Semalam, dok borak-borak sambil makan nasi lemak dengan tempe, adalah datang seorang kawan sebelah bilik kat tempat kerja aku.
Maklumlah..rumah dengan kedai nasi lemak ni takde la jauh sangat.
Dok borak-borak pasal masalah negara..
Terpacul dok cerita pasal bab-bab “buat duit online” dan isu pelaburan online yang tengah dok famous beberapa bulan kebelakangan ini.
Dia bengang sebab kena tipu dengan leader dia pasal Mecca Fund dan U-fun.
Leader yang sama.
Modal entah ke mana, untuk tak seberapa..tau-tau dah kena sontot.
Aku dah cakap, skim pelaburan Mecca Fund scam tu kompem penipu besar punya skim. Leader dan orang atas Mecca Fund penipu dan mengarut habis. Tapi biasalah, orang yang tengah tamak haloba ni..halal haram semua simpan dalam laci paling bawah sekali kat bilik.
Yang Tone Excel tu pun dia dah tak buat. Sebab susah nak cari orang. Bila cari aku, memang aku tolak la awal-awal sebab tak minat wat duit cara tu.
Dan bila aku tanya pasal Emas ETA plak..
Rupa-rupanya, itupun dia masuk gak. Dah tak pasal menanggung malu dengan adik-beradik. Nasib adik-beradik tak berkira selepas dia betul-betul mintak maaf dan beruntung jugaklah dia sebab adik-beradik dia pun tak kesah hilang duit sebab diorang pun bukannya labur duit banyak sangat.
Kalau tak, kang segan nak balik raya tahun ni..
So, dia tanya aku.
Sebab dia heran. Aku tak join Mecca Fund, aku tak join Tone Excel atau BM. Aku tak labur kat Emas sontot. Aku tak join Upun dan memacang program skim cepat kayap tu..
..
…
“Aku tulis blog je.”
So, berlipur laralah aku bercerita tentang dunia blog yang sekangkang kera nih.
Dan kawan aku tu nampak jugaklah berminat..
Macam-macamlah soalan dia tanya termasuklah…
..
…
“Bro..kalau saya tulis artikel hari ini..bila boleh dapat komisen? Esok boleh dapat tak?”
“Entah. Mana gua tahu.”
“Kalau beli kitab pink bro tu..leh dapat komisen esok tak kalau saya ikut teknik bro tuh?”
“Entah, tu pun gua tak tahu. Mungkin esok, mungkin lusa, mungkin tak dapat langsung.”
“Habis tu..nape ramai orang beli kitab pink tu. Sampai 3 ribu orang dah beli kann..”
..
…
“Itupun gua tak tahu. Hang kena tanya diorang la satu-satu. Hang ingat gua ni ahli nujum negara kah macam Pak Belalang?”
..
…
Habis dah cerita yang tak berapa nak sedap dari kemanisan Macaron kat bawah tu.
Sebab dah nak maghrib masa tu.
So, aku dan kawan aku balik tanpa rasa bersalah.
Kesimpulan.
Mentaliti nak cepat kaya tu masih ada dalam diri kawan aku.
Nak duit cepat sahaja.
“Harap kawan aku berubah sikit la tahun ini.”
Meh tolong aku, aminkan doa aku ni ramai-ramai..
..
…
Last..
Kitab Pink tu bukan kitab sihir. Leh bagitau bila korang nak dapat komisen.
Dan ofkos juga, aku bukan ahli nujum negara macam Pak Belalang.
Sekian.
12,644 total views, 2 views today
Inilah yg jadi masalahnya bila aku cerita kat kawan-kawan pun, dia susah nak Sabar. Semua nak cepat. Tensyen kita yang tolong pun.
Biasalah tu.
Semua nak duit cepat sekarang nih.
Tak faham aku kekadang diorang nih.
Salam en.titan…ambo pun pernah ado pngalaman msuk bsnes mlm..tpi x mnjadi..gara2 nk duit cpat..sy jmpa blog ni pn sbb nk cari mklumat pasal Tone Excel kt search engine..dh lama bca blog ni..bnyak mklumat brguna..step lpas ni ambo nk beli kitab pink tuu..tnggu…
haa..
gi beli cepat.
haha
bukan senang nak senang kan..
takde cara pintas.. gua yang bertahun blog pun masih dikit2 je
ya.
ini bukan skim cepat kaya.
haha..
Entah bila nak insaf orang macam tu… Semuanya ke lubang je perginya.
biasalah, orang kita memang suka bab-bab lubang gali lubang nih.
semua lubang nak dikoreknya.
like attract likers..sistem tamak haloba memang tarik org tamak halboa, sistem malas tarik org malas..org sanggup rajin tu yang susah
ya.
orang kita memang suka cari kerja-kerja senang.
Alhamdulilah aku masih bersabar menulis blog lagi hehehe
Ya.
Teruskan menulis sehingga habis ink dakwat pen anda.
Hahaha itu semua Skim cepat kaya. Selongkar poket orang , penuhkan poket sendiri. Tapi rata rata masih degil dan percaya bulat-bulat. Pernah ada pengalaman buat skim cepat kaya ni, dulu naif, tak faham.
tu la pasal.
pengalaman pahit lalu, masih diorang rasa manis.
ah sudah…
ko bukan tahu pun bila aku dapat komisyen..
nujum2 jugak.. huhu..
haha.
dah hang yang bagitau, barulah aku tahu.
Bila sebut pasal skim cepat kaya, skin emas sontorian, skim u-gembira ker..memang kawan tak join dan tak minat nak join…cuma kawan suka jumpa2 borak2 ngan org yang join benda tue semua…
Dgn org yng goblok nak kaya dengan cara macam nie kawan dengar telinga kiri masuk telinga kanan…tp bila org yang masuk skim2 merapu nie yang cakap :
– Aku join benda2 nie semua sebab aku bukan nak fikir sangat pasal jadi kaya…aku cuma nak ubah kehidupan jadi lebih baik…aku berusaha cari downline dengan cara ( yg betul ada dan yg xbetul ada gak)…bila tutup/close aku kena jadi semula kehidupan asal… ( KES 1 )
– Aku join skim2 nie sebab aku mana sekolah tinggi..bila dengar ada skim bleh bg untung hanya dengan cari org aku pon join laa..dan2 gomen cakap skim menipu…sengsara gak laa hidup.. (KES 2)
Kesimpulan: Ada juga org masuk benda2 nie semata2 nak mencari kehidupan yang lebih baik walhal matlamat tak mengHALALkan cara…Kesian bila lihat org2 nie sebab seagama dan sebangsa kita…cuma kelompok sebegini sgt kecil bilangannya.. 🙂
p/s: Nak tulis blog yang setaraf en titan jauh lebih susah mencari 2-3 downline TE tue…modal kecik utg berganda…nak berganda visitor dengan kitab pink pon belum betul2 menjadi…
p/p/s: Duit yang menyebabkan org tertekan atau orang stress sebab takde duit?
mana-mana pun boleh.
haha.
kalau beli kitab pink terus jadi kaya memang dah kena kejar dengan bank negara hahaha.
penat la lhdn nak kejar.
haha.
Haha, betul tu En Titan. Mana boleh nak ramal bila kita akan dapat duit terus. Yang penting usaha tangga kejayaan!!
betul tu cikgu… Mana ada jalan cepat kaya (separuh hati).
hahaha… macam-macam la.
Tu pasailah skim cepat kaya sentiasa tumbuh, tak pernah-pernah mati pun sebab akan ada orang yang terdorong nak kaya segera.
Btw, best ler macaroon tu. Dulu pernah bikin yang hijau kacang pistachios jer. Pastu tak buat-buat dah.
Laaaa… Saya ingatkan encik titan terbaik punya ahlu nujum..hahaha…
besa la semua orang pun laju jak dengar lau pasal duit nie..tp kena usahalah..hihi kena beli kitab pink dengan ahli nujum tu..hihi
mentaliti nak cepat kaya ni ramai yang ada. sbb tu kalau tengok yang kena tipu pun yang jenis nak cepat kaya dan kalau boleh sebolehnya tak perlu berusaha hatta nak usaha menulis blog pun takleh nk commit.
semua benda nak cepat..semua benda cepat ni turun pun cepat..
suruhla kawan tu beli kitab pink 😉
Biasalah tu, kalau pasal nak duit cepat cara pun nak cepat. Zaman kat universiti dlu pun pernah gak ada member2 yg paksa masuk macam2 skim MLM. Ada yg kena invest rm2000. Gila ape. Katanya nak tlg orang melayu. Nsb bek den miskin time tu. Tak berminat..
Bila baca cerita ni,teringat kisah dulu,Hehee dulu aku pernah join swisscash dibawah under abang aku,masa tu aku tak keluar modal,abang aku yang dahulukan duit dia usd 1,000..lepas tu swichcash tutup oleh kerajaan,lebur duit tu hahha..
Alhamdulillah, setakat ni taklah terjoin skim-skim yang ala2 Ponzi tu…
…
aku pun memblog jak… tenang hidup..
Kadang-kadang konsepnya mudah aje. Manalah ada perkara yang sebegitu mudah. Nak update blog pun kita bersengkang-mata. Apatah lagi kerja seharian. Terlelap-lelap sebab keletihan.
Perkara macam ni sebenarnya mind set seseorang.
Nak kerja mudah ke kerja susah.
Bila baca promo downline pun kita dah boleh tahu tahap kepropaannya.
Goyang kaki dapat duit.
Orang dulu-dulu yelah goyang kaki menjahit dapat duit haha.
kita pernah dah tersontot sekali lepas tu taubat. ada orang pulak masih tak faham. ambil deposit tanpa lesen bank negara tu HARAM. tak kisahlah skim tu kata nak tolong melayu ka, tolong Islam ka, tolong bumiputra ka. itu seme tipu…taf paham lagi tak tau la nak kata
masa untong senyap aje..senyum memanjang hari-hari.. Bila dah rugi.. satu kampong di kepoh..akhirnya memalukan diri sendiri aje.. sedar-sedar lah pelabur angin…..jangan pikir guna hati..
Benar-benar pelik kerana masih tidak serik. Apa yang berlaku pada orang lain sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita. Nampaknya rakyat Malaysia ni mahu terkena ke batang hidung sendiri baru nak menyesal.
Kalau la en.Titan jadi nujum pak belalang..memang kaya dengan komisen affiliate la gamaknya
kes2 mcm ni mmg tak pernah settle, ada je kes baru.. nak cepat kaya punya pasal
smua nak berjaya cepat skrg ni..pastu mula lah masuk mcm mcm bisnes pastu menyesal..
Berusaha je secara konsisten.. skim cepat kaya mmg akan mengayapkan jek.. hehe
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, setahun sy bersama Islamic Hotel belum ada masalah dalam pembayaran dividen dan ramai lagi sahabat senior sy dah 3 Tahun, Alhamdulillah xda masalah..
Bukan nak cepat kaya..Kaya ni kerja Allah Ta’ala..Alhamdulillah Bersyukur sangat dengan nikmat yang Allah bagi nie dapat sy memberi lebih sumbangan kepada Agamanya..sebelum nie pun duk bagi jugak..cumanya nak keluarkan RM10 pikir 2 3 kali..Ikhlas ngn tak ikhlas tu sama banyak..hehe..
Nnti mesti ada org cakap JAKIM dah sahkan IH ni HARAM..dapat pendapatan dri hasil Shubhah..kan2?
Tapi tuan2 pernah dengar dak JAKIM keluar fatwa tentang GST? Tentang ARAK dalam MAS? Tentang lesen2 Kilang Arak yang dikeluarkan oleh kerajaan..huhu..tak pernah kan..sebab apa?? Duk ada keuntungan kat Kerajaan..
Terpulang kepada tuan2 utk mempercayainya ataupun tidak..Alhamdulillah yang pastinya sy dah dapat apa yang sepatutnya..
Sy seblum menyertai IH ni dinasihatkan buat solat Istiqharah..so kepada yang berminat dengan program nie sy harap buatlah Istiqharah..Jangan melulu je percaya dgn skim cepat KAYA nie..hehe..Mudahan Allah bagi petunjuk..
Munafik betul skim ni.. SCAM! SCAM! SCAM!.. bagi duit korang kat aku lagi bagus kita pakat2 bukak pusat kebajikan orang islam..
3k dah beli buku Pink keluaran Encik Titan ya… wow nak kena ngaji neh.. ilmu2…