Aku ada satu soalan.
Adakah korang penggemar sukan dan selalu beli barangan sukan seperti kasut sukan, kasut bola dan kasut futsal?
Jika ya, pernah tak korang dengar kasut jenama New Balance?
Kalau tidak, mari aku cerita tentang jenama ini.
Dengar baik-baik.
Baca jelas-jelas.
Jenama New Balance ini berasal dari Boston sejak tahun 1906 dan merupakan salah satu pembekal kasut sukan yang agak besar juga pada ketika itu. Pada mulanya, kasut ini tak terkenal. Dan biasalah, bila dah ada orang pakai, rasa pula selesa, nampak pula cantek semacam, boleh bawa bersukan dan boleh lari laju, maka ramailah yang dok bercerita tentang kasut nih. Jadi, dari promosi mulut ke mulut sehinggalah promosi online ke hari ini, telah menjadi senjata utama bagi syarikat ini untuk terus berkembang dan dikenali ramai.
Dan New Balance Malaysia juga pastinya akan menjadi jenama kasut dan pakaian sukan YANG SESUAI untuk korang semua. Jenama ini memang SANGAT terkenal dalam dunia sukan dan jenama ini juga menawarkan pelbagai jenis pilihan untuk korang yang gemar mengumpul kasut sukan untuk dijadikan koleksi peribadi.
Secara peribadi, aku suka kasut New Balance ni.
Nampak “smart” juga.
Kalau pergi jalan-jalan, nampak selesa dan cool. Kalau pergi “blind date” dengan bini, mesti bini rasa suami dia paling hensem sekali pada hari itu. Kalau pergi jogging, rasa boleh pergi 50 kilometer dalam sejam.
Huhu..
Sebagai bekas pelari jarak jauh dan juga bekas naib johan aktiviti merentas desa ketika sekolah dulu, memang hidup aku penuh dengan larian. Kejap lari ke sana, kejap lari ke sini. Kena pula, aku memang rajin berjogging dan buat senaman”fartlek” sekarang ni.
Memandangkan kasut lama aku ni dah koyak sikit kat bahagian ibu jari ini akibat terlalu kerap menggunakannya, mungkin kasut New Balance ini menjadi salah satu pilihan utama untuk beli kasut sukan yang baru.
Dan lebih menarik, kita boleh beli kasut New Balance secara online.
Maklumlah, bukan semua orang kita ini rajin belaka.
Tak semua orang mahu bersusah-payah keluar ke kedai untuk mencari sepasang kasut yang sempurna namun berasa kecewa apabila apa yang dihajati tiada di store atau sekadar menemui seleksi pilihan yang tidak banyak. Ini sudah tentunya membuatkan seseorang berasa kecewa. Mencari kasut sukan yang bagus bukanlah mudah kerana kasut yang baik haruslah mempunyai kualiti yang tinggi dan memberikan keselesaan buat mereka yang memakainya selain memberikan perlindungan pada bahagian kaki.
Terdapat banyak stail dan jenama kasut sukan untuk lelaki dan wanita di luar sana. Namun korang akan sedar bahawa membeli kasut yang sempurna haruslah bergantung kepada pemilihan kasut itu sendiri. Pilih kasut yang sesuai dengan bentuk tapak kaki anda agar memberikan keselesaan yang penuh ketika memakainya, bukan sekadar bergantung pada jenama sahaja. Namun, New Balance adalah pilihan yang tepat kerana menawarkan produk yang bermutu tinggi dengan harga yang cukup berpatutan.
Oleh itu, jika ada yang berminat bolehlah sambar segera.
–> Beli kasut New Balance secara online adalah jauh lebih mudah.
Satu, bila kita beli secara online, kita dapat lihat lebih banyak PILIHAN.
Yang keduanya, online shopping SANGAT menjimatkan masa dan wang korang.
Korang tidak lagi perlu keluar dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas serta tidak perlu mengeluarkan duit untuk minyak dan parking. Silap hari bulan, boleh plak kena saman bila tak jumpa tempat parking.
Okeh la.
Aku nak sambung “windows shopping” untuk memilih kasut New Balance mana yang sesuai dengan mata dan jiwa aku. Biasalah, dari mata, turun ke jiwa. Dari jiwa, baru turun semangatnya itu ke kaki AGAR boleh berlari dengan penuh bertenaga.
Mana tau, boleh menang dalam lumba maraton 20km yang akan diadakan dalam tempoh 2 minggu lagi kat tempat aku nih dan berpeluang untuk pintas juara tahun lepas.
Hehe..
Sumber gambar – Collectivekicks.com dan Sneakerfreaker.com
12,678 total views, 2 views today
terbaiklah.. dapat iklan dari new balance..
bila lah aku nak dapat sambar sebiji..
nak guna untuk jogging ni
Zool: Sambar jangan tak sambar bro!
oh men, ko buat aku nak beli satu pasang
Cantik rupa kasut new balance ni.. Boleh cari dan beli lepas ni..
memang antara kasut yang design cantik dan murah… haaaa… berbaloi
jarang sangat nak beli kasut sukan sebab jarang bersukan secara agresif setakat jalan kaki itu memang rutin setiap hari
Kalau dapat kasut cantik macam ni baru semangat nak berlari…
Noriza:Jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah ..heh..heh
Belom pernah merasai memakai kasut sneaker New Balance. Biasanya kasut Power Bata menjadi pilihan. Bolehlah cuba nikmat merasai jenama New Balance ini pula.
cantik juga kasut New Balance ni..kawan-kawan Jj yang main basketball rata-rata guna kasut jenama ni..
Baru beli kasut. kalo harga ok bolehlah beli.
ada kat satu web.. design mcm NB tapi harga murah sangat.. memang kena ciplak design NB
cantik kasut new balance tu…warna warni
tgh ushar2 ksut new balance ni..
kasut ni memang selesa, dulu kecik2 memang guna kasut ni
Aku pakai kasut Vans je Titan, dah dua tahun pakai tak rosak-rosak.
Ada juga berkenan dengan New Balance ni, tapi logo dia tu tak comel, design pun biasa je. Kalau dia buat design comel-comel sure dah rembat sepasang untuk pakai jalan2.
ni kasut femes masa zaman skolah luh..hehe
Kasut legend juga ni buat saya
macam tau2 je ada niat nak beli NB ni…hehehhehe
cantiknya kasut..dulu kawan sekolah selalu pakai kasut new balance time PJ. Memang cantik, tak terlalu menonjol. Kita ni belasah kasut sekolah je
Tengah cari kasut yang lambat haus tapaknya. Nak pakai hari-hari buat pergi kerja.
Dulu rajin aku beli kasut brand ni tp mahai gak masa tu xde lagi kedai2 online ni. Jadi aku terpaksa la bertukar kepada brand POWER Bata hehe.
Dulu dulu ada kasut NB ni sepasang. Tak tau pergi mana dah.Nampak cantik pulak design yang baru ni.
Betul dah penah pakai, walaupun beli yang kategori bundle, memang sedap dan selesa di pakai, nak2 pulak rider macam aku ni, so menambah kehenseman di kalangan aweks2 motor lain…
Ani ada kasut New Balance. Pakai lama jugaklah, penting selesa dan tahan lama tapi warna Pink tetap di hati hehe
Dah lama tak beli kasut sukan..tapi nampak cantik pula
Macam teringin pulak nak beli. Tapi kalau beli online macam tak best pulak sebab kalu boleh kena rasa dan cuba dulu baru mantap. Kat mana ye admin kita boleh walk in beli..? Mana la tahu boleh pergi terus kedai di dan cuba sendiri..hihi
memang best kasut NB memang pernah popular jenama ni di pulau pinang suatu masa dahulu seleps adidas samba
Ayat nko tu boleh buat macam aku teringin nak beli kasut new balance tu 🙂
Nike je yang fit ngan kaki aku..penah pakai Adidas…tak best..NB..hurm..tak pernah lagi.
Nike je yang fit ngan kaki aku..penah pakai Adidas…tak best..NB..hurm..tak pernah lagi.
wow, kasut ni nampak kacak pulak bila bro titan cerita :3
maknanya liverful nak player team lain tendang kat perut haha
tak alert pasal jenama barang sukan, baru tahu ade jenama ni huhu…
Dah lama tak jogging ni rindu kasut. Good luck untuk half marathon.
aku pernah pakai kasut ni dan YA aku suka, x perlu pun beli kasut mahal jenama sangat, janji kualiti dan sedap di pakai
Smart la yang warna merah tu.. nak kena beli ni.. sblm ni belum tercapai lagi lagi 50KM.. harap dengan kasut ni itu semua bisa jalan..hehehe
Dah lama tak dengar jenama kasut ni.. dulu masa zaman sekolah memang selalu gak pakai kasut ni.. memang cun habis la jawabnya..
cantik betul design kasut ni….
Kasut New Balance ni paling lejen, tahan lasak pula tu, memang berbaloi dengan harganya mampu dimiliki oleh semua golongan .
anak2 saya pun pakai kasut new balance ni, comel2 warnanya
Mesti dapat banyak voucher ni… sshhh. hehe 🙂
Beberapa tahun kebelakang ni, rekaan NB memang menarik.
Banyak sponsor pasukan ternama juga.
Dulu saya ingat NB ni jenama Malaysia.
wah smartnya kasut new balance yang last tue..
Sy kalau nak beli kasut sukan memang akan cari ada cushion dalam.
Selesa nnt nak buat sukan ke ataupun cuma nak jalan2 kan.