Ya.
Haha..
Apa yang aku akan kongsikan ini, apa yang aku nampak.
99% adalah betul belaka.
1% adalah kesalahan ejaan sahaja. Mungkin.
20 Realiti Blogging tahun 2015-2020.
1. Lebih ramai orang akan jadi blogger dan lebih banyak blog akan dihasilkan. Malah, lebih jutaan artikel akan dihasilkan oleh blogger-blogger ini semua.
2. Majoriti blogger akan mempunyai sekurang-kurangnya lebih dari satu blog atau website.
3. Blogger yang mempunyai cuma SATU blog sahaja, bukan jenis pembuat duit dari blog yang sejati. Mereka jenis yang syok sendiri. Tulis apa yang mereka suka. Aku tahu diorang tetap boleh buat duit. Tapi, satu blog sahaja, berapa sen sahajalah korang akan dapat, kan? At least 2 atau 3 blog yang mempunyai trafik yang konsisten pada setiap bulan yang boleh memberikan keuntungan dari sudut affiliate ataupun paid-per-click.
4.Β Blogger yang bergantung kepada PPC, susah sebenarnya untuk pergi jauh. Tapi jika digabungkan dengan punca pendapatan yang lain, aku akui, nak dapat RM500 dan ke atas dalam sebulan adalah perkara yang biasa.
5. Blogger lelaki mempunyai lebih banyak blog berbanding blogger perempuan. Ini fakta kukuh. Tak perlu buat kajian tentang isu ini. Bukan bermakna blogger perempuan itu malas mempunyai lebih banyak blog, cuma blogger lelaki lebih rajin dalam isu ini.
6. Blogger lelaki, lebih bijak, lebih kreatif, lebih gila, lebih pandai, lebih inovatif dan lebih jahat berbanding blogger perempuan terutamanya dari sudut buat duit dengan blog.
7. Realitinya, 80% blogger yang cuba untuk buat duit pada awalnya, akan putus asa. Separuh dari mereka akan cuba buat come back, tetapi gagal. Suku daripadanya beralih ke dunia IM yang difikirnya lebih mudah untuk buat duit tetapi hampir 90% daripada mereka gagal dan kembali membuat pekerjaan yang mereka selesa. Yah, 75% daripada mereka akan join MLM seperti Tone Excel.
But, nothing wrong with that. Selagi tak menipu, nak buat duit dengan MLM atau “jual karipap cheese” pun takde masalah.
Oh ya, majoriti IM Malaysia adalah penulis blog yang gagal. Sebahagian kecil sahaja yang betul-betul buat duit dengan cara “IM”.
Iaitu, update betapa susahnya hidup kat negara ini, update status nak makan itu, nak makan ini, update status orang lain jahat dan dia sorang aje yang paling baik, update status bahawa kerajaan ini jahat dan pembangkang salah serba-serbi. Pende kata, tak pernah nak puas hati dalam hidup ini.
8. Separuh dari korang adalah pembaca kitab PINK. Tetapi lebih dari 1000% kali ganda daripada korang berpotensi untuk membaca kitab tersebut pada masa yang akan datang.
9. Blogger yang sudah mempraktikkan teknik yang terdapat dalam kitab Pink dan berjaya buat sales yang pertama dari blog mereka adalah blogger yang terpilih dan bijak-bijak belaka. Kalau lelaki, kita panggil mereka sebagai blogger hensem. Kalau perempuan, kita panggil dia blogger comel.
10. Separuh dari blogger TAKUT untuk membeli produk secara online terutamanya ebook atau software. Tetapi 99% daripada blogger tidak malu dan segan silu untuk membeli apa-apa produk yang dipromosikan di facebook. Hampir 98% dari pembaca artikel ini pernah membeli produk di Lazada, Zalora, Nile dan mungkin juga Hostgator.
11. Hanya 8% daripada blogger Malaysia yang betul-betul berjaya buat duit dengan blog dan MAMPU tampung kehidupan mereka setiap bulan dari hasil menulis blog.
12. Majoriti sumber pendapatan blogger adalah melalui penulisan review, advertorial berbayar, iklan PPC, iklan berbayar, penjualan produk fizikal dan digital, jual ebook berbayar, jual servis, menyertai program affiliate dan jual baju secara online.
13. Blog dari niche personal, kesihatan, pendidikan, kerjaya, “make money”, bisnes akan bertambah dari masa ke semasa kerana mendapat permintaan yang terlalu banyak setiap tahun. Jadi, tulis tentang niche ini dan in-sha Allah, tiap-tiap bulan boleh dapat duit.
14. Tak semua penulis blog suka main bola sepak dan bola jaring. 80% daripada yang tak suka ni adalah blogger yang gemuk atau menghadapi masalah obesiti. Senang cakap, diorang malas bersukan. Diorang selalu stress dan tak suka jumpa doktor gigi. Lebih tepat, 90% daripada mereka tetap suka selfie di facebook dan blog masing-masing. Berlakon adalah pekerjaan sampingan bagi mereka.
15. Majoriti pembaca blog ini tiba-tiba sahaja boleh teringin makan cendol dan akhirnya telah makan cendol walaupun hakikatnya sebelum ini tidak pernah atau terhingin pun hendak makan cendol.
16. Separuh dari pembaca blog ini membaca blog ini kerana penulisnya hensem, bininya comel dan anaknya super genius macam bapaknya.Β
17. Dan 50% dari pembaca setia blog ini akan kekal membaca blog ini tetapi sudah tidak lagi aktif menulis blog masing-masing pada masa hadapan.
18. Blog yang KEKAL evergreen sepanjang zaman adalah blog personal, blog tulis pasal gosip dan dedahkan aurat, blog-blog yang cerita pasal isu semasa dan isu kontroversi dan tak kurang juga blog yang suka cari pasal dengan pembaca blog yang lain. Semua blog jenis ini boleh kekal untuk satu tempoh yang lama kerana orang kita memang suka baca benda-benda yang orang kita tak suka buat.
19. Blogger suka bergaduh antara satu sama lain. Isu kecil pun, boleh bergaduh besar.
20. Blogger suka tipu blogger lain. Termasuk tipu manusia naif yang lain. Ini normal. Manusia memang suka kena tipu walaupun dah kita nasihat jangan masuk program sontot tu. Tapi blogger dan orang kita tetap suka biarkan diri mereka ditipu hidup-hidup. Dah mati pun, masih tetap kena tipu. Tak faham betul aku.
21. Tak semua blogger suka baca manga Naruto dan layan drama korea Winter Sonata. . Korang memang SEDIH.
22. Sebahagian besar penulis blog kita lebih banyak menulis tentang “sampah” berbanding artikel yang bermanfaat.
23. Tajuk artikel menjadi KUASA BESAR dalam dunia penulisan blog sejak tahun 2001 sehingga sekarang. Tak mustahil pada tahun 2020 juga nanti, orang tetap akan kata, TAJUK atau “Headline” itu sangat penting. Tak kira dalam penulisan blog, iklan facebook ataupun ketika menaip status di facebook.
Content is KING? Not anymore. Headlines is new KING.Β SEO remains the QUEEN.
24. Banyak penulis blog yang akan suka COPY artikel orang lain diblog sendiri. Siap letak “dengan izin” penulis atau sumber asal walhal tak pernah pun mintak izin. Senang cakap, masalah ini dah berlaku sejak 2-3 tahun yang lepas dan semakin rakus dimanipulasikan dengan lebih bijak dan berhemah.
25. Dunia blogging susah nak mati selagi internet masih wujud. Dah kiamat, barulah mati betul-betul semua benda termasuk kau penulis blog tersohor sekalipun ataupun ko seorang yang suka dedah buah dada kat facebook. Termasuk juga yang suka dok sebar aib laki dan juga yang suka selfie pakai baju ketat-ketat kat facebook memasing.
..
…
Dah.
Itu sahaja.
Jangan anggap terlalu serius walaupun apa yang aku tulis tu memang betul belaka.
Ambil yang baik, yang jahat tu..korang fikir balik. Kenapa aku dok tulis isu tuh. Mesti ada SEBAB kenapa aku “mention” dalam artikel ini.
Haha.
Sekian.
Terima kasih.
Ps: Aku boleh tulis lagi 100 realiti semasa, tetapi aku biarkan korang sambung diruang komen. Harap maklum.
9,687 total views, 1 views today
ya saya juga ada beberapa buah blog, tetapi di rahsiakan siapa pemiliknya, kerana itu aset masa depan saya, terima kasih
Power. Dedor ak baca entri ni haha
ok..berjaya buat gua gelak sesorang.ahaha..kena belajar banyak dr lu ni…weh..sila pegi sbb2015..team ngan gua.aha
gua jadi pemerhati korang berdua hahaa
Wah banyaknya bermain dengan angka..realiti yang patut diambil peduli..
Best pulak aku baca fakta2 ni dan mengakui kebenarannya
aku le salah sorg yg tak rajin nak update blog..hahaha..
sejarah aku..
-2007-bermula dengan blog
– 2012- berhenti, buat dropship je
– 2015 – Blog + Dropship
dari blog kita bermula, kepad blog kita pulang.haha
kerana kitab PINK tu la.. kak yati mula belajar berblog ni…mai ai..tekejut juga bila ada orang beli dari blog kita…tq Titan..ilmu dalam kitab kmu sangat membantu..
tapi betul..wanita x kuasa ada banyak blog…almaklumlah nk jaga perut suami dan anak2…
Yesza, blogger lelaki memang rakus buat duit.Hehehe…
macam betul pun ada artikel yang ditulis tu, terbaik ooo. nak jaga 1 blog je dah macam apa belom lagi blog lain.
Nampaknya gua belum capai tahap blogger hensem.
Perlahan-lahan, aku juga makin perlahan dalam aktiviti penulisan kat blog. Menulis kat wall FB pulak yang jadi makin rajin sekarang ni
Ha.winter sonata tu je saya layan sebab itu je cerita korea paling best pada saya.Tapi yang no 24 tu memang sakit hati.Banyak kali dah terkena.Settle sorang, lagi sorang pulak copy π
kawan menulis blog, dalam tahun ketiga baru tahu hala tuju sesebuah blog yang dimiliki
Memang terasa kesentapannya. Bab wanita blogger tu, rasanya no komen. Sebab mom-blogger luar negara pun ada 1 blog tapi boleh kembangkan menjadi perniagaan. Tinggal nak tak nak je. Blog kecantikan boleh pergi jauh sebab ada demand. Blogger lelaki tu mmg betul, sbb kebanyakan blog gosip ni orang laki yang buat.
Hahaha, panjang tapi bermakna. Terutama bab blogger perempuan π
blog dah jadi macam surat kabar, headline is the KING!
Ada kebenaran prediction tersebut. Masing-masing mahukan fast result menyebabkan putus asa disekerat jalan.
” Content is KING? Not anymore. Headlines is new KING. SEO remains the QUEEN ” – Copy paste dengan izin.. π
aku bocorkan rahsia kat sini, aku ada 4 blog dan 3 daripadanya untuk buat duit. kalau pandai cari korang tau lah, hehehhee
paling aku suka, masuk kategori blogger hensem…
yang lain semua setuju… hi hi..
banyak fakta tu kena dengan diri aku..haha
pedas dan berapi..hehe…
saya semakin banyak membuang masa di FB berbanding blogwalking..ho..ho..
Tengah cuba nak menghadamkan point2 yang ko sampaikan. Hahhaa
Ohhh jadinya saya termasuk dlm klgn mereka yg sedih la ni.. Tak suka lyn Korea.. Sampai hati.. Sedih tauuuu…
Ada kelakar, ada manis, ada masam, ada terbakar baca artikel ni. Apa pun, itulah pengalaman bro sejak 2001…
Bro lah antara blogger tegar yang masih wujud di Malaysia hingga kini, dan beberapa kerat lagi blogger. #kipidap π
agak terkedu, sebab nampak sangat beginner lagi walaupun dah blogging dari 2009 lagi, tak tahu pun dunia blogging macam ni. bloggers ada bergaduh eh? rasa macam baca obefiend dengan rotikaya je
menarik sekali informasi yang diberikan, saya hanya punya satu blog saja nih
research dari mana bro korek ni hihi
sebelum nih ada dua tiga blog buat duit… memang mahsyuk kalo ada dua tiga ratus blog… laaanih dua tiga blog aje laa sikit2.. hehee
mantap juga sihh π Di Indonesia saja uda triliunan website dna blog, apalagi di dunia ya π Hepeg do mangatur negaraon π
Betul sekali saudara.
saya blog syok sendiri 2008
kemudian stop 2,3 tahun..
sekarang cuba2 nak merangkak balik untuk syok sendiri…
yang baiknya selepas 2008..letak ‘Blogging’ di dalam resume dan sebahagian dari kemahiran diri
Betul tu, masa depan blog semakin cerah.