Ya.
Ada satu lagi contest yang korang boleh sertai.
Contest Petua dan Herba KongsibersamaNora
Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora yang dianjurkan oleh seorang makcik blogger yang sangat TINGGI lampai dan sangat ramah bila berjumpa dengan aku.
Dulu masa aku rajin gak keluar gi “event blogger” sana-sini, ada jugak la terserempak sekali dua dengan makcik Nora ni. Dia rajin pergi event sana-sini. Selalunya yang berkaitan dengan geng Denaihati punya program mesti terserempak dengan makcik ni.
La ni, dah jarang dah aku gi mana-mana event.
Kelas UPSR itu lebih penting.
Haha..
Okeh, untuk contest ini, aku kena cerita satu herba dan kongsikan petua atau cerita pasal khasiat dan kelebihan herba tersebut. Herba tu boleh dikalangan sayur-sayuran, buah-buahan dan segala macam herba yang korang rasa memang sejenis herba.
Oleh sebab aku dah cerita pasal kebaikan makan Petola dan Khasiat Tomato dalam blog ni, jadi hari ini aku nak cerita tentang..
KUNYIT
Aku rasa, hidup aku sejak kecil hingga besar ini memang lidah aku dah selalu sangat makan kunyit. Baik kunyit hidup atau kunyit yang dah jadi dalam bentuk serbuk tu.
Mak aku, kalau masak ayam goreng atau ikan goreng, mesti letak kunyit.
..
…
“Wehh bro..lu ingat mak orang lain tak goreng ayam dengan ikan guna kunyit ke?”
“Haha, memanglah. Tapi ini artikel aku, aku punya pasal la nak cerita apa, kan?”
..
…
Well. Masa zaman abah aku masih belajar kat UPM dulu dan mak aku masih jadi cikgu kat sekolah menengah dulu, mak aku gi sekolah naik bas dan abah aku awal-awal subuh dah hilang naik kereta dengan kawan-kawan dia berulang ke UPM ke Banting.
Masa tu nak kata hidup aku ni takdelah susah. Makan tak boleh la nak mewah. Dan aku bersyukur, walaupun takdelah hidup susah sangat, tapi asal aku dan adik-beradik celik mata, ada nasi dan lauk. Kekadang, lebih istimewa lagi ada sambal belacan, ada sambal ikan bilis, ada ikan masing goreng rangup, ada ayam goreng kunyit yang bahagian PEHA tu selalu jadi rebutan antara aku dan adik lelaki aku. Dan sebagai seorang abam, adik mesti MENGALAH dan hak makan peha ayam tu, adalah hak aku.
Dan bila mak aku masak ayam goreng, mesti guna kunyit.
Adik aku, cuma dapat merasa dapat peha ayam bila time mak aku masak, dia bedal dulu.
Tapi macam biasa, mak aku memang sayangkan aku. Sebab seekor ayam cuma ada DUA peha sahaja, bila adik aku dah baham satu peha, peha satu lagi memang akan pergi ke tekak aku. Kakak dan adik perempuan aku memang tak makan peha. Diorang suka bahagian yang ada tulang-tulang sikit. Abah dan mak aku, memang biasanya ambil satu bahagian aje, aku dengan adik aku ajelah yang kuat baham ayam goreng kunyit ni.
Sebab itu, ayam goreng kunyit ni memang dah jadi hidangan istimewa untuk aku setiap kali aku balik kampung bila dah kerja ni. Bila balik kampung, mak aku akan bertanya..
“Kau nak mak masak apa?”
..
…
“Mak goreng ikan atau ayam pun dah ok dahh. Nanti orang tumbuk sambal belacan eh..”
..
…
Ya. Aku tak tipu.
Ko tanyalah adik-beradik aku dan mak aku sendiri.
Sampai mak aku kekadang marah suruh aku “ORDER” benda lain untuk dimasak.
Tapi, masalahnya..tekak aku memang dah macam tu seleranya walaupun aku memang suka juga makan nasi ayam madu tiga, ikan cencaru masak petang, ikan bilis cili pedas meletup, ikan pari masak taucu, lobester kukus cicah sambal belacan dan sebagainya.
Kenapa aku suka makan kunyit ni?
Inilah antara sebab-sebabnya yang aku sendiri kadang-kadang tak tahu. Mak aku cuma cakap, kalau nak goreng ikan atau ayam kasi sedap, mesti guna kunyit. Yang lain, sepatah habuk pun aku tak tahu.
Jadi, dari pembacaan kat beberapa website dan blog, inilah..
15 Khasiat dan kelebihan makan kunyit
- Merupakan agen antiseptik dan antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka dan terbakar
- Apabila digabungkan dengan “kembang kol”, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada.
- Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru-paru. Okeh, gadis-gadis comel WAJIB ambil tahu tentang hal ini. Gua wajibkan. Tak baca, jangan makan cendol lepas ni.
- Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak-kanak. Glup!
- Berpotensi untuk menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak
- Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza. Kiranya memang musuh ketat kanser jenis “MULTIPURPOSE” nih..
- Merupakan salah satu anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.
- Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan. Kalau nak guna untuk goreng ikan, minyak kasi kurang sikit la ye..
- Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri-ciri anti-radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid. Orang Cina memang “PAHAM” hal-hal perubahan dari herba-harba macam ni..
- Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel dan mengurangkan kesan sampingan.
- Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas.
- Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah.
- Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak
Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang - Jus kunyit juga biasanya diminum oleh pesakit-pesakit kanser. Petua ni ada orang cakap, bila aku baca kat blog Makcik Beg Besar Nora ni, ada juga diulang benda yang sama. So, siapa yang ada kanser tu, bolehlah cuba-cuba buat jus kunyit nih.
- Bagi orang lelaki, memakan kunyit untuk satu tempoh yang lama akan memberikan korang potensi untuk jadi lebih hensem dan lebih digemari oleh gadis-gadis comel berkulit puteh walaupun kulit korang sebenarnya takdelah puteh sangat. Dan aku adalah bukti kukuh dalam isu ini. Bini aku memang berkulit puteh dan of courselah bini aku sayangkan aku. – Validated by Encik Titan.
Haa..
Nampak, banyak gak faedahnya aku baca blog Makcik Nora nih. Bukan takat khasiat dan kebaikan kunyit aje, ada lagi TIGA artikel ni aku rasa korang mesti kena baca gak.
- Khasiat dan kebaikan Kunyit
- Khasiat buah dan daun Durian Belanda
- Khasiat Misai kucing dan Daun Herba Catnip
Punyalah banyak khasiat kunyit dan kelebihan herba-herba murah yang kita tidak tahu.
Ada yang aku tahu, dan ada yang aku tak tahu.
Apapun, nampak sangat kunyit ni dan herba-herba lain ini memang memainkan peranan penting dalam kehidupan kesihatan kita. Walaupun benda tu nampak kecil dan harganya lebih murah berbanding harga seekor “Lobster”, tetapi khasiat dan kelebihan Kunyit dan herba-herba kecil ini jauh meninggalkan khasiat seekor lobster yang megah dipinggan-pinggan hotel.
Kesimpulan.
Makanlah ikan dan ayam goreng kunyit selalu.
Bukan setakat berpotensi untuk membantu dalam rawatan kulit dan merawat kanser. Malah..
lebih murah, lebih kolesterol dan lebih enak. Lebih PADU lagi, dicicah dengan sambal belacan yang ditumbuk oleh anak lelaki sulung dalam keluarga.
Trust me.
Mesti sedap.
Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER
Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine, MazlindaShop, AdamJTanOfficial, ByPuji, BeeVenomMalaysia, AlphaLipidMalaysia, ByHawaOrked, BabyZoomersShoppe, NadiaSecret, ZieFauzi, NorfaNil, KhairulZamri, dan Annisabiz
18,677 total views, 1 views today
All the best En Titan.
Makin menjauh la entry ambe lepas ni. Hehehehe…
Makin jauh apanya pulak ni.
Haha..
Hahaha…jauh la rank ambe kat Google tu ha. Adoiii.
😆
memang aku tunggu lu join baru aku nak join..sebab nrak tiru…hahhha…bro dah lama xdgr ayat lu nak kahwin 4
Haha..
impian tidak pernah padam maa..
Apapun, gua dah tulis.
Turn lu plak tulis.
Ramai tak join. So, gua kasi trigger je contest nih.
Tolong member punya kontes je. 😳
Betul jugak, lama betui tak dengar titan kata nak bukak cawangan dengan nak kawin 4.
Semoga berjaya keh3
Haha..
benda baik, kena la dialu-alukan.
masih ada harapan lagi tu bro nak tambha cawangan..hahaha..gud luck bro
harapan tu tetap ada disisi.
haha. 😈
Kunyit.. benda yg simple tapi power hehe 😆
Thanks sharing..
Ya.
Kecil.
Tapi besar manfaatnya pada ramai orang kat dunia ni.
Wah ada contest haruslah nak mengasah bakat yang memang tumpul haha.
Ayam goreng kunyit, telur mata dengan kicap masin, ikan bilis goreng ketuk cili padi, semua tu membuka selera.
Tambah nasi panas, settle.
Biasanya ringkas aje orangnya yang suka makan begini.
Mudah berurusan. Betul tak?
kalau kena dengan nasi panas, ada petai, ada sambal belacan..
memang bertambah nasi la jawabnya. haha
moral of the story… makanlah ayam goreng kunyit 😉
Ya.
Itu moral terbaik dari cerita hari ini.
Bestnya baca cerita kunyit ni, saya paling tak boleh lupa bila kena minum air kunyit dengan air gula merah masa dalam pantang..perghhhh sedappppp, boleh try nanti bagi isteri amal masa berpantang cikgu titan 😆
haha..
minum ajelah kalau tak sedap sekalipun.
yang kita nak khasiatnya tu.
Memang baik kunyit ni, mampu mencegah kanser payudara 😉
Ohoo..
yang tu memang ramai rasanya tak tak tuh.
Good luck sir.. :). . Kunyit terbaik hehe
Banyaknya khasiat kunyit, walau pun sebesar ibu jari tetapi khasiatnya 1001 jenis penyakit boleh dicegah. Power betul punya kunyit. Kalau durian kunyit apa pula khasiatnya?
durian kunyit?
tak tahu la plak.
jarang makang durian kunyit. Jadi, tak tahu. haha..
Kunyit memang banyak tahniah .,…kesannya.. kentut saja ..haha
haha.
kentut tu satu nikmat yang tak terkalah maa.
bukan senang nak kentut tau.
Kunyit hidup memang boleh awet muda pun.
Kalau dimakan sebagai ulam.
Kalau dah masak kurang sikit khasiat nya.
Macam nak join je jugak contest nie. hihihi
lebih suka yang dimasak.
baru ayam dan ikang jadi lebih enak dan sedap.
Takpe janji dapat khasiatnya.
Nie kunyit hidup bagus untuk buat minman masa bersalin.
Take note yea mr.titan untuk wife nanti. 😉
haha..
nanti suruh bini baca pasal kunyit hidup.
Hihi.
Untuk kesihatan bersama.
😉
Uishh .. apsal gua leh terlepas pandang kontest ni
Ada lagi ke contest ni En Titan?
ada, masih tengah berlangsung.
join je kalau minat.
All the best incik Titan…
Waaahhh, memang terbaiklah kunyit ni, banyak gak yang tak tahu
Erkk, takkan nak compare ngan lobster kot? kiki
HAha..
sebab aku pun suka makan lobster.
Kunyit Serbuk memang tak pernah tak ada kat dapur umahku… oh kunyittt…
memang la.
kena selalu ada.
baru meriah rumah tangga.
lalang pun masuk kategori herba, cuma orang tak banyak gunakan.
tak pernah makang lalang.
tak sedap macam gula-gula hacks.
teringat minum air kunyit masa berpantang. muntah!
La.
Tak baik muntah-muntah tau.
Pandai dan panjang lebar engko mengunyit kali ini En Titan..Bila nak belanja makan ayam goreng kunyit ni??
datang banting la kalau nak belanja aku.
aku malas nak jalan jauh-jauh.
hari2 makan kunyit
moga berjaya bro…
kunyit hidup lagi sedap dari kunyit serbuk bila nak menggoreng… potong kunyit mulalah kuku pun kuning..tanda orang tu rajin masak lah.
memang biasa guna kunyit hidup gak.
tapi sekarang..ada serbuk kunyit. Belasah ajela pakai. haha
masa baru2 habis belajar pernah jadi pembantu penyelidik sekejap..buat research tentang kunyit..memang banyak khasiatnya kunyit ni..
Ya.
Ternyata banyak rahsia kunyit yang orang kita tidak tahu.
perrgggh! lu punye entri meme sentiasa ade kick!
citer bab duit power…citer bab kunyitpun cecah 1000 patah perkataan…lu mmg power!
setakat bercerita aje, takde masalah rasanya.
merepek aje macam biasa.
Ada contest lagi ke nie. Banyak sungguh contest sekarang. Good luck encik titan.
banyak contest sebenarnya sana-sini.
tinggal pilih dan join aje.
takde kunyit… terbantutlah aktiviti menggoreng ayam…
daun kunyit pun best buat masak lemak… aromanya tu mahal
itulah.
memang kurang je rasa kalau goreng ayam atau ikan tanpa guna kunyit nih.
kurang kasih sayang rasanya kalau takde.
🙂 memang sedap makan nasi panas2 dengan ayam goreng kunyit. ada plak sambal belacan dan ulam. simple dan buat orang tak boleh tahan nak tambah nasi. hehe…
Ya.
Sila tambah nasi ye. 😆
Baiklah cikgu, lepas ni akan makan ayam dan ikan goreng kunyit banyak2. heee
Yup.
Memang itu yang biasanya mak aku masak pun bila aku balik kampung.
Hehe.. 😈
Ayam goreng kunyit memang sedap. Kunyit juga baik untuk mencegah kanser. 🙂
den pun suko masakan kunyit2 ni… sotong amsak kunyit, daging goreng kunyit…
nasi goreng kunyit dah pernah buat?
hehe.. 😈
Memacam peraduan la nih, tumbuh bagai cendawan lepas ujan jerk. Antara nak join or idok ajer…
kunyit juga bole apply on our pimples >.<
Wahh..
yeke? Baru la gua tahu ini hari.
Terima kasih untuk info yang cemerlang ini.
nak bagi satu rahsia ni..pernah MJ minum air kunyit yang MIL buat sampai termuntah..sebabnya minum air tu masa perut kosong..memang tobat tak nak minum dah..
kunyit memang home renedy yang paling bagus. untung masyarakat asia yang memang masukkan kunyit dalam masakan. Sebagai anti kanser pun iya jugak
ya, memang ramai orang suka makang kunyit nih. hehe
Huhu..banyak gak kebaikan kunyit ni..tak pernah ambil tahu pun sebelum ni..gud luck encik titan..dan selamat maju jaya..hehe
haa..
kena la ambil tahu kan sekarang, kan?
jangan asyik makan aje. hoho..
Salam En. Titan,
Singgah nak baca entri contest. Saya baru je hantar penyertaan. Tak sangka kita pilih herba yang sama.
Tak tahan point ye ke 15 tu. Kelakar
Good luck En. Titan
ohh..
tak sangka sama la plak.
hoho.
wah baru tahu kunyit bnyak kelebihan. huhu tq!!
wah.. ni ilmy yg sangat berguna untuk kaum wanita ni.. mak aku kata.. kunyit memang elok untuk wanita yg sedang berpantang.. air kunyit hidup sangat bagus untuk dalaman wanita tau…tak salah lagi ianya herba yg bermanfaat tau..