Tahukah anda bermula pada tahun 2015, peminjam PTPTN yang gagal membayar balik pinjaman akan disenaraikan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Ini tentunya akan menjejaskan kemudahan pinjaman perbankan yang bakal anda lakukan kelak. Jika perkara ini berlaku, harapan untuk graduan muda untuk memiliki rumah idaman mereka akan menjadi lebih sukar. Adakah ini yang anda semua mahukan?
Jika bukan ini yang anda mahukan, maka seharusnya anda perlu menjelaskan pinjaman PTPTN anda dengan kadar yang segera!
Pandai Pinjam Tapi Tak Pandai Bayar
Tempoh 6 bulan akan diberikan kepada para graduan sebelum ansuran pembayaran berkuatkuasa. Oleh itu gunakan waktu ini dengan sebaik-baiknya untuk mencari pekerjaan. Walaubagaimanapun masih ramai lagi graduan yang tidak tidak juga menjelaskan bayaran tersebut selepas tamat tempoh. Malah ada juga graduan yang kini bergelar artis masih lagi tidak menjelaskan bayaran PTPTN.
Antara alasan yang sering kita dengari adalah;
1. Memang Tak Nak Bayar. Ini adalah masalah utama. Alasan sebegini sering digunakan untuk pelajar yang gagal menghabiskan pengajian. Walaubagaimanapun golongan ini berjaya untuk menghabiskan kesemua pinjaman PTPTN mereka untuk kegunaan peribadi.
2. Masih Belum Bekerja. Anda mempunyai masalah besar kerana masih belum mempunyai kerja. Tidak ada kerja maka tiadalah pendapatan. Tiada gaji yang boleh digunakan untuk melunaskan hutang PTPTN anda.
3. Caj Pengurusan Terlalu Tinggi. PTPTN menggunakan pendekatan Ujrah sebanyak 1% kepada peminjam PTPTN. Caj sebanyak 1% ini boleh dianggap rendah berbanding cas yang dikenakan terhadap pembelian kenderaan dan kad kredit. Anda sanggup bayar hutang kad kredit dan pinjaman kenderaan tapi tak sanggup bayar pinjaman pendidikan..fikir-fikirkan lah.
Kenapa Nak Lari?
Tak mampu bayar dan tak boleh bayar bukan boleh menyelesaikan masalah. Ia hanya akan menambahkan masalah. Jadi apa yang harus dilakukan? Bertindaklah dengan berjumpa dengan pihak PTPTN. Bersemuka dan berbincang dengan cara yang baik. Insyaallah, setiap masalah mesti ada jalan penyelesaiannya.
Ingatlah bahawa pinjaman adalah bantuan maka bertanggungjawablah terhadapnya.
Tentu ada kebaikkannya jika anda menjelaskan hutang PTPTN dengan awal. Di antaranya ialah :
1. Menjelaskan hutang dengan awal akan menyelesaikan hutang dengan cepat. Lambat bayar akan mengakibatkan jumlah terkumpul hutang anda menjadi semakin tinggi kerana kos perkhidmatan yang dikenakan.
2. Hutang yang dibayar anda akan digunakan untuk dimanfaatkan kepada peminjam baru. Jadi lebih mudah untuk adik-adik anda melanjutkan pelajaran di universiti.
3. Meringankan beban kewangan anda. Bila hutang sudah dibayar, maka jiwa akan menjadi tenang dan anda tak perlu lagi sakit kepala memikirkan hutang-hutang lain yang bertimbun seperti kereta dan rumah.
Cara Biasa Dengan Cara Bijak Bayar PTPTN
Kebiasaanya, graduan menjelaskan pinjaman PTPTN menggunakan kaedah biasa iaitu menggunakan sebahagian gaji lalu dibayar terus kepada pihak PTPTN dan ada juga yang membuat potongan gaji setiap bulan. Ini sebenarnya akan menyusutkan gaji anda!
Ada juga graduan yang menggunakan simpanan KWSP untuk menjelaskan pinjaman PTPTN. KWSP adalah skim simpanan untuk persaraan tetapi sebelum bersara lagi duit simpanan ini dah dihabiskan untuk bayar hutang.
Anda Nak Tahu Cara Bijak Bayar PTPTN?
Tahukah anda ada cara yang lebih bijak untuk menjelaskan pinjaman PTPTN tanpa menjejaskan pendapatan bulanan anda dan tanpa perlu keluarkan duit simpanan KWSP?
AWAS…kaedah ini bukan untuk graduan ijazah kelas pertama!
Cara ini memerlukan komitmen anda untuk memahami strategi ini. Ianya telah diajarkan oleh seorang graduan ijazah kelas 3. Untuk mengetahui cara yang beliau gunakan, anda haruslah memahami asas kepada selok-belok kewangan yang bakal beliau kongsikan. Disiplin kewangan anda amat diperlukan supaya anda berjaya.
Cara ini amat jarang dipraktikkan kerana masih belum diketahui oleh orang ramai. Beliau adalah orang yang terawal mencuba cara ini dan telah berjaya mendapatkan hasil yang berkesan. Selepas selesai membayar hutang PTPTN, beliau berjaya mendapatkan tunai dengan cara ini. Saya percaya anda mahu selesaikan hutang PTPTN dengan cepat. Terus ke laman web www.FreePTPTN.com untuk mengetahui kaedah yang bakal beliau kongsikan.
13,540 total views, 1 views today
Sudah ada panduan nak bayar PTPN. Apa lagi pergi dapatkan sekarang.
Kena displin tinggi ni kalau nak praktikkan..
Aku pun kalau boleh malas nak bayar…tapi kena bayar jugak. Biasalah hutang ni bukan semua org rajin bayar, especially hutang PTPTN. Tapi kalau hutang kengkawan ke kereta ke, laju je bayar hehe
Dah ada cara mudah tu, apa lagi jom grab cepat. Alhamdulillah hutan gpelajaran saya dah abis bayar. Lega rasanya bila dah tak berhutang.
gua masih merangkak membayar lagi..
kena kahwin lagi mudah nak bayar..
haha..
haha..nasib baik aku xde pinjaman ptptn..
wah.. bukan kelas pertama pom boleh free.. halal ke trik ni? haha
aku tengah usaha nak abiskan ptptn cara ko, bayar banyak terus.
sampai ada panduan nak bayar..peh..bukan main dasat sekali penangan PTPTN…hehe
pergh!, siap ada panduan lagi advance percuma bayar ptptn.
semua peminjam wajib ada panduan ni haha.nasib baik aku tak pinjam, kalau tak kena beli gk ngn bro titan ni hehe
Ada hutang kena bayar. Malu la bila dah bertahun kerja tapi hutang belajar tak habis lagi
Hutang tetap hutang walaupun kita tak berapa setuju cara mereka..huhuhu..panduan ni mesti mudah kan cara kita nak bayar..
Alhamdulillah semua hutang pendidikan telah dilunaskan. Jiwa pun tenang. Bagi yang masih berhutang dengan ptptn memang elok dapatkan panduan nie.
Nasib baik dulu-dulu kos study tak semahal sekarang.Satu semester baru RM 300++. Sekarang kalau tak score CGPA bayarlah hutang study banyak-banyak.
Saya nak try bayar online sangkut plak kat website ptptn call helpdesk pon xmembantu. wawaaaawa
Asal dah namanya meminjam, kena bayar la. Wajib bayar, dan kalau boleh hutang tu kena langsaikan sebelum meninggal dunia
jangan memilih kerja kerana jika dah ada kerja bolehlah plan untuk bayar hutang PTPTN secepat yang boleh..
bagus untuk mereka yang liat nak bayar ptptn ni..
oooo gitu caranya… boleh buat cara freee.. bagus nih untuk langsaikan hutang yang berderet2 tu… hehehe
suka ayat titan ni,
“Pandai Pinjam Tapi Tak Pandai Bayar”
Kena share artikel kat budak PTPTN ni,
sangat berguna bro.
kalau dah percuma, siapa-siapa pun nak..ramai sangat yg tersepit gara-gara PTPTN..
Pandai pinjam tapi liat nak bayar! Wajib la dapatkan panduan ni supaya rajin nak membayar hutang PTPTN tu
Dah pinjaman namanya. Sudah tentulah kena bayar
Kalaulah majoriti ibu bapa kita tahu menguruskan wang, yang paling penting menyimpan… Ramai daripada kita tak perlu buat pinjaman PTPTN yang banyak.
Jadi, ibu dan bapa generasi sekarang ni perlulah sekurang-kurangnya menyimpan untuk masa hadapan anak-anak. Kalau nak tunggu kaya raya mungkin tak semua merasa.
Hutang tetap hutang..kena bayar..kena dapatkan, sebabnya aku pun belum setel lagi hutang ptptn ni..
syukur, zaman saya guna mara, dan free.. hee
encik titan dah lama lunaskan bayaran PTPTN, 3 tahun je dah selesai.
ALhamdulillah.. dah habis bayar.
memang rasa lapang otak dah settle ptptn.
x sempat nak pinjam ptptn…hihi..belajat takat SRP jer..huhu
nak pinjam senang ja ptptn ni.. nak bayar balik aduh.. perit jgak..
alhamdullilah, setel awal2 ptptn dulu2
bagus ni siap ada panduan lagi
Xsabar nk habiskan hutang ptptn yg beribu riban tu..huhu
syukur.. kak study dulu x de pinjam PTPTN..
Kalau ada panduan maksudnya, ramai yang menghadapai masalah macam ni…
sampai nak bayar PTPTN pun siap ada ebook..
nampak sangat kronik orang kita tak nak bayar ni
bayar tp percuma macam pelik je bunyi ahhahaha
Kalau buat pinjaman pendidikan MARA boleh lupuskan pinjaman bila keputusan pendidikan bagus. PTPTN ni kalau bagus bagaimanapun kena bayar juga ke? Tak pernah pinjam pun sebab zaman dulu PTPTN ni belum wujud lagi.
hutang ptptn, hutang waktu belajar, belum keje dah ade hutang puluh ribu, bile ingat2 balik cam nyesal amik ptptn, skrg camne pun kene bayar gak huuu…
Sedih bila tengok tulisan PTPTN ni..hutang dah lama tak bayar..masih belum mampu..
ikutkan diri sendiri nih memang banyak sangat hutang.. tapi ikut kotmitmen, motivasi dan ada usaha kita untuk bayar walaupun agak tertekan.. boleh punya… apa lagi dapatkan segera beb.. berbaloi!!
bayar jangan tak bayar… langsaikan ia dengan sebaik mungkin.
hutang wajib di bayar, cuma nasihat aku, better cari loan mara sebab 2nd class upper pun dapat pengurangan yuran tau untuk program ijazah sarjana muda. kalau ptptn kelas pertama je dia waive kan. ramai yang beralih ke loan MARA. loan bantu orang melayu