Aku tengah rasa marah sangat nih.
Rasa nak lempang aje sesiapa yang lalu depan aku sekarang.
Tapi disebabkan silap aku sendiri gak sebab tak “Save” apa yang sepatutnya.
Habis satu jam punya artikel hilang bodo macam itu sahaja.
Penat menaip tu, tetiba membuatkan kemarahan ini tercetus.
Dan terhasillah artikel ini untuk menempiaskan apa yang sedang aku rasa.
..
…
Huh.
Serius, ini kali pertama aku rasa bengkak macam nih.
Dan inilah sebab aku suruh korang tulis artikel, biar dari jiwa korang sendiri. Biar kita terasa RUGINYA bila artikel yang kita tulis dengan penuh harapan itu tetiba jadi macam kes aku nih. Terasa sayang sekali bila usaha kita hilang sebegitu sahaja. Terasa macam jiwa dan jantung dipermainkan. Terasa seperti bulu ketiak mentertawakan usaha otak dan jari-jari halus aku ini..
Bukan artikel “copy paste” sana-sini dan re-claim itu artikel korang sendiri.
At least, ubah la hampir 90% dari segi persembahan tu. Biar IDEA sahaja korang tiru. Tapi dari segi susunan ayat, olahan bahasa, gaya dan lenggok seni penulisan itu lebih terserlah berbanding idea asal yang korang tiru itu.
Itu yang aku terapkan dalam kitab PINK aku itu disamping membantu untuk mengemaskan ilmu SEO dalam otak korang yang berkarat itu.
Dan perkara ini sentiasa diingatkan dalam mana-mana blog aku.
Kesimpulan.
Walaupun artikel ini tidaklah sehebat artikel yang aku dah rangka tadi.
Tapi aku reda..
Mesti ada sebab-sebab tersendiri semua itu berhasil.
Memang tak best bila kita tengok dok syok menulis, tinggal nak letak gambar sahaja..
Tup-tup, blackout!
Bila ON balik laptop, semua ayat hilang dan gagal dikesan.
Umpama aku buat air kopi, tetiba air kopi itu hilang tersejat tanpa sebarang amaran bila aku nak minum.
Huh.
Biarlah. Benda dah berlaku.
Semoga korang terhibur dengan artikel yang tak berapa best ini.
Harap maklum.
..
…
Aku kekalkan tajuk artikel yang hilang tu je. Isi artikel, malas aku nak tulis balik walaupun aku boleh lakukannya. Biar korang semua berfikir, apakah agaknya yang ingin aku sampaikan.
9,191 total views, 1 views today
Ish2 sadis sungguh artikel kali ini. Silap2 bulu ketiak bro Titan pun boleh turut hangus terbakar ni. Sabar2 ya..let it go.
tak hangus.
cuma ada gak la bau benda terbakar.
Fuh frust btul bila kena mcm ni..klu aku kena mmg trus tdo dh..pnas2..haha..
masalahnya aku tak bleh tido.
kul 4 lebih baru masuk tdo.
gi la pekena cendol semangkuk dua..hehe
memalam buta mana ada kedai cendol buka der..
Baik-baik pasang lilin jangan sampai terbakar rumah.
dah padam dah.
cukup untuk 10 hari.
Bro…buat dalam notepad @ wordpad @ word bro?
kes blackout gak rupanya…sama ngan kawan gak bro…
kawan lebih tragis, bila blackout kena jam 1 pagi & anak demam…mkn ubat yg ada surut jap 4 jam…kol 6 pagi naik semula…
last2 redah gak klinik jam 6 pagi..sampai klinik dr arah anak masuk hospital sebab suhu tggi n saspek denggi…
3hr 2m anak dalam wad… termenung gak bro masa kat sepital…
p/s: Bro tulis cmner pon mesti gugel pacakkan artikel bro kat atas…kipas susah mati blog bro tetap setia…penangan cikgu titan takbleh disangkal lagi… 🙂
kenapa termenung kat hospital tu?
he he rasa nak tergelak besar… ampon kan saya. takdir penentu blackout
tu la.
sabar ajelah.
mesti ada sebab tu.
harap maklum
pernah juga terjadi pada aku
tak tahu nak marah pada siapa 😀
sebab tu..
kena sabar.
nak marah pun tak guna.
itu memang mengecewakan. punyalah berkibar-kibar nak publishkan sekali terhilang.
kalau saya akan tekanan yang teramat, pergi bancuh kopi sekali lagi sambil taip dengan air mata.
rasanya tentang usaha jangan putus asa. buat berkali-kali. kreatif. jangan malas. degil.
betul en faiza mesti rasa marah bila tidak sempat save apa yang telah penat lelah kita menulis. Lagi marah kalau idea kita ditiru sebjik sejibik apa yang telah kita tulis sebaiknya.
bisa terjadi ya lupa save seperti itu memang sangat menjengkelkan
sedih..begitu pilu rasanya perasaan itu…sabo lah buat entry lain yg 10x ganda lebih hebat dari yg hilang
sabarlah bro..saya pernah alami..
tulis berjam-jam tetapi hilang kurang dari seminit setelah komputer ada masalah
Menyayat hatiii. Tapi cop bateri laptop tak pakai ke?
cerita one piece” ke hahaha
Saya pernah alami perkara mcm ni juga, frust bila hilang macam tu je huhu
Ponat buat karangan hilang pula rase down tu hehe apa2 pon kena beringat utk save CTRL+S
bersabarlah. ape yg berlaku ade hikmahya huhu
Eh eh kalau blackout pun tak boleh nak restore yer??? Wargh memang STRESS tahap TITAN tu…hihi
Haha…kesiannya..tak apa lah…ada hikmahnya.. ke artikel yang dah hilang tu merupakan semangat untuk encik titan tiupkan pada saya?hahahahaha
Mungkin dan sampai masa kena guna Microsoft Office 365 dah Titan. Automatic save setiap beberapa minit, pastu siap auto upload ke cloud dan boleh edit di mana-mana pun. Aku rasa cam berbaloi je untuk penulis tegar macam Titan.
Bukan setiap seketika dia akan auto save sendiri ke? Seperti kata Siti travelog?
Fuhhh.
Sampai aura kemarahan itu.
Dan siap ada gambar tempat kejadian.
Memang real la.
Hihi
sabor jerla… aku kalau dah penat2 taip.. tiba2 blackout.. jawabnya.. pergi tidor.. esok on.. delete terus entri tuh… haha
ingatkan cerita pendekar tangan berapi hehehe.
mimpi ngeri ni bro..hu3
Perkara yang selalu terjadi. Sebab tu Mek ila suka tekan Save Draft selalu hihi. Maklumlah idea blogger amat berharga!
Memang panas hati sungguh kalau kena gitu. Mau berapi kepala…kikiki
ish ishh…. sabo yer… lumrah alam tu
Takut kalau tiba-tiba tangan hangus, hihihi.