Ya.
Salah satu buku terbaru yang aku baca ialah DIAgnosis 2.
Buku ini salah satu buku yang bagus juga untuk dibaca.
Terutamanya untuk mereka yang TAHU membaca dan menghayati setiap perkataan yang terukir didalam buku tersebut.
DIAgnosis 2 Reviews
Ia satu buku yang bagus.
Buku yang memberi makna dan manfaat kepada mereka yang membacanya.
Untuk tahu dan memahami bahawa dunia doktor ni ada macam-macam ceritanya.
Secara jujur, aku baca buku ni sebab aku adalah peminat blog Fatin Liyana.
Kiranya, peminat kipas susah mati jugaklah.
Dan aku tak malu mengakui hakikat itu walaupun mungkin aku akan dibenci oleh ramai gadis-gadis diluar sana atau diejek oleh pembaca setia lelaki blog aku ini.
Sikit-sikit Fatin Liyana.
Takde blogger perempuan lain lagi ke aku nak petik?
Well, when you have found someone who have “same” passion and wavelength with you, you will love everything about them and you will be attracted or influenced by them silently without you know about it.
Haha..
Overall, buku ini mempunyai pelbagai jenis cerita dari 7 orang doktor yang berbeza. Semuanya ada cerita yang tersendiri yang boleh kita kongsi dan belajar sesuatu bersama. Terutamanya dalam skop dunia perubatan dan kedoktoran yang tidak ramai kita ketahui.
Cerita-cerita itu pastinya akan menyentuh hati seseorang.
But, cerita terakhir dalam buku DIAgnosis 2 dari karya Doktor Aizat, benar-benar memberi kesan dalam hidup aku. Aku tak dapat bagi “spoil” bagi cerita terakhir tersebut sebab cerita itu membuatkan aku rasa berbaloi untuk memiliki buku tersebut berbanding cerita-cerita lain.
Cerita Doktor Anwar Fazal, Doktorr Azah, Doktor Beni, Doktor Mafeitz, Doktor Mahyuddin dan Fatin Liyana sendiri memberikan mesej-mesej tersendiri. Tetapi mesej dari Doktor Aizat ini benar-benar memberikan BANYAK pukulan padu maut pada diri aku.
Agar sentiasa bersedia, agar sentiasa berusaha
pada setiap masa tentang jodoh, anak dan ajal.
Apa aku rasa tentang buku Diagnosis 2 ini?
Ini buku yang baik walaupun aku tahu ada beribu buku yang lebih bagus dari DIAgnosis 2 berbanding buku-buku yang pernah aku baca. Walaupun ada satu dua artikel yang aku rasa macam bosan membacanya, tetapi artikel-artikel lain banyak “backup” terutamanya artikel dari Doktor Sara, Doktor Aizat, Doktor Anwar dan Doktor Aizat.
Artikel Fatin Liyana plak, aku dah biasa baca. Seperti biasa, menarik sebab dia tulis macam dia tulis kat blog dia. So, ia satu benda yang aku tak “bajet” tetapi masih boleh terhibur. Ingatkan dia tulis cara lain, tetapi tak banyak perubahan seperti yang dia tulis kat blog dia. Overall, aku rasa itu yang akan membuatkan sesetengah pembaca masih rasa terhibur dan berbaloi membeli buku ini. Sebab aku tahu, korang cuma kenal sorang doktor aje kan dalam buku ni. Termasuk aku. Itupun kenal gitu-gitu aje..
Tetapi buku yang baik, tetap adalah satu buku yang baik tak kiralah penulis itu hebat atau tidak, popular atau tidak, glemer atau tidak. Orang ternama atau orang kebanyakkan. Itu hakikat yang tidak boleh aku ubah.
Benda bagus, tetap benda bagus.
Dan..bila ada orang kata buku itu adalah buku yang baik untuk dibaca, jadi..pergilah membacanya.
In-sha Allah, ada 1001 macam kebaikan yang boleh korang perolehi.
Cara nak beli?
- Taip “white coat” kat google dan klik butang search. Masuk website tu dan beli.
- Harga tak mahal. Dalam RM30.
- Tambah wang pos. Jumlahnya tak sampai RM40. Dan buku itu akan sampai ke rumah korang tak sampai seminggu.
- Dalam kes aku, 3 hari aje dah sampai.
Kesimpulan.
Membaca itu jambatan ilmu.
Membaca hasil karya seorang doktor yang cantek itu adalah satu bonus tajaan yang terbaik.
Membaca buku memikat lelaki IDAMAN ini juga adalah satu bacaan yang bagus untuk gadis-gadis yang masih bujang dan mereka seharusnya baca buku ini berbanding update status bila nak kahwin kat facebook setiap hari.
8,511 total views, 1 views today
percayalah bro gua takkn ejek lu..hahaha
Iyer, saya pun takkan ejek (kot…)
hahaha…saya pun tak ejek brader penggemar cendol ni gak 😛
Ishh..takkan cikgu sukan nie nak kelentong kipas susah nak mati blog sendiri kan…
Macam lirik dato siti lagu – PERCAYALAH…. 😀
p/s: Bro ejas2 laa mana2 publisher buat buku – Kisah Seorang Cikgu & Blogger , bleh kita reramai sign otograf mana launching… 😀
halah, cikgu sukan paling dipercayai abad ini. 🙂
Orang kata dalam kekerasan ada kelembutan…cewahhh..
Ohh… buku pasai doktor & jururawat ker.. patut aa macam tak pernah jumpa pun.. he…
Dah ada buku pertama Diagnosis tetapi Dr Fatin Liyana tak menulis dalam buku yang pertama ni..
murah je tuh baru rm30 jer maa…
mampu milik gitu 🙂
saya kenal blogger doktor melalui blog bloggerwanita.com
hahaha, dah agak dah salah satu sebab utama dia fatin liyana…
tapi memang dapat rasakan buku ni best.
entry ni akan buat orang tak sabo-sabo nak miliki buku tersebut 🙂
Dah sampai masanya pi cari buku ni, sebab memang duk tunggu-tunggu juga bila nak keluar buku ni..cikgu memang advanced la 🙂
setiap buku memiliki kandungan ilmu yang bila dicermati akan menambah pengetahuan kita
buku cerita doktorlah ni…menarik jugak
oo buku ni yang kat wall hang rupenye
Comel ya Fatin Liyana tu? 😉
wah doktor pun dah ada buku sendiri 🙂
dapat buku percumalah gamaknya tu heee..yeh sokong tulisan anak melayu yeah..
Doktor pun sekarang minat mengarang buku dah.
Kalo ikutkan pelik gak..doktor kan sibuk macam tak sempat jek nak menaip lagi…nak pk jarum mana lagi…nak pk ubat bius mana lagi nak guna…
Memang agak terkesima bila cikgu titan PAKSA kita beli buku DIAGNOSIS FOTOSINTESIS nie…
Tapi kita yakin cikgu titan memang telus orangnya… 🙂
Tapi lawa laa lantai yang lapik buku DIAGNOSIS tue…bunga2 kaler pon pink2…memang dah sebati agaknya kaler pink dengan cikgu sukan nie kot…mmg sahlah cikgu sukan nie…romantik orangnya.. 😀
Wahhh rajin juga En Titan baca buku novel macam ni…anyway aku pun kadang-kadang terbaca juga..:-)
Gua ingat link tu untuk beli buku tu rupanya..beli buku lainn…hah.hah..terkena gua…
Adus bila nak baca diagnosis 2 ni. diagnosis 1 tu memang high impact kat saya, sampai pergi kursus penulisan dorang suruh bawak satu sample buku, saya bawak Diagnosis 2. Motip? Ingat kau doktor ke? Memang ada cerita yang boring dulu, technical sangat pulak. tapi overall memang menjentik hati jua adanya.
orang dah kawin perlu tak baca buku ini hehehe
Kwn rasa aa org dah kawin bleh baca DIA NOK SERR bleh? 😀
tertarik pulak nak baca buku nie. memang minat penulisan yg cerita tentang pengalaman orang. banyak boleh belajar, kan. 🙂
Huhu..manyak murah ma.. Janji ada Fatin Liyana, awak mesti beli kan Faizal? Hahaha
terbaik lah. banyak ilmu dpt klau rajin membaca