Haha..
7 sebab kena kahwin cepat.
Sebenarnya, aku boleh bagi beratus-ratus lagi sebab. Bahkan, sebai seorang guru bahasa Melayu, aku boleh karang lebih dari 20 muka surat untuk ceritakan mengapa korang kena kahwin cepat tanpa mendapatkan tenaga tambahan dari secawan kopi jantan..tapi aku biarkan agar korang terus mencari dan mencari..
7 sebab AJAIB kenapa korang kena kahwin cepat.
Ketaranya, aku baru kahwin. Dan aku baru aje kahwin tak sampai pun setahun. Bulan 5 tahun lepas. Lebih tepat 30 Mei 2014. Lagi sejam, akan masuk 31 Mei 2014. Tapi sebab tuk kadi datang awal, tak jadi nak nikah tarikh yang aku dan bini aku rancang.
Terawal sehari. Nampak sangat gelojoh, kan?
Tapi atas sebab-sebab yang aku malas nak cerita panjang-panjang kat sini. Haha..
Okeh, berbalik kepada tajuk diatas.
Inilah sebab-sebabnya atas pengalaman aku yang tak sampai setahun nih..
7 sebab kena KAHWIN cepat.
1. Benda dah halal.
Jadi, dah boleh peluk lama-lama, dah boleh cium puas-puas, dah boleh itu dan dah boleh ini.
Jadi, kalau dah tahan nak ratah daging, kahwin la cepat-cepat. Tak payah nak temberang cakap alim sangat atau nak tunggu ko dah ada kerjaya sangat atau nak tunggu stabil baru nak kahwin. Nasihat aku, dari waktu kau tingkatan 5 lagi ko dah rancang bab kahwin nanti.
Senang. Ikut jadual aje. Cukup masa, kahwin.
Lagipun, ramai gadis-gadis cantek diluar sana tunggu korang nikahi mereka.
Jenuh diorang dok buat promosi kat facebook hari-hari.
Tak kesian ke beb?
2. Nak anak cepat.
Ni salah satu sebab aku nak kahwin cepat. Sebab aku tak nak aku dah tua nanti, anak baru 5-6 tahun. Ko bayangkan kalau aku kahwin masa aku umur 40 tahun. Dapat plak bini umur 18 tahun. Memang sedaplah dapat bini muda. Tapi, in case aku dapat anak cepat..tak sampai setahun, bini dah hamil walaupun tak amalkan apa yang ebook Mudah Hamil ni cadangkan, jadi..masa aku umur 60 tahun, anak aku baru berumur 20 tahun..
Tak kesian ke wehh aku dah tua bangka tu baru nak hantar anak gi masuk kolej atau universiti?
Kalau sekangkang kera aje jauh universiti tu, oklah juga. Ni universiti semua dok jauh belaka. Naik kereta pun makang 2-3 jam jugak. Tu la kalau tetiba anak aku tu dapat belajar kat “oversea” sebab DNA bapaknya genius, kan tak pasal-pasal aku kena beli tiket kapal terbang lagi. Korang tak tahu tiket kapal terbang dah mahal?
Tu pasal, aku nak anak cepat. Nak anak cepat, kena KAHWIN cepat-cepat. Tu lom campur nak cucu cepat. Entah umur seratus berapa la baru dapat timang cucu.
3. Kesianlah dengan mak bapak korang.
Diorang nak cucu cepat. Nak lepaskan “BEBAN” yang diorang tanggung. Lagi-lagi kalau perempuan, dosa dan maruah yang diorang kena tanggung dah terlepas kat bahu suami 100% selepas korang dah kahwin. So, cepat-cepatlah kahwin agar bapak korang tak merana sangat.
Aku sendiri nak adik perempuan tu kahwin cepat-cepat. Sebab lepas bapak aku, aku yang kena tanggung dia.
So, memang setiap kali aku balik kampung..hari-hari aku dok promosi betapa seronoknya kahwin cepat ni..
4. Makan pakai korang terjaga.
Terutamanya dari sudut lelaki. Baju ada orang gosok, kuku ada orang guntingkan. Rambut ada orang syampukan. Sambal belacan dah ada tolong tumbuk. Kereta, dah ada orang tolong basuh. (Eh!), seluar dalam pun dah ada orang sidaikan dan memacam lagi. Haa, kan banyak tu faedah dan kelebihan kahwin cepat nih..
5. Belajar berdikari.
Sampai bila korang nak dok bawah ketiak keluarga. Sampai bila nak mengharap mak bapak suap nasi ke mulut korang. Bila dah kahwin ni, korang dah kena belajar cara nak survive hidup kat dunia ni. Belajar hidup susah sikit. Dan percayalah, perkahwinan ni sentiasa murah rezekinya. Lebih-lebih bila dah ada anak. Setiap anak ada rezeki yang tidak diduga. Sampai masa, korang hadap aje dan pasrah terima rezeki tu dengan gembiranya.
6. Boleh dah gaduh dengan bini.
Gaduh dengan bini tak sama gaduh boypren dan girlfren. Ko gaduh dengan bini, ko leh rotan dia kalau dia tak dengar cakap ko. Dulu masa belum kahwin, ko tak leh rotan sebarangan. Ni, ko dah dapat “HAK” ko. Kalau dia masih tak dengar nasihat ko banyak kali termasuklah tak dengar cakap ko agar jangan “SELFIE” hari-hari kat facebook sampai nampak bentuk dada, ko dah leh rotan selepas ko nasihat diorang bertahun lamanya..
Masa belum kahwin, ko tak leh wat. Sebab bukan “HAK” ko lagi.
Dah kahwin, bini kena dengar nasihat ko yang bagus-bagus itu demi kebahagiaan bersama.
7. Boleh “PAU” duit laki.
Haaa..ini khas untuk isteri-isteri diluar sana. Ini HAK korang. Korang berhak dapat. Tapi, janganlah mintak banglo sebiji atau rumah harga RM500 ribu sebiji. Agak-agak la. Tengok gaji dia. Kalau tahap boleh angkat Asus Zenfone sebiji, ko mintak la nokia 3310 sebiji. Dah cukup bagus dah ko ada handset. Leh main-main sms dengan laki hari-hari. Siap dapat main game “snake” dikala kebosanan apabila rindukan suami yang balik lambat ke rumah..
Haa..
Okeh tak sebab-sebab ni?
Aku boleh cerita panjang lebar lagi. Tapi haq yang ni pun dah cukup panjang dah aku rasa. Sebelum aku mengarut lagi panjang lebar, ini nasihat aku pada bini..
Jaga AIB suami.
Dan suami, jaga AIB bini.
Gambar-gambar selfie kat facebook tu, padamlah mana-mana yang patut. Lagi bagus, tutup terus akaun facebook tu.
Jangan dok cerita sangat hal rumah tangga kat facebook melainkan benda-benda yang baik sahaja.
Kalau tak, nanti korang asyik gaduh aje.
Bini nak minta cerai. Suami nak kahwin dua.
Pening aku nak jawab bila ada member tanya masalah ni. Walhal, depa yang kahwin dulu sebelum aku. Aku ni baru kahwin tak cukup setahun pun. Dah tanya aku macam mana nak pujuk isteri kahwin dua, macam mana nak paksa bini belajar masak, macam mana nak paksa bini tak upload gambar selfie kat facebook..
Aku bukan pakar.
Oleh itu, kepada kawan aku tu, aku yakin ko akan baca artikel ini sebab aku tulis ni KHAS untuk ko.
Hi HENSEM!
Ko gi baca ebook terbaru Dr HM Tuah Iskandar ni. Tips untuk pikat lelaki. Bagi kat bini ko ebook tu. Suruh dia baca. Indirectly, dia akan terkesan dan perasan akan apa yang ko hendak. Dia akan nampak yang ko perlukan perhatian yang ko perlukan.
Ebook ni, bukan sahaja untuk orang perempuan yang belum kahwin, malah bagus juga untuk suami isteri yang ingin merapatkan lagi kasih sayang antara satu sama lain. Malah, ada tips RAHSIA untuk pikat lelaki idaman korang yang selalu sangat merajuk masa malam jumaat tu..
Korang tak gaduh pun, tak semestinya korang tak boleh baca. Malah, bagi bini-bini diluar sana, ada banyak RAHSIA orang lelaki yang bini masih tak tahu bila korang dah baca ebook Dr HM Tuah tu yang merupakan salah seorang pakar motivasi di Malaysia nih.
Okeh.
NAk sambung tengok bola.
Babai.
28,506 total views, 1 views today
kalau dah jodoh tak kemana…ehehee
Memang la dah ditentukan.
Tapi kita tetap kena usaha maa..
sedikit stress x kawin2 lg. umur dah 30. kemampuan tu ade.
Cari la calon.
Nikahinya cepat-cepat.
Benda baik, kena percepatkan.
30 tu dah kira agak lambat tu… jangan tunggu sampai 40 ye, ni nasihat ye 🙂
Kalau kawin cepat, kaum perempuan dapat juga upgrade title dari Cik dapat panggilan Puan.. yang lelaki dapat panggilan Encik.. kan.kan.. 😆
Haa..
betul tu. Betul.
Kena upgrade cepat-cepat tuh. Haha
tak lama lepas tu dapat upgrade title datuk dan nenek pulak 😉
hehehe… kemain dia lepas spm dah ada plan nak kahwin. kita lepas spm plannya sambung belajar, cari kerja. x de nak fkir lgsg pasal kahwin nie waka
haha..
memang la.
Takkan la tak plan. Benda baik, mesti kena plan awal-awal.
Bab DNA bapak genius tu tak tahan haha.
Betul3x kahwin segera adik-adik,buat yang wajib sahaja.
Ibu bapa pun perlu mudahkan jalan juga. Motip nak mintak hantaran ikut degree?
Ikut kemampuan dan persetujuan gitu….
betul apa ikut dna bapak.
kan? kan?
Hehe..
sebab ke-lapan…takkan nak dok sorang2 masa tua nanti huhu …
Haa..
tu antara sebab-sebab yang lain.
Tak larat dah nak tulis semua.
Cewah, dah ada hak untuk rotan ek.. ish ish ish.. kena tulis bebetul tu, karang ada yang rotan sampai tahap dera nanti. Maklumlah, pembaca ni bukan semua bijak :p
haha..
takkan la tak faham kot. Benda basic aje tu maa..
jodoh memang tak ke mana, kalau tak usaha pun tak ke mana juga.
hahahaha.. terasa gua beb..
tapi setujulah supaya korang kawin la cepat-cepat…
jangan cam aku ni ha.. tengok kawan2 anak dah sekolah.. ada yang dah sekolah menengah.. aku baru nak buat anak.. huhuhu
“Jadi, kalau dah tahan nak ratah daging, kahwin la cepat-cepat”
Pernyataan ni sangat berkesan.
Pergh…bagus laa en titan bagtau suruh kita ratah daging2 halus dengan cara yg sah…baru rasa nikmat sebenar kan en titan… 😀
Gua nak kawin tapi tak jumpa calon lagi.. adeh.. haha
Bab boleh gadung dengan isteri tu saya memang SUKA sangat, sebab suami memang akan cari AKAL untuk gaduh dengan isterinya ni
nak kahwin. tapi jodoh belum sampai. camno.
hahahahha gadis cantik buat promosi kat fb..ada ke heheee
Memang best kalu dh kahwin ni macam2 dapat kalu rajinnya isteri, tapi tanggungjawabnya berat apa2 pon bersedia dalaman dan luaran…
kuku ada orang guntingkan.
typo ke ape ni?
Mengancam rupanya kalo citer pasal kahwin 2 3 4 nie… 😀
Memang ramai juga nak tahu cara pikat laki bini nie rupanya…
En titan sudah ada dna genius dan kacak orang…mesti risau org rumah tue heh..maklumaa fofular sana sini dalam dunia blogging.
Tahniah en titan kerana bakal jadi bapak pada anak genius tue ya!
harus la dia risau.
haha.
Sudah ada ebook tips untuk memikat lelaki pula.
tak kira laki ke perempuan..memang seronok bila dah kahwin ni.
Seronok macam mana tue kak? cer cer citer.. 😀
gado2 ngan bini/laki?
PAU duit bini/laki?
leh tambah sebab2 kena kahwin cepat nie.. 😀
saya dah kahwin 13 tahun lalu..anak pun dah masuk sekolah
Ni sebab banyak sangat nafsu ni..haha
Elok la kahwin cepat cara ni, lebih barakah orang tua cakap..
duit tak cukup lagi ni, nak kembangkan bisnes dulu..nanti dah bosan cari la gurl prend..kihkih 😛
Ya.
Elok la kahwin cepat.
Kasi halal.
Senang nak peluk dan cium hari-hari nanti.
memang sepatutnya cepat menikah reski dijamin oleh Allah SWT tak usah banyak mikir
Main game snake kat henfon tak tahan tu. Zaman tok kaduk bila tu game snake tu wujud? ada ke orang main lagi game tu? haha
memang elok kawen awal ni. banyak kebaikannya. paling best dapat elak buat dosa.
ya
benda baik ni tak usah kita nak lambat2kan
sudahnya kita juga yang rugi
lagi rugi kalau tak sempat nak merasa kawin
terbaikkkk la tips ni ..huhu
Soal kahwin ni kalau dah jumpa jodoh memang elok la cepat-cepat kahwin. Takut melepas.
Aku suka entri ni.. memang setuju sangat dengan pendapat yang diutarakan. 🙂
memang ramai orang suka baca benda-benda macam nih..
emm, mmg syok baca karya doc tuah…santai je..baik beli la..
memang rugi kahwin lambat nie
ahahaa.. nak tergelak baca… sangat kelakar..tapi memang betul semuanya..
Kawin tu best.. rugi sapa tak nak kawin..lagi cepat lagi bagus.
Part ada kawan nak gaduh tu memang best.
Ok, rasional semua sebab-sebab tu, kebanyakkan sebab yang ada kat atas tu juga yang aku pernah gunakan untuk tazkirah kengkawan aku.
ya.
memang rasional sekali. Hoho..
Haha..mujurlah saya dah kawin..tang no 7 tu kena berpada-pada lah..kesian laki korang nanti..hahahaha
tu lah. betul sgt sbb trlalu ramai anak luar nikah skrg ni. akhir zaman
jodoh ni dlm perut lg tuhan da tentukan sape ble dimana tahun brape dia akn nikah…sume org nk nikah cpt tp kalo da trtulis jodoh nye lmbt kna redha sbb sume Allah da tetapkan..hnya mampu mncari dan berdoa last serahkn padaNya…
15k belum cukup lagi … hehee
lagi satu bro… kalau kawen cepat, takdak lah banyak sia-siakan duit… pahtu cepat matang… then, pemikiran lebih tajam… yakin dalam membuat keputusan… kegagahan meresap dalan setiap ronga2 tubuh… jiwa semakin kental… emosi lebih terkawal… lebih2 lagi yang kawen lebih…