Ya.
Mari buat duit dengan AFFILIATE secara serius.
Sebab aku tahu ramai yang kurang serius dan buat pun secara ala-kadar.
Ada DUA cara yang cukup popular dan diakui memang boleh memberikan pulangan yang baik dalam hal-hal buat duit dengan affiliate ini.
Cara pertama – Penulisan Blog
Cara ini mewajibkan korang ada banyak blog. Sekurang-kurangnya, 5 blog yang berlainan niche. Satu blog, satu niche. Dan letakkan banyak content-content dan artikel premium dan mempunyai ayat yang menarik disamping memujuk orang untuk membeli produk yang kita hendak jual.
Tumpukan dalam hal menaikkan ranking setiap artikel dan domain blog agar lebih mudah untuk blog dan artikel dalam blog itu dijumpai oleh ramai orang.
Dan cara ini ada aku terangkan dan tulis dalam kitab PINK.
Pergi baca dan fahamkan.
Cara ini juga tidak memerlukan korang untuk jadi seorang Pakar SEO Malaysia yang tersohor dan juga memiliki “Malaysia Best Blog 2015” yang diakui oleh semua orang. Tetapi, jika ada, itu satu bonus yang tidak terkalah.
Majoriti bloggger yang mempunyai blog-blog yang hebat dalam hal cari duit adalah tidak popular. Tapi cukup popular dikalangan para bank, cukup dihormati oleh para advertiser dan juga pemilik produk. Itu dah lebih dari cukup untuk buat duit dengan affiliate secara serius.
Dan hasilnya memang lumayan beb bila dapat duit hari-hari..
Cara kedua – Mailing List.
Ini cara yang cukup popular dikalangan para IM tak kiralah di Malaysia ataupun diluar negara. Baik Robert Kiyosaki, John Chow, Aqif Azizan, Ammar Zahar, Jamal Sifu Fbads, Zamri Nanyan, Muaz TipsPTD dan ramai lagi semuanya menggunakan email marketing untuk membuat promosi. Dan sudah tentu, mereka memiliki jumlah mailing list yang cukup banyak dan mengagumkan. Sekali blast, ribuan orang akan membaca artikel promosi mereka.
Sebab itu, mereka berjaya buat duit banyak-banyak dalam affiliate dan juga mempromosi apa-apa produk yang mereka mahukan.
Kesimpulan
Sebab itu, aku suruh korang ambil tahu tentang dua benda ini sebab aku sendiri buat dua cara ini walaupun aku lebih BIAS kepada penulisan blog. Sebab ini memang senjata aku yang paling ampuh untuk buat duit dengan affiliate yang lebih berkesan.
Tapi kalau nak pilih cara “Mailing List”, takde masalah. Cuma kena bijak dan bab bermain dengan modal sebab cara ini lebih banyak menggunakan modal untuk lebih serius bermain dengan affiliate. Takde modal, takde komisen.
Senang cakap..pilih satu dan polish sampai mahir. Kemudian, baru buat cara yang satu lagi. Nak buat dua-dua tak ada masalah kalau korang pun genius macam aku. Selagi mampu, buat aje. Tak mampu, pilih satu dan kuasai betul-betul sampailah korang sendiri dah naik bosan buat semua tu termasuklah bosan terima email beritahu sales dah terhasil ataupun terima email beritahu yang mana komisen dah selamat masuk ke akaun bank masing-masing.
Dah.
Aku nak tunggu malam kang.
Mahu cari sate kambing.
..
…
Huhu..
11,663 total views, 1 views today
siapa yang buat betul2
dapat duit pun betul2
haha
ya.
kena la buat betul-betul.
haha..
nak guna cara blog sahaja…biarlah berada carian utama Google
yang nak kuasai betul-betul itulah susah mesti tahu rahasianya dari para sifu
tak ada rahsia sangat.
semua orang tahu, cuma malas nak buat aje.
betul dah dibagi juga di kitab seo merah jambu
adik ipar saya pun geng affiliate..guna method kedua.
masyuk jugak rasanya…
memang masyuk la kalau tahu caranya.
Yang tak masyuk tu, kena tunggu masanya aje.
hari ini dah buat 7 entri psl afiliate yg akan diauto publish stlh makan bulan tak buat kot. try buat ayat simple2 dulu…
fuhyoo..
banyaknya tu artikelnya itu.
Bila dah bagai nak rak promote sana sini affiliate produk x,y,z laa..hasil tak kencang macam cikgu sukan…
Terasa macam masuk angin keluar asap jek..
Puas gak berubat sana sini tapi ada orang cakap kena belajar pukau plak…
Konpius gak takut salah belajar pukau untuk affiliate ke lain jadinya.. 😀
Apa pon tahniah buat cikgu sukan sebab terus kekal takhta antara pakar affiliate… 🙂
Rilek je bro.. ikut kaedah sambil cuba cari idea yang baru..
tak semesti hari ni kita boleh dapat..
cikgu sukan ni dah top n ada brand..
emm, boleh pegang entry ni titan..
pegang apakah ini?
hehe..
cuba cerita sikit.
Aku rasa la kan, kalau boleh buat duit dengan tulis blog, In Shaa Allah tak akan rasa kekok sangat nak guna kaedah emel marketing tu pulak
yang ada pengalaman, memang tahu caranya.
takde masalah sangat.
tinggal nak polish aje.
tu dia sifu dah bagi hint..
saya dah mula rasa kesan cara pertama..cuba segan sahaja nak update hasil yang diperolehi..masih ciput-ciput sahaja
takpe.
sekali-sekala update takde salahnya.
Aku ikut cara kau ajar je Titan. Kenkadang tu bolehlah guna untuk beli tiket kapal terbang ke..bayar bil telefon ke..memang aku lagi suka teknik blogging dari email list, facebook whatsoever tu.
wahh….kiranya boleh tahan juga yang ko dapat ni.
mesti banyak sampai boleh beli tiket kapal terbang kan.
Tak de la banyak mana.. tapi boleh la.. mana boleh lawan Titan.
Tak tahan tengok sate kambing ni. Meleleh air liur ni…
Pergh sate kambing.. kolesterol tu.. takut wooo
takpe.
aku kurang kolesterol.
bahaya kalau karbo dengan protein aje banyak sangat.
mana yang tak dapat tu, memang serius, kena makan cendol, slalu lepas aku makan cendol, esoknya dapat komisen..ahahaa
tu la.
ingat aku cakap main-main ke bab makang cendol tu.
lemak berkrim je sate tuh
lemak tu buang.
makang daging aje.
kena pandai pilih.
Cabaran adalah hendak konsisten dengan semua perkara.
nak konsisten tu memang dah jadi masalah negara-negara besar dah niih.
haha..
patutlah bro ada bnyk blog… 🙂
banyak sangat tu tak adalah.
adalah banyak sikit-sikit.
Dah tak boleh fokus banyak blog dah.. Lupa bayar domain, burn! Haha
nak serius boleh.. Tulis artikel berkaitan affliate tu mantap betul 🙂
adakah nak main affiliate dari Lazada.my ???
Ooo kena ada 2,3 bijik blog rupanya… Fokus fokus fokus..
aku kahwin guna duit affiliate niche kerjaya 🙂
InsyaAllah saya akan ikut cakap bro. Sekurang-kurangnya ada 5 blog niche berlainan. 🙂
Saya lebih suka blog berbanding lagi 1. Ada yang hantar emel terlalu kerap, like hari-hari ada. Ada yang agressive juga, jika tak buka/suka, boleh unsubscribe. Mungkin tu cara mereka.
Blog lebih mesra pengguna, orang datang cari content. Lebih jujur, dan mudah dibaca berkali-kali.
Saya rasalah. Jahil juga bab emel tu, walaupun tau basicnya mcmn nak buat.
Saya rasa en.titan memang dah sangat bosan kira komisen..hehe
Emm mailing list memang sedap orang kata..tapi tu la. nak kena belajar dengan baik..kalau tersalah cakap ke, tersalah emel ke, hilang satu pelanggan kita haa..nak dapat satu emel bukan senang..haha
bila nak belanje kitewww makan itu sate kambing???
Den mailing list ni tak pernah cuba lagi. Macam menarik.
Mailing ni biasanya yang betul-betul pakar dia hantar secara berjadual/jarak masa. Tidak mengannoyingkan. Tapi kalau hantar memang berisi, rugi tak baca. Kira macam soft selling yang berpengaruh juga. Bagus sangat tapi betullah kuasai satu-persatu dulu.
Sokong dengan pendapat sifu utk buat duit dengan affiliate ni.
Sekarang mmg xboleh harapkan income gaji 100%.
Tambah2 pula GST bulan depan.Otak kena ligat buat duit.
Macam mana nak dapat kitab pink kalau duduk sepekan? Misteri.
Bukan senang nak senang, tapi usaha dan hati mahu kental
kalau kena dengan gayanya memang boleh buat duit betul-betul ni…
zaman sekarang ni dengan kos hidup makin tinggi kena cari duit tambahan untuk sara kehidupan….
sate kambing tu sedap
Lima blog! Fuh, inshaAllah one fine day. Kena konsisten satu ni dulu.
tabik pada encik titan..saya dah mula aktif balik tapi niche tu mcm bercampur-campur plak..ahahaha
ni alternatif lain untuk jana income dari blog. Terima kasih info