Petang tadi hujan.
Sekarang pun masih hujan.
Ketika aku tengah fikir nak taip ke tidak artikel ini pun, hujan masih gagah turun dengan lebatnya.
Maklumlah, dua tiga menjak ni memang panas belaka.
Bila hujan turun, dia turun sekali qada’ hari-hari yang dia tak turun hujan.
Dari satu segi, aku tak kesah.
Turun bagus. Tak turun pun bagus.
Boleh jemur kain yang baru lepas aku basuh.
Tak jadi nak jemur, sebab hujan tak berhenti lagi turun.
..
…
Hari ini..hari yang sangat macam-macam.
Tercampak keluarnya Muhyidin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan beberapa menteri naik pangkat.
Tak kurang juga yang dapat naik jadi timbalan untuk menteri-menteri yang lain.
Menteri pendidikan ofkos la orang yang lain. Tapi sekurangnya, pengganti kepada Muhyidin Yassin ni pernah jadi cikgu dan pernah jadi pengetua. Harapnya dia faham kehendak guru-guru dan apa keperluan yang diperlukan oleh guru-guru. Harapnya menjadi yang lebih baik daripada mereka-mereka yang sebelum ini.
..
…
Tarikh hari ini juga merupakan tarikh bagi banyak manusia-manusia hebat dilahirkan dan juga merupakan tarikh penting bagi banyak peristiwa di dunia ini.
Bukan saja apa yang berlaku pada HARI INI.
Julius Ceaser juga lahir pada tarikh 28 Julai.
Hari ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW pun pernah jatuh pada tarikh 28 Julai. Cuma tahunnya aku tidak ingat.
Sir Garfield Sobers dari Barbados yang juga merupakan pemain cricket all rounder juga lahir pada tarikh.
Salah satu cikgu kemahiran hidup aku juga lahir pada tarikh yang sama.
Pada 28 Julai 2002 pula, Ye Shiwen dari China mencatatkan rekod dunia dalam acara “Individual Medley” dengan catatan masa 4 jam 28 minit dan 43 saat.
Pada 28 Julai 1951, animasi Alice in Wonderland telah dilancar
Malah, pada tarikh yang sama..
Benito Mussolini bersara dari jadi diktator pada tahun 1943. Hitler melancarkan 4 division tenteranya dari South France ke Normandy pada tahun 1944. Manakala Jepun Premier Suzuki serender pada 28 Julai 1945 atas desakan bom atom dari Amerika.
Lebih tak best lagi, pada tahun 1973 France melakukan ujian Nuklear di Pulau Muruora pada tarikh yang sama. USSR juga membuat DUA kali ujian nuklear pada tarikh yang sama pada tahun 1977 dan 1983 di East Kazakh/Semipalitinsk USSR
serta seramai 242,000 orang ati di Tientsin-Tangshan (China) 8.2 akibat gempa bumi pada 28 julai 1976.
Atau..
Hospital di Gaza telah diserang peluru berpandu oleh tentera israel walaupun mereka liat nak mengaku walaupun bukti bersepah merata dan mengakibatkan 10 orang mati dan ribuan yang tercedera pada 28 Julai 2014.
Dann banyak lagi..termasuklah
Dijangkakan pada tahun 2061 pada tarikh 28 Julai jugak, Komet Halley akan melintas lagi macam biasa ke Bumi.
..
…
Senang cakap, tarikh 28 Julai ni memang agak POPULAR jugaklah sebenarnya.
Orang kita atau orang barat suka guna tarikh ini untuk isu-isu penting dan jadikan ia sebagai tarikh yang penting. Mungkin kerana senang ingat atau memang diorang saje je nak cari pasal gitu. Haha..
Tapi yang PALING RARE..
..
…
Aku juga salah seorang yang lahir pada tarikh ini.
Selamat hari lahir pada diri aku sendiri.
Ps: Siapa baca artikel ni, wajib bagi aku hadiah. Aku mintak nih. Haha..
7,644 total views, 1 views today
ceh citer panjang nak beritau hari lahir dia rupanya..
selamat hari lahir le
Alang-alang dah baca ni nk wish gak lah…selamat hari lahir.. 🙂
Happy birthday cikgu.. Heh heh
apa agaknya bini bagi adiah birthday ye?emas 28 karat?ahaha
Sudah beberapa cuaca panas. 🙂
Kalau nak tau, 28hb Julai adalah pertama kali aku singgah (sebenarnya terjumpa blog best pasal Banting) di sini. Try cari sejarah tempat kelahiran aku kat Sijangkang, ada plak link ni.. tinggal klik, tersembul la.. Selamat Hari Jadi.. Kalau tak jadi, tanggung sendiri.. Ok la.. Makasih dah berbagi.
ADIOOOSS.. Salam.
hahahaha…the conclusion is…kiki…tulah main point nyer tu 😛
Nak hadiah ape nih? Rojak setor ganue ke? Tinggal sebijik jer lagi. Tapi dah niat nak makan esok ni….hahaha
nasib baiklah ayat yang last tu aku tak berapa nampak haha
ayat atas semua aku paham.
yang bawah sekali tu…
terpaksa tutup mata.
nanti ketumbit naya weh…
laa apsal tak keluar notification kat facebook.
klu tak dah wish dah..
happy birthday bro
Lankapo: En Titan nak privasi kut….
hebat orang yang bday dia 28 julai. hehehe puji mana tau dapat cendol
UncleZuan: Gua pun nak joint juga kalau ada, tak pernah lagi cuba cendol banting…
saya hadiah satu perkataan paling mahal dalam dunia untuk bro ..iaitu TAHNIAH
Selamat hari lahir cikgu..dah dapat bos baru ni moga2 ada pembaharuan yang positif la di sektor pendidikan yea…
banyak juga peristiwa tarikh 28/7 ni..
yg paling surprise tang bwh skali..
selamat hari lahir..
Baca dari atas tdi saya dah fikir “hebat betul cikgu nhe main seo guna tajuk lain tetapi berisi dengan benda yg sedang trend” hihi tapi bila dah baca sampai bawa rupanya jawapan tajuk ada dibawah hoho,… Selamat hari lahir cikgu
La…hari jadi rupanya. Patutlah habis segala sejarah 28 hb Julai semua keluar. Buat gempak rupanya.
28 Julai terkandung pelbagai peristiwa. Harap tak terlambat, Selamat Hari Jadi hehe
Selamat Hari Lahir bro titan..moga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur..
lu memang hebat bro, seriusly mmg hebat tahap dewa dewi ni. punyalah panjang, yang paling last tu sebenarnya yang dia nak bagi tahu…
p/s: aku nak tiru ni sebab ko dah bagi kebenaran dalam kita pink hehehehe
Selamat hari lahir tuan…
Banyak juga yang terjadi pada 28 july ni den tak tau plak, nasib en titan buat entry kalu idak sampai ke sudah den xtau hehe.
Semoga sentiasa sihat, banyak rezeki dan tak lokek ilmu hehe. Amin..
Perkara bersejarah yang sama tarikh dengan tarikh lahir memang mudah untuk diingat. 🙂
ha.. tarikh ni la kedudukan muhyiddin yassin digantikan zahid hamidi
selamat hari lahir bro… nk hadiah? kak sedeqah al-fatihah kat kmu yr… semoga panjang umur.. sihat selalu.. jadi jutawan dan…dan.. dan.. tambah anak lagi..
Bijak dan genius..hahaha..selamat hari lahir sifu… Semoga panjang umo, semoga lebih dimurahkan rezeki, dan semoga berjaya dalam setiap apa yang dirancangkan tu..hadiah??? Tak ada.. sory haaa… hahaha