Ya.
Salah satu duit BRIM yang gua tunggu dari awal bulan sudah pun masuk.
Lama betul tunggu.
Akhirnya, sudah masuk.
Bolehlah gi shopping baju budak kecik tu.
Beli barang dapur sikit-sikit dan belanja bini makan luar pada hujung bulan nanti.
Hoho..
Seperti yang korang semua tahu, aku ada banyak lubuk duit BRIM. Ada dari macam-macam program affiliate luar dan affiliate tempatan yang aku sertai. Kekadang, aku dapat bayarannya cepat dan ada kalanya agak lambat. Ini salah satu daripadanya. Dan kali ini dapat lebih sikit aje.
Kalau tak request sekarang, takut tiba-tiba syarikat itu tutup plak walaupun aku tahu agar susah la sebab syarikat tu dah lama RUN dan bayar aku banyak kali. Tapi kali ini, nak guna duit tu untuk belanja budak kecik tu. Tak lama lagi nak keluar tengok Bumi yang hijau dan penuh dengan “keamanan” ini.
Apapun..walaupun tak banyak, tapi bolehlah kan.
Rahsia?
Takde rahsia sangat. Semuanya aku dah cerita dalam kitab PINK itu.
Aku cuma repeat prosesnya setiap tahun.
Dan ofkos, hasilnya juga akan repeat juga setiap tahun. Sama ada berkurang atau bertambah sahaja.
Lebih banyak usaha, lebih la hasilnya.
Oleh sebab terlalu “BUSY” tahun ini, dengan persiapan nak sambut budak kecil itu, nak urus sukan sekolah, nak urus kelas tambahan budak darjah 6, nak urus itu dan nak urus ini. Itu tak campur lagi nak kena hias kelas lagi..
Pendek kata, aku kena tambah usaha lagi.
Untuk jadi lebih hensem.
Ohh, beli dapatkan kitab itu disini — Download kitab PINK.
Ya.
Kitab tu tak percuma.
Kena bayar.
Kalau takde duit, kumpul dulu. Ada salah seorang pembeli aku, dia kumpul duit 3 bulan. Bulan keempat dia beli. Bulan ke 5 dah balik modal.
Perghh..
Tahniah untuk beliau.
Sebab dia berusaha. Bukan setakat baca sahaja.
Semoga dia akan DAPAT lebih dan gandakan pendapatan sampingannya setiap hari.
Yap. Dia juga sudah hampir setiap minggu dapat komisen dari program affiliate.
Tak lama lagi, mungkin dah boleh dapat hari-hari plak.
Leh la makan wagyu kobe burger setahun sekali pasni.
Hehe..
8,847 total views, 1 views today
Tahniah… Banyak tu… Rezeki affiliate melalui blog saya bulan ni agak ciput… In Shaa Allah lepas dah habis semua urusan Final Exam nanti, nek kena tambahkan usaha… 😉
takpe.
pelan-pelan.
ambil masa hang.
debit tuh aku banyak pulak keluarnya setiap bulan tuh..haha..
hehe..
kena kasi kurang la tuh lepas nih.
macam sedap je burger tu ….
terus jadi lapar balik …
sebenarnya kalau bijak banyak je lubuk buat duit .. kena rajin crik lh dn kena rajin praktis kan
kena rajin cari, kena rajin buat kerja dan kena rajin membaca.
Pendek kata, kena rajin.
Jangan macam aku, malas dan kuat tido aje.
Teruja aku tengok statement tu. Dah boleh beli 2 tiket flight pergi balik ke New York guna Kuwait Airways tuh.
aku tak pernah naik kuwat airways.
selalu naik airasia je beb.
cantik betul blog versi mobile. jeles! haha
terima kasih.
terima kasih kerana memuji saya.
burger tu sangat menarik perhatian saya.. haha.
nak cari duit senang je.. kunci dia memang rajin.. malas dapat habok jelah..
dah pagi dah.
leh la gi makan burger cepat.
tu dia aih..sampai RM6K..pehh
Sikit je.
Aku nak lagi banyak.
6k wih 18 juta kalau uang kami gaji direktur lah itu
Wahh..
gaji direktor manakah itu?
Wow, ini bukan BR1M lagi dah ni..sangat advanced..congrats En.Titan
Ni la namanya BRIM.
haha..
kalau br1m yang ni..memang najib tak boleh kasi,kalau dia kasi pun..kaw kaw gst jadi 50% hehehe
ohh..
janganlah sampai 50%. sikit sangat tu.
Rezeki affiliate memang terbaik.. boleh gantikan BR1M tu.
eh yang 6K tu pun duit affiliate ke>
Mak aiii encik titan…banyak tu..sedih tetiba..secara keseluruhannya, terasa semakin jeles nihhhh….emmmm
Takpe.
Hang pun boleh jugak dapat nanti.
Aku pun nak tambah sumber BR1M jugak la macam ni
Berapa agaknya harga Wagyu Kobe Burger ni….Kat mana jual di Malaysia ni?
hari tu makan, sebijik aje harganya RM49. Itu kalau tak silap untuk 100 gram. Kalau tak pun, 200 gram. Antara itu la beratnya.
Tengok kedai la.
ok hilang fokus sbb burger tu
camana nak konsisten kalau hilang fokus nih. haha..
Sedapnya tu burger. Baru 1st time tahu kewujudan burger ni di dunia ni.
burger tu memang sedap rasanya.
gi la beli dua dulu.
macam sedap je burger ni..tanpa roti ke..sesuai utk org yg buat high protein diet
memang sedap bergantung pada siapa dan cara memasaknya.
hoho..
Sedapnya burger tu. Alhamdulillah, rezeki lebih untuk anak-anak dan keluarga kita.
burger wagyu tu memang sedap dimakan walaupun mahal harganya.
hoho..
Terkebil2 tgk 6k tu. Apekah burger wagyu tu. 1st time dgr..
nanti mintak tolong en titan dedahkan lubuk-lubuk duit yang lain. boringlah asik-asik klikjer, ashadee, nak kena pelbagaikan ni sebab macam dah tak berapa mengena semenjak dua menjak ni
baca semua artikel kat blog ni.
dah banyak dah aku kongsi.
Dah jumpa “link” kitab pink… yeah…