Aku agak parah sikit sebenarnya dalam satu dua minggu ini.
Selsema masih belum kebah sepenuhnya.
Demam dah okeh sikit. Batuk pun dah makin kurang.
Tapi bab selsema ni memang ambil masa sikit. Memang biasanya begini. Jadi, memang payah benar aku nak update beberapa blog dan siapkan kerja yang telah aku ambil. Jadi, aku cuma mampu berharap para client aku mampu bersabar dan terima alasan tak masuk akal aku nih.
Dari 10 job, 8 aku dah siapkan. Satu lagi job dari salah satu syarikat SEO kat Malaysia ini masih belum aku siapkan. Tinggal beberapa hari sahaja lagi tinggal, kalau tidak, aku kena pulangkan semula duit. Satu lagi kempen promosi kat facebook belum lagi aku setup sebab ada beberapa kriteria yang tengah aku kaji sebelum aku “RUN” ads client tu. Semuga kempen tu akan membuahkan hasil sekaligus memantapkan “portfolio” aku dalam hal-hal berkempen ni.
Berbalik kepada siri-siri promosi Klikjer, aku cuma berharap pada artikel-artikel lama sahaja.
Alhamdulillah, untuk bulan Mac ini dah ada satu dua sales yang aku dapat. Dan alhamdulillah lagi sebab akhirnya berjaya jadi Top affiliate klikjer untuk bulan lepas.
Dan memang aku agak bersungguh gak nak BEAT abam besar Reezluv tu.
Sebab ada yang dok “CABAR” aku suruh kalahkan beliau.
So..aku kata tak ada hal. Sebab masa tu pun aku masih ada masa nak dibuangkan. Jadi, aku layankan juga untuk cuba-cuba beat abam besar yang dok jadi juara Top Affiliate Klikjer tetiap bulan tu.
SEE da result below.
Top affiliate klikjer – februari 2015
So, apa yang korang dapat simpulkan?
Kalau kita YAKIN, kita memang boleh buat.
Ofkos, seiring dengan keyakinan itu, kita kena BACKUP dengan pelbagai segi ilmu, skill dan pengalaman. Barulah boleh dapat hasil sebegini rupa walaupun kekadang aku rasa macam kurang aje sales untuk bulan. Tak sangka, jumlah sales yang aku dapat itu dah CUKUP untuk beat pendahulu liga.
Haha..
Jadi, abam besar Reezluv tak boleh dah nak EK sangat ye. Hehe..
Teknik yang aku buat?
- Baca semua artikel yang aku tulis dalam artikel ini sepanjang bulan Februari.
- Cari dan perhatikan apa yang aku buat kat artikel itu.
- Tiru dan improvise teknik aku. Jangan nampak sangat ketara korang tiru.
- Ayat tu kasi tukar apa yang patut.
- Dan paling senang, baca kitab PINK aku tu. <– klik untuk beli kitab itu.
Semua ni korang ikut, in-sha Allah.
Tak ada sebab mengapa korang tak ada potensi untuk kalahkan aku pulak untuk bulan ini punya cabaran.
Bulan Mac ni, aku rehat sat.
Tumpu benda lain pulak.
Jadi, top affiliate macam ini pun, salah satu validation yang baik untuk “branding” dan juga bagus untuk memgumpul portfolio yang boleh dijual kepada para client yang mahukan servis dari kita.
Macam aku cakap sebelum ini, hampir 80% pendapatan aku base on “service”.
Hanya 20% sahaja merangkumi income affiliate.
Why?
Dengan bisnes buat servis yang aku ambil sahaja, boleh dapat 4-5 angka untuk SATU-satu job.
So, kenapa aku perlu tinggalkan bidang kerja yang memberikan aku income yang cantek setiap bulan?
Cukup 1-2 projek, itu dah lebih cukup. Jangan tamak sangat.
Tapi kalau tamak, korang pun boleh ambil 7-8 projek macam aku buat bulan lepas tu pun kira cukup la jugak walaupun mengakibatkan aku mengalami pendarahan yang serius di hulu ketiak aku..
Haha..
Dah, jom makan burger anak kambing nih..
11,006 total views, 1 views today
ooo cool btul jd top ni..
tak tahu cool ke tidak.
Biasa aje bagi aku.
Semua orang leh jadi top kalau mahu. 😳
owh..gua dah teka, ada orang cabar..takpelah..gua pun nak gerak gi tempat lain dah..haha..:D
Haha..
jangan marah dan terasa aa..
xpe..gua ok jek..sebab lubuk lain yang gua ada ni best juga..hehee
Hah.hahh boss Reez dah merajuk tu..sebab ada orang beat dia top 1…
para legend saling beradu
sakitnya tuh di sini, komisyennya di situ.
pandai pula hang berpantun eh. 😆
tuh lagu kat Indonesia
tahniah tuan,
semoga terus maju jaya membeli cendol..
hihi
Ya.
Esok nak makang cendol.
Kawan belanja.
tahniah tuan,
pendahulu liga nampaknya 🙂
Ya. Bulan lepas je.
Bulan ni gua give up dah.
Bagi peluang kat orang lain plak.
Aksi potong memotong. Semakin menarik dan panas. 🙂
Bulan lepas je menarik.
BUlan ni..gua serender takhta dahh.
wow memang best selalu dapat duit dari affiliate..
duit dari servis pun kira ok gak..janji ada income masuk
Yap.
Sekarang lebih utamakan servis memandangkan aku sibuk sikit dengan sekolah.
So, ambil servis aje dah cukup.
Affiliate dah leh jalan sendiri dah.
Fuyoo…apasal terrer sangat kau ni. Dah lintas Reevluz
haha..
sesekali test power camni, ok la gak.
tak leh selalu sangat.
BAHAYA.
Haha..
Ok aku dah makin yakin dengan klikjer ni… sebelum ni entah kenapa aku kurang yakin haha (produk dalam tu pun dah makin banyak yang best-best)
Aku memang dah lama yakin.
Sebab owner klikjer ni si shuth.
Dah lama kenal dahh.
Alhamdullilah, semoga bro Titan sembuh cam besak k… supaya dapat siapkan semua assignment yang dapat tuh.. so tak yah risau2 nak pulangkan wet depa dah kan…
Ya. Mudah-mudahan sembut cepat.
Nak jumpa bini cepat-cepat.
Nak peluk bini lama-lama.
Cayok-cayok cro… semoga terus cemerlang menjadi no. 1 dalam klikajer. Maintain k…
Mudah-mudahan begitulah hendaknya ye.
Doakan ramai-ramai.
banyaknya komisen, terbaek dari ladang. moga tuan sentiasa sukses
Macam biasa. terbaek. 🙂
Waduh…susah mau cari makan ooo…
sana sini champion..yg klik jer pon champion..asha dee the movies pon sama…
Hebat sungguh cikgu sukan nie…luar biasa tenaga fizikal dan batinnya..
Penangan selalu trainning budak2 sukan beri kesan luar biasa pada cikgu ya..
Tahniah ya cikgu!
Boleh je cari makan.
kat banting ni banyak kedai makan.
Gi la makan pat.
okeh aku dah jumpa broadbend aku nanti aku troll bulan dua punya cerita
ni dah jumpa belum broadband hang tu?
dah naik duk puncak dah..hu3
rezluv akhir terlewat tahniah encik
sekali-sekala menang apalah salahnya, kan?
seterusnya pun tak apa en bila memang bisa
Kalu dah stabil, xbuat ape2 pon utk promote still dapat komisen terbaik bak hang.
Ya.
Harap kat artikel lama-lama aje nih. haha..
owh ni macam kes cabar pikat awek lani, dah dapat lari pulak. saje nak test power hoho
Jangana ada yang main-main test power sudah la ye.
Hoho!
erm.. klikjer ek… erm… pencabar kat klikjer tak seramai kat ashadee. Kena fokus ni..
Tahniah boss Titan, bila nak belanja cendol Banting ni…heh.hheh
Menangis tengok burger kambing. Terima kasih atas nasihat.
Jeles wehhhhhh… Hahaha.. Tahniah encik titan…
goodluck dan terus succes!!
bulan ini bagaimana ya siapa yang terbaik dalam senarai