Tadi..
sempat gak main sms dengan bini.
Dia ada wat “checkup” macam biasa.
Sambil dok merancang nak pilih hospital mana nak bersalin nanti, bini aku tanya satu benda.
“Abang, apa itu GL?” soalnya cukup dengan bakunya.
“Ohh..kenapa?” soal aku semula.
“Nurse kata, nanti abang kena bawa GL untuk buat bayaran bersalin kat hospital..”
“Ohh..dah. Dah bagitau pejabat. Diorang akan uruskan. Jangan risau la..”
..
Yup.
Ramai lagi yang tak tahu. Termasuklah bini aku. Walaupun dia tahu, bersalin kat hospital ni boleh dapat percuma kalau kerja dengan kerajaan.
Beruntunglah kahwin dengan orang kerja kerajaan ni. Serba-serbi kena “support”.
Alhamdulillah.
Orang nak bagi, kita terima dengan terbuka.
Berbalik kepada soalan bini aku tadi.
Apa itu GL?
GL itu Gurantee Letter.
Maksudnya, surat pengesahan dari majikan untuk dapatkan rawatan percuma dihospital. Biasanya, orang yang kerja kerajaan macam guru ni, akan dapatkan GL ni sebelum bini dia nak bersalin. Gurantee Letter ni sah lakunya dalam tempoh 3 bulan. Manalah tau kan, elok-elok dah ada GL ni, bini pulak dah call kata dah tak tahan nak bersalin, air ketuban pun dah pecah..tapi..tak keluar-keluar gak sampai 1-2 bulan lamanya..haa..sebab tu GL ni lama sikit tempoh expirednya.
Haha..
Bukan gitulah. Ini untuk uruskan hal-hal pengurusan rawatan dan pembayaran ibu bersalin. Sebagai pegawai atau kakitangan kerajaan, kos pembayaran ditanggung oleh kerajaan. Bukan sebab bayi tu tak nak keluar awal. Takde kena mengena. Β Jangan percaya sangat apa yang aku mengarut nih.
Pendek kata, siapa yang ada GL ni, guna je GL. Kalau ada medical card, guna medical card. Kalau ada insurans atau takaful, guna insurans atau takaful. Jangan tak ada langsung. Kalau tak ada kes besar, bayar sikit la. Kalau ada kes besar, GL takde, medical card takde, takaful dan insurans takde, kena plak anak dapat demam kuning, ada jangkitan ada itu, ada ini..sengsara gak nak membayar bil nih.
Kena plak, yang gaji kecik dan tak menyimpan sangat. Bila semua itu tak ada, memang nanges la bab nak membayar ni. Tak pasal-pasal, terpaksa gak tebal muka nak pinjam sana-sini.
Apapun, mudah-mudahan, korang semua takde masalah tu semua. Β Aku doakan korang semua ada duit lebih sikit bila bini dah bersalin.
Sebab itu, aku kerja kuat sikit dalam 2-3 bulan ini sebab “preparation” nak sambut orang baru ni. Walaupun duit dalam bank tu, in-sha Allah cukup walaupun tak perlu guna GL atau medical card. Tapi bila ada DUA kemudahan ini, lebih baik kita guna agar “keselesaan” bini kita tu. Agar dia lebih mudah bersalin dan segala urusan berjalan dengan lebih lancar.
Ada 3 minggu lagi sebelum “due date”.
Aku dah siap sedia awal nak balik dan gunakan “cuti” seminggu yang diberikan khas untuk orang lelaki bila bini diorang dah selamat bersalin. Kalau tak cukup, aku tapau la CRK 7 hari yang masih aku tak sentuh lagi. Kalau boleh guna CRK 7 hari tahun lepas, aku nak guna gak. Tapi aku, tahu..memang tak boleh.
Bos mesti tak bagi.
Haha..
Kesimpulan.
Aku harap semuanya selamat. Bayi sihat, bini pun sihat termasuk bapaknya yang hensem ni pun sehat.
Aku nak masuk dalam labour room. Bukan sebab bini aku nak aku temankan. Tapi aku nak tengok sendiri dan rasa pengalaman sendiri macam mana ibu dan bini aku bersalin. Nak tahu apa yang diorang dan ibu-ibu diluar sana lalui ketika bersabung nyawa melahirkan anak. Dulu, masa mak aku bersalin, doktor tak bagi aku tengok masa adik bongsu aku keluar. Bapak aku aje dia bagi masuk. Mana aci, kan?
Jadi, kali ni..nak tengok gak atas lesen sebagai suami tercinta.
Haha..
Aku tahu susah dan mungkin ini akan jadi satu pengalaman “indah” dalam hidup aku.
Oleh itu, kepada semua yang dah membaca blog-blog aku sejak tahun 2001 dulu sehinggalah ke hari ini dan juga kepada pembaca baru blog ini, apa yang aku nak mintak, mohon doakan agar bini aku mudah bersalin dan segala urusan dipermudahkan dengan selancar yang mungkin.
Amin.
Okeh. Nak makan beger sat.
53,366 total views, 3 views today
semoga segalanya berjalan lancar.tahniah!
Ya.
Mudah-mudahan begitulah hendaknya.
sy guna GL suami je… Wpun ada GL sendiri…
Ohh..
dua-dua kerja kerajaan nih. π
4 orang anak semua guna GL.Bila check bill dekat 6K walaupun normal delivery.Nasib masa tu kerja lagi.
Kira masih murah lagi tuh.
HOho..
yeahh..
sayangnya gua takda GL..
Apa kemudahan yang ada, gunakan. Cari cara untuk berjimat sejimat mungkin…
Ya.
Selagi boleh, kita guna aje.
En Titan moga dipermudahkan dan diberi keselamatan sepanjang proses kelahiran baby…Anyway memang untungg oooo kalau kerja kerajaan…
Ada kebaik dan keburukan.
Yang baik, kita ambil. Yang buruk, kita abaikan. π
Tahniah cikgu titan. Rezeki anak nanti lagi banyak masyukk.. doakan aku pun dapat anak jugak nanti ya
Moga-moga hang cepat dapat anak eh. π
moga semuanya bejalan lancar, gua pun kena standby raya ni tak pun kalau awal akhir puasa huhu
jimat banyak duit kalau ada GL..
semoga isteri selamat bersalin nati, dan dipermudah segalanya
Titan, ada ke pembaca blog bro dari 2001 sampai sekarang? Dahsyat betul… Saya mula baca earncent.com pun tahun 2008.
Apa pun tahniah untuk anak sulung, semoga semuanya selamat.
Saya sarankan bro teman isteri sekali masa bersalin. Support dia waktu tu.
Dan jangan lupa kemaskini maklumat isteri dalam HRMIS. π
ada.
ramai.
pembaca setia la katakan. hehe..
untunglah kalau kerja dengan government.
air ketubahan dah pecah mana leh tunggu sampai 1-2 bulan woo… bahaya woo..
medical card jarang cover bersalin tu…. tapi tak tau le kalau yang mahal punya..
3 minggu tak lama bro.. ada yang cepat ada yang lambat.. silap haribulan esok org umah ko beranak..
bagus la masuk labour room.. jangan cam aku.. ada peluang tapi dipersiakan..
cuma yang boleh masuk kalau salin normal le, kalau vacum atau caesar memang takde la.. doa-doa semoga isteri ko bersalin normal..
haha..memang la.
yap. aku dah ready anytime nak balik nih. haha..
Okeh…bagus-bagus..nanti lepas masuk wad bersalin, mesti hati bertambah sayang dengan bini..sama itu anak..hehe..seronoknya..rasa macam nak buat anak nombor tiga pulak dah…haiya…
GL ada takde hal..:D
tak lama lagi tu bro..pastu aku lak menunggu masa nanti..tapi aku takde GL ..pinjam ko punya boleh? hehe
Semoga selamat isteri en.Titan nak melahirkan bayi nanti yea..saya merasa juga bersalin ‘free’ semasa suami kerja dengan Kerajaan dulu…
Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. Tahniah weh !!
tahniah en titan dah nak dapat orang baru. Semoga selamat semuanya π
semoga semuanya baik2 sahaja….untung laaa dah kawen. ahakzzz π
semoga proses kelahiran dipermudahkan..papa yang hendsome masuk teman wife masa nak sambut baby tak?ngee
Alhamdulillah beban dah lepas dengan adanya GL tu. Semoga Allah permudahkan isteri bersalin ya. Tahniah ya nak dapat anak baru ni.
haha..baru aku tau apa itu GL…..ko rasa.
insya allah..semoga dipermudahkn..jgn nnt pengsan plk dlm labour room tu nnt ye :p
Taniah bro, semoga dipermudahkan urusanya
moga di permudahkan bro.
aku tak tau la sejak bila aku ter perangkap dalam blog kau ni. rasa 2001 tak la kan ahha
Patutnya tak perlu GL dah sebab Hospital Kerajaan boleh print GL dari sistem je hihi. Tapi kalau bawak pun xpe, mudahkan proses itu. Tahniah!!!
Dah tak lama dah tu bro. semoga dipermudahkan. Barang2 baby dah boleh standby dalam 1 bag, letak dalam kete.. in case tiba2 baby nak keluar cepat. hahaha
Tahniah titan…
semoga wife mudah bersalin normal..
wife sihat..baby pun sihat.
moga bertambah-tambah rezeki lepas ni
Amin
3 minggu tak lama dah tu bebila je boleh deliver, moga semua proses dipermudahkanNya.
Sokong sangat.
Kena masuk tau tengok isteri bersalin.
Banyak dah hospital semua benarkan suami temankan isteri.
Baru la ada kenangan terindah kan.
Tahniah bro.
aah.
Memang nak tengok gak.
Tak kira.
wah..dah nak due…
Saya doakan semoga semua urusan berkaitan dipermudahkan Allah….insyaAllah..
Kena manja2 lebih sikit kat puan isteri dalam masa sekarang ni..he he
memang dah manja sangat dah bini tu.
layankan ajela.
Haha..
Cikgu semoga selamat semuanya. Selamat menjadi bapa dan suami mithali. Perjalanannya tak mudah, but u can do it cikgu. Amin
wah kacak sungguh bila bakal admin ank jadi papa..selamay hendaknya dari awal hingga akhir proses bersalin ya..
welcome to da club.
Kelab bapak bapak yang berdedikasi.
Sibuk memanjang la lepas ni .
Kalau dua-dua orang gomen, pilih GL yang lagi tinggi gred dia…hehehe
Insyaa Allah, semoga isteri dan anak cikgu Ahmad Faizal selamat dan dipermudahkan segala urusan.
Excited dapat baby nanti, jangan lupa kalimah suci pertama dilafazkan pada telinga baby ye, azan n iqomah. Belah mulut dengan air zam-zam dan kurma.
Selamat menjadi bapa bro..untunglah ..ada penyeri dalam hidup..rezeki makin murah
dah lima anak ni
lupa pulak mcmana nak isi GL ni π
tahniah encik titan, dah jadi bapak daaa
smoga dipermudahkan urusann π
harumnya bau baby. mungkin lepas melihat kepayahan isteri nak lahirkan anak, bertambah sejuta kali sayang kat isteri. dan yang pasti mesti terasa insaf.
aku lambat lagi kot. heee…. π
tahniah…selamat semuanya yr…
Gl kalo bini polis?askar dapat ward kelas ke 2, tapi bini cikgu dapat kelas pertama..
ya, kalau kerja gomen bawa GL je, nanti semua bayaran ditanggung beres.
tahniah titan dah dapat baby..
org gomen memang ade peluang dapatkan GL, inshaAllah bersalin free. kan.
ALhamdulillah
Nak tanya GL lepas istri bersalin kan, means kita kena ambil cuti rehat juga lah ya seminggu awal untuk stadby. tahniah bro semoga jadi ketua keluarga yang baikbtw, lambat wish kat sini hehehe
Salam.. Cuma nk bgtau GL ni bukan percuma.. akan ditolak nnti bila sebelum pencen akan dipotong dari wang saguhati yg akan diterima. Harap maklum.
Salam. Mohon pembetulan, tiada kena mengena gl dengan potong faedah persaraan.
Pembetulan:
GL tu Free jerr hahaha… Potong apanya? saya pesara kerajaan dengan gred Pegawai Tertinggi Kerajaan.
Saya menggunakan GL ni dari seawal usia sehingga dah bersara ni (Pesara guna kad pesara la ye).
Takde bab potong-potong, wang sagu hati yang saya terima dekat 700k dan pencen sebnyak 7k sebulan tak kacau pun.
Saya minta dengan korang semua janganlah percaya dengan fitnah macam ni x baik.
Kalau tak suka BN, pilihlah pembangkang, saya kerja kerajaan tapi “BANGKANG TETAP BANGKANG”, cumanya kerja kerajaan ni baguslah sebab bnyak kebaikan yang boleh dapat.
Yang tak kerja gomen tu jangan pandai2 buat andaian yer…
Bekerja dengan kerajaan saya dah pergi merata negara, bnyak sngat smpai tak ingat bila last saya pegi utk bekerja.
Umur dah 72tahun ni duduk diam sambil pikir nak kahwin lagi ke tak ni…
Ehhh jangannn… umur 72 masih kuat ππππ …
Dengan pendapatan saya ni boleh lagi masuk seorang hehee…
Suami baru discharge Dr hosp kerajaan.oleh sbp tak tau no guna GL,Aku trpaksa byr Kos rawatan dgn RM yg tinggi sdgkn suami kerja kerajaan..
Lps byr Tu baru tau,klu Ada GL tak pyh byr..tpi dah trlmbt..kami sambung rawatan ke hosp berdekatan…
Boleh tak Aku klem blik duit byran Tu?