Ya.
Ada anak murid saya yang sms saya semalam.
Dia tanya pasal exam MUET.
Katanya, dia terlibat dengan peperiksaan MUET untuk bulan Jun hingga Ogos ni.
“Cikgu, nak baca apa MUET nih?”
“Lerr..tanya ler pensyarah awak tuu..”
“Ala cikgu, bagilah tips nak lulus exam muet nih..dulu cikgu cerita nak beritahu dalam kelas. La ni..saya dah masuk kolej, sampai hari ini cikgu tak cerita punngggg..”
..
…
“……….”
Macam mana nak menjawab tu?
Bila ada anak murid mintak janji ditepati?
Nak dipendekkan cerita, aku akan kongsi tips untuk lulus exam MUET ni kat sini berdasarkan pengalaman aku.
Sebelum itu, aku nak semua orang tahu. Masa aku ambil MUET dulu, serius..aku memang bangang sikit dalam subjek bahasa inggeris ni. Kalau tengok drama korea, mesti cari subtitle bahasa melayu. Kalau tak jumpa, terpaksalah layan inggeris punya walaupun kekadang aku tak faham gak “maksud” apa yang orang korea tu sebut.
So, apa aku buat?
8 Tips untuk Lulus Exam MUET
1. Set target. Buat jadual. Pasang angan-angan dan usaha untuk lulus exam MUET dengan cemerlang.
2. Banyak bertanya pada pensyarah atau tutor korang.
Walaupun aku nasihat benda ni, tapi aku cukup jarang sekali buat masa kat kolej dulu. Maklumlah, pensyarah aku tu pun garang. Lagi bertambah ngeri aku nak bertanya kalau ada apa-apa tak faham.
So, jalan penyelesaiannya, aku tanya pada kawan dalam kelas tutor aku yang pandai dalam subjek bahasa inggeris nih. Sebab awek tu tak garang. Dan dia sangat “BAIKKKK” dengan aku. Senang hati aku nak belajar pasal MUET ni dengan dia. Hehe..
3. Buat study group MUET untuk mahir skill berkomunikasi.
Kelas bahasa inggeris dengan kelas MUET, walaupun diajar oleh pensyarah yang sama. Tetapi harinya berbeza. 2 kali seminggu. Dan biasanya dibuat pada hari sabtu dan ahad. Maklumlah, aku dulu belajar kat kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Kat kolej hijau tu. Jadi, sebab duduk kat hostel yang disediakan, memang dah jadi kebiasaan kalau kena datang kelas hari sabtu dan ahad. Kekadang, kuliah waktu malam pun kena datang bila nak kejar silibus.
Jadi, biasanya pensyarah akan “divide” semua orang dalam group tertentu. Jumlahnya 4-6 orang. Jangan banyak sangat. Kang, tak jadi belajar. Lebih kepada bergosip aje caranya. Group aku, ada 2 lelaki dan 4 perempuan. Dan kebetulan, awek yang aku selalu tanya tu dalam satu group dengan aku. So, memang seronok lah dan bertambah bersemangat nak belajar. Hehe..
Dan alhamdulillah, memang banyak belajar waktu tu. Diorang pun rajin tolong orang bangang english macam aku dengan kawan aku yang sorang lagi tu. Dan kami berenam semua lulus dari band 2 hingga band 4. Group kita orang aje ada band 4. Group lain, tak ada. Kiranya, bangga gak la dok dalam group tu.
4. Buat latih tubi jawab contoh soalan MUET dengan gigih.
Kalau tadi, aku join study group untuk mahir bercakap dalam english, jadi buat latih tubi ini adalah khas untuk bantu aku menghafal patern soalan-soalan yang selalu ditanya. Biasalah tu, soalan MUET ni, ada orang cakap macam soalan UPSR dan PMR. Patern dia tak berubah sangat. So, kita latih untuk jawab soalan yang mudah-mudah dulu dan ke soalan yang advance. Hafal patern soalan dan kehendak soalan. Dan buat latih tubi sampai buku latihan korang tu jadi lunyai.
Dan percaya atau tidak, aku beli buku latihan darjah 1 sampai darjah 6 punya untuk mahir bab grammar dan comprehensem tu semua. Sebab aku tahu, aku memang lemah benar dengan bab grammar ni. Dah biasa dan ingat patern soalan, baru aku main soalan sekolah menengah dan level yang tinggi sikit. Walaupun masih banyak yang salah, sekurang-kurangnya, rasa kompiden tu tinggi sikit la berbanding waktu darjah 6 dulu.
5. Bacalah buku rujukan atau panduan tentang MUET ataupun soalan MUET. Kalau korang cari buku kat kedai buku sekarang, rasanya macam ada yang bagi tips tentang exam MUET. Tapi kena carilah. Tak tahu siapa penulisnya. Sebab masa zaman aku dulu, memang tak ada buku jenis macam ini. Tapi sekarang, dah ada orang tulis dalam bentuk ebook.
Nah, lagi mudah. Boleh baca dekat smartpon terus lepas korang download ebook tu.
Siapa nak baca ebook tentang MUET tu, boleh dapatkan disini — Panduan MUET Terbaik 2015
Dah download tu..
sila baca hari-hari dan amalkan tips-tips yang dikongsikan.
6. Doa dan tawakal. Solat sunat selalu. Sedekat selalu. Call mak abah selalu. Tolong kawan kalau dia jatuh longkang. Belanja kawan-kawan pisang goreng cheese jakarta tiap-tiap minggu. Kejut kawan solat subuh berjemaah dan memacam lagi.
Pendek kata, berdoa sungguh-sungguh nak lulus disamping usaha sungguh-sungguh nak lulus exam MUET ini.
Kata nak lulus kan? Jadi, usaha pun kena sungguh-sungguh.
Dan biasanya, usaha itu akan reflek pada hasil kita nanti.
7. Maafkan semua orang dan minta maaf sebelum korang pergi exam. Termasuk maafkan orang yang selalu korang buli atau orang yang selalu korang hina.
Walaupun tips ni lebih kepada elemen yang tidak ada kaitan sangat dengan nak lulus exam muet. Tapi korang anggap aje korang kena tipu dengan aku dan buat juga tips no.7 ini. Mudah-mudahan, orang yang maafkan korang itu akan berdoa agar korang lulus dalam exam muet korang tuh.
8. Bersedia pada hari peperiksaan. Jangan tidur lambat, jangan makan berat sebelum hari exam, jangan “study last minute”, dan jangan macam-macam jangan lagi. Sentiasa bersedia dan sentiasa ambil tahu terutamanya tarikh hari peperiksaan seperti yang aku kongsikan dibawah ini.
Bagi yang akan terlibat dengan exam MUET sesi Julai tahun ini, tarikh ujian “Speaking” akan bermula pada 15 Jun 2015 dan akan berakhir pada 25 Jun 2015. Dan tarikh ujian bertulis pula pada 1 Ogos 2015.
So, sila bersedia.
Kesimpulan.
Pengalaman aku masa menduduki Exam MUET ni, memang berdebar. Terutamanya masa ujian speaking tu. Memang ada gak aku tercakap melayu. Tetapi nasib baik sempat adjust cepat-cepat. Sampai tersenyum kawan aku masa dalam ujian grouping tu. Dan yang paling menarik, topik yang dibincangkan, memang pernah kami belajar dan siap buat “mock test” untuk topik yang sama.
Alhamdulillah.
Berjalan lancar.
3 orang dapat Band 2. 2 orang dapat Band 3. 1 orang dapat Band 4.
Korang agak, aku dapat band yang mana satu?
26,093 total views, 2 views today
Mungkin sekarang student kurang menggunakan bahasa inggeris atau standard BI kita dah menurun menyebabkan kerajaan suruh ambik periksa MUET ni.Zaman saya dulu tak ada.Lecturer rata-rata semua oversea , buku langsung tak ada BM. Nak tak nak kena pandai-pandai belajar BI kalau nak lulus periksa.
zaman dulu, memang tak ada muet.
zaman la ni memang kena ada sebab budak sekarang memang malas sikit bab belajar english ni.
lect aku kata muet ni kacang, tulis nama je pun dh dpt band 1, ye ye je laa, haha..
klu nk capai band 3 ke atas, kena score dlm reading dan wiritng klu bg mereka yg xberapa nk mahir berkomunikasi dlm english.
tp bg yg mahir berkomunikasi dgn lancar, no problem laa, senang je muet tu. practise la ckp omputeh
kalau tanya aku sekarang, aku pun rasa MUET tu macam kacang je.
tapi masa zaman aku dulu, aku rasa macam susah gila beb. haha..
nasib la belajar diploma dulu di Uitm…senang lulus sebab semua benda uitm tu dalam BI. Klu tak, haru jugak nak kuasai BI ni..
english ni, penting la jugak.
jangan tak tahu langsung aje.
apa bende band tu huhu
Azam: Band tu macam band of brothers yang best tu….
Band ni macam gred yang dikelaskan mengikut kemahiran yang kita kuasai..
Betul ka macam tu En Titan..
Bagusnya tips ni untuk student amalkan..syukur la zaman saya dulu takda MUET ni…
untungla takde muet zaman tu kann..
Sangat menguntungkan, sebab kami zaman Gen X kot..kalau Gen Y ke atas memang dah ada MUET ni..hihi
Tulah pentingya bahasa inggeris ni kalau nak pergi jauh…Yang tak berapa terer tu memang kena dapatkan panduan ni. Seumpama jalan pintas la ya En Titan…
takde jalan pintas.
panduan tu just pembantu sahaja.
nak tak nak, still kena study dan usaha sendiri gak.
Takdak jalan pintas ya…hah..hah. Memang kena usaha kaw-kaw tu…huhu..hu..hu.. tapi mudah sikitlah kalau ada panduan. ikut aje apa panduan tunjukkan..
Seingat sayalah… Entah pape yang saya cakap masa ambil MUET dulu.
Dengar cerita MUET ni susah eh..
ko kena BAND kan? hehe
time ak amek muet dlu, ak sowang je dari kelas aku, budak2 ak amek time semester akhir, aku amek time semester 2. persiapan awal kononnya sebab taknak terlampau bz time final semester. restulnya, alhamdulillah dapat 3 hehe
Mek ila tak pernah ambik MUET hihi. Sebab masa belajar dulu ianya belum diwajibkan kecuali kalau nak ke oversea.
Gua dapat band 3 je.. pergi redah je jawab exam. main sebut je apa yang terlintas. hahha
Uhh makin dekat dengan Exam Muet, ramailah yang akan cari panduan ni.
Good Luck untuk semua candidates!
Usaha & yakin pada Nya, in sha Allah boleh buat 🙂
Saya tak belajar tinggi. Menengah je…jadi tak pernah tempuh Muet ni. Lagi pun dulu tak ada.
haha..aku tak pernah pun ambik exam muat ni..
soalan bocor ada tak bro?
hang mesti dapat band 4. hahah. Nasib dah lepas. hhehe
Apa benda yg saya study masa muet dulupun saya tak tau. Syukur dapat cukup2 makan.. Zaman saya kena lulus muet baru bole grad..
kalau nak lulus exam Muet kena banyak baca dan berkomunikasi dalam English.
pokoknya harus mengulang kaji MUET itu sendiri.
Ikhwan Fahmi: Maksudnya kena praktis sekali baru boleh berjaya kan dengan bintang-bintang
MUET dulu amik xde persediaan langsung..main redah je..sbb nak kira cukup syarat boleh sambung degree..huhu.. alhamdulillah..lepas la untuk sambung degree
memang perlu belajar bahasa inggris ya kalau nak lanjut sekolah atau kerja
kalau dapat lulus memang terbaikkan..yakin mesti boleh.
p/s:tahniah untuk cikgu titan sebab dah dapat bby boy.. 😉
oo…dah jadi ayah…
tahniah bro!semoga tabah menjadi bapa…huhu
Nice tips, bolehla dapat Band 5 lepas ni. Nice
ambe rase bro titan dapat band 4…huhu
Bro TItan betul ka dapat band 4?
Test speakibg tu ok lg. as long kita byk ckp dan goreng2 sket,,ada gk markah yg akn diberi. Jgn diam seribu bhasa audahla. Chii dulu..lmah bhgian eseii..x suka nk karang ayat
tngok movie omputeh juga penting untuk lulus muet.. hehe
Rupanya ada tip juga kalau nak lulus MUET ya…. ingatkan pakai bedal saja. Harap dengan tip ini, ramai pelajar akan lulus nanti.
Dady Titan masih lagi bercuti ya..:-)
MUET. huh! pernah ambil sekali saja, paling tension time listening test! huhu… apa pun x dengar dalam dewan. hhmmm…
Suhiminain: Result dia OK tak??
time belajar tak sempat pun exam muet ni…
Tak pernah ada jodoh ngan Muet ni..student tanya pun tak tau nak jawab lepas ni boleh suruh diorang baca entri ni aje la senang
Ada orang cakap MUET ni, asal daftar dan duduk exam jer… dah boleh lulus dapat band 1…
Betul ke?
titan kalau after 3 tahun kena ambil balik ea muet tue.. even umur dah 30an takde masalah ke nak ambik muet nie..
saya ambik exam muet mase matrikulasi tu..xsilapnye dapat band 3 je huhu..paling top band 6 kan..
satu je cara yang paling ampuh nak mantapkan bi adalah dengan menonton movie omputeh..