Okeh.
Gua tengah demam.
Sebab kena selsema.
Selsema datang dulu. Baru demam tu datang.
Batuk?
Mungkin 2-3 hari nanti kot.
Biasanya, tiga serangkai ni datang sekaligus. Cuma dalam kes-kes yang RARE, barulah depa datang sorang-sorang. Mungkin antibodi aku kuat sikit. Jadi, tak boleh datang sekaligus. Kena ada strategi. Baru boleh bagi aku sakit. Kalau sekaligus datang, antibodi badan untuk 3 serangkai ni dah ada.
So, cepat sikit sembuhnya secara biologinya. Sebab itu, depa datang satu-satu. Sebab bila badan tengah buat antibodi..belum sempat antibodi untuk selsema dah siap, datang pulak demam..dah jadi satu kerja badan kena usaha lebih keras untuk buat lagi satu antibodi khas untuk demam plak..
So..pandai virus-virus ni sebenarnya.
Haha..
Okehlah.
Aku tak boleh lama-lama sangat.
Lagi lama aku tulis dalam artikel ini, itu bermakna korang-korang yang datang membaca ini pun mempunyai kebarangkalian yang TINGGI untuk dapat selsema seperti aku. Maklumlah, selsema ni datangnya dari virus. Virus tu, kita tak nampak. Kecik aje. Dibuatnya masa korang tengah baca artikel ni, virus selsema kat hingus teleinga aku ni, menyelusup masuk ke talian internet atau infra red mahupun line gigi biru, tak pasal-pasal korang pula kena selsema macam aku.
Terus tak jadi nak hupdate blog macam aku nih.
Okeh la.
Kena tidur awal. Kalau tidur lewat, alamatnya aku terpaksa melayan hingusan-hingusan yang menyakitkan hati aku. Aku tak berapa suka kena selsema ni.
Tapi, aku faham. Aku mesti ada buat benda silap. Aku mesti ada buat salah. Tak tahu la anak siapa aku dah terlempang atau tertarik “Sideburn” diorang dalam tahun ini atau tak tahu la artikel mana yang terguriskan hati korang..itu yang Allah bagi “CASH” kat dunia ni.
Agar aku beringat.
Dah sakit baru nak beringat-ingat
Yang mana aku ni insan biasa.
Bila-bila masa sahaja boleh kena campak dek virus selsema.
Bila-bila masa boleh mati.
Bila-bila masa boleh kena tarik nikmat.
So, aku kena ingat. Korang tak nak ingat tak apa. Aku akan tolong ingatkan untuk korang.
Maklumlah, tengah sakit-sakit macam ni, barulah nak ingat pasal mati. Barulah nak ingat solat awal waktu. Barulah ingat nak gi solat kat masjid selalu. Barulah ingat nak call mak abah setiap minit. Barulah ingat nak bagitau bini yang kita ni sebenarnya sayang kat dia.
Betul tak?
..
…
Okeh.
Selamat pagi semua.
Assalamualaikum.
9,617 total views, 1 views today
masa untuk berehat, biar maikel take over.
Maikel tengah take over la ni.
HIhi..
Aku pun dah start dah…
Berjangkit lepas baca entri nie laa…
Bagus la kalau dah kena jangkit.
peringatan untuk selalu ingat akan kesehatan dan ujian akan kesabaran
Ya.
Kita kena selalu beringat.
Hidup ni sementara aje.
Demam sebab musim summer kat Malaysia ni lain macam summer dia. Semoga cepat sembuh la cikgu.
Ya.
Memang tengah musim sekarang ni.
Sana-sini selsema kena sedut.
Semoga cepat sembuh cikgu.
Mengajar sambil selsema mesti seksa tu.
Lagi seksa makan tak berasa tu. Baru tahu sedap betul makan selama ni hehe.
Memang seksa gak la menjerit sana-sini tadi.
Tak larat dah nak kejar budak-budak nih. Haha
Get well soon Legend.
Take a good care. Ambe baru baik jer. Minggu lepas kena dah.
Kalau ia salah satu asbab untuk cuci dosa, Alhamdulillah.
legend la sangat. Haha..
yup, mungkin nak cuci dosa. Mudah-mudahan begitulah hendaknya.
Tak sihat pun leh update blog…bukankah hebat?
boleh amik MC la camni.. terbaek
Susah ambil MC.
Nanti budak-budak serang rumah gua.
semoga cepat sembuh en.Titan 🙂
jangan lupa ambil MC, nanti berjangkit dengan anak murid pula. hehe…
Yehh..
mari jangkitkan dengan semua orang. hehe 😈
musim juga sekarang ni banyak sakit berjangkit, selsema dan batu. cuaca panas kan sekarang..
Yup.
Tengah musimnya.
Ramai gak cikgu yang kena sesema nih.
Saya pun tengah selesema. Mula-mula anak-anak yang kena, kemudian isteri dan sekarang giliran saya pula.
Wahh..
ini memang happy family.
Alamak cikgu sukan kena virus selsema…xpe dulu sakit2 maikel jaga..
skrg sakit2 ehm ehmm peluk cium boleh jaga..kan best tue..
Kejap sangat tak pelok aritue..seminggu mana ckup..
p/s: dapat cash kat dunia sakit2 macam mana pon cikgu sukan kita boleh laa lagi ikhtiar…nie kenkadang cash yg tak sempat ikhtiar kat dunia..minta2 dijauhkan.
Sekali-sekala kena selsema macam ni pun ok gak.
apa lagi telan ubat pastu tidur awal Insha Allah baik la tu
Dah telan.
Dah tido tadi.
La ni, tak leh nak tido dahh.
masa utk berehat sebentar…sila sediakan payung sebelum hujan =)
Ya.
Aku memang ada lebih dari 10 kaki payung kat rumah ni.
Tu tak campur yang dalam kereta bini lagi.
gua punya sakit dah lepas dah haritu..hohoh..bagus gak sakit ni sebenarnya..dalam badan nanti dh ada antibodi..:D
bak sikit antibodi lu sikit.
gua pun baru nak sembuh nie bro dari demam
apsal semua orang nak demam aje nih.
Itu tanda perlu berehat sebab kerja kuat sangat.
Yela. Yela.
Gua gi tido la ni.
Dah tak risau dah ..sakitkan ada orang tenggokkan 😉
Moga cepat sembuh ya En Titan
Tapi bini gua jauh maa..
nak peluk, nak cium pun kena jarak jauh..
Kesian huhu..
Moga cepat sembuh.. 😛
Musim skrg ni, dengan musim panasnya. Lagipon 1 cara nk rest sebab kadang2 bila sihat semua benda nk buat.
cuaca tak menentu bisa bikin sakit harus banyak rehat, 🙂
teori ni nampak macam ada betulnya, sebab aku pun dah mula rasa macam nak jatuh sikit. Pedih2 je tekak aku 😕
Dah tak nak kena patuk dengan virus ni lagi dah, sengsara sebab habis infection kat leher dan hidung semua… 😥
Biasa la tu, peringatan dari Allah supaya pakai topi kalau masa jasmani..;)
get well soon..musim2 panas mcm hie, macam2 penyakit senang datang. 😉
dok baca pasal selsema ni, MJ pun dah terjebak, musim panas ni jaga kesihatan semua..
Nasib baik dah makan suppliment sesiap sblm bukak & bace citer nih.. perh….
alhamdulillah..peringatan utk diri ini jua huhu
Yes! dah sembuhd ari virus ni. barulah rasa macam orang. berapa hari ni rasa tak macam orang.
Hahaha..saya baca laju-laju jer artikel ni..kot nanti kena patuk ngn virus ni gak…
jaga diri. nanti takde dahla blog yg best best hihi