Ya.
Aku rasa ramai yang masih tak tahu bahawa sudah ada syarikat yang menawarkan servis Photo Book Design secara online dengan harga yang cukup berpatutan. Jadi, bagi mereka yang tidak ada masa nak susun atau design sendiri photo book sendiri, bolehlah cuba servis yang ditawarkan dari Foto-ZZoom ini dengan segera.
Lebih-lebih lagi, pasti pada bulan puasa dan raya kali ini banyak gambar yang telah korang ambil.
Kumpulkan semua gambar itu, dan gunakan servis dari Foto-ZZoom ini untuk menghasilkan satu “Photo Book” yang lebih cantik, unik dan boleh dikenang sampai bila-bila.
Jap..
Photo Book ini apa sebenarnya eh?
Benda ini semacam album gambar.
Yang berbezanya, ia tak sama macam korang beli album gambar kat kedai, kemudian korang kena cuci gambar dan letak gambar yang dah dicuci itu dalam album tersebut. Kat rumah aku, ada banyak album gambar. Gambar aku dari kecil, sehinggalah dah dewasa ini. Ada berbelas album gambar. Maklumlah, abah aku tu memang suka ambil dan cuci gambar.
Tapi kos nak cuci gambar sekarang dah mahal, kena lagi orang kita zaman sekarang ni sangat sibuk. Tak ada masa nak buat album gambar atau photo book ni.
Tambahan lagi, sekarang adalah zaman orang “print” gambar sahaja dan ianya jauh lebih murah berbanding kos menghasilkan album gambar seperti dulu. Lebih menjimatkan lagi, kita boleh pilih gambar yang cantik-cantik sahaja.
Kalau kita guna yang gambar dari filem, kita kena cuci semua dan belum tentu semua gambar yang dicuci itu adalah gambar yang cantik dan menarik. Sudah pasti akan jadi satu pembaziran bila kena cuci semua gambar. Duit memang habis begitu sahaja. Gambar yang tak jadi, dibuang begitu sahaja.
Jadi, perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Foto-ZZoom ini memang sangat bagus dalam pelbagai aspek terutamanya dalam menjimatkan masa dan kos.
Kita cuma pilih gambar yang kita hendak, kita pilih patern design macam mana yang kita mahukan dan pihak Foto-ZZoom akan uruskan semuanya. Selepas buat bayaran, mereka akan siapkan dan hantar “Photo Book” atau album gambar yang menarik itu ke alamat rumah korang.
6 Langkah untuk order Photo Book dari Foto-ZZoom
Disini, aku kongsikan step by step untuk membantu korang buat order.
Boleh rujuk dilink ini untuk tahu dia punya “flow” yang lebih jelas.
–> How to make Photo book order
1. Pilih Design Photo Book mana yang korang suka.
Pihak Foto-ZZoom ada menyediakan template design yang banyak untuk dipilih.
Dan pilih juga saiz dan jenis photo book yang korang sukakan. Semuanya telah disediakan. Tinggal pilih mana yang berkenan dihati sahaja.
2. Dah pilih juga keterangan untuk Photo Album itu.
Maksudnya, photo book ini tentang apa?
Tentang majlis kahwin korang kah. Tentang kisah anak korang sejak dia lahir sehingga dah masuk darjah 1 kah atau tentang kisah korang melancong ke luar negara.
3. Pilih juga gambar yang sesuai untuk jadi “cover” photo album korang.
Kalau photo book itu tentang anak korang, pilih satu gambar anak korang yang paling COMEL sekali untuk jadi cover depan.
..
…
Kemudian..
4. Buat bayaran.
Boleh pilih nak guna bank online tempatan seperti Maybank2u, CIMBClicks dan lain-lain.
Kalau nak guna duit dalam akaun paypal pun tak ada masalah.
Kalau nak murah sikit, boleh guna voucher coupon ni. Copy dan pastekan masa nak order nanti. Dapatlah diskaun sini sikit, kan?
Voucher coupon –> XNCMBJWZEBRMOOJ
5. Upload gambar yang korang suka
Selepas buat bayaran, korang diminta untuk upload semua gambar yang korang mahu ada dalam photo book korang itu. Sila pilih saiz gambar yang tidak lebih dari 8 MB dan pilih gambar yang tidak duplicate.
Maksudnya, gambar itu tidak sama. Bukan apa, takut bertindan pula. Tak best pulak kan kalau ada DUA atau tiga gambar yang sama sahaja dalam photo book korang itu, kan?
Minimum gambar dalam satu photo book adalah 60 gambar.
Kalau tak cukup gambar, butang order takkan bertukar warna merah. Jadi, sila tambar gambar sehingga cukup 60 gambar. Kalau lebih lagi bagus. Haha..
Nasihat aku, gunakan gambar yang betul-betul berkualiti bila nak pilih gambar nanti. Biar terang dan jelas. Kalau yang blurr sikit atau penggunaan cahaya macam tak berapa nak lawa, sila pilih gambar yang lain.
6. Lepas dah siap semua, pihak Foto-ZZoom akan MULA buat kerja diorang.
Dan bila dah siap pula, mereka akan bagi peluang untuk korang buat review pulak.
Bagus ke tidak.
Korang boleh betulkan kalau ada tersilap eja atau terlupa nak tambah caption yang lebih best. Mungkin kalau nak tambah gambar atau tukar gambar saat terakhir, boleh cuba minta request. Lagipun, ini photo book impian korang. Korang semua mesti mahukan yang terbaik, bukan? Itulah juga yang pihak Foto-ZZoom mahukan, mahu menghasilkan “Photo Book Impian yang terbaik” untuk kenangan yang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila.
Dah complete.
Pihak Foto-ZZoom akan hantar terus photo book tersebut ke rumah korang dalam tempoh 4-6 hari bekerja.
Tinggal tunggu sahaja dengan penuh senyuman.
Itu sahaja.
Mudah, kan?
Jadi, jika korang berminat hendak gunakan servis Foto-ZZoom ini, bolehlah buat order segera.
Boleh order terus disini –> Servis Photo Book Design Online Foto-ZZoom
8,558 total views, 1 views today
bagus info ni.. kena beli ni..
cantikkkk…lepas ni mudah la nak buat… tgu khwin nti.. bru buat 😀 hihi
nak buat juga untuk photobook anak gua ni..
nak kena amik gambo comel2 ni
Bagus servis ni.Online pulak tu.Bolehlah guna untuk buat photo book wedding isteri nombor dua tanpa diketahui, hihihi.
Tak gitu encik titan.
haha..
hakk yang tu, gua tak berani bagi sokongan depan-depanan.
idea yang bagus. kalo tak, semua gbr tersimpan je dalam handset.
Huhu.. Bagus sangat ler tu.. tak pernah jumpa pulak sebelum ni..ke tak perasan ekk..haha
lagi best lepas amik gmbr, buat photoalbum kan..rugi la gmbr byk, peram dlm hardisk je heheh
Sangat mudah ni, kena himpunkan gambar raya canti-cantik la tahun ni…
Memang cantik sangatlah tu bro..Lepas ni boleh guna servis yang canggih ni..
Bagus. Bolehlah print gambar-gambar pergi travel sebelum ni.
aku nye memori phone dah nak habis. leh la letak gambo kat sini pasni
Best ni, selalunya khidmat photo book ni dah biasa di luar negara. Dah ada yang berkualiti kat sini, lagi senang.
banyak service yang bisa diperoleh dari dunia internet ya semuanya sangat memudahkan
Menarik ni. Memang dah lama cari servis foto print macam scraptbook untuk gambar travel.Tq for the info 🙂
ni dapat kembalikan zaman dulu-dulu punya. sebab sekarang ni pun orang main online je, nak dapatkan gambar secara fizikal dah jarang orang buat.
sangat menarik servis tu… Boleh try juga nhe nanti hoho…
Ok gak idea photobook ni, at least ada benda nak tunjuk kat anak. instead scrolling kat hard disk better tunjuk album depan dia. Ni gambar masa lahir, ni gambar masa meniarap..so ada bonding time antara parents dan anak
pernah juga buat fhotobook ni dulu, memang comel hasilnya.Boleh create sendiri dan masukan dalam CD,memang awesome…
Bagus sangat servis ni, kalau bini saya tahu memang dia suruh buat punya. 🙂
Saya Nk buat Kulit album ..pm saya 0132777775 .
Perkhidmatan terbaik! Sayang kalau semua gambar dalam komputer or smartphone tu hilang kan.