Okeh.
Tahu tak macam mana nak buat duit dengan TaskV?
Tak tahu.
Ya, aku tahu tu. Sebab memang ramai orang kita yang tidak tahu langsung tentang TaskV ini.
Apa itu TaskV?
TaskV ini merupakan satu lagi website atau portal yang menyediakan kerja-kerja online untuk mereka yang berminat untuk mencari duit sampingan. Senang cakap, lebih kurang macam Jobdirumah. Korang buat kerja yang client bagi, dah siap nanti client check dan bila client puas hati, depa bayar.
Tetapi, ada BESAR perbezaan antara TaskV ini dengan Jobdirumah walaupun kedua-dua website ini sebenarnya diurus oleh ownernya yang sama.
Dan TaskV ini nampak lebih “international”. Maksudnya, market luar dan bayaran yang lebih lumayan.
Manakala, Jobdirumah pulak tampak lebih tradisional dan sesuai dengan market tempatan.
Meh, aku kongsikan beberapa perbezaan antara TaskV dan Jobdirumah
8 Perbezaan KETARA antara TaskV dan Jobdirumah
Jobdirumah
- JDR hanya panduan untuk job short term dengan platform freelancing. Kena pandai pilih dan cari sebab memang berlambak kerja-kerja yang ditawarkan dari list mereka. Korang dapatkan email diorang hari-hari tu? Mesti pening kan nak pilih yang mana satu?
- Kebanyakan job dengan JDR kena bid, banyak orang kita terutama yang melayu tak tau untuk apa bid projek. Jadi, bila tak dapat job. Disalahkannya orang lain sebab tak reti atau tak pandai nak menang “BID”. Sedangkan orang lain boleh aje menang BID dan dapat projek beratus dollar.
- Kena isi profile, portfolio, ambil test dan sebagainya. Pernah korang kena test menaip secara online tak? Tu tak termasuk kena interview by phone atau thru webcam. Tak pernah, kan? Kalau pernah pun, jarang-jarang aje. Maklumlah, orang kita ni kan pemalu kebanyakkannya.
- Platform ada service fee untuk setiap job yang siap. Yang ni orang kita “FAIL” selalu. Bab keluar duit aje, semua muka jadi ketat belaka.
- Nak lebih banyak job dengan platform freelancing kena upgrade. Duit lagi. Bukan takat muka aje dah ketat, peha yang gemok tu pun leh jadi ketat gak.
- Dah upgrade membership, platform tetap caj service fee.
- Bersaing harga upah dan bersaing kepakaran dengan orang lain yang lebih hebat.
- Kena baca panduan untuk lebih faham. Kalau tak, memang sesat habis la..
TaskV
- Tak ada bid. Client minat, dia hubungi korang terus.
- Tak ada test. Tak perlu dah ada skill menaip ke skill grammar lagi ke. Takde dah..
- Tak ada service fee. Ini yang best. Minat, pilih job dan terus email ke client. (Ya, korang kena contact client untuk dapatkan job ni nanti. Pihak TaskV akan bagitau macam mana nak hubungi diorang.)
- Direct dgn majikan.
- Long term project. Kalau client suka kerja korang, mungkin korang akan dapat lebih banyak job lagi pada masa-masa yang akan datang. Serius, ini peluang untuk kenal ramai client dan advertiser yang jenis MALAS nak buat kerja tapi nak orang lain buat kerja untuk diorang. Dan, orang macam ni sebenarnya tak kesah kalau diorang kena bayar mahal sikit berbanding harga biasa.
- Tak perlu baca panduan.
- Harga upah fixed atau boleh qoute (orang lain tak tau dan kita boleh kawtim awal-awal)
- Sediakan resume awal-awal, pilih job yang sesuai dengan kita, apply. Simple untuk novice dan juga mereka yang rasa diri tu otai belaka.
Pengalaman buat kerja online dengan Jobdirumah dan TaskV
Okeh.
Sebenarnya, kalau ikut pengalaman aku dengan kerja-kerja Jobdirumah ni. Memang sengal sikit la. Kalau korang rajin dan jenis tak makan saman macam aku, aku yakin korang pun boleh dapat job mahal-mahal. Kalau tak, dapat job yang murah-murah pun dah okeh apa.
Tapi bila aku dah dapat sesetengah client yang NAKKAN kita aje sampai aku sendiri kekadang kena tolak job sebab terlampau sibuk buat kelas UPSR kat sekolah, jadi memang seronok la juga. Cuma aku dah slow down sekarang. Ambil job pun yang harga “biasa-biasa” aje.
“Wah bro..tak nak bagi job tu ke kat kita orang?”
Ada sebab aku tak nak bagi job tu kat korang. Ada sebab. Satu, tak nak “periuk nasi” aku terbang ke orang lain. Kedua, aku memang jenis tak nak kongsi bila dah jumpa lubuk emas macam nih.
Ketiga, aku memang kedekut. Takkan la korang tak tahu, kan? Kata dah lama baca blog aku nih..
Yang keempat, korang kena tulis dalam bahasa inggeris. Dan tak boleh ada salah ejaan dan tatabahasa pun.
MAMPU tak yang keempat tu?
So, kalau korang jenis tak gagoh sangat, cuba buat duit dengan TaskV nih.
–> Sebab lebih mudah dan memudahkan.
Of course kena bayar yuran membership dia. Kalau korang gi join dan bayar yuran bulanan dia tanpa guna diskaun code, memang mahal. Satu bulan aje 17 dollar. 1 tahun, 47 dollar. Tapi, mahal-mahal pun, bagi aku agak berpatutan sebab diorang bayar kita pakai dollar. Dapat SATU job, 100 dollar, dah leh cover yuran untuk DUA tahun. Itu baru satu job, kalau 4-5 job korang dapat, macam mana?
Yap. Aku dah join.
Walaupun masih baru dan jumlah job yang diberikan tu takdelah banyak sangat. Tapi still menarik dan boleh dijadikan pendapatan sampingan yang lumayan since job-job yang ditawarkan tu ada beberapa job yang memang aku mahir. Antaranya..
- Copy Writer
- Google Ads Manager
- Blog writing
- Write and translation
- Copy Editor
- Content Proofreader
Ni semua memang aku dah pernah buat dan dah pernah dapat beribu-ribu dollar. Bukan takat sebelum aku join Jobdirumah dan TaskV aje. Sebelum aku join dua website ini pun aku dah pernah buat semua ini bertahun-tahun lamanya dengan macam-macam website yang bagi kerja online seperti TaskV ni.
So, nak dapat client yang sanggup bagi 100-500 dollar untuk satu job tu, memang dah biasa dah. Dan memang ada dah “STEADY CLIENT” dan advertiser yang nak bagi aku job tetiap bulan. Malah, setiap kali ada client yang nak launch website baru, aku antara yang selalu dia cari untuk jadi “website tester”.
Dan paling rendah aku dapat untuk jadi “website tester” ni adalah 100 dollar. Bersamaan dengan RM300.
So, macam best ke tidak buat duit dengan TaskV nih sebenarnya?
Gunakan Diskaun SPECIAL TaskV ketika Daftar
Okeh.
Malas nak cerita panjang.
Kalau korang berminat, boleh guna diskaun code yang aku bagi ni bila korang register. Selepas tolak diskaun, korang cuma kena bayar $14.99 dollar sahaja berbanding $47 dollar untuk setahun.
So, ini agak menjimatkan. $14.99 dollar berbanding kena bayar $47 dollar setahun, kan?
Diskaun code = REVIEW
Bila korang bayar $14.99 dollar tu, korang leh bayar pakai kad debit, kad kredit dan akaun paypal. Kalau takde, boleh juga guna akaun bank tempatan memandangkan owner ni pun orang tempatan. Cuma proses pendaftaran tu jadi lambat sikit je sebab nak tunggu kelulusan dari pihak TaskV dulu. Aku bayar guna akaun paypal, so..terus boleh masuk website TaskV lepas tuh. Haha..
Kesimpulan.
Okeh.
Aku dah cerita panjang lebar. Benda ni bagus untuk mereka yang serius nak buat duit online dari rumah. Kalau tak berapa nak serius, jangan sertai sebab nanti korang semacam tipu diri sendiri aje. Benda ni kena sungguh-sungguh nak buat, baru boleh ada hasil yang lumayan.
Tapi kalau nak mencuba pun takde masalah. Sebab selagi kita tak mencuba, selagi itu kita tak tahu kita punya had dan keistimewaan kita yang lain. Benda ni kena selalu berlatih-latih dan mencuba hari-hari. Baru kita nampak “PLOW” nak buat duit online dengan TaskV nih.
Berminat, daftar kat sini – Daftar TaskV
..
…
Harap maklum.
14,504 total views, 2 views today
lagi 1 peluang untuk buat duit. sekarang antara nak buat dengan tak nak jer.
Ya. Nak atau tak nak aje.
Dari kita-kita aje.
Macam Fiverr jugak la ni kan. Bezanya, Fiverr ambil 20% discount on sales. Yang ni dia ambil awal-awal sebelum apa-apa sales dibuat. Btw, sejauh mana dia punya kepoweran ni, Encik Titan?
kepoweran tu tak tahu nak cakap.
Aku pun baru aje join.
Dah dapat duit atau dapat banyak job, baru leh sembang kencang sikit.
La ni, baru dapat satu job. RM300 kalau kira duit malaysia la.
Haha..
Kau buat proofreading english ke Malay, Titan? Hebat betul kalau sampai tahap boleh cek grammar english orang ni. Kagum nih!
Ha..ha…kalau main tulis oreputeh, saya angkat bendera putih tanda mengaku kalah. Inilah ruginya bila tak reti tulis bahsa inggeris. Kalau tulis pasti tunggeng-langgang.
Nampak syarat-syaratnya pun tak berat. Boleh cari duit sampingan.
Boleh aje.
Cubalah kalau minat dan ada masa.
HOho..
Hmm betul gak mcm Siti cakap tu. Ada iras2 Fiver. Mungkin boleh meletop di Malaysia kalau kena gaya. Lebih-lebih lagi bila Abang Cendol yang kacak turut tolong kempen, tambah lagi lah penggunanya nanti.
Tue laa org kampung banting selalu ckp :
Tue penangan abg ahmad faizal punya citer laa..
Lebih kurang gak la macam fiverr.
Tapi kira ok la gak. Siapa nak cuba, cuba aje.
Try satu tahun. Kalau ok lepas tu, teruskan. Kalau tak ok, tinggalkan ajelah.
Kalau ikotkan memang teringis sesgt nak try nih, tapi masa agak kurang ler pulak la nih…
Bab bayar kwn tolak tepi laa..dah sebab en titan ckp bayar..kwn percaya la..kalo tak bayar xkan en titan sanggup muntah ke darah review site KerjaV nie kan.. 😆
Yang lemah kwn skrg bab nak nulis pakai grammar mat salleh plak..kalo dpt job kang ternganga jek..
Kalo pas tak en titan bleh? duit kita kongsi 2 aa brother..
En titan ckp jek kedekut tapi baik orangnya.. 😛
Dulu memang fail gak mengarang dalam bahasa luar nih.
Tapi, belasah aje mula-mula dulu. Nanti lama-lama boleh faham dah macam mana nak tulis seperti yang client nak.
Client pun bukanlah kejam sangat. Dia akan suruh betulkan kalau ada yang depa tak berkenan.
Hoho..
Client tak kejam ngan en titan sebab en titan cakap apa jek client yes yes jek…
saya yg baru nak up nie..tulis grammar merangkak2 mau client dispute jekk nanti…
Kena tau rahsia menulis en titan laa…yg versi omputih nya..cer cer bg contoh bleh usya2 sket… 😛
Dah lama tak ambik job. Penat pula nak ambik job.
Boleh cuba nie.
Banyak peluang boleh buat nie.
Terima kasih bebanyak yea Mr Titan sebab sudi berkongsi. 🙂
Cuba aje dalam setahun ni. Mana tau ada sinar yang menanti disini. Hehe..
Perghh…asal gadis2 reply cenyum2 aje…kalo jantan reply..garang smcm…
Hahaha.
Macam tue pulak.:)
Cupon tue ada expired date ke?
Tak boleh guna pun.
mungkin dah expired kot.
Google Ads Manager tu cambest je..ehehe..
Hebat. Cuma rasanya terlalu hebat sampaikan susah nak join dan buat kerja-kerja tu..huhu
Terima kasih Encik Titan..ada lagi satu projek bisnes online yang aku boleh buat..
macam best tapi aku masih sedang memperbaiki grammar dan tatabahasa jadi memang tak berani try
sebuah peluang baru lagi untuk dapat duit dari internet
banyaknye cara nak dapatkan duit..mesti masyukkkk ni
wah hang buat jugak TaskV.
Super rajin ko ni
Yang serius dan ada kemahiran. Setakat berangan dapat duit mudah tu boleh abaikan. 🙂
uish banyak cabang juga kan buat kerja di rumah ni, even kalau dapat USD100 pun mesti melompat..masyuk tu 😆
Banyak tu USD 100, boleh 10 job, memang sakan 🙂
Hmm nampak menarik je Taskv.com ni, ada kerja untuk blogger tak disediakan?
ada content writer, ada khas job untuk blogger.
Boleh apply punya dan contact terus ke client.
Ohh taskv.com ini lebih kurang macam Jobdirumah.com la ye … menarik ni. Dapat bayaran USD100 pun dah best ni. Hujung minggu bolehlah layan cari kerja kosong online di sini ehh
Baca penerangan Bro titan nih, macam mudah jer TaskV nih.. Menariks gaks kalu join nih…
http://supernifzvitamin.com/panjat-candi-borobodur-tatkala-hamil-7-bulan/
mende ni ada untuk buat grafik tak bro
Berbaloi klu join..byk diskaun yg taskv bagi..Payment plk dlm USD..mmg masyuk..
jika berbaloi apa salahnya..boleh gak cuba nie.
Lepas ni HB plak jadi pakcik kayooo…hehe
macam menarik jer..boleh try rekemen kat member den ni..jd konsultan market research..
owh macam tu, hmmm… tibe2 terfikir beberapa benda lak hehehehehehehehehehe 😈
Menarik Tertarik Kau Memang Deboom la abam titan….tq for the info
terima kasih Faizal…. makin banyak peluang dah bagi ni… boleh nak tembak mana satu… boleh dicuba ni… kerap dah baca kerja2 online nih…
thanks again
baru first time dengar ni…
banyak peluang buat duit sekarang ni..alhamdulillah
kannn, saya pun baru 1st time dengar, lepas ni keluar TaskXYZ plak 😛
Betul tu Maria..saya pun baru dengar.. 😐 Al maklumlah masih barulagi dalam bidang blogging ni…
kepada yang betul2 serius .. wajib daftar.. serius aku cakap…
Mak aiii, pakcik kayoooo!
Wah, memang terror ler incik Titan boleh dapat job ribu riban…
Anyway, thanks for sharing 🙂
sudah takde alasan lagi nak bermalas-malasan. kalau rajin zaman la ni, dia lah yang kaya.
memang banyak jalan dapat duit bila punya skill bahasa orang putih ya
Dah expired la promotion taskv ni…Mcmana ye???
klau ade job typing best gak nih..tp klau bab btul2kan grammar mmg out skit laa..huhuh..btw thanks ya for the info..
Kalau pandai omputih memang senang amik job international…
lumayan gak tu..sediakan pengerasnye…hasilnya fuuuh!
Dah ada satu lagi lobuk buat duit dibongkarkan oleh encik titan. Nak dengan tak nak jer kan.
Lubuk TaskV untuk mereka benar2 yakin dengan potensi dalam diri…kalo malas macam saya mmg takde aa.. 😆
Cikgu sukan cakap jek malas…rajin dier diam2 jekk..tue takut dibuatnya..
Ya.
Siapa yakin aje boleh survive. Tak yakin..dok diam-diam.
bro titan… kitab TaskV bila nak keluar?
kitab ni tak tahu la bila nak keluar.
artikel best boleh nak coba ni….
perkongsian yg bermanfaat..