Bini adalah seorang wanita yang sangat hebat.
Selain boleh melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa, mereka juga boleh “selfie” dan upload ke facebook pada bila-bila masa walaupun perangai bini aku memang tak macam itu. Tapi, majoriti wanita adalah sebegitu rupanya terutamanya jika ketika mereka masih gadis perawan, itulah modal mereka untuk mencari lelaki impian mereka.
Selain, itu, bini juga seorang makhluk istimewa kerana mampu cepat berfikir dan berfikiran jauh. Hebat dalam berimaginasi dan penuh dengan idea-idea yang sangat bernas.
Dan cerita pendek ini membuktikannya.
Cerita bini yang baik dan solehah.
Nama aku, Kamelia Hani Sofea.
Kawan-kawan aku panggil aku “Hani”.
Tetapi, suami aku, tetap panggil aku “awak”. Tak kiralah sebelum kahwin atau selepas kahwin.
Sebagai isteri yang solehah, aku terima seadanya.
Nak dijadikan cerita..
..
…
“Apa kes la laki aku ni. Diam aje dari pagi tadi. Aku mesej, tak berjawab. Aku call, angkat. Tapi bila tanya kenapa, dia cakap tak ada apa-apa. Bila dah jumpa, ajak keluar makan.ย Cakapnya pula, tak nak. Takde selera bilangnya. ” soal hati aku sorang-sorang.
Jadi, aku pun masak la sedap-sedap lepas dia balik dari kerja.
Kot-kot mood dia terbuka sikit. Yelah, suami tersayang kan. Haruslah kita risau kan..
Jap..takkan la dok tengah fikir perempuan lain kot..
Ishh..mintak simpang la jauh sikit.
Tap, dok lepas makan. Tak lut gak.
DIAM aje memanjang. Even aku dah masak lobster kari cicah sambal belacan kegemaran perut dia.
Aku jadi makin pelik.ย
Jadi, gi dok dekat dengan suami. Dok manja-manja sikit. Gesel-gesel sikit. Lentok kiri, lentok kanan sikit. Main-main kat bulu ketiak suami jap. Garu-garu manja bahu dia..
“Sedap tak sayang masak hari ni, bang?”
“Sedap.” jawabnya dia pendek.
Tak puas hati. Tanya lagi. Rasa macam hati ni tak tenteram. Rasa hidup ni macam tak tenteram.
“Abang sayang sayang tak?”
“Emm..” angguknya sambil terus menonton television.
..
…
Masih tak puas hati. Walaupun tahu itu memang jawapan “RASMI” bila dok bertanya suami. Takdenya pernah nak cakap depan-depan. Sayangnya tuh disinilah sangat kann..
“Abang ni kenapa..ada masalah ke? Nape senyap aje nih..”
“Takde papelahh..”
“Abaannggg..janganlah buat saya macam ni. Tak sayang saya kerr..Nape diam aje nih. Takut saya tauu..citelah bang..saya ada buat silap ke..saya ada terkasar bahasa ke..saya ada kurang ajar ke..saya ni dah tak cantek lagi ke..tak cukup bedak ke saya pakai malam nih ke saya tak cukup solehah bagi abang? Cakaplah bangg..jangan buat saya tertanya-tanya. Panjang menung abang tuhh..abang nak kahwin satu lagi kerr..??”
Senafas aku tanya. Tertunggu-tunggu jawapan..
“Hmm..”
keluhan suami lagi..
Aku dongak melihat wajah suami yang cukup cahajayanya. Yang aku anggap sebagai imam aku sepanjang hidupku. Agar sentiasa menerangi kehidupanku.
Suami aku pandang aku dengan penuh naif. Mungkin pelik melihat aku meroyan sebegini rupa.
Dia terus pandang television sambil berkata sesuatu..
..
…
“Motobike abang tu TAKย boleh start dari pagi tadi. Tak tahu salahnya kat mana. Tu tengah pikir nih..”
..
..
..
…
Dan aku tak tahu nak gembira atau nak geget tengkok suami sendiri apabila mendengar jawapan tersebut.
Ps: Laki memang macam itu. Dan orang perempuan pun memang macam itu. Terima seadanya.
8,487 total views, 26 views today
warna warni kehidupan berumah tangga memang harus bijak menjalaninya
Hoho! tak idup motor bleh sampai mau geget tengkok heh..
Kalo tak idup benda lain mau hisap darah terus nie… ๐
p/s: Kena ada warna warni laki bini heh baru ada feeling…kalo satu kaler jekk tue yg suram kan.
Ya betul tu.. memang begitulah ragamnya
sesungguhnya wanita dan lelaki berbeza..memang betul pun laki kalau ada masalah suka diam, tp pada wanita, kena luah. giitulah.
tapi sebab perbezaan tu lah yang buatkan kalau suami jauh sket pun dah rindu..rindu takde sapa nk berbual hahahaa
Aku kompius ni. Sapa yang karang citer ni. Ahmad faizal ke atau bini ahmad faizal. Hehehe
takutnya tengok motosikal tu
Tidolah ngan moto abang tu malam ek ….huhhhh
adoi pernah baca sebelum ni. dia senang aje kalau dia diam, kita diam. bagi masa dulu. osahnye nak tanya soalan macam inspektor sahab dan dan tu jugak.. kalau boleh makan kira ok dah tu hehe….
dah macam baca novel plak baca entri ko ni..aahaha
Lawa moto, adik tumpang abg boleh. Moto tak boleh start upenye. ๐
Syok pulak baca entri ni,hehehe kalau ada kesinambungannya jangan lupa update ๐
Hahaha,memang sangat berbeza cara wanita dan lelaki berbeza. Apa yang merisaukan kita jug atidak sama ๐
Isteri nak pujuk suami dengan masakannyalah…dengan apa lagi?
haha.
betul jugak tuh.
macam kisah benar je bro..kihkihkih
hahaha…gitu kisah nyer…
Itulah, perbezaan yang dipertemukan dalam sebuah perkahwinan agar saling melengkapi antara satu sama lain….syahdulah pulak.. ๐
sebab itu..
perkahwinan itu adalah satu bab yang seronok dalam kehidupan manusia.
Pernah alami masalah motor besau tak boleh hidup tetapi motor tersebut sudah lego untuk tuan baru.
ohh..
dah pernah ada motor besar rupanya ye..
Hahaha.
Warna warni dalam kehiduan suami isteri.
Kalau sama je perangai nanti tak best la.
Kalau suami tetiba senyap memang boleh tak keruan jiwa isteri. Dunia tak lengkap tanpa bebelan seorang suami ๐
Yeke suka dengar bebelan suami nih?
Aah la, suami saya pun kadang2 uang tebiat juga…bila ditanya tak de masalah tapi bila dah tenang dia sendiri yang akan cerita..so moral of the story kena kasi suami ‘tenang’ dulu baru tanya soklan…
biasalah tu.
lelaki memang ada tempoh bertendang dia tu.
Eh samalah… Kena bagi Bini saya baca ni. Dia ingat saya dah tak sayang dia lagi, padahal bila dah ada anak dua orang ni. Sayang ke anak tu lebih sikit. ๐
haha..
bini hang dah baca belum nih?
kalau laki aku balik dengan badmood aku pun diam jugak.. nanti kalau dia nak share masalah, dia confirm cerita. kalau dia tak nak cakap.. tanya pun tak jawab. so,solution rasa nak cerita telinga si bini belum pekak.. cerita la dia dengar.
haha..
ya.
tak semua telinga bini tu pekak.
Kalaulah semudah tu..hehe
Tiba- tiba terasa rindu pada encik Hubby yang sedang bekerja. Dia pun diam je semalam.
haa..
kenapa encik suami tu diam ehh..
Hahahah adeh… ingatkan ape tadi.. bini -bini ehh
Haha biase aku terkena macam ni, kadang2 tu sampai keluar urat keting gak la dia nak jawapannya.
Artikel ni sape yang tulis? Hahahaha… Bila la nak beli motor macam dalam gambar tu..tengok rasa berkenan jer..haha
tanpa bini siapalah suami. hihi tp suami pun tetap bagus huhu