Hemm..
Dalam 2,3 hari ini aku rasa aku macam kena badi aje.
Tak boleh nak tidur sangat.
Golek ke kanan, guling ke kiri. Masih tak boleh nak lelap gak.
Sampai satu tahap, aku pergi basuh segala pinggan dan cawan kat dapur. Dah basuh, masih tak puas hati. Aku basuh kali kedua, ketiga dan keempat.
Dan bila masih tak boleh lelap, aku gi tandas. Cuci segala benda yang ada kat tandas. Sampai menangis kawan satu rumah aku ni sebab tiba-tiba tandas jadi cantek. Siap ada bau bunga ros lagi.
..
…
Malangnya, masih tak boleh tido.
Nak tengok tv, tak boleh. Sebab kengkawan semua tido depan tv. Maklumlah, depa semua hantu bola. Aku aje hantu bola ikat tepi. Tengok bola pasukan kegemaran aje. Aku layan MU aje. Liverpool ke Arsenal ke, QPR ke, Everton ke..aku malas nak layan.
Tup-tup..
Dah atas katil. Berbaring sambil melayan manga Shokugeki No Soma. Komik terbaru yang menjadi pilihan hati kerana komik ini bercerita tentang dunia masakan. Lebih kurang macam Yakitake Japan. Tapi Shokugeki No Soma tetap boleh “challenge” komik lagenda macam Yakitake Japan dalam 5 tahun lagi. Siri anime pun baru aje keluar bulan ini untuk episode yang pertama.
Dan dalam masa yang sama membaca semula manga seperti Red Eyes yang baru bersambung selepas 5 tahun hiatus, Ace of Diamond, Toriko, H2, Bartender, Bambino Season 2, Mushihi dan memacam lagi.
Update blog?
Update kitab pink?
Ni salah satu sebab aku tak update blog. Bila aku tak cukup tidur, ini akan mengurangkan kualiti kerja aku. Walaupun ada hampir 15 review berbayar yang masih pending dan 3 projek SEO yang perlu dititikberatkan..tapi aku abaikan kerana jiwa masih tak tenteram dan hati masih gelisah tanpa sebab yang munasabah.
In da end..
Aku still masih tak boleh tido walaupun dah khatam 14 kali novel Diagnosis 2 dan buku Panduan Lengkap Bisnes Sublet. Malah, buku bertajuk “Maaf Cakap” hasil tulisan Norden Mohamed pun masih gagal menidurkan aku.
Nak baca buku Salina. Tertinggal plak kat rumah abah aku..
Demm..
..
…
Jadi, aku paksa diri aku siapkan RPH untuk 2 bulan yang akan datang. Aku isi online EGtukar. Aku update E-profile. Aku update APDM budak kelas aku yang terbengkalai seminggu ini, aku buat la macam-macam dalam beberapa hari ini agar aku boleh tidur..
Sekurang-kurangnya 1o minit.
Dan biasanya dalam 2 jam kemudian, aku akan terbangun dengan sendirinya kalau 10 minit pertama masih tak bangun. Maklumlah, badan aku ni jenis alarm telefon. Dah ada “timing” tertentu bila nak bangun. Sampai kekadang aku naik risau aku tak cukup tidur.
It happens.
I do some sleep.
But it still not enough to satisfy my desire.
..
…
Oklah.
Saat ini, aku masih tak boleh tidur.
Aku nak gi dapur.
Gi basuh pinggan semula. Sambung semula kerja semalam. Mungkin akan basuh peti sejuk agaknya malam ini.
..
…
Hmm..
“Kenapa cuti sekolah ni lambat sangat eh..”
8,665 total views, 1 views today
Cikgu yang mana job tak boleh buat meh passing kat saya. Saya bekerja untuk cikgu !
Cikgu sudah ada maikel… hehe
Cube mengaji Quran….baca tafsir.. nanti setan mai tiup mata hehee
Fuh..luahan hati Cikgu Titan.. Aku nasihatkan kau minum susu atau makanan berupa yogurt dalam 30 minit sebelum nak masuk tidur. Pastu bila dah baring tu, tasbih dengan khusyuk sampai terlelap. InsyaAllah akan tertidur.
Terbaik panduan masuk tido nie….bleh amalkan dengan bini nanti nie.. 😀
tak leh.
nanti cepat habis stok yogurt dengan vitagen aku.
kena jimat.
Bro, kalau kira kambing pun tak boleh tido juga. Berjaga jela. Malam seterusnya insyaAllah boleh tido gamaknya.
tu la.
dah penat kira kambing pun tak leh gak lelap.
bro panggil maikel tuk tolong buat kerja..hu3
maikel balik kampung.
lama dah tak balik.
Petang2 pi jogging atau main badminton. Badan nak kena letih sikit kot tuh hihi
Teringat citer Iron Man 3, hero dia pun ada masalah tak leh tido juga. Last macam2 jenis robot Iron Man dia buat gara2 tak leh tido.
tu la.
akku sampai terbuat macam-macam blog bila tak tido nih..
Mungkin terlalu penat bekerja samada offline @ online membuatkan en titan sukar tido…
Dier sendiri ckp banyak job pending…kat sekolah punya job mesti bertimbun2 gak tue…
Semoga en titan cuba bawak rehat2kan diri juga…kerja kuat sangat tue..org mcm en titan kebanyakkannya dah autopilot…twist sket esok menjadi.. 😀
Mesti ada sesuatu yang difikirkan agaknya. Atau terlampau letih.
Hindarkan kafein juga.
tak leh.
kafein tu dah makanan ruji.
hehe..
aku dah banyak kurang tido… erghh nak buat macam ne… demi sesuap nasi.. huhu
Maybe cikgu titan boleh cuba cuci satu rumah pula…Bila dh selesai, patut lebih mudah nak tidor..
Gua tau apa ubatnya ? Ini ubat kalao kena musti lena habis.
ubat apakah itu?
kongsi sket.
Selalu juga ada badi macam ni… Susah nak tido.
Lepas tu buka cenel BabyTv… tewas juga akhirnya..hahaha
dulu selalunya baca buku sejarah.
tapi..sekarang, dah minat baca buku sejarah akibat terlalu kerap baca buku sejarah..
heheh..penyakit time study ni..sekarang susah beno nak dapat kondisi sebegitu
kurangkan minum tongkat ali bro..nnt boleh tdo..
camana hang tahu ni?
haha..
Senaman tengah-tengah malam dah buat ka? Kalau bersungguh2 pasti lepas tu’terkelepek’ ketiduran..hihi
hari-hari bersenam maa..
Akhirnya cikgu Cendol mengeluh di blog beliau.hehehe
Tak pernah kena lagi simptom tak boleh tidur, memang jenis pukul 2 habis lewat dah tu. lepas tu automatik mengeroh 😀
Tak boleh job SEO tu mai pasing saya, saya tolong score Goal! hehe
haha..
kerja tu..nak tak nak aku kena buat maa..
Biasa kena penyakit begini takkan tidur selagi kerja belum siap..
Memang pening kalau susah nak tidur. Mungkin disebabkan cuaca yang panas atau banyak benda difikirkan.
Sukar nak tidur masih tidak mengapa. Yang takutnya ada penyakit sukar tidur.
kalau dah tak boleh tidur, mungkin ada imsomnia hehehe
ni bukan imsomnia la.
badan aku memang camginih.
oh kau masih duduk bujang lagi ke
bujang kejap-kejap aje.
tak leh jahat sangat dah.
jangan jangan insomnia?
tak la.
memang suka buat kerja tengah malam aje.
Sebagai seorang yang berpengalaman ada insomnia selama lebih sedekad ni, paham benar dengan keadaan ni. terkebil-kebil sampai 430am. memang personality jenis night owl, bukan early bird huhuhu
pehh..
lama tu punya pengalaman. hoho..
Alamak..kes parah ni..harapnya tak basuh atap rumah sudah..haha
Nak kena makan Ostematrix ni, bagi lena tidur, hihi
dari kebiasaan saja bila biasakan diri habis isya dah ke tempat tidur maka mata akan cepat tertidur
Kalau tak boleh tidur cuba baca buku sejarah macam masa kita belajar dulu, kompem tidur hehe
Kurang kalsium nie.
Sebab tue tak tidur.
Saraf kejang.
Kena relax kan baru tidur.
Masalah besar kalau takleh tidur.
mana ada kurang kalsium.
selalu minum vitamin tau.
En. Titan cuba install aplikasi Lullabies. Insyallah boleh tido. hehe
haha kira biri biri macam mr bean..