Dah setahun masih tak dapat kerja..
Dah 2 tahun, masih tak dapat kerja.
..
…
Seriusly?
Keje kat pam minyak tu, banyak kosong. Tapi segan nak mintak, kan? Takut kulit gelap kan? Tak tahan panas. Takut kena maki. Gaji pun ciput aje. Awek pun tak suka sebab muka dah hitam legam.
Keje kat KFC tu, banyak gak kosong. Tapi mana standard, kan? Gaji murah la katakan. Bayar ikut jam dan kena pakai topi tiap-tiap hari. Dah macam budak tadika kat jepun pun ada.
Keja jual air sirap bandung kat pasar malam. Tak berani. Tak glamor. Untung ala kadar aje. Penat lagi..nak cari tapak lagi, nak berebut lagi..nak modal barang basah lagi. Itu belum campur pening kepala nak cari “supplier” lagi..
Orang luar berebut nak kerja kat negara kita nih beb.
Jangan banyak sangat bagi alasan yang tidak munasabh dan tidak masuk akal.
Sebut aje, orang Bangladesh, orang Filipina, Orang Bosnia, Orang Thailand, orang Indonesia dan macam-macam negara lagi. Sampai satu tahap, bila aku pergi KL, aku rasa macam aku dah kat negara orang lain dah. Macam-macam warna kulit ada. Dah jimat duit aku, tak yah nak melancong ke sana-sini. Makanan kat KL itupun macam-macam ada, Thai seafood ada, lalapan ada, soto ada, ikan bakaq filipina ada, sushi jepung ada, bibimbabbb korea ada, ikan kod britain cicah sos oren ada..nahh, apa lagi korang mahu??
Lu lahir sini, tapi SEGAN giler nak kerja kat negara kita.
Gua sendiri pun rasa MALU beb bila lu cakap camtu derr..
..
…
Nasihat gua.
Belasah aje kerja mana pun.
- Janji halal dan leh makan nasik.
- Janji leh bayaq PTPTN RM50-RM100 sebulan
- Janji leh huluq RM50-RM100 kat mak pak kat kampung.
- Kalau tak, belanja la mak pak makan luar sebulan sekali.
- Janji leh menyimpan RM50 paling cikai kat tabung haji atau ASB.
- Janji lepas bayar duit motor RM5 seminggu..
Beb..
Memula, memang la segan. Takut wat salah itu ini. Takut tak leh hadap kerja. Takut kerja yang kita buat, bos tak leh terima..takut tak larat..
Biasalah tu beb. Adat bekerja dengan orang.
Gua kerja cikgu ni pun, bulan pertama pun segan dengan cikgu-cikgu lama. Tak berani tunjuk kuku tajam lagi.
Lama-lama, lu hilang punya segan. Bila segan dah simpan kat rumah, Lu punya taring lu tunjuk tanpa rasa malu.
Bila lu dah dalam industri, orang akan cari lu.
Tak kiralah lu kerja apa sekalipun.
Masa kerja nilah, kita berkomunikasi dan promosi skill kita.
INGAT..
Orang akan cari atau bagi kita kerja atas 3 sebab.
- skill kita
- kesungguhan dan kerajinan kita.
- akhlak + amanah kita.
Nabi kesayangan kita, orang berlumba-lumba nak bagi kambing untuk dijaga. Sebab skill nabi, sebab kerajinan nabi dan sebab akhlak nabi. Dan setiap pekerjaan nabi kita ni, baginda lakukan dengan penuh amanah.
Jadi, macam mana orang berlumba nak bagi kita kerja kalau kita ada TIGA sebab tu dalam diri kita?
Biasanya itu.
Sijil ijazah atau spm itu add-on je. Ada ijazah, leh mark-up gaji tinggi. Leh mintak kerja best-best. Leh mintaq tukaq hantar ke HQ yang dekat dengan bini dan memacam kelebihan lagi..
Tu je.
Kalau takde sijil atau spm, leh bukak bisnes kalau berani.
TAPI beb..
Lu bujang beb, laki-laki plak tu..
kalau lu malas dan memilih sangat..
Itu gua sendiri tak ada jawapan untuk lu.
Lu belaja ngaji muqadam semula la. Mudah-mudahan, hati lu terbuka nak bekerja.
..
…
- Idea asal – Maikel Indah Kayangan
- Tukang edit dan kasi panjang – Encik Titan
- Lagu latar – Rasa sayang eh ehh..
- Sumber sampingan – Kitab PINK
10,878 total views, 1 views today
depan pejabat aku ada 2 budak rohingya berniaga rojak, muka melayu entah ke mana.
setuju sangat.
kerja sendiri pastu dok dengan keluarga.
memang ohhsome
memang best bro.tapi jiran asyik dok tanya bila nak kerja?
tu la, duit memang ada dapat, tapi pengiktirafan sosial tak ada..
ini yang sedang aku alami.hehe
takpe.. janji duit masyuk..
buat sikit simpanan KWSP nak tunjukkan keje tu
Kena buat sibuk macam pergi kerja. Walaupun sebenarya kita nak pergi sarapan bagi sambil baca surat khabar sambil santai-santai..
Betul betul betul..dah la cari kerja pun malas..memilih pula tu..
Ini boleh citer lagi pasal bangla yang ada rumah sewa dan buat duit dengan hartanah..
betul… betul… betul…
Betul tu, kadang-kadang tu hairan juga dengan orang kita yang terlalu memilih pekerjaan ni
ya, en Titan.
selagi masih boleh mati dalam iman.
redah saja semuanya!
huhu..
ya, aku gi kL dah rasa mcm kat negara dorang plak dah, tak payah nak gi melancong dah 🙂
ntah napa tah budak – budak ni malas nak cari kerja, padahal banyak syarikat oil&gas ofer jadi pam atendent
Baru habis belajar.setakat ni dah banyak tolak kerja.nampaknya aku kena consider utk ambik kerja jika dapat tawaran akan datang.
Setuju sangat. Mek ila dulu pun pernah je kerja kat kedai hadiah. Yang penting halal.
burger mini banting ke?
haih.. zizie dh nak habis belajar ni.. seram pulak fikir masa depan..
Memilih kerja tak usah makan.
baru-baru ni cuti kat Genting jumpa Bangla jual sayur strawberry bagai. on the way balik rumah singgah RnR jumpa lagi Bangla jual mihun sup. Bangla merata. Tahniah Bangla!
Terima kasih bro… sebab tolong tulis artikel tentang isu ni. Malaysia ni negara yang makmur, banyak kerja, banyak makanan. Sebab tu orang Malaysia paling gemuk di Asia Tenggara.
Wehh..bukan ke maikel cakap nak bersara dah menulis hari tu?..ni apa cerita ni bai?..ke..lu paksa dia menulis balik?
memang betul…tak tau kenapa..ramai je muda mudi kita yang memilih sangat kerja…high expectation sebab dah abes degree mungkin?
Mmg beruntung kita duduk kat malaysia… mcm2 kerja ada.. cuma nak tak nak jeee..
Rajin berusaha tentu ada habuan menanti hasil usaha tersebut.
Belasah je. Kalau tulis blog, buat dengan tekun dan serius, pun kat situ boleh buat duit jgak
tak pernah duduk diam dari sekolah..ada ja keja part time nak buat..cuci pinggan, keja pam minyak, promoter, semua buat..yang penting kata encik titan tu..halal!
Rakyat Malaysia terlalu manja…segan nak sebut tapi hakikatnya begitulah….Nak naik tanggga kerja, kenalah melangkah dari bawah. Mana boleh tiba-tiba sampai ke atas…
Realiti yang sukar untuk ditelan dikalangan remaja kita. Padahal ramai warga asing yang sanggup mati untuk datang bekerja diMalaysia.. Pada mereka negara kita ni bak hujan emas..
kerja apa2 dulu yang boleh untuk tampung keperluan bulanan…
asalkan halal… jangan berkira sangat tentang kerja. tak semestinya kerja kena kerja dengan kerajaan. tak semestinya kerja kena ada gaji tetap.. Rasulullah dah nyatakan… 9 daripada pintu rezeki adalah dengan berniaga. tapi jangan salah pilih perniagaan pula sudah..
for me… kaedah perniagaan “boot strap” memang paling bagus. modal plg rendah. takde berhutang sana sini dan berhutang dengan bank. risiko tetap ada tapi kurang. cuma kena bermula dan berjerih perih dari bawah. dan kena banyak2 sabar dan istiqamah.. InsyaAllah.. kejayaan berada dalam genggaman.
Kita yang terlalu memilih kerja, atau majikan yang terlalu memilih pekerja? Hihi…
tak cukup la rm5 seminggu minyak moto. abis rm10 jgk skg ni
jika malu sangat2… belajar buat blog.. pastikan khatam kitab pink tu…
lagi2..kegawatan ekonomi ni..RM dh jatuh teruk… lepas ni inflasi pula… nilai matawang kita dh x de… RM thai lagi tingi dari kita oh… nk bekira kerja lagi? hu hu hu
susah nak cakap klu kita ade penyakit “M” beb…
😀
Memilih dan selalu tengok gaji. gaji sikit takmo.Pastu nak keje yang senang-senang aje asal duit cepat masuk hihi Itulah masalahnya. 😀
saya dah keja hampir 20 tahun..bosan,malu,segan semua ada..redah sahaja janji dapat duit yang halal..
kini keja sebagai blogger dan tetap keja makan gaji jugak hu..hu..
apa yg penting..kerja biar yg halal… dan jangan MALAS..
Sekarang orang tak pandang sangat Ijazah ni…
kerja jangan memilih…ada kelayakan tinggi mana pun rembat ja mana kerja yang ada….baik kerja daripada duk tidur kat rumah ja….
Betul sekali… janji tak ambil kerja yang xbagus..
Boleh sentap sampai ke tulang sum-sum ni!
Tapi sememangnya itulah hakikat yang bergelar KITA.
artikel ni takleh nak share ke? Best macam ni rugi tak leh share…
kalo dah malas tentunya apa kerja pun taknak buat… malas aje duk mikirnya… malas laa kerja nak datang bertandangnya… hehehe
betul tu, tapi sekarang yang ada ijazah pun xboleh nak markup gaji.. so kenala cari kerjaya yang kita adalah majikan
Huhu..tak salah kan kalau nak memilih..tapi gak jangan terlalu over pulak..haha
Setuju sangat denga post ni. 🙂 orang kita ni suka bagi macam2 alasan. Walhal, diorang yang memilih atau malas nak keje.
Kalau boleh, semua nak keje jadi CEO je. Huhuhu
Tu la masalahnya senang sangat nak masuk U zaman ni, bila dah konvo, walaupun tak seberapa, semua nak kerja gaji tinggi..haha
kalau fikir malu sampai sudah lah harpkan duit dari keluarga .. sebab malu tak mahu mula dari bawah .. alasan buat apa belajar tinggi2 kalau kena kerja dari bawah … orang macam nieh APTB
Kesungguhan dan kerajinan yang paling kalau tak bersungguh atau pemalas pasti sukar mendapatkan kerja..
bila kita jujur dan amanah, tentu orang cari kita. nak dapat kepercayaan orang tu yang makan masa sikit.
Mula dari bawah. Kita bekerja buat benda baik, bukan mencuri. Jadi tak jadi masalah standard ke tidak.