Okeh.
Hari ini, kita bercerita pula tentang jubah.
Lebih tepat, jubah untuk lelaki moden masa kini.
Aku tahu, ramai yang masih belum mempunyai sepasang jubah. Terutamanya untuk orang lelaki. Kalau nak pergi beraya pun, asyik-asyik pakai baju melayu yang sama aje sepanjang tahun. Maklumlah, orang lelaki ni memang cukup susah nak beli baju baru.
Jadi, sempena hari raya HAJI yang bakal tiba 2 minggu lagi ini, apa kata kita dapatkan sepasang jubah memberi lebih kegembiraan dan sinar baru dalam hidup kita?
Jubah Lelaki Moden dari Elrah Exclusive
Ya.
Jubah ini memang cantek dan pilihan warna semuanya memang menarik belaka. Jubah yang juga dikenali sebagai “Jubah Slim Fit” ini merupakan gabungan “brand Elrah” antara Nur Amirah dan El Azman. Dan aku ada baca bahawa jubah ini terjual lebih 50 ribu helai ketika musim Raya Aidilfitri yang lepas. Sampaikan HQ di Kuala Lumpur mereka kena serbu pada waktu sahur lagi ketika itu. Malah, siap masuk TV3 lagi sebab ada yang menangis sebab tak dapat beli jubah.
Fuhh..
Laku keras tu.
Ini bermaksud, jubah ini memang mempunyai daya tarikan tersendiri. Nak bawa ke masjid pun ok, nak bawa untuk berhari raya pun boleh. Malah, kalau nak sedondong dengan bini tersayang pun, ada jubah khas untuk pasangan masing-masing. Warna sedondong dan “design” yang cukup simple.
Oleh itu, dapatkan segera sementara stok jubah slim fit ini masih ada.
Kalau lambat, kang habis pula. Korang juga yang menanges nanti.
Jubah Slim Fit Elrah Exclusive
Bagi seorang pemakai jubah tegar, aku dah cuba banyak jenis jubah. Dan aku rasa, jubah lelaki moden dari Elrah Exclusive ni membawa solusi baru bagi mereka-mereka yang tak suka jubah yang teroversize, yang terlalu besar dan kurang menarik. Jubah Slim Fit ini memang cantik dan sesuai untuk semua orang laki-laki di Malaysia. Yang hensem, akan jadi lebih hensem. Yang tak hensem, berpotensi untuk jadi super hensem.
Maksudnya, kalau perut korang tu boroi sikit..jubah slim fit ni berpotensi untuk kasi nampak macho sikit kat bahagian perut tu. Takdelah memboyot semacam. Nampak la slim dan fit sikit bahagian perut tuh.
Lagi satu, jubah slim fit ini nampak lebih ringkas designnya. Takde yang mengarut. Takde corak yang pelik-pelik. Takde ropol-ropol. Takde yang macam singlet. Takde yang macam ultraman. Takde banyak warna. SATU warna sahaja.
Kalau putih, dari atas sampai bawah putih. Kalau biru, semuanya biru. Takda banyak warna. Aku sendiri sakit hati kalau tengok satu jubah ada macam-macam warna. Jadi, secara peribadinya, aku rasa ini jubah yang bagus dan menarik untuk dipakaikan. Tak kiralah sempena musim raya atau nak pakai bila-bila masa.
Pemilihan warna jubah pun ada banyak. Putih ada, merah pekat ada, merah jambu ada, biru tua ada, biru cair sikit pun ada, warna yang krim-krim sikit tu memang ada. Pendek kata, ada banyak pilihan warna yang mungkin sesuai untuk korang. Pilih dan angkat satu aje. Untuk Raya Haji ini, ada pilihan sebanyak 15 warna dan 2 warna rahsia.
Kain pula dipilih dari “Material EGYPT Cotton High Quality”. Saiz jubah ada dari saiz S, M, L dan XL.
Oleh itu, jika ada sesiapa yang berminat, bolehlah dapatkan satu jubah yang segera.
Boleh tempah melalui maklumat dibawah
untuk tempahan – Whassap 019-3007112
Instagram – @elrahcheras @nurfa_beautyofficial
Jika ada yang berminat untuk buat duit tambahan dengan menjadi agen, juga boleh hubungi mereka pada nombor whassap yang sama. Yang mahu buat “dropship” pun boleh juga.
Bantuan dari segi marketing akan diajar dan dikongsikan bersama.
15,303 total views, 4 views today
Jubah ni ada dalam wishlist saya , tapi fulus tak mengizinkan lagi. InsyaAllah ada rezeki nak beli jubah elrah xclusive.
Nampak stylo je jubah ni. Nsem gitu..leh beli ni wat raya haji…haha..
Smart juga jubah ni, warnanya uptodate..
wow, lawa jubah ni.
Teringin nak tengok encik tintan yang KACAK menggayakan jubah ni.
hehehe
Kalau orang yang badan tembam, agak-agaknya comel tak pakai jubah ni? ehehe 🙂
Macam comel je jubah ni, rasa-rasa nak belikan untuk asben laa…hihi, nak nampak sedondon la katakan,,haha
Aku pun tak pernah ada jubah lagi
Serius cantik jubah Elrah ini. 🙂
Memang sangat laku keras time raya hari tu, kami pun tergolong sebagi pembeli jubah ni juga…
orang macam aku tak bape sesuai la pakai jubah ni..bentuk badan tak slim.ahahaa
cantik pakai, lagi2 kalau yg sado
ok kumpul duit nak beli jubah ni 1 .. =P
Um, Cool nye jubah tu, boleh juga untuk suami haaaa
Masa raya tu memang nak beli jubah ni. hahha. tapi tengok macam terhad je tak jadi beli.
lawa betul jubah dia, ras teringan nak juga lah jubah seperti ini.
jubah untuk lelaki ini memang nampak cantik kalau yang simple..kalau dah beropol-ropol tu dah nampak lain la pulak kan..
cantik design dia.. siapa cakap jubah lelaki x boleh update version? hahahah
kebelakangan ni aku tertarik dengan jubah. memang rasa macho beb kalau pakai.
btw, aku pakai saiz S. just to let you know la..hehehehe
Terus terang, saya sukakan jubah tradisional lagi. Tapi kita hormati perbezaan minat. Minat untuk berjubah itu patut dihargai…
Selalu kalau lelaki yang pakai jubah mesti kain nak kena angkat/selak tinggi-tinggi..
Katanya panas.
Hihihi..
Jubah ni memang cantik, sesuai sangat dengan harganya. 🙂
Sedap pakai ni tapi badan nak kena fit tapi den gemuk plak.
baju ni sesuai dgn org tubuh fit, kesian suami sy x sesuai sgt nak pakai ni…huhu
Memang cantik jubah ni..berkenan sangat nak beli..harapnya isteri belanja satu lai la…hehe
Wah, best tu jubah boleh juga order….
perghhh mantap…cantik jubah2 Elra ni
Smart jubah ni…nampak macam Malaysian dan bukan style arab..tapi colour lelaki biarlah colour yang nampak masculine bila di pakai..
Memang ada niat nak pakai baju jubah untuk raya yang datang.
jubah pun dah maju sekarang ada slim fit. kalau dulu seluar je bleh jumpa slim fit ni. apa pun cantik jubah:)
lepas cikgu titan promosi, lagi laku keraslah jubah Elrah ni
Cantik2 kan jubah lelaki sekarang
dulu jubah putih dan hitam saja
femes jugak jenama ni..
nampak fit jubah nih.. perut aku dah mula boroi..hehe
Hensem kalo aku pakai..ada mcm Hafiz Hamidun tak nnt? hehe..Tq ..masuk list dulu..tunggu hujung bulan..
Stylo!sebenarnya lelaki yang berjubah nampak lagi kacak dari yang berkemaja dan berbaju melayu. Nampak macam penyanyi kun anta tu je. Wish list for my beloved brother…
ok..terus tak jadi beli sebab saiz stop kat XL aje. Hilang potential customer. Hehehe
Cutting jubah ini memang nampak kemas dan fit. Nampak elok terletak bagi lelaki
jubah nie memang smart. saya suka tengok pasangan el azman dgn amirah. dua-dua hensem. cuma jubah dia ketiak macam ketat ek, ke dia punya design gitu. abam sado suka nie. tak nampak buncit
Sejak dr tahun lepas dah berjinak2 pakai jubah..ternyata selesa..lagi2 kalau dpt pakai jubah kat atas tuu…
Cantik jubah ni..erm..tapi rasa x padan dengan diri..takut nanti terlebih ensem..
Warna warnanya cantik dan menarik….Kena dapatkan ni..
El Azman ni kawan baik saya punya ex adik ipar. Tapi masih close lagi. Dia pun ada jualkan di ig Lemari Bhaju. Itu je nak bagitau haha
cantik jubah ni.
Wah, sampai macam tu skali frust diaorang tak dapat memiliki jubah ni. Memang dasyat lah penangan dia!
Fuiyooo… segaknya potongan jubah nih…. dapat sedondon lagi bagus nih…
semakin jadi trend lelki menggayakan juba ni..yelah, dah diberikan sentuhan moden..kalau dulu, plain je, warna putih..siapa pakai memang kena cop Haji
Harganya boleh tahan mahal juga. 🙂