Okeh.
Ekonomi hari ini sangat mencabar.
Perniagaan bukan lagi satu pilihan tetapi sudah jadi satu keperluan. Kalau dulu, saya takut nak berniaga sebab selalu fikir nak berniaga kena ada modal besar.
Sekarang saya tahu tak ada modal pun boleh mula berniaga.
HOW?
Saya mulakan perniagaan tanpa modal dengan membuat dropship produk Panacea Beauty pada awal tahun lepas. Awal-awal berniaga dulu memang macam syok sendiri buat promosi di media sosial, sendiri like..
Bila fikir semula, memang rasa kelakar sangat.
Haha…
Sales PERTAMA itu penting.
Ya.
Sales pertama saya after 2 bulan duk promote tanpa henti. Bayangkan masa tu rasa macam banyaknya order padahal baru DUA orangg sahaja yang buat payment. Saya memang tidak pernah berhenti promote di media social.
Lama-kelamaan, saya makin mahir dan orang juga makin kenal saya.
Dari dropship saya upgrade ke dealer dan now stokis. Dari akaun bank saya yang CUMA hanya ada 2 angka, kini.. Alhamdulillah dah ada 6 angka (bukan nak riak, sekadar memberi inspirasi). Selepas 7 bulan berniaga, akhirnya saya berjaya beli kereta pertama saya cash (kereta buatan Malaysia je, tak mampu lagi pakai kereta mewah).
Walaupun kereta biasa2 je tetapi saya bila beli dengan duit CASH.
Perasaan tu lain macam…rasa nak nangis…rasa terharu sgt..
Jadi, pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua sedikit amalan dan teknik yang saya lakukan selama ini untuk membantu anda semua untuk cepat dan mahir buat duit tak kiralah dengan bisnes apa sekalipun. Mungkin perkongsian saya dapat membantu anda yg buntu nak cari rezeki lebih pada setiap bulan.
9 Amalan dan teknik yang saya amalkan
- Wajib ada akaun bank, daftar SSM, memiliki akaun media social seperti facebook, Instagram, blog dan sebagainya. Ini benda “BASIC”. Nak tak nak, kena ambil tahu.
- Setiap hari mesti buat promosi. Selang seli dengan info-info berguna, petua2, nasihat2 dan iklan produk. Kalau hari-hari dok promosi produk aje, orang pun rasa annoying gila, kan? Jadi, sila berpada-pada agar anda tak kena maki dengan orang lain.
- Solat awal waktu. Tambah dengan sunnat. Dan rajin-rajin buat solat sunnat Dhuha, Tahajjud, Taubat & Hajat setiap hari. Please, CUBA BUAT setiap hari selama 44 hari. In-sha Allah memang akan nampak perubahan rezeki mudah sangat masuk dan sentiasa berdoa disamping berusaha promosi setiap hari.
- Sedekah subuh. Konsisten. Setiap pagi selepas subuh, pergi beli nasi lemak, bayar untuk 3 org free. Bila pergi isi minyak, bagi sikit duit kat staf yang rajin lap cermin kereta kita time kita isi minyak atau paling senang, wujudkan tabung sedekah subuh. Setiap pagi masukkan duit dalam tabung dan hujung bulan bagi pada yang memerlukan.
- Mulakan dengan BISMILLAH setiap kali nak pm atau followup customer. Jangan lupa ucap ALHAMDULILLAH setiap kali ada customer tanya tentang produk, walaupun dia tak beli lagi pun tak apa ucap siap-siap awal. Itu tandanya, ayat promosi yang kita buat tu, dah ada “KESAN”nya.
- Jangan gelojoh. Layan customer umpama saudara/sahabat. Cuba followup dengan ayat paling manis.
- Sentiasa doakan customer agar produk yang dibeli sesuai dan berkesan dengan mereka.
- Berusaha sampai Allah kesian pada kita
- Sebelum menjual pastikan dulu produk anda memang berkualiti untuk tarik lebih ramai repeat order/ regular customer. Produk berkualiti, harga murah atau mahal, orang akan cari punya.
Itu sahaja.
Semua ni memang saya buat dan hasilnya sangat menakjubkan.
Pemilihan produk yang berkualiti
Saya memang pilih produk yang berkualiti dan berkesan.
Mengikut pengalaman saya, produk yang mudah untuk dijual ialah produk yang dapat menyelesaikan masalah orang ramai. Cari produk yang orang senang beli.
Saya pilih produk kecantikan kulit dan produk pelangsingan.
Kerana apa?
BECAUSE orang kita SEMUANYA memang semua nak jadi cantek belaka dan semuanya hendak jadi kurus.
Sebelum menjadi penjual, saya jadi pengguna dulu. Ini penting. Ini juga sekaligus menjadikan saya sebagai bukti kukuh bahawa produk yang saya promosi ini memang benar-benar berkesan.
Masalah saya sebelum ini, kulit saya memang berminyak, berjerawat dan bermasalah.
Selepas sapu Serum Biowhite Collagen, memang kulit dah makin cantik. Masalah ketuat pada jari kaki saya pun sudah hilang. Serum paling best kerana serum ni boleh disapu dan diminum.
Untuk masalah berat badan pula, Panacea Beauty menawarkan DR.BURN, slimming detox kemam dan kurus. Produk ini berfungsi mencuci usus dan mengawal berat badan.
Produk Dr BURN ini sangat bagus untuk mereka yang menghadapi masalah sembelit, masalah berat badan berlebihan, masalah buncit dan buasir.
Jadi, jika anda menghadapi salah satu daripada masalah tersebut, mungkin produk dari Panacea Beauty adalah jalan penyelesaian yang TEPAT untuk anda.
Nak order?
Klik je link ini utk COD terdekat: https://www.facebook.com/notes/panacea-beauty-official/senarai-rakan-niaga-panacea-beauty/564053780378228
Kenapa Panacea SBC ini terbaik??
.
Produk Panacea SBC dirumus khas dari bahan semula jadi tanpa bahan kimia merbahaya. Bukti depan mata. Serum SBC ini akan bertukar warna dari cerah ke gelap kerana bahan2 semulajadi yang digunakan. Tiada langsung kimia dan bahan pengawet. Kesan??seawal 10 hari je..Serum pertama boleh sapu & minum. Sememangnya rawatan kulit terbaik
.
Sebab tu produk Panacea SBC ini digemari rakan artis, VVIP dan juga kerabat diraja. Gambar dibawah ialah bukti salah seorang kerabat diraja Johor yang 2 kali datang dek terkejut dengan kesan tip top Serum kami.
Kesimpulan
Saya memang yakin dengan produk Panacea Beauty.
Banyak reward pihak syarikat bagi dan produk ini memang benar-benar membantu ramai orang yang memerlukannya dan membantu saya mencapai impian saya. Malah, telah membantu ramai usahawan baru dan peniaga kecil mendapatkan pendapatan sampingan yang lumayan.
Malah, produk-produk Panacea Beauty merupakan produk yang berdaftar dengan KKM. Ini sekaligus menambah kepercayaan kepada pengguna dan pelanggan kami.
Nak Jana Pendapatan Bermula Dari Zero?? Hubungi kami melalui:
- HOTLINE: 013-444 9531
- Facebook: Panacea Beauty Official
- Instagram: Panacea Beauty Official
- Website: Panaceabeauty.com.my
Sekali lagi, Saya PILIH Panacea Beauty.
Anda bagaimana?
12,666 total views, 2 views today
Murah betul rezeki orang yang berniaga… 😉
Terima kasih untuk 9 amalan tu.
wow!! impressive..
Saya pun ada dropship… Tp promosi mmg malas la.. just buat 1 entry di blog tp alhamdulillah so far dah kumpul dlm 100. Ok la dgn usaha yg x seberapa -.-
Nak cuba nombor 4 tu petang ni. Insya Allah.
thanks 4 sharing tips.. mcm menarik jugaq ni nak join 🙂
Sangat kagum dengan kesungguhan..gigih promosi produk dan konsisten dengan amalan rohani lagi…
Saya suka sedekah subuh tu…insyaAllah akan cuba kelak
tu dia aih..untuk perut pun ada..
Solat awal waktu dan sedekah subuh memang Zarith amalkan. Alhamdulillah jiwa lebih tenang =)
Beli jangan tak beli..:)
pehh..6 angka tu
berminat juga ni kalau dapat 3 angka sebulan pun best juga
menarik ni weh, rasanya ada benda yang akan aku beli ni
Tak terbuat dah sorang-sorang. Kena jv lepas ni.
ni penulis jemputan /berbayar ke? lain macam je gaya penulisannya.
tuhhh diaa 6 angka tuuu
Berniaga cara dropship antara permulaan yang selamat.
Dari situ boleh belajar berniaga yang lebih besar…
Risiko pun rendah, yang penting margin profit kena tinggi, baru berbaloi dengan usaha promosi…
Kedua, produk panas yang sangat membantu orang ramai… jika membantu lebih ramai manusia, insyAllah… dengan izinNya.. kita akan dibantu pula.. Ia law of quranic attraction.
2 angka yang pertama tu motivasi untuk permulaan, 6 angka tu tanda konsisten.
Tips yang sangat menarik. Boleh diguna untuk semua jenis perniagaan + rajin berusaha. InsyaAlalh berjaya.
aku dengan umi aku nak buat biz gak dalam masa terdekat ni. cantik 9 amalan & teknik tu. boleh amalkan inshaAllah
9 amalan/tips tu memang power. InsyaAllah moh sama-sama kita amalkan. Kalau orang tak berniaga pun, sangat molek untuk diamalkan. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk.
Setuju semua tips kat atas. Buat selalu, jangan give up, Allah Maha Memberi Rezeki 🙂
saat pertama tu sebagai pembakar semangat..terima kasih 9 tips yang dikongsikan..doa-doakan kita juga cikgu dapat 6 angka lepas ni.. 🙂
Jelous woo lihat orang buat bisnes 6 angka ni…ish…kita tak sampai stara tu lagi….
dah complete dah tu tips yang diberikan. siapa yang nak start jual melalui internet, boleh terus ikut je tips tu..
“saya” juga mahu jadi agent dropship lah…
sendiri post sendiri like… haha…
Boleh disapu dan diminum. Produk yang bagus. Yang paling bagus 9 tip tambah rezeki tu….
macam menarik jer, boleh jadi dropship ni.
Sedap bulih 6 angka.. .Insya-Allah… sama2 menuju 6angka juga….
Tips yang mantop tu. Kena ada usaha zahir dan batiniah jika ingin berjaya..
Indahnya bila menjadi peniaga yang tidak mengabaikan amalan-amalan kerohanian.
Berniaga itu pun dah sunnah, bila diri dekat dengan Allah, bertambah2 murahlah rezeki.
Inshaa Allah sangat bermanfaat untuk dijadikan pedoman untuk peniaga yang lain.
nak kempis kan perut..la
tips murah rezeki ni kadang banyak yang dah tahu, yang tak banyaknya ialah bilangan yang nak praktikkan termasuk diri ini sendiri huhu
sedekah subuh.. nak kena cuba ni. moga-moga niat tu sampai dan diterima Allah.. amiin..
9 amalan tu nampak senang tapi sukar untuk laksanakan dengan baik..semoga saya pun tergolong dalam kalangan mereka yang berjaya..insyaAllah..
Terima kasih untuk perkongsian
tips yang sudah didedahkan semoga emmbuat orang semangat mengikutinya agar bisa berhasil seperti en Titan
sangat mantop… kak akan ikut tips ni..
9 tips tu sangat-sangat berguna lah..semoga sukses selalu ya sis!
Tipsnya memang bagus-bagus. Nak konsisten tu yang cabarannya. Yakin boleh…insyaAlah…
menarik dan memang terbaik tips tersebut..
Alhamdullilah 1 lagi platform nak tambah income hari2 bg menempuhi gst yang mendatang….
Bagus ni untuk penambahan income hehe..
semoga aku dapat amalkan 9 tips tu..