Ya.
Lebih tepat, sejak DUA bulan Jobdirumah dot net beroperasi ini, boleh tahan juga aku dapat sales dari program affiliate Jobdirumah ini disamping dapat job tulis artikel untuk orang luar dan buat servis untuk orang lain. Ada kala, aku kena tulis artikel SEO, ada masa, aku kena dapatkan 1000 like targeted untuk client, ada masa, aku kena buat kerja-kerja pengkeranian, dari word ke excel, dari draft kasar, ke excel..dan memacam lagi.
Selagi job lumayan, aku belasah aje. Lagipun, bukannya aku buat hari-hari. Santai-santai aje beb.
Bagi aku yang buat benda ini secara santai atau bila ada masa sahaja pada setiap bulan, ini adalah satu perkara yang menggembirakan. Lebih asyik lagi, inilah hasil yang aku lakukan sejak 2-3 tahun bermain dengan program ini.
Jobdirumah Payment – Kali ke 241-285
Senang kata, tak rugi gak bila aku ambil tahu tentang benda ni.
BANYAK lubang job baru yang aku terima.
BANYAK skill baru yang aku belajar.
Skill excel yang dah lama berkarat, akhirnya kembali bersinar. Boleh belajar macam mana nak tahu bab excel yang versi advance kat sini kalau korang hendak tahu. Mana tahu, boleh bantu korang sediakan data atau laporan akaun yang lebih padu berbanding kerani kat syarikat besar kat luaq sana tuh.
Belajar tentang Excel dan cara buat akaun guna Excel –> Belajar buat akaun guna Microsoft Excel
Tips buat duit dengan Jobdirumah
Macam aku pernah cerita sebelum ini.
Nak buat duit dengan benda ini, ada 2 cara biasa.
1. Pilih dan buat job yang ditawarkan melalui iklan yang pihak JDR bagi.
2. Promosikan program affiliate kepada orang lain.
Itu sahaja.
Tapi ada cara ketiga.
3. Lubuk job yang pihak JDR beritahu tu, ada banyak. Dan biasanya, bila korang dah rapat dengan advertiser atau client korang tu, depa akan “suggest” servis korang pada kengkawan diorang yang lain. Bagi diorang, upah yang diorang bagi kat kita itu CUKUP MURAH. Tapi bagi kita, upah yang berpuluh atau beratus dollar tu, dah cukup banyak bagi kita.
So, apa lagi, rebut dan BEDAL je job-job tu semua.
Asalkan kita tahu cara nak buat dan selesaikan job tersebut.
Kalau tak tahu?
Belajar sampai tahu nak buat.
Kalau tak faham?
Tanya pada mereka yang faham sampai faham cara nak buat.
Simple, kan?
Haha..
Aku tahu, memula tu memang pecah kepala gak nak follow apa yang diorang suruh buat tu. Tapi lama kelamaan, korang akan faham dan boleh buat job-job tu tanpa ada masalah. Kena ambil masa sikit. Biasalah tu kalau buat silap atau kena maki dengan diorang.
Tapi bila korang dah “deliver” job dengan baik selepas itu, biasanya job baru yang lain akan senang dapat.
Kita bersangka baik ajelah dengan advertiser dan client ni.
Diorang pun memang “noob” juga dalam bab-bab nak bagi kerja nih.
Sebab diorang ni malas nak buat kerja yang remeh-temeh. Jadi, jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah diorang, diorang UPAH pada sesiapa yang sanggup selesaikan kerja mereka yang remeh-temeh tu.
Dah.
Gi daftar kat sini kalau minat nak buat duit dengan jobdirumah –> Panduan Jobdirumah 2016
Itu je tips dari aku.
Boleh APPLY untuk mana-mana masalah affiliate dan masalah nak cari kerja secara online.
Bab nak tingkatkan sales pun sama.
Sekurangnya, dari segi motivasinya, dah tercapai.
Cuma dari segi pelaksanaannya, semuanya dari diri korang.
Nak atau tak nak sahaja.
Dah.
Jom makan nasi panas + sambal udang dan petai yang menyedapkan tekak dan perut.
5,237 total views, 1 views today
em…ilmu yg baik..bagus ni.. tapi nasi tu lagi sodap.. terliur kak yati tengo..
nasi memang sedap kak.
hehe..
JDR aku dah berkarat.. kena polish balik. banyak kerja tu. hahaha
kalau karat, sila asah balik.
sungguh menarik kalau tahu lubang kat JDR..boleh kencang masyuk
tahu aje tak guna.
kena tahu cara nak tackle jugak.
Wahhh menarik tu. Aku belum mula lagi ni dengan Job Dirumah
Aku dah mula tapi belum tuai hasil lg, ahaks..sdpnya smbal udang petai 😉
Biar betik? EPC 1.58? Dahsyat gila.
Tak pernah tengok affiliate Malaysia dapat EPC setinggi tu. Fuh…
Jobs dirumah pun best gak kalau try
tadi nak tanya pasal JDR…tengok sambal udang, terus lupa!…sedapnyaaa la hai…
adeh..susah btul main dengan affiliate ni..kena lebih lg cari ilmu…
job opis belum sempat belek lagi hehe
OK.. Yang ni sangat jelessss..
Let say klo dh register job dari rumah than ttbe kite takde masa nk buat ade ape2 effect tak?
tak ada efek.
kita kerja base pada kerja. kalau dah daftar jobdirumah, kena pilih kerja yang kita nak dan yang kita boleh siapkan.
siap kerja, kita dibayar.
Tak siap, tak dapat bayaran.