Macam-macam isu tentang GST dalam satu dua hari ini.
Ada yang “gembira” dan ada juga yang tak berapa nak gembira.
Aku sendiri terkesan dengan penangan GST ini.
Antara mereka yang mengambil kesempatan dalam kesempitan dan juga mereka-mereka yang terkena tempias dari GST yang dibobrokkan bahawa akan membantu rakyat.
Ini pendapat aku.
GST memang membantu rakyat dan negara.
At least, on paper.
Persoalannya, sejauh mana keberkesanan GST dalam membantu rakyat dan negara secara total?
Ini yang penting. Dan perlu dihighlightkan dan dibincangkan bersama.
Bila ada yang menyalahgunakannya untuk kepentingan sendiri dan keuntungan peribadi secara serius, ini akan menyebabkan keberkesanan GST masih jauh lagi untuk mencapai misinya.
Sebab penguatkuasaannya masih lemah.
Sebab masih ramai yang “berpura-pura”.
Contoh terbaik, topup sendiri kena GST. Tergelak kejap aku bila topup pun kena GST. Sampai berguni-guni skrinshot orang dok tayang kat facebook nih. Malah, ada banyak kedai runcit yang caj GST ni kat kedai masing-masing walaupun diorang tak register pun lagi. “ID GST kat resit pun tak ada. Siap tulis tangan lagi.
Bila kena ugut nak report, barulah tak “caj” dalam resit.
Dan akhirnya terjadilah drama-drama kelakar dalam 2 hari sahaja. Tak payah dah jemput pengarah atau penerbit drama untuk buat drama kelakar yang boleh kalahkan Maharaja Lawak Mega. Dua hari ini sahaja dah banyak drama swasta yang betul-betul mengeletek ketiak dan usus kecil aku dan lutut orang lain.
Seriusnya, aku suka GST. Sebab secara teknikalnya, memang GST sangat diperlukan untuk memacu negara agar tidak lagi mempunyai hutang yang sangat tinggi.
“Growth” kat negara kita ni nampak aje macam ada peningkatan.
Tapi kesannya menusuk jantung bagi mereka-mereka yang rendah gajinya dan mereka yang tidak ada aliran tunai masuk yang cukup aktif pada setiap bulan.
Bila pelaksanaan dan penguatkuasaannya lemah, tak ada plak kerjasama dan tolak ansur antara semua pihak inilah yang terjadi.
Akibatnya bagai satu rantai panjang yang tidak ada simpul matinya.
Yang tidak akan ada putusnya.
Baik pada peniaga dan pengguna.
Yang kaya kekal menjadi kaya, yang miskin cuba jadi kaya, yang papa terus jadi kedana.
Dan aku harap itu tidak berlaku. Aku harap semua peniaga tulis harga yang sebenar bagi setiap barang. Aku harap peniaga caj harga yang betul setiap hari. Aku harap semua pengguna sentiasa terupdate dengan harga sebenar setiap barang yang kena caj GST. Aku harap semua pengguna belajar tentang apa itu GST.
Agar pelaksanaan GST ini benar-benar membantu negara dan rakyat.
Oleh sebab pelaksanaan GST ni baru la 2 hari, aku akan ulas balik selepas setahun nanti.
Kita tengok, masih ada drama kelakar lagi atau tidak.
Kesan GST pada Blogger?
Takdelah besar sangat impaknya.
Sebab majoriti blogger bukannya jenis yang tegar buat duit secara online. Kebanyakkany mereka menjadikannya sebagai satu hobi yang aktif dan sebagai tempat untuk meluahkan perasaan. Cuma 5% sahaja dikalangan kita yang menjadikan blogger sebagai medan untuk menambah pendapatan dan dikalangan 5% itu..berapa percent sahaja yang betul-betul buat duit online dengan lumayan.
Jadi, impak GST kepada blogger memang agak besar la jugak. Sebab diorang nak dapat RM500 sebulan dari blog mereka pun dah macam nak terkehel urat keting diorang, kepala lutut pun berdenyut-denyut ketar dan 4 tulang kerat pun dah berkarat sebab memang susah sebenarnya nak dapat RM500 sebagai pendapatan tambahan dari blog masing-masing.
Itu yang buat sesetengah blogger rasa macam nak berhenti aje tulis blog. Sebab hasilnya tak seberapa..
Nak beli domain dot my pun kena GST, nak upah buat website pun kena GST dan nak itu ini pun kena gst. Sebagai penyedia servis, mereka memang terpaksa caj GST. Kalau tidak, itu satu kerugian. Caj aje dah mahal. Tampah lagi GST, lagilah mahal. Tapi, ini peluang keemasan sebab bukan semua orang reti sediakan servis dalam dunia online tempatan. Inilah masanya untuk ambil kesempatan. Bila lagi?
Sebab hal servis ni, korang nak caj berapa pun takde hal. Caj servis ni subjektif. Boleh jadi murah dan boleh jadi mahal. So, belasah aje. Sebab aku pun buat gak walaupun aku tak perlu caj GST memandangkan kebanyakkan servis aku pun memang dah mahal belaka dari azali lagi.
Menambah “perkataan GST” dalam perbincangan aku umpama membawa malapetaka dalam urusan aku.
Jadi, kena bijak la sikit..
Haha..
Blogger kena lebih serius buat duit online
Dah tak ada main-main dah.
Korang kena serius nak buat duit. Aku kena lebih serius jual kitab PINK itu.
Sebab nak harap gaji korang tu sahaja, memang sekarang ini tak mencukupi. Aku tahu kehendak dan keperluan korang sangat tinggi walhal kalau digunakan dengan seeloknya gaji korang tu, mesti ada baki RM100-RM200 setiap bulan. Tapi korang kena faham, orang kita nak gak makan KFC hari-hari, nak gak makan nasi sedap hari-hari, nak juga makan lobester kari cicah sambal belacan, nak juga naik kereta Vios, nak gak rumah besar-besar walaupun tak pernah tengok diri kat cermin..
So, kalau korang masih nak teruskan kehidupan “selesa” macam itu, usahalah kuat sikit.
Untuk anak-anak, isteri atau bakal isteri.
Jangan malas.
Dah ada blog, usaha untuk buat hasilnya. Tambah pendapatan sampingan. Apa yang kena caj, kita kena caj. Jangan bagi percuma lagi seperti dulu. Tak ada dah istilah kawan-kawan. Kalau kawan patut kena caj, caj aje. Korang ada mulut yang kena suap. Korang ada mulut yang nak makan sedap.
Nasihat aku..
Teruskan usaha. Jangan putus asa.
Tak ada masa lagi nak main-main.
Ini masa untuk serius.
Kurang rehat, kurangkan update status facebook, kurangkan umpat orang lain, kurangkan sifat jeles dan dengki dan kurangkan makan diluar tetapi masak sendiri dirumah. Bawa bekal ke tempat kerja. Makanan bini lagi sedap dari makanan kat kedai melainkan bini korang memang tak reti memasak.
Bukan apa..
Aku dah penat baca status facebook orang. Hari-hari update dan menghanjing pasal GST. Hari-hari dok cerita duit tak cukup. Hari-hari dok kutuk sana, caci sini. Penat aku membacanya sebab korang kawan-kawan aku jugak. Sebab tu aku boleh baca status korang.
Ubah la kawan.
Ubah diri jadi lebih bijak dan lebih genius.
Last.
GST memang memberi sedikit kesan dalam hidup aku dan hidup korang.
Tapi, bagaimana kita “handle” GST ni dengan lebih bijaksana, semuanya terletak ditangan kita.
Bukan tangan orang lain.
No point to point your middle finger to others people. No need to blame others. No need to bash or update facebook status all night. No need to get angry when your wife cooks bad dish for lunch. No need to get angry when your son ask to go to Legoland..
No.
You should blame yourself.
You should blame for your laziness and stop being “HIPO” person.
8,084 total views, 1 views today
amboii panjangnyeee.. antara artikel paling panjang yg pernah aku bace dalam blog ini.
Penat aku bace.
disebabkan GST saya mesti bekerja lebih bijak dari biasa dan pilih yang best-best untuk dibeli
Ingatkan saya sorang je yang rasa artikel ni panjang.
aku baca entri GST bro ni, terus rasa semangat nak kerja kuat-kuat..tadi dah down sikit bila makan mihun goreng ken charge GST gak kat kedai biasa, nasib baik akak yg kira tu dah absorb harga air kosong aku..haha
huhu..bestnya membeli hari ni..sana sini dipenuhi gst..
kekadang GST ini yang mengesan siapa yang mainkan harga barang dan perkhidmatan, siapa yang tak mendaftar cukai tapi dikenakan cukai, siapa yang liat bayar cukai dan apa-apalah.
kiranya secara keseluruhannya, impak terhadap cukai tersebut memang memberi kesan kepada semua peringkat.
cumanya, berniaga pun perlukan jujur terutama peniaga Islam. kalau tak, memang tak berkat rezeki yang mereka dapat.
Satu kedai dah detect. Esok lusa tulat minggu depan bulan depan kena tutuplah.
Untuk blogger sendiri pun, seperti kita juga memerlukan income yang lebih tak mengharapkan gaji yang ada. Jadi, betullah kata encik titan sendiri mulakan perniagaan kecil dahulu. kurangkan bebelan mesra sampai diri sendiri dan orang lain bencikan anda.
marilah serius buat duit, rezeki ada di mana-mana.
Saya pun tak larat nak baca pasal GST dalam grup whatsapp. Bila minta komen kita, tak boleh terima pula. Saya faham maksud semua tulisan En Titan atas ni. Bukanlah kita suka sangat GST ni, setuju ke, tapi apa langkah kita untuk atasi masalah ni. Menyalahkan orang memang mudah, tapi keadaan akan terus menekan kita. Takde sapa yang peduli, kecuali diri kita sendiri.
Lebih baik masa free saya tumpukan kerja online saya, ebook, servis.
Kitab Pink memang best. Ia cover modul blogging dan affiliate dengan jayanya. Terima kasih. Murah rezki cikgu nanti. Tapi Kitab Pink II janganlah naik harga haha
gua malas nak peningkan kepala..teruskan je buat duit kat internet..:D
memang banyak hal GST yang terkena kat kita ni
Tidak boleh fikir sangat pasal GST ni. Pening! Mana tak peningnya, teh ais kesukaan dari RM2 sudah jadi 2.20 kerana GST…
GST KA TIDAK GST KA… kami 1 family akan cari tempat makan kat luar yang best.. dan kedai tu x mendaftar GST.. jadi bila makan x de la bayar mahal sangat.. ki ki ki.. semua gerai kat tepi rumah x bagi GST… alhamdulillah.. harga makanan macam dulu juga..
memanglah dah nak buat apa teruskan kerja saja tak usah mengumpat orang lain
artikel yang bagus..semalam je…dah byk kali aku kene gst…beli barang kat tesco, beli waffle,tiket wayang dan lain2…gst oh gst…hadirmu memeritkan..nak tak nak..redah jela
Ramai yang mengeluh akan hidup susah angkara GST namun mereka lupa bahawa rejeki Allah yang beri. Cukup atau tidak wangnya bergantung kepada keberkatan rejeki yang diperolehi. So dont worry .
MJ memang suka dengan GST ni, sebab nampak ramai anak buah MJ pakat-pakat semangat nak cari income dengan lebih lagi, at least kejutan utk mereka yang lena..
Suka atau tidak, kita kena hadapi juga GST ini. Namun hadapi dengan persediaan lebih baik berbanding dengan hanya menyalahkan keadaan.
Ada yang setuju dan memang ada ramai yang tak setuju, jadi kita tengok je lah apa yang akan terjadi lepas ni.
Bila jadi keadaan mcm sekarang, membuka mata mereka yang berada dalam zon selesa.
Untuk keluar.
Untuk mereka dah kuar, lagi kena usaha lagi kuat kan.
Memang berduit lumayan dengan blog kan bro.
Best sharing.
Power bro! pembakar semangat nak tambah lagi blog ni. haha sebab apa, dah nampak hasil..apa lagi jalan terus!
Income dari blog pun, dah boleh sara buat inject modal kebun..Ingat senang nak buat kebun besar2 kalau modal kecik, lagipun harap part time je nak tambah itu ini.
Teruskan menulis apa yang mudah masuk kepala ni. mana taw blog ni bakal dinobatkan Malaysia Best Blog 2016 dari penulis SyahrilHafiz.com hahaha:P
gst tuh bagus… cuma dari segi serius melaksanakannya masih lemah… isu topup tuh sepatutnya settle sebelum gst hari tuh.. sekarang dah jadi isu… salah siapa?? sendiri mau ingatla..
masa ni la nak tengok menteri jadi hero atau pun zero.
Skrg nie bro rasa HERO ker ZERO… 😀
Nasihat yang bagus dan menusuk kalbu drpd bro Titan. Kita mungkin tidak mampu mengubah keadaan sekitar kita tetapi kita mampu mengubah nasib kita sendiri dengan berusaha lebih kuat.
Kena pandai-pandai mencari pendapatan yang boleh tampung GST sekali.
yeah gua kena lebih serius , buat duit dengan blog nih
hahhaha…semua GST
Tak guna juga mengeluh pasal gst ni, jadi solusinya kena tambahkan pipeline income2 tambahan yang bole cover ongkos2 gst ni. Harap daku berjaya mengharungi wave GST ni hehe
Disebabkan pelaksanaan GST, saya sebagai blogger sepenuh masa pun terkena tempias juga..so nak tak nak kena berusaha lebih tekun lagi untuk tambahkan pendapatan isi rumah..no more MENGELUH tanpa USAHA
Yup…tahun ni memang nak kerja kuat lagi..tak nak main-main sangat..GST..saya langsung tak hiraukan.. Depa naik top up 60 sen.. Layan aje la.. Kalau dia buat salah, dia tanggung.. Selagi boleh bayar duit GST tu, saya bayar..tak leh bayar, duk diam..haha
GST. hmm tak takhu nk cakp ape. smoga dimurahkan rezeki lah bro!
Harap dgn adanya GST ni, lebih banyak manfaat dapat kat kita – rakyat marhaen nih. Tapi kalu penguatkuasaan pun lemah, tak tahulah ke mana nanti wang dikutip tu pergi.
Penguasaan lemah memang confirm. Bukan apa, berapa byk peniaga nak kena raid.
Kalau isu top up pun tak boleh selesai, bagaimana nak selesai barang2 lain yg punya la byk.
Masalahnya bangsa yg pegang ekonomi sebenarnya dah naikkan harga sebelum GST lagi.
GST cuma naikkan kos perbelanjaan bulanan je. Tak beban la haha
seperti yang aku agak dari awal..mesti ada pihak yang akan ambil kesempatan
Apakan daya terima ajela dah suratan:) tapi tempiasnya ada gak yang bagus, ramai yang lebih berjimat cermat and rajin wat side income bila dah ada GST ni.