Hari itu, aku dah tulis 8 Sebab mengapa korang kena melancong ke Jepun.
Jadi, hari ini aku akan tulis tentang sebab-sebab mengapa korang kena pilih JBT(Japan Budget Trip) sebagai pakej pelancongan pilihan ke Jepun. Maklumlah, ada banyak agen dan syarikat pelancongan yang menawarkan macam-macam pakej yang menarik ke Jepun.
Oleh itu, aku akan cerita mengapa JBT(Japan Budget Trip) ini lebih menarik untuk korang pilih dan mengapa pakej pelancongan JBT lebih menarik dan menghiburkan berbanding pakej-pakej yang ditawarkan oleh agen atau syarikat lain diluar sana.
Apapun, ini cuma pendapat peribadi aku sahaja. Korang tak suka, tak apa. Boleh pilih agen yang lain. Tak ada masalah. Aku pun bukannya dapat komisen apa pun promosikan JBT nih. Tapi kalau dapat sebiji t-shirt percuma dari JBT, itupun dah lebih dari cukup dan aku terima dengan hati yang terbuka.
5 Sebab JBT (Japan Budget Trip) sebagai Pakej Pelancongan Pilihan ke Jepun
1. Pakej JBT murah dan berpatutan.
JBT atau “Jepun Budget Trip” ini mempunyai pakej melancong ke Jepun dengan harga yang murah. Bagi sesetengah orang, kalau melancong luar negara, habis dekat RM1000 pun dah kira macam membazir. Tapi, kena la tengok tempat. Bagi negara macam Jepun ni, belanja satu ribu lebih itu sebenarnya dah cukup sebenarnya. Kekadang, korang bawa banyak sangat duit pun, tak tahu apa nak beli.
Senang cerita, korang nak melancong ke Jepun ni atas sebab apa?
Nak jenjalan? Nak cuci mata? Atau nak shopping sakan?
Kalau nak shopping, memang harus la bawa duit lebih dari satu atau dua ribu.
Tak pernah aku tengok orang gi Jepun shopping bawah 1k sahaja.
**Pakej melancong ke Kansai baru sahaja RM1990.00 sahaja. Siap termasuk takaful sekali tu. Hoho..
2. Tempat pilihan JBT kena dengan harganya.
Yelah, tempat yang korang pergi nanti, memang kena la dengan kosnya. Dan tempat-tempat yang korang lawat menggunakan pakej yang ditawarkan oleh JBT itu ada nilai dan harganya tersendiri. Secara peribadi, untuk orang macam aku yang agak suka bab seni dan juga suka bangunan-bangunan bersejarah ni, memang sesuai la walaupun aku tetap gak nak cari kad Dragon Ball atau Sailormoon tu.
Kalau dapat jumpa penulis manga Death Note tu, dah kira bonus terlajak laris la jawabnya. Haha..
Kalau gi tempat sibuk, ofkos la harganya mahal dan satu lagi tempat tu akan jadi terlampau sibuk. Nanti, hilang mood korang nak gi melancong kat Jepun. Asyik sangkut aje nak pi mana-mana. Sebab itu pakej JBT ini disusun agar kita puas hati termasuklah dengan harganya. So far, aku tengok ramai orang yang dah ikut pakej ni semuanya senyum belaka dalam gambar masing-masing.
Takde yang buat muka tak puas hati walaupun tak dapat jumpa Doraemon dan Nobita.
3. JBT mempunyai sistem support yang agak baik.
Boleh dihubungi melalui telefon dan juga email. Lebih menarik JBT ada blognya tersendiri yang membuatkan aku lebih senang nak berurusan dengan blogger berbanding penganjur yang tak ada blog.Dan JBT juga mempunyai akaun facebook yang memudahkan mereka berinteraksi dan menjawab segala persoalan yang timbul jika ada yang ingin bertanyakan sesuatu tentang pakej melancong ke Jepun.
Bagi aku, ini salah satu perkara yang cukup praktikal dan harus ada bagi mereka yang ingin menawarkan pakej melancong tak kiralah ke Jepun atau ke negara Uganda sekalipun.
4. Promosi JBT (Japan Budget Trip) sangat menarik.
Senang cakap, kalau tak ada contest yang dianjurkan oleh JBT ni, aku takkan tahu bahawa ada rupa-rupanya pakej melancong ke Jepun dengan harga yang cukup praktikal dan murah macam ni. Selalunya, kita dimomokkan bahawa nak melancong ke luar negara ni mahal kosnya. Ofkos la mahal. Tapi harga tu semua masih dibawah kemampuan kita walaupu korang cuma mempunyai “basic” gaji bawah 3 ribu setiap bulan. Kumpul duit sikit-sikit, in-sha Allah, nak pergi Mekah dan Madinah pun tak ada masalah. Pendek kata, rajin-rajinlah menabung dan buat duit sampingan banyak sikit.
Dan lebih menarik, JBT juga mempunyai akaun instagram yang mempunyai gambar-gambar pengalaman peserta ketika mereka melancong ke Jepun. Ini salah satu promosi yang bagus dan boleh menarik perhatian ramai orang untuk berminat untuk melancong ke Jepun. Kena lagi, pakejnya murah dan tempat-tempat yang dilawat juga sangat menarik, ini membuatkan JBT sebagai pakej pelancongan PILIHAN ke Jepun yang TEPAT untuk dipilih.
5. Masalah mencari makanan halal selesai.
Ya. Bila kita melancong bersendirian tak kiralah ke Jepun atau negara Mexico, kita akan bengong seketika apabila pening memikirkan tentang “makanan halal”. Nak makan sayur pun, kekadang kena tanya depa pakai minyak apa, kan? Minyak bijan ke, minyak “tut” ke, minyak tu ke, guna alkohol ke dalam sos, guna “sake” ke..
“Haa..kan?”
“Betul jugak tuhh..”
Walaupun kita semacam yakin makanan untuk orang “VEGE” ni macam halal dimakan sebab tak ada daging, tetapi keraguan tetap timbul sebab berada di negara yang majoritinya bukan beragama islam. Lainlah kita tengok dari step 1 hingga step ke 20 macam mana persiapan sesebuah makanan itu dimasak. Barulah kita yakin, kan?
Oleh sebab JBT merupakan penganjur yang berasal dari Malaysia dan juga merupakan orang Islam. Jadi, isu makanan halal tidak ada masalah sebab mereka adalah antara orang yang berpengalaman melancong ke Jepun. Kiranya dah jadi “REGULAR” ke sana setiap tahun. Jadi, sudah tentu tak ada masalah untuk mencari tempat atau kedai makanan halal di Jepun nanti. Sebab itu, lebih baik kita pilih orang kita sendiri yang dah memang jadi regular ke sana setiap tahun dan tahu kedai makanan halal mana yang sedap sekaligus mengetahui arah kiblat kat mana.
Ini dapat menyelesaikan banyak masalah ketika melancong berbanding “tourist guide” yang tak reti nak kecek KL atau kecek luar dengan kita. Ingat senang ke nak jumpa tourist guide yang pandai cakap melayu? Sebab itu, bagi sesiapa yang nak melancong ke Jepun khususnya, cubalah guna perkhidmatan JBT ini kerana servis mereka memang tip top dan pakej yang ditawarkan juga sangat menarik dan memuaskan hati dan jantung.
Kesimpulan.
Gunakan perkhidmatan JBT jika hendak melancong ke Jepun.
Japan Budget Trip (JBT) sebagai pakej pelancongan pilihan ke Jepun yang TEPAT untuk dipilih.
Harga berpatutan. Tempat yang dilawati memang menarik. Boleh naik keretapi peluru Shinkasen. Boleh makan shushi puas-puas. Kalau ada rezeki, boleh la terjumpa Kim Tae Hee yang comel itu.
Dan tak ada masalah untuk cari makanan halal seperti daging kobe yang sedap tuh!
Terima kasih kepada mereka semua ini.
Penaja Utama : Japan Budget Trip
Penaja Bulanan/Saguhati
Hadiah Utama: 1 Package ke Jepun bersama JBT
Hadiah Bulanan
- Tempat pertama : Hadiah saguhati bernilai RM200
- Tempat kedua : Hadiah saguhati bernilai RM150
- Tempat ketiga : Hadiah saguhati bernilai RM100
- Tempat keempat : Hadiah saguhati bernilai RM50
- Tempat kelima : Hadiah saguhati bernilai RM30
9,923 total views, 1 views today
teringin nak ke jepun, cari kamen rider dengan ultraman.
nak pergi jepun……next year insya ALLah
Bestnya…tggu bisnes afiliate lebat dulu blh kumpul pi jepun
Masa aku pergi dulu, pergi sendiri-sendiri susah la jugak..especially kena menapak time sesat. Sekarang senang, banyak servis tour murah-murah.. jeles aku.
bila la dapat peluang ke sana…huhu
negara Jepun mmg top list dalam 101 impian saya. ada juga dengar2 kawan pegi jepun dgn bajet serendah rm500 utk survive kat sana.apapun tq for the info.boleh la start menabung utk ke sana.
Tak tahulah bila nak pergi melancung ke Jepun.. Teringin nak jumpa Goku dengan Naruto..sambil makan Mee Ramen…
Salam bro. Terbaiklah dah mobile-friendly blog ni, kemas pula tu. Theme mobile yang sebelum ni saya tak boleh nak komen. Saya dah cuba share di fb, g+, dan twitter semua berfungsi dengan baik.
Berkenaan kontest ni memang saya ada minit nak join, ingatkan dah habis. Rupanya sempat lagi sampai hujung bulan ni.
Saya pun ada banyak sebab untuk ke jepun. Mana tau boleh jumpa Takuya Kimura. 😀
blog bro saya susah nak komen la..
Bro online dari mana? Blog saya ke? Bro jawab soalan matematik tu betul tak? 🙂
saya nak ke jepun untuk honeymoon ..romantik sikit tak de orang nak jeling…
Saya pun memang follow JBT page dengan blog…ambil feel dulu trip ke Jepun, cadangnya tahun depan nak trip ke sana..insyaAllah
arigato gozaimas hu hu hu
jom ke jepun…sblm ni mmg tak terpiki pun nk kesane sbb harga punye psl
haha..bro xckp pun bunga sakura..
Dah baca peraturan contest ni… Sedihnya saya dah terlambat. 🙁
tq sebab dah hantar… actually tak perasan memula sebab tak register kat form hu hu hu…
wah. menarik betul Jepun
Ooo baru aku tau ada servis macam ni. Ok macam ni next time boleh pilih JBT
aku pula tengah kering idea ni bro..tolong sikit..hahaha
kering idea? kene minum air kosong banyak2…hehe
Bab makanan super duper penting tu. Kenyang perut, suka hati berjalan.
dah bebas visa ke jepun semoga suatu bisa ke sana
Hmm menarik gak pergi jepun nie..
Bleh cari half cut keter2 jepun nie..
Tapi bleh bwk balik mcm tue jek ker heh?
Kebanyakan orang pergi jepun sebab nak tengok tempat je.
Kalau untuk shoping pakaian tue jatrang sangat la.
Sebab fesyen di Japan tak ngam sangat dengan kita.
Hihi
Tentu seronok dapat melancong ke jepun. Tunggu jadi kaya dulu la..
Okeh..kalau nak ke Jepun nanti, boleh urusan dengan JBT ni..mak aii..sedap je saya tengok daging kobe tu..kobe tu sepisis dengan kambing ke lembu?
Syukurlah senang nak cari makanan halal kat sana..dengarnya sekarang jepun memang sedang berusaha menjadikan negaranya halal friendly..mungkin untuk tarik lg ramai tourist
Bilalah dapat ke Jepun ni bersama keluarga. Letak dalam RCA dulu nampaknya.
Nak gie melancong ke Jepun, harus korek balik entry ni, memang best 🙂
errkkk!!! Sailormoon pun minat gak ke? Ingatkan Dragon Ball jer, tapi dua-dua kartun tu saya suka gak walaupun tak sampai kumpul kad dia… 🙂
Bila nak pergi Jepun ni. Dulu konon nak melanjutkan pelajaran memang taklah kan..
Semoga nanti berkesempatan juga ikut trip ke Jepun. salah satu dari wish list 🙂
Sifu bila lagi nak jejak kaki ke Japan.
Farisya doakan sifu sampai ke sana suatu hari nanti 🙂
Uit… ada lagi yang citer pasal JBT nih, baru terbaca kat satu blog tadi.. Mulainak fames nampak gayanya nih…
terbaikk dapat ke jepun..