Ya.
Pasti ramai yang berfikir. Berbaloi ke jual burger nih. Berbaloi ke bisnes jual burger nih?
Untung ke Jual Burger?
Dan dalam masa yang sama, pasti ramai yang memikirkan kerana beranggapan bahawa keuntungan atau margin keuntungan menjual burger sangat rendah dan bukan satu perniagaan yang stabil.
Yap.
Dari satu sudut, memang margin keuntungan sebiji burger sangat KECIL. Terutamanya bagi penjual burger kat tepi jalan atau kat pasar malam. Keuntungan “NORMAL” dalam RM0.30 ke RM1.00 sahaja bagi sebijik burger. Kalau dapat jual 100 bijik burger, dapatlah keuntungan antara RM30 ke RM100. Kalau dapat jual 300 bijik burger, leh la pergi ke RM90 ke RM300 untuk satu hari.
Yap. Itu maksimum yang aku boleh fikirkan bagi peniaga burger yang “BIASA”.
Paling tinggi sehari, boleh dapat untung RM300. Kalau rajin lagi..leh dapat LEBIH dari itu.
Sebab aku juga pernah jadi penjual burger.
Masa belajar kat Sabah dulu. Masa tahun pertama. Senang cakap, untung tak besar. Tapi keuntungan yang aku dan kawan aku dapat itu, kami gunakannya sebagai modal untuk buat bisnes kecil-kecilan yang lebih lumayan.
Dan akhirnya, keuntungan yang lebih besar diperoleh. Haha..
Senang cakap, ada trik dan tips yang selalu penjual burger “Luar Biasa” gunakan untuk tingkatkan margin keuntungan mereka.
Ini projek burger aku masa kat UMS dulu. Dan korang kena faham, kat UMS masa tahun 2003 dulu, burger special paling murah berharga RM3.50. Dekat semenanjung RM2.50. Perbezaaan seringgit tu membuatkan aku pecah kepala bila nak cari untung untuk sebiji burger. Celah mana aku nak potong. Nak kurangkan bawang ke, nak kurangkan mayonis ke, nak buat sos sendiri ke, nak guna roti buat sendiri dan memacam lagi..
So, aku ambil keputusan untuk jual burger daging dan ayam sahaja. Burger daging untuk orang laki-laki. Burger ayam untuk orang perempuan. Dan ofkos, target utama adalah orang laki-laki sebab diorang memang jenis KUAT makan.
Overall, aku buat beberapa ujikaji untuk kurangkan kos tetapi masih mengekalkan dan menambah nilai bagi setiap biji burger yang aku jual.
Okeh.
Cara aku buat untung dengan jual burger
Okeh.
Ini pengalaman aku. Cerita ini mungkin akan panjang sedikit.
..
…
Bila kita cerita bab bisnes burger, bahagian mana yang paling penting?
Dagingnyakah, burgernya kah ataupun sosnya? Sayurnya ka? Cara packing dan hiasankah?
Jawapan aku.
–> SEMUA.
Semua yang aku cerita itu, mesti diberi perhatian.
Burger SEDAP, kena TAHU cara-cara untuk pilih dan hasilkan burger yang terbaik. Kena jual dengan harga yang sesuai, kena tahu cara nak menjual dan kreatif buat promosi, kena pilih lokasi yang panas, kena cari crowd yang lapar dan kena bijak rancangan strateginya selain menjadi seorang pemasak burger yang hebat.
Memandangkan aku nak jual burger aku dengan harga RM1.50 sebab student UMS masa itu takkan beli burger dengan harga lebih dari RM2.00. Jadi, nak tak nak, aku kena main harga kalau nak dapatkan customer tetap. Sebab kat kafe atau kantin kat setiap kolej tu, ada penjual burger masing-masing dan overall, harga RM1.50 tu adalah harga untuk burger telur aka BENJO. Burger Daging dan ayam pun dah RM2.50 apatah lagi burger special.
Jadi, agak-agak, macam mana aku buat? Apa strategi aku, apa teknik dan kaedah yang aku buat, macam mana aku buat pilih burger? Atau macam mana aku buat patty burger sendiri, atau macam mana aku jimatkan kos, bagaimana cara kira untung burger yang betul?
..
…
Ini cara aku.
Baca betul-betul.
Semua aku buat sendiri kecuali roti.
ROTI Garing Rangup
Aku takda “tangan solar” macam Azuma dalam manga “Yakitake Japan” tu. Jadi, aku tak ada masa dan tidak rajin untuk buat ujikaji bagi menghasilkan roti burger yang sedap.
Cincai, aku beli roti burger paling murah dipasaran. Tetapi, untuk buat roti tu jadi sedap dan disukai ramai.
Aku garingkan setiap roti itu dan calitkan sedikit “perisa rahsia” yang agak manis untuk membuatkan roti burger aku yang agak kering itu, jadi lebih rangup dan manis apabila dimakan. Itu aje dah cukup. Tak macam sesetengah penjual burger yang lain, roti pun tak masak, sos cili kurang, sayur hilang entah ke mana..daging pun macam kena paksa rebus aje.
Macam mana nak dapat pelanggan tetap macam itu?”
Kos ROTI Burger
Kos roti burger tu, satu roti, harganya – 20 sen. Aku dapat “DEAL” baik dengan tokey Cina kat Kota Kinabalu masa tu dengan syarat aku ambil sekurangnya 150 roti burger setiap kali nak beli dengan dia. Kalau kurang, dia tak nak jual. Kalau aku kantoi ambil kat kilang atau kedai lain, dia pun tak nak jual gak. So, 10 roti, aku dapat RM2.00. 100 roti, aku dapat RM20.00. Sehari kena beli 150 roti, so..RM30.00 sehari.
Tapi biasanya aku jual 100 burger aje sehari sebelum akhirnya jadi 150 burger setiap hari setelah ada banyak permintaan.
Overall, RM20 – RM30 sehari.
DAGING BURGER ALABSTA
Part daging burger ni. Aku agak ngelat sikit. Senang cakap, ada “resipi rahsia” yang tak boleh aku bongkarkan. Tapi aku cerita gak lah sikit.
Aku beli daging cincang dari 2 jenama. Aku kasi “gaul” dua jenis daging cincang itu dan buat “patty” sendiri. Untuk tambah sedap lagi, aku tambah beberapa sayur, spice-spice tertentu, rempah tertentu dan juga kentang. Senang cakap, patty aku ni adalah barang yang paling mahal sikit berbanding dengan yang lain.
Untuk 100 daging burger, hasil campuran + spice + rempah + garam + gula dan sebagainya..
kosnya antara RM40 ke RM50.
Ofkos, aku kena pandai cari apek yang sanggup bagi aku diskaun. Kat Sabah, takde orang Melayu yang jual benda-benda yang aku hendak. So, kena faham kenapa supllier aku ramai bukan orang Melayu. Dan sudah tentu, aku kena banyak kali double confirm untuk pastikan apa yang aku hendak itu “HALAL”.
SAYUR – Coslaw 2K
Part ni aku terpaksa guna kos yang paling murah sekali.
Aku beli karot dan kobis. Buat coslaw. Cincang halus-halus, letak mayonis puteh dan campur “senjata rahsia” sikit agar coslaw aku rasa sedap, mengenyangkan dan lain dari yang lain.
Kos untuk 100 burger untuk bab sayur ni – RM20.
SOS Matahari
Aku guna sos cili murah + Sos lada hitam + cili padi yang dikisar + perisa rahsia yang aku tak nak bagitau. Dan aku masak sendiri sos ini sebab aku memang genius dan super kreatif.
Kos untuk 100 burger – RM20
Kalau korang guna sos murah tu aje, satu botol besar tu..tak sampai RM10 boleh dapat kat kilang sos atau pasaraya. Kena pandai cari sos yang sedap. Aku tak boleh beritahu jenama mana. Haha..sos murni ka, sos life ka, sos maggi ka, sos tobasco ka, sos bawang ka, sos thai ka.. korang kena buat eksperimen sendiri untuk hasilkan sos sedap korang sendiri.
Sos sedap, ramai orang akan “REPEAT” beli burger korang tak kiralah korang jual murah atau mahal.
Pembungkusan
Aku pakai plastik dan surat khabar lama. Balut burger dengan plastik putih yang korang dapat kat kedai tu dan surat khabar tu aku bungkus semula.
Kos – RM10 (Surat khabar aku dapat percuma.)
Jumah keseluruhan untuk 100 burger
RM20 + RM50 + RM20 + RM20 + RM10 = RM120
Aku jual burger aku RM1.50 x 100 = RM150.
Itu keuntungan yang aku dapat untuk 3 hari pertama sebab itu harga diskaun mengikut perancangan aku. Kemudian, aku naikkan harga ke RM2.00 untuk satu burger sebab dah ada permintaan.
Nak beli atau tidak.
Depa kena beli sebab dah suka kat burger aku tuh. Haha..
So, walaupun 3 hari itu aku dapat untung yang sangat ciput dan macam tak berbaloi, cuma RM30 sahaja. Itu tak campur upah runner dan kos promosi lagi.
Tapi kalau kiraan kasar untuk keuntungan sebulan aku run jual burger tuh..
27 hari x 100 burger x RM2 = RM5400
Tolak modal RM120x 27 = RM3240
Untung = RM2160 + keuntungan 3 hari pertama = RM2160 + RM90 = RM2250.
Tolak kos runner = RM150 untuk 1 orang. Aku ada 3 runner. RM450 sebulan.
Tolak kos lain-lain dan kos luar jangkaan = RM100++
Untung bersih aku seorang = RM1800++
Untuk 3 bulan selepas itu
150 x RM2 x 30 hari = RM9000 – (RM120 x 30 = RM3600) – (Kos runner = RM450) – (Kos luar lain-lain = RM100)
Untung bersih sebulan = RM4850
Untung bersih 3 bulan = RM14550.
Dan sebulan memang biasanya dapat RM4k-5k lebih ke aku seorang sahaja sebab sehari aku jual 150 bijik. Habis semua burger sebab aku jual kat 5 kolej. Kat UMS masa tu, ada 5 kolej dalam. Runner aku 3 orang. Kekadang, aku jadi gak runner. Setiap runner, cover satu kolej. Siapa cepat habis, cover kolej yang last. Kalau burger tak habis, bakinya gi jual kat kolej aku – Kingfisher. Aku dok luar masa tahun pertama. Hoho..
Campur duit belanja yang mak dan abah aku bagi setiap Sebagai seorang student, korang rasa..
Lumayan tak?
Hehe..sebab itu memang ramai budak perempuan nak jadi awek aku walaupun aku selekeh sikit masa kat universiti dulu. Gi kuliah pakai sandal aje. Kasut simpan. Guna masa nak pergi final exam, nak gi Twin Tower kat UMS tu, nak masuk library, nak gi Viva dan nak gi jumpa Dekan sekolah sebab nak add/drop subjek.
Sebab duit aku banyak.
Walaupun begitu, aku TETAP rasa macam tak berbaloi sahaja.
Haha..
Kenapa? Pasai pa?
Aku jual burger ni sampai 4 bulan sahaja. Sebab aku dah tak larat nak buat dah. Kawan-kawan aku pun dah tak larat dari segi mental terutamanya. Sebab benda ni kita kena buat hari-hari. Persiapan kena perfek setiap hari. Kena potong sayur, kena buat sos, kena bakar itu ini, kena masak daging burger 100-150 kali setiap hari.
Dan semua itu membuatkan aku penat secara TOTAL.
Sebagai student yang baik, walaupun aku genius dan kreatif, aku masih perlu juga datang kuliah, ambil nota, main badminton, pergi dating dengan awek-awek kat Centre Point, kat Tanjung Aru, kat Kat Karamunsing dan macam-macam lagi aku kena buat setiap hari.
So, aku give up..
Dan berhenti dari jual burger. Sebab aku terlalu penat setiap hari. Sampai tertidur dalam kuliah. Sampai tak pergi kelas silat.
Siap kena tegur dengan pensyarah.
Setelah buat keputusan, aku STOP. Kerja ni memenatkan melainkan aku buat “FULL TIME”.
Itu sahaja.
Malas aku nak cerita panjang-panjang sebab inipun dah cukup panjang aku merepek.
KESIMPULAN
Hah, camana? Best tak cerita aku nih?
Aku harap korang “NAMPAK” apa yang korang perlukan untuk RUN bisnes burger korang itu terutamanya bagi mereka yang hendak jual burger secara serius. Lagi-lagi, kalau korang masih “STUDY” kat kolej tetapi gatal nak jual burger.
Nasihat aku, jangan buat sebab benda ni memenatkan, lebih-lebih bila burger korang dah laku habis tak hingat dunia. Masa tu, ko kena upah pekerja dan train diorang agar boleh masak sampai dapat “RASA” yang ko mahu. Kena lagi nak gi kuliah, nak gi sana, nak hadap pensyarah dan memacam lagi.
Tapi kalau korang nak buat juga, prepare dari sudut mental dan fizikal.
Sebab jual burger ni kalau buat sensorang atau 2-3 orang..memang akan jadi satu pekerjaan sampingan yang lebih penat daripada kerja kat pejabat. Itu tak campur dari segi promosi dan menpsiko budak-budak kolej aku serta memaksa mereka untuk beli burger. Tetapi, once depa rasa berbaloi dan murah, kena plak SEDAP. diorang tetap akan beli burger tu walaupun naik harga..
Itu tak campur bab stall. Nak apply lesen lagi. Nak mintak izin lagi.
Dan memacam lagi.
Burger aku, ada “Personal Touch” dari aku sendiri. Dan itu yang membuatkan burger itu diminati ramai. Kerana sedap dan ada nilai peribadi antara aku dan peminat burger aku walaupun cumalah 4 bulan sahaja.
So, korang memang tak boleh TIRU perisa peribadi aku.
Tapi korang boleh belajar dari pengalaman aku ini.
Panduan Bisnes Burger Step by Step
Senang cerita, korang baca Panduan Bisnes Burger yang ditulis oleh Afiq Dato’ Rusly. Seorang yang memang dah berjaya bantu RAMAI orang jual burger dan buat bisnes berasaskan makanan setiap tahun.
Dan dari Afiq ni juga , korang juga akan belajar step by step macam mana untuk mulakan bisnes burger korang itu, macam mana nak kasi kurang rugi, pemilihan tempat, cara nak cut cost dan macam mana nak guna strategi yang betul untuk memaksimumkan keuntungan bisnes burger korang itu dengan lebih rakus lagi.
Baca kat sini –> Panduan Bisnes Burger
30,287 total views, 1 views today
Bisnes Burger ni memang boleh untuk… Juruteknik dekat tempat saya bekerja dulu, jual burger dalam 200 biji sehari… Margin keuntungan dalam RM0.50 – RM1.00 sebiji mengikut jenis burger…. Purata keuntungan bersih sehari dalam RM100-RM200, sebab student yang tinggal dekat asrama dalam 3500 orang…. Tapi bila time student cuti, dia orang terpaksa cuti berniaga… Tu sebab Juruteknik tu tak suka bila time cuti semester…
peh..
untung besar tu.
dia tak nak wat full time ker?
Pembetulan :”Bisnes Burger ni memang boleh untung”
centre point jg la hehehe. untung jg bah jual burger, ndak jg rugi bnyk. mmg slalu rmai org yg mau bli klau mmg unik rasa
Yap.
Rasa yang unik memang main peranan besar jugak.
wah..superb detail..tapi cerita pasal menjual di universiti ni,mama pun teringat jugak pernah buat part time waktu di universiti dulu..memang bukan senang ooo nak survive bagi orang kebiasaan sahaja ni…
Ya.
Bukan senang.
Nak seribu daya, tak nak 2 juta dalih.
mmg terbaik lah.. detaill.. mmg blh pergi jauh jual burger ni.. kalau ada rhsia sendiri, blh buat fraincais.. tahun pertama kedua je busy.. nanti pantau dari rumah je.. haha
Ya.
Jual burger memang boleh pergi jauh sampai Uganda.
tu dia punya panjang cerita..hoho..payah gua nak cari komisen gini..ehehe
Pendek aje nih.
Ni pun banyak yang aku skip. Haha..
bab genius ni, xleh argue dah. panjang lebar smpai lalat hampir masuk mulut gua
dlu ada ngan mbr gua nk bli franchise burger ni. burger pizza namanya. tapi pk nye pk gua xleh komit bab time. so tak jadi buat.
skrng ni kwn gua dok approach gua buat business jual jus buah plak.. hmm tgk la mcm mana, ngan ekonomi skrng ni nk xnk mcm kna buat je
Ya.
Aku tahu.
Aku memang genius.
Masa mula buat master dulu pernah buat bisnes kecilan kat kolej dan fakulti. Tahan sebulan je sbb masa. Walaupun ada 2 org partner tp mmg tak larat. Dgn research yg nonstop mmg tak leh nak teruskan.
Serius, memang tak larat sebenarnya.
lain kalau kita buat full time.
Wahhh hebat-hebat.. Dalam bisnes apa pun, kalau kite jadi penjual ‘luar biasa’ memang boleh untung berlipat kali ganda..
Tapi bukan semua sanggup jadi luar biasa.
Kerja penat tu beb.
burger ini memang menarik ya banayk lagi yang perlu fast food seperti ini
Jual burger memang untung, rakyat Malaysia memang suka makan burger. Macam-macam burger ada 🙂
Ya.
Semua orang suka makan burger. HOho!
Wah…panjangnya….terbaiklah, byk btl idea 🙂
Idea biasa-biasa aje.
Bukan senang nak juai burger noh? kena prepare mental dan fizikal
Ya.
Bukan senang.
Tapi bukannya mustahil untuk dilakukan.
Banyak contoh yang dah berjaya.
Hmm… Tetiba perut jd lapar pulak dah baca bab2 burger ni.. Nak keluar, hujan pulak..
kalau hujan, kena tidur.
bukan gi makan.
Pergh…bisnes online pon pakar..bisnes offline pon pakar gak…memang terer tol en titan nie…serba serbi boleh laa.. 😀
biasa-biasa.
maklumlah..banyak benda nak beli.
Bisnes Burger ni memang terbaek kalau join..
tapi kena bijak dalam pemasaran dan pembuatan..
banyak pesaing tu
Ya.
Kena bijak.
Persaingan memang ada dimana-mana.
tengok jer fizo omar sekarang,tokey burger..burger jangan guna roti yang murah tu..kalau roti ada bijan baru sedap..
Ya.
Dia salah satu contoh terbaik.
meniaga apa sahaja kalau bijak menguruskan mmg boleh untung….tak kiralah samaada untung kecik atau besar……
Ya.
Betul jugak tu.
Aku setuju.
seakrang nak dapat harga berger bawah rm2 memang takda rasanya… dulu dengan sekarang memang jauh beza.. akan datang tak tahu berapa agaknya harga range burger nanti.. apepun eplanation yang sangat tersusun, kepada mereka yang betul2 serius nak build up business burger, kasi plan up betul2..dapatkan panduan ini dengan mempraktikkan ilmu yang diberi dengan sebaik mungkin…
benjo pun ada yang jual rm2.00.
memang susah la nak cari sekarang.
Emm semalam baru makan burger..kosong punya burger pun leh cecah RM2.50..sayur sikit.. sos sikit..roti tak garing..daging langsung tak garing..emm tak puas hati rasanya..haha
Sebab tu, buat beger sendiri lagi sedap.
bisnes apa pun kalau kena gayanya dan berani bertahan dan belajar mencuba insyaAlalh boleh je, yang jadi maslaah bila buat sesuatu benda sekerat jalan..
Ya.
Itu namanya konsisten.
memang lumayan, lebih2 lagi bila siap ada secret resepi
Ya. Memang lumayan bila tahu caranya.
Burger yang dagingnya dibuat sendiri, boleh jual RM5 ke atas rasanya.
YUp.
Tapi budak universiti masa tu, bukan macam budak universiti yang macam sekarang nih.
kalau tak untung memang tak ada la orang jual burger 🙂
Hoho..
betul jugak tu.
Tak untung, takkan ada orang nak jual beger plak kan.
Jual apa-apa pun kat budak universiti memang ada market. Masa di Uitm dulu aku jual tshirt logo Uitm siap ada agent bawah dlm 5-6 orang. Especially newcomers memang laku barang berlogo ni. apatah lagi makanan hahaha budak tengah besa..
aku jual t-shirt gak dulu.
lagi-lagi bila ada kelab. Memang senang gak wat sales.
Buyer dah ada. Hehe..
Suka sangat makan burger – whopper junior burger king hihi. Cukup dan mengenyangkan perut Mek ila yang kecik ni.
sebulan dua gemar burger daging sahajalah macam mana tu hee..buger ayam dah tak layan pasti nak dua tingkat hii..
“….sebab itu memang ramai budak perempuan nak jadi awek aku walaupun aku selekeh sikit masa kat universiti dulu….” Suke dgn ayat ni. Rugi dlu tak jual burger macam bro. Kalau tak mesti ramai awek melekat…
dayah punnnnn pernah jual beger.. mmg untung dan memang penat. penat kaw kaw… heh.. teringat kenangan diri sendiri bila baca entry hang nih..
Burger ke nasik lemak ke semua untung. Kof kof.
uishh…ini mcam boleh buka buku berger baru..berger titan hihihi
Fuhhh…penerangan yang sangat details dan jitu. Rupanya En. Titan ni pernah study di UMS ya. Tak sangka pula…hehe…Selalu juga saya jalan-jalan di UMS tengok akuarium yg cantik di sana.
harga burger sekarang yang dia orang jual ni macam dah mahal je, dulu zaman aku kecik RM1.40sen je untuk sebiji burger ayam atau daging
kena buat beger yg pelik dan unik skit.. in sha Allah untung.. tp kalau dah sedap ramai jugak org yg datang kann
Berapa harga seketul burger tahun 2016? vs tahun 2000 ke bawah? Perghh.. Inflasi yang menggerunkan…. 🙁