Okeh.
I do agree that “title” is totally annoying.
Some people might thing i do crazy thing when using that kind of title.
Haha. But i don’t care. Sometimes, annoying thing become useful in future.
Dan..
Tajuk macam inilah akhirnya menjadi “KEGILAAN” blogger-blogger sekarang walaupun aku dah buat pun sejak beberapa tahun yang lepas.
TAPI..
Bukan itu yang aku hendak bincang dan kongsikan.
Kita FOKUS pada tajuk tadi.
TIGA ratus blog. Dan mungkin lebih. Bagaimana “lelaki ini” itu dapat lakukannya dengan GAGAH sekali?
..
…
Ya.
Seperti yang korang dah tahu atau yang korang TEKA..
lelaki itu adalah aku sendiri.
Haha..
Angka sebenar, aku dah lupa selepas buat kiraan sampai ke angka 300 pada tahun lepas. Lepas tu, aku dah malas kira sebab macam dah terlalu banyak angka yang hendak dikira. Itu belum campur blog-blog baru yang dibuat pada tahun ini.
Aku kongsikan caranya.
Baca dengan penuh ikhlas ye. Kalau rajin, boleh sebarkan. Kalau tak rajin, simpan dan makan sorang-sorang.
Jangan bagitau blogger lain. Nanti dia tahu “rahsia” aku plak.
Lelaki Handsome ini menulis dan MAINTAIN 300 blog setiap tahun. Bagaimana dia lakukannya dengan GAGAH sekali?
Aku pecahkan kepada DUA bahagian. Satu bahagian khas untuk blog wordpress berbayar dan satu lagi bahagian untuk blog blogspot atau blogger.com.
1. WordPress berbayar.
Buat kajian niche yang hot dan panas sepanjang tahun.
Pilih program affiliate yang hendak aku promosikan. Minimum SATU niche. Maksimum 10 niche. Jangan lebih sebab tak larat nak jaga nanti.
Beli domain. Beli hosting. Pilih nama domain yang sesuai.
Karang 50 artikel untuk setahun. Schedulekan artikel-artikel tersebut.
Biar lantak setahun tak sentuh.
Tumpu pada “marketing” dan apply teknik seo Merah Jambu tuh.
Tuai hasil setiap bulan sepanjang tahun.
Dapat duit komisen setiap bulan, beli domain baru dan park kat hosting yang sama.
Ulang dan ulang.
2. Blogspot
Bila guna blogspot, tak perlu beli domain. Kiranya percuma sebab selagi korang ada akaun Gmail, korang boleh setup blog guna blogspot secara percuma. Tapi biasanya aku guna dalam 20-50 buah blog sahaja sebab takut konflik nak jaga.
Camni aku buat.
Pilih nama domain/subdomain. Kalau ada orang dah tibai nama kita nak, leh tambah kat hujung nombor 1, 2015, tips, trick dan yang sama waktu dengannya.
Pilih nama domain yang berkaitan dengan niche affiliate yang kita nak serang.
Contoh. Tips kuruskan badan. (Niche kesihatan)
So, boleh pilih
–> tipskuruskanbadan.blogspot.com
–> tipskurus2020.blogspot.com
—>tipskuruskanbadanbini.blogspot.com
dan sebagainya.
Then, masukkan minimum 20 artikel hingga 40 artikel untuk bekalan setahun. Schedule 2-3 artikel untuk setiap bulan. Dan tinggalkan.
Tumpu pada marketing dan apply teknik SEO sana-sini sikit sahaja. Ikut tips yang aku kongsikan dalam kitab PINK.
Kalau belum baca tips tu, beli kat sini –> Kitab PINK
Dah siap.
Tunggu komisen masuk.
Dapat komisen, belanja bini lamb chop setiap bulan tanpa miss.
Tak pun, tambah modal dengan beli hosting baru dan sumbat 10-20 domain baru macam yang aku cerita untuk bahagian wordpress.
Itu sahaja.
Ulang, ulang dan ulang.
Tup-tup..dah ada 300 blog dan ke atas. \
Ofkos benda ini akan ambil masa. Mana bulih siap dalam masa sebulan. Lebam biji mata dibuatnya. Kang tak tidur malam, bini kesepian pulak. Dah jadi satu hal bini kena beli buku Memikat Lelaki Idaman semata-mata nak suami tidur awal selalu.
Siapa yang susah?
Teknik yang aku kongsikan dalam kitab PINK itu boleh beri trafik yang sikit tetapi berpotensi untuk dapat sales dan juga trafik yang BANYAK melampau mengikut strategi masing-masing. Aku ada guna untuk dapatkan trafik banyak untuk main adsense atau PPC program yang lain. Tetapi “core” aku lebih kepada affiliate. Jadi, untuk main affiliate, trafik tak banyak pun takpe. Janji berterusan dan maintain setiap bulan mengikut apa yang aku hendak.
Itu dah lebih cukup untuk berpotensi dapat sales.
Kesimpulan
Benda ni ambil masa. Mungkin 3-4 tahun.
Aku sendiri praktik 4-5 tahun, baru boleh betul-betul FULLY automatik komisen masuk setiap bulan. Cuma sekarang struggle sikit nak berusaha agar komisen masuk setiap hari. Sebab setakat ini, komisen yang masuk cuma hampir setiap hari. Ada masa, satu hari langsung takde sales masuk. Tapi bila esok, masuk plak 8 sales. Lusa masuk 10 sales. Esoknya pula, 1 sales je. Macam tak aci la plak. Aku nak hari-hari masuk. Baru sedap tengok email hari-hari. Kalau tak, buat apa aku langgan streamyx dan digi broadband itu, kan?
So, untuk capai impian aku iaitu dapat sales masuk setiap hari.
Aku kena gandakan usaha lagi agar semuanya jadi automatik.
Doakan aku berjaya.
Dan, korang pun boleh buat sebenarnya. Itupun kalau rajin dan “genius” macam aku. Kalau tak boleh buat 300 blog, dapat maintain 10 blog pun dah cukup kacak apa. Itupun dah cukup bagus. Kalau satu blog boleh bagi sekurang-kurangnya RM50 pada setiap bulan, dengan 10 blog, potensi korang boleh dapat RM500 dalam sebulan.
Tak cukup banyak ke tu?
Banyak tuh beb. Boleh beli banyak pampers Pet Pet tau.
Haha..
Soalan – Kenapa perlu ada banyak blog?
Aku jenis main “volume” atau kuantit. Ofkos, aku pastikan kuantiti tu semua dalam kualiti tersendiri. Ada blog aku dah tak sentuh 2 tahun, tapi still berikan aku income sepanjang tahun, ada yang aku tak update selalu, still bagi aku komisen setiap bulan, ada yang blog cuma ada SATU artikel tetapi berikan trafik tanpa henti setiap hari, ada blog yang cuma ada 30 artikel sahaja dalam 2 tahun, tetapi tetap memberikan pulangan yang lumayan.
So, nampak dah kan kenapa aku main banyak blog ni?
Dah.
Itu aje nak cerita.
Nak gi buat kopi sat dan sambung layan anime “World Trigger” jap.
“Trigger ON!”
12,048 total views, 1 views today
aku ada 50 blog dlu pun dh rasa semacam..300 blog..wa caya sama lu…*tabikspring…gua masih belum cekal macam lu lagi nk buat blog bbanyak ni..ehhe..mungkin akan ulang balik suatu ketika mcm dlu..hehhe..
apa pun tips ni mmg best..weh..tido
hang la tido.
aku baru pas tukaq pampers anak nih.
ahaha..masa ni aku komen kul 1.00 pagi..kul bape ko schedule tah.ahaa
Pergh banyak juga tuh…den satu blog pun dah terkial2 nak jaga..haha
Pergghhhh… Gua cuba ikut dr tahun lps. Tp cam susah jer. Maybe gua terlebih hensem
Syabas cikgu.. wa caya triger lu.. hahaha
ok wa nak buat gak satu lg strategi lu tu..
thanks kongsibersama
Fuhh .. 300
Aku yg hensem bagak ni pun nak maintain 2-3 pun merangkak.
Tabik lu!
Masa Seminar IM Lejen dah dengar 300 blogs. Serius memang kental gila…kalau tak cukup kental bukan En Titan namannya.. Gua buat blog berapa yang gua larat aje..
Huhu.. Nampak macam senang aje kan? Tapi nk realisasi tu kena rajin mcm encik titan kata.. Terima kasih kongsikan ilmu yg Sgt berguna..
Banyaknya sampai 300 blog… Saya nak maintain jaga satu blog seminggu pun payah… huhuhu…
La tiga , empat blog tak cukup tupanya
Sikit-sikit lama jadi bukit. Usaha yang berterusan dan ambil masa. Tabik spring.
Sangat banyak dan memang hensem la cikgu Titan..bravo
disiplin kena kuat gile kental..haha
Sronok jgak !!!
Bila murid tanya cg buat partime apa???
Tulih karangan!! Hehehe
bagus, saya baru ada 3 blog, kena tingkatkan kuasa untuk jadikan sampai 300 blog.
baru ada 6 blog ni pun dh huru hara…
tabik bro…
Terima kasih sifu.
Baru tahu teknik ni.
300 blog, wah byk tu. Hebat tu 🙂
memang tak larat la aku nak buat banyak blog macam tu sampai beratus2x. haha. pengsan jap..
Okay, inilah rahsianya. Macam ni 1000 blog pun boleh buat. Terima kasih berkongsi rahsia bro. 🙂
Sebulan 2 atau 3 artikel untuk blogspot.
Okeh, terima kasih sifu. 🙂
PS: Rajin pula tengok World Trigger. :3
Gua tunggu habis dulu baru follow balik. Haha.
waa..ingatkan tajuk hype melebih tadi.rupanya cerita benar..respek!
pergh…ni memang lelaki handsome luar biasa..hehe
Betul punya power abang handsome yang seorang ni. Patutlah boleh jana pendapatan ribu-ribu dengan tulis blog saja. Hebat hebat.
Tahniah di atas kejayaan
Terima kasih di atas perkongsian
Hebat la bro. Den satu blog pun terkial-kial.
300 blog? Tabik spring bro!! Gua satu pun tak dapat konsisten akibat byk2 kerja2 yg ambik masa.. Sgt kagum bro! 🙂
haha..klu gini mkin byk la blog aku..
dulu suka buat byk blog, last2 semua x diupdate, hehe
Sapa yang tahan buat byk tuh?wakaka…
Skit lagi ja aku nk cecah 500…tu pun malas dah…cukup haul juai ja..berlambak buyer dok tunggu..wakaka
Power. Buat takde masalah. Nak maintain tu masalah.
banyak tuuu..berapa banyak buat artikel dalam sehari
kipidap bro.. 300 dah masuk kategori champion..
btw.. sy penah join sorg IM tempatan yg dapat projek utk manage tepat 1000 wordpress blog sorang mat saleh ni.. update latest wp dan plugin je..
Mohon aura 300 blog tu masuk dalam diri aku.. hahahaha
300 blog? tapi gua nak kena tabah juga usaha untuk ikutkan trik ko ni…
siap le..
peh… kurang 10 blog pn dh x terkejar… kene up motivate lg nih..
tq
300 blog..ummakaiii…yang satu pun masih terkial2…memang respek to him la..
Wah dasyatnya bro. Terima kasih kongsi tips power rangers ni 🙂
aku malas nak komen pasal blog ko banyak, apa yang aku nak bagitau, aku skrg pun tgh layan anime Trigger On, best la plak, hehehe
Tips yang memang ultimate. Haha..
boleh demam kalau 300 ni.. hahaha.. tak termampu nak follow tahap kegilaan mu itu
Tak mampu.Untuk yang cari duit dengan blogging saja maybe boleh ikut.
ini bukan kerja goyang kaki. hanya mereka yang kerja keras sahaja yang akan menuai hasilnya huhu
Betul jugak, tajuk jenis ni dah banyak yang praktikkan. Formula ni berkesan nampaknya nak tarik interest orang untuk teruskan pembacaan
luar baisa tu..terbaik kitab pink..
Baru ada 2 blog, tu pun belum terurus lagi!
fuh banyak tu 300 blog. memang hebatlah
Tips terbaik.Thanks for sharing ya…Memang Ohsem Blog ni!
300 blog? kawe memang tabik spring punya laa kalo gitu punya banyak blog boleh buat duit kepuk2. tahniah banyak2…