Ya.
ExpressTrack.net merupakan salah satu cara untuk semak status tracking penghantaran barang melalui Pos Laju, Pos Ekxpress dan Skynet secara online dengan mudah sekali.
Lebih-lebih sempena hari Raya yang bakal tiba nanti, pasti ramai dikalangan korang semua yang akan membeli belah secara online atau menghantar barang seperti kuih raya, baju kurung dan sebagainya kepada saudara atau rakan untuk persiapan hari raya ataupun kegunaan peribadi.
Maklumlah, orang kita memang suka shopping online sekarang, kan?
Servis ExpressTrack.net
Jadi, menggunakan ExpressTrack.net ini akan memudahkan korang untuk memantau dan menyemak status penghantaran korang sama ada penghantaran barang korang melalui Pos Laju, Pos Ekspress, Skynet dan syarikat kurier yang lain dengan lebih cepat dan mudah
Lebih-lebih yang kaki shopping online atau peniaga online. Memang kena ambil tahu bab-bab nak semak tracking number atau shipping number barang yang telah dihantar itu, kan?
Yang lebih menarik lagi, korang juga boleh menyemak status penghantaran barang anda atau “tracking number” untuk 18 syarikat kurier tempatan dan antarabangsa secara online. Antaranya, Pos Laju, Pos Ekspress, Skynet, City Link, Nationwide Express, GDEX, TA-Q-BIN (Yamato), Sure Reach, ABX Express, Kangaroo Express, FedEx, DHL, UPS, TNT, Aramex, Airpak Express, AsiaXpress dan DPEX.
Membantu Bisnes Online bergerak dengan lebih efektif
Ya. Sesiapa sahaja boleh menggunakan ExpressTrack.net untuk check status penghantaran secara online. Malah, bagi peniaga online secara kecil-kecilan atau syarikat besar atau usahawan yang berniaga secara online juga boleh menggunakan servis ExpressTrack untuk melicinkan perjalanan bisnes online mereka.
- Online seller boleh meminta pelanggan anda untuk mengesan status penghantaran produk di ExpressTrack.net dengan 2 langkah sahaja.
- Online buyer yang sudah tahu tentang ExpressTrack.net pun juga boleh terus menggunakan service website ini dengan nombor tracking yang diberi oleh seller anda.
Jadi, sesiapa yang ada jual atau beli baju kurung secara online termasuklah shopping kuih raya secara online, korang semua boleh semak menggunakan servis yang ditawarkan ini. Boleh tengok, barang yang korang order itu dah dipos ke belum atau dekat pejabat pos mana dah barang tu ada sekarang.
Dan boleh agak bila barang itu sampai. Manalah tahu kan, tiba-tiba tak sampai-sampai barang yang diorder tu, bolehlah tanya semula kepada penjual kenapa barang tak sampai-sampai lagi. K0t-kot..barang tu sudah dihantar, tapi tak sampai-sampai kat depan rumah sampai sebulan lamanya..
Cara untuk menyemak status menggunakan ExpressTrack.net
Ia cuma melibatkan DUA langkah mudah sahaja.
Langkah 1 – Masukkan nombor tracking dalam kotak tersedia (Sila pasti tiada ruangan antara nombor tracking) .
Langkah 2 – Memilih (Klik) syarikat kurier yang membuat penghantaran .
Status penghantaran terkini akan dipaparkan seperti berikut.
Dan yang lebih menarik, semua butir-butir syarikat kurier seperti nombor telefon dan e-mel, semuanya ADA disenaraikan di dalam Facebook Page ExpressTrack.net.
Sebarang pertanyaan, boleh rujuk dibawah:
ExpressTrack Facebook: Facebook ExpressTrack.net
Twitter: ExpressTracknet
Email: expresstrack.net [at] gmail.com
Website rasmi: ExpressTrack.net
42,104 total views, 3 views today
Bagusnya ada Servis Expresstracknet ni… Lepas ni senanglah peniaga online nak track rekod penghantaran barang mereka… Hanya bergantung kepada satu laman web sahaja… Tak seperti sebelum ni.. Kena cek dekat beberapa laman web mengikut syarikat penghantaran…
Trivago versi Malaysia, untuk syarikat kurier.
Pasni blh lah guna. Sangat mudah. Bg yg kaki shopping elok sgtlah guna 🙂
makin mudahlah urusan tracking barang pos..
bagus nie. 18 in 1. senang nak check.
rasanya setiap syarikat penghantaran mempunyai no tracking berlainan.
anak tempatan bukan calang-calang.
wahh..
ada 18 syarikat kurier. Boleh tahan jugak tu.
Leh la cuba nanti.
memang bagus ni..kalau sesiapa niaga online wajib la guna menatang ni..dulu masa buat Ebay, rajin le meneroka site-site gini..ehehe..nak tahu barang dah sampai ke belum..ahahaa
senang betul track kek gulung coklat kat customer. kehkeh!
Eh tak tahu pun pasal ni. thanks ye..senang la, kiranya ade one stop centre gitu =D
tak yah susah – susah lagi nak pergi dari 1 laman ke 1 laman..boleh pakai ni je..
all in one. bagus betul benda alah ni
woaa senang la gini. Semua dalam satu web, tak yah nak bukak web asing-asing
Bagusnya. Tak perlu lagi kita nak guna website yang berbeza untuk syarikat kurier berbeza. Bolehlah guna nanti.
bagus juga ada banyak kepelbagaian pos…
pasni makin senang la nak track brg kt mana kan..jangan hang dh la system tu
senang sikit kerja nak buat tracking penghantaran…
kawan banyak pakai forwading lori persendirian , pasal barang pun banyak yang pukal
Baru tahu pasal service ni..baru lagi ke macam mana ni?hehe
OOooo tak pernah guna lagi ni. Boleh lah cuba nanti sistem ni, guna satu sistem untuk semua, cantik lah tu..
jarang guna poslaju sekarang ni..
takde buat bisnes ni
Memang selalu guna..
Hub untuk courrier service.Memang bagus suruh customer check kat sini je kalau guna lebih dari satu courrier.
utk penjual n pembeli secara online elok sgt la apps ni..senang nk check status barang.
Wah, ini lebih memudahkan kerja 😀
masa web pos laju ada masalah dan tak boleh buka terus bergantung harap pada expresstracknet. 😀
Wah bagus ni..boleh tumpang check courier status pelbagai kat sini..hihi
company courier biasa ada system tracking online sdiri. tapi kalau malas nak buka sistem diorang, macam boleh je guna web ni. hohoho
Terbaiklah!! All in one. Ada peluang nanti nak cuba track guna ni pulak.
semua kena alert kalau tak habislah heee..
wow bagusnya ade service camni..tak perlu susah2 cal da…
ok, ini mmg sangat-sangat berguna kpd saya yang bisnes online dan kaki shopping online huuuu. terima kasih sebab kongsikannya
Wah…macam2 kaedah skrg ni…pasti lg best
pergh dahsyat teknologi skang ni erk…yg terbaru saya penah cube pasal beli barang kat amerika…senang je beli barang kat USA nie ghupenye…saya beli levis murah gile then bole hantar ke mesia gune ezipoz..siap bole bisnes lagi..haha…sorry saje nk share..excited sangat
Tracking brg guna alamat je boleh?
terima kasih article nya ncek bagus sangat….
as salam, saya pernah track barang pkai web ni tapi x dapat track jgak barang yg diorder kenapa ye?