akan lebih mudah dipercayai dan lebih mudah dapat lebih banyak job atau “GIG” selepas itu.
Tapi kalau korang NOOB sangat atau tidak tahu macam mana nak bermula, sila baca Panduan Buat Duit dengan Fiverr yang ditulis oleh Nigel Ong.
Ini pulak order dari Fiverr yang Nigel Ong ni dapat..
Banyak tu beb..
Cuba tengok bukti bayaran yang Nigel Ong kongsikan tu. Aku ambil dari site dia dan letak kat sini.Β Panas hati jugak la bila aku nengok duit yang dia dapat tu. Haha..
Dia memang selamba badak aje dapat 1-2k setiap bulan. Dan semua tips, rahsia dan teknik yang dia lakukan, korang boleh baca melalui panduan yang beliau tulis itu.
Boleh dapatkan disini –> Panduan Buat Duit dengan Fiverr
14,613 total views, 8 views today
terngaga sat tengok earning dia.. heeee
Itulah itu.
Aku pun ternganga gak kejap.
ni baru sikit yang didedahkan, yang lain banyak lagi.
Yang lain tu, kena kongsi la hari lain.
Hehe..
Fiver memang lubuk duit kalau pandai buat servis..
Ya.
Kalau tahu caranya, memang leh jadi lubuk ajaib ni.
Untung sedap banyak kalau dalam bentuk USD ni, tapi English tak berapa bagus, nak karang 2 perenggan tak pa la. Kalau panjang lebar sapa nak baca nak ambil tahu kat Fiverr tu
takpe.
sebab itu terciptanya kamus dwibahasa.
Banyak sumber buat duit sebenarnya.
Cuma rajin atau tak jer nak pulun.
kena rajin.
jarang jutawan terhasil kalau tak rajin.
Payment dlm USD..lumayan banget..review dlm BM diterima tak?
cantik angka bila unit nya USD. hikhik
usd tu..
memang cantek la angka-angkanya kan. hehe
Tu dia.. Buat duit dgn fiverr kaut duit usd kaww kaww.. Memang mahsyuk..
Perghh…skali hendak 1 post terus berdesup org komen…
Memang kelas kau ahmad faizal – ayat dari iklan ribena ( bukan vitagen kegemaran en titan ya..kaler mana tue suka vitagen..xkan ungu mesti putih kan kan… π )
Ini mcm susah nak cari makan aa dengan panduan fiverr bila cikgu sukan nak bawak bdk masuk padang google…
Kena cari pelari pecut pass baton cepat baru bleh kot pintas bdk2 cikgu sukan nie… π
biasa-biasa aje maa.
haha..
Fiverr ni memang bagus untuk orang yang komited kan. Ada ranking dan turnaround time. Trainer saya dulu terer Fiverr ni buat cover ebook aje. Tak perlu terer english sangat pun ayat standard aje mintak particular kat customer.
Tersedu-sedan juga tengok income dia sebulan.
Memang bagus sangatttt..
Saya baru 1st time dengar pasal Fever nih, tingin jugak nak belajar nih…
Ya.
Memang meleleh habis bila tengok hasilnya itu.
Serius menguntungkan. π
ada je projek cikgu ni ya
Memang betul la.
Kalau bab service memang boleh duit banyak la.
Makin banyak lubuk untuk digali.
Nak dengan taknak je.
Ya.
Nak atau tak nak aje ni.
Banyak sungguh servis yang bro nih buat rupanya… memang hebat nih…
memang ngam gak layan fiverr ni
pernah juga buat servis grafik di fiverr tapi…dah lama tinggal..nak mula balik tu rasa dah tak larat..hu3
jika nak berjaya maka banyak terbuka peluang yang ada..terpulang nak buat atau tidak..
Hebat la..macam2 servis buat tu.. Tak berani nak tanya berapa caj iklan kat sini.. Hihi
sedollar = tiga hengget 6 posen..masyuk wooo.
kena pulak kita wat servis simple-simple..dapat order, bagi link download, 2 minit siap π
Tue dia.. salah satu cara buat duit lagi..
sapu jangan tak sapu…
yaa.. memari kita sapa reramai…
Buat servis kos rendah tetapi untung tinggi sebab tu ramai suka.
orang kata..kalau nak kaya kena berniaga..btol gak tu kan
ada orang kata kat jiran belakang rumah saya selang 3 pintu laa cakap…
JUAL AIR LIUR kat dewan2 seminar lagi masyukk ooo..takyah jom niaga pon..terus klik jek…tempah seat dalam dewan sebab tak KELOSE…seat full giler sebab pecah panggung punya cerita!
Korang tak tengok earning aku lagi dgn Fiverr hahahahah (perasan mode). #lulz
Nak tgk tapi tak sharing LINK pon…kena tuan rumah padan link nya… π
Fiver? Baru kedengaran kat telinga.. haha
Wah..baru keluar gua ker bro…gua niah tak sejuk ker…
patut la aku ada nampak banner fiverr sehari dua ni
banyak untung rupanya
Wah, bestnya bila dapat duit yang banyak dengan beri servis sahaja. Memamg untung orang yang ad akemahiran ni π
Kalau ada kemahiran Insyallah…apa pun boleh buat. Cuma malas aje yang jadi halangan untuk berjaya..
jangan caya laa beb en titan cakap buat bisnes servis sedap mcm makan cendol banting dier tue…
dier buat senyap2 jekk duit usd dengan fiverr tuee..
kali nie dier takmo pecah lobang macam kitab jambu dier tue…
tapi KALAU laa dier jual kitab hijau daun pisang pasal fiverr…korang nak beli tak?
p.s: En titan kalo kurang senang sama saya DEL jekk aa heh comment blogger cap ayam mcm saya nie…
Jual servis/barang di Fiverr memang lain sakan berbanding dgn microjob site lain. Korang kena kreatif. Lagipun, benda Fiverr tu mudah je nak buat. Cuma ada akaun PayPal, tak ada apa benda pelik pun.
Perghh…mmg mudah ajer buat servis kat fiverr…ada acc paypal jek..
yang sedih sakan skrg nie..acc paypal tak masuk2 duitnya…fiverr simpan ker apa xtau laa…
p.s: cik siti lain…sambil travel2 nyelam2 dalam air..sambil2 tue kocek paypal masyukk…cer cer turun sket ilmu tue…
Wah..dgn servis ja kalah gaji pengarah ofis mama en. titan
haha
Huwallawei… banyak gak benda yang boleh dijadikan servis eh? tak sangka la pulak, hebat la bro ni.
fiver ini memang banyak yang berjaya menggunakannya sampai 3 angka sebulan
wahh..wahhh…wahh…very nice sharing..den bru yo berjinak2 memblogging…dlu den beli brg melalui blog, owner blog dtg rumah, dah rasa mcm artis dtg..punya excited smpi lupa hilang makan minum..
prospe luar negara lagi besar. macam tu la. π
Lupa pula, di Malaysia boleh try Ilancee.com untuk iklankan servis. kalau dulu ada murahnya.my, tak pun gunakan majalah.com π
terbaiklah!
kalau pandai cari lubang..masyuklah kat fiverr
power! itu sahaja yang mampu ku luahkan!
servis dari ilancee
Macam2 cara nk buat dengan internet ni, yang penting kena rajin mencari ilmu
berpuluh-puluh email masuk tanda banyak pendapatan masuk. masyukk lagi2x guna dolar plak tu.
Pergh servis apa agaknya ya yang boleh dapat sampai macam tu sekali
buntang biji mata tengok angka yang dah di ‘convert’ ke RM, banyak tuuuu π
terbaik tuan,
walk the talk..
terbaik tuan, jangan lupe next month service kena GST tuan.. π jangan marahh aaa π
Bayaran dalam USD tu. Untung jugak erk. Nak buat partime pun boleh untuk tambah pendapatan.
peh, byk order tu, apa la servis yg dia buat..