Ya.
Dalam 2,3 hari ini aku akan bercerita tentang topik Qurban.
Lebih tepat, ibadah Aqiqah since aku dah ada Firas. In-sha Allah, tak lama lagi akan buat aqiqah untuk anak aku.
Tak lama lagi dah nak raya Haji. Dan sebagai orang Islam, kita dituntut untuk melakukan ibadah Qurban dan aqiqah apabila kita berkemampuan. Terutamanya dari segi wang ringgit. Yelah, nak buat ibadah qurban atau aqiqah ni, kena beli kambing atau lembu. Atau haiwan yang layak untuk dikorbankan. Semua tu, kena pakai duit.
Dari sejarah keluarga aku, majoriti buat ibadah qurban atau aqiqah ni menggunakan cara lama.
Iaitu, buat kenduri Aqiqah atau kenduri Qurban.
Kadang-kala, siap dengan majlis potong jambul lagi. Lebih menarik, siap wat upacara tahnik juga.
Itu yang aku nampak.
Yang aku tahu masa kecil dulu, datang kenduri. Makan sepuas hati. Minum air sirap manis bergelas-gelas tanpa peduli anak orang lain. Yang penting, perut kenyang. Bila perut dah kenyang, leh main dengan sedara atau sepupu-sepupu yang jarang benar boleh jumpa.
Kesimpulannya, selagi mampu, BUAT sahaja.
Soal duit cukup atau tidak, itu jangan kita sembang kencang sangat. Ada duit, buat sahaja. Tak ada duit, usaha lagi sampai kita mampu nak buat qurban untuk aqiqah.
Okeh.
Itu cara lama. Cara orang kampung. Dan kadang-kala, dimodenkan di kawasan bandar. Siap ada katering yang boleh uruskan hal-hal kenduri KHAS untuk buat qurban atau akikah. Siap dah ada tukang sembelih. Ada “KES” aje, tukang sembelih ini akan dipanggil menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab.
Pihak katering itulah yang akan urus dari mula dari nombor SATU sampai lah ke huruf Z.
Dah tak payah pening kepala nak cari kambing yang sihat untuk buat akikah, dah tak perlu pening kepala nak masuk kampung untuk cari lembu nak dibuat qurban. Dah tak perlu nak pusing beberapa kampung dok mencari siapa yang boleh sembelih lembu atau kambing itu.
Tapi..
zaman sekarang adalah zaman teknologi.
Sesetengah orang, SANGAT sibuk.
Tapi, mereka ada kemampuan.
Untuk buat anak, untuk lahirkan anak dan khususnya untuk buat majlis aqiqah untuk anak-anak yang baru lahir.
Itu semua bagus. Perkara bagus. Amalan yang baik dan patut diteruskan.
The BAD thing is..
Diorang tak ada masa nak buat kenduri. Nak panggil sanak saudara untuk datang kenduri pun, bukan semuanya dapat datang. Kalau tak datang, nanti ada yang bergaduh plak sebab tak dijemput atau bergaduh sebab tak dapat datang.
“Wahh..kenduri aqiqah anak kau, aku datang. Tapi kenduri akikah anak aku, ko ngelat tak mau datang..” protes Kak Ngah Bedah.
“Bukan macam tu Kak Ngah..adik ada MEETING besaq dengan menteri Teknologi dari Planet Nameck tu. Kang planet diorang tak ada internet, susah diorang nak shopping online kat Lazada nanti..” Balas anak bongsu Pak Mustakim.
“Aahh..ko memang. Alasan aje manjang..” tambah Kak Ngah Bedah. Tak puas hati.
..
…
Perang Saudara berlaku. Itu tak campur lagi perang sejuk antara keluarga.
Ini petanda yang tidak baik.
Jadi, untuk MEMUDAHKAN benda yang mulia dan baik ini.
Kita boleh gunakan cara yang lebih MUDAH.
–> Lakukan ibadah Qurban dan Aqigah melalui EZ Qurban.
Ibadah Qurban dan akikah melalui EZ Qurban
Okeh.
Bagaimana?
EZ Qurban adalah salah satu syarikat yang menerima tempahan untuk menguruskan ibadah qurban dan akikah secara online.
Mereka akan menguruskan hal-hal berkaitan ibadah dan qurban dari mula sehingga habis. Malah, pihak EZ Qurban juga telah mempunyai 10 tahun pengalaman dalam menguruskan hal-hal ibadah qurban dan akikah. Baik dari segi penyembelihan, pengagihan dan mencari orang-orang yang layak untuk menerima daging qurban atau akikah tersebut. Lebih menarik, proses Qurban atau Akikah itu di negara miskin, yang kekurangan makanan seperti, Thailand, Vietnam, Kemboja, Filipina, Indonesia.
Ini bagus.
Mengapa?
Selain kita menunaikan ibadah Qurban dan Aqiqah ini, kita juga membantu orang lain yang memerlukan pertolongan. Bila orang kenyang, mereka boleh buat kerja, boleh tersenyum dan juga boleh beri senyuman kepada orang lain. Bila semua orang gembira dan tersenyum, segala urusan dunia akan lebih mudah dilakukan dan..
lebih RAMAI senyuman akan terhasil.
Lihat..
Indah bukan apabila kita membantu orang lain yang dalam kesusahan?
Negara kita ni, kaya dan aman.
Walaupun ada juga kekadang huru-hara sedikit, tetapi aku tetap kata negara kita ni masih aman dan sentosa.
Jadi, lakukanlah ibadah Qurban dan Akikah bila kita berkemampuan.
Ini hak anak-anak dan sunat yang dituntut oleh agama kita. Lakukan dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab.
Dan jika berminat, boleh tempah secara online melalui EZ Qurban.
Harga Qurban dan Aqiqah EZ Qurban
- Aqiqah 1 ekor kambing – RM580
- Qurban 1 bahagian lembu – RM300
- Qurban 1 ekor lembu – RM2100
- Qurban 1 ekor kambing – RM580
Bila waktu yang sesuai untuk buat Aqiqah?
Lagi awal, lebih bagus. Selepas seminggu anak dah lahir, dah molek dah untuk buat ibadah aqiqah. Selepas sebulan pun boleh, selepas setahun pun boleh. Janji selagi anak belum baligh dan selagi kita berkemampuan. Selagi itu, ibu bapa ada tanggungjawab untuk buat ibadah Aqiqah untuk anak-anak mereka.
Kalau dah umur 6 tahun pun, masih boleh buat akikah.
Maklumlah, mungkin rezeki tak berapa banyak.
Nak buat aqiqah pun, terasa banyak belanja. Maklumlah, kalau tak buat kenduri, tak jemput orang kampung atau jiran tetangga, rasa malu semacam aje. Nak buat kenduri, bukan takat ratus-ratus. Takkan nak hidang kambing aje. Mesti ada nasinya. Mesti ada ulamnya. Mesti ada acaranya. Itu belum campur air sirap manis. Gula aje, dah berapa kampit nak kena beli.
So, cara lama ni memang meriah dan boleh tahan besaq sikit belanja nak buat kenduri qurban atau akikah.
TAPI bukan semua orang mampu.
Jadi, tempahlah secara online dari EZ Qurban. Mereka akan uruskan semua dengan penuh tanggungjawab. Siap bagi sijil penyertaan lagi apabila semua urusan qurban atau akikah selesai dijalankan.
Korang cuma perlu BAYAR sahaja.
Ini salah satu cara yang mudah, murah dan juga tidak menyusahkan orang lain.
Cara untuk menempah dengan EZ Qurban?
Daftar secara online di website EZ Qurban disini –> Pendaftaran EZ Qurban
Semua proses penerangan, pertanyaan dan hal pembayaran akan dibantu oleh pihak EZ Qurban.
Untuk bantuan, boleh hubungi pihak EZ Qurban di..
Facebook : http://www.facebook.com/ezqurban
Office :
No. 126-1A, Jalan 3,
Batu Caves Centrepoint,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan, MalaysiaOffice : +603 618 619 11
Hotline : +6013 238 6000
Whatsapp: +6013-318 6984
Fax : +603 6186 7872
Fax : http://www.ezqurban.org
Email : ezqurban.adm@gmail.comIsnin – Jumaat : 9.00AM – 5.00PM
Sabtu : 9.00AM – 2.00PM
Ahad/ Public Holiday : Tutup
10,794 total views, 1 views today
Ha..ada pun benda ni. Sekarang memang aku duk cari-cari nak korban jarak jauh (kJJ). Sebab nak buat korban kat Turki ni aku tak pandai nak cari, tak faham dorang cakap apa pastu takut tak ada org nak uruskan daging. Sib baik ada sistem Kjj nih. Boleh dipertimbangkan nih
Kadang kala buat qurban dengan agen terutama yang ke luar negara lebih baik dari sudut memberi daging kepada yang memerlukan… sebab Ar-Rahnu Yapeim ada buat untuk orang kemboja… orang sana nak jumpa daging pun susah… di Malaysia, nak makan daging hari-hari pun mampu beli di pasar… tetapi kena cari yang betul-betul jujur dan bertauliah…dan tidak meninggalkan hikmah ibadah..
Korban jarak jauh(KJJ).. Heheee.. Macam PJJ. KJJ ni kebaikannya, hasil korban tu dibagi kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Cuma mungkin kita hilang kelebihan dari segi menyaksikan sendiri saat haiwan korban tersebut dikorbankan.
ha mudahnya, bolehla buat aqiqah untuk baby nanti
dah boleh buat online dah sekarang..:D
dah semakin ramai yang buat program macam ni, bagus sebab memudahkan permintaan orang nak buat qurban dan aqiqah
Masih belum berkesempatan nak buat aqiqah. InsyaAllah, ada rezeki, tahun depan kenalah buat. Kena cari masa yang sesuai, juga wang. InsyaAllah, semoga dipermudahkan.
kelebihan teknologi jika di manfaatkan dengan sebaiknya, macam ni lah..ezqurban ni antara contoh terbaik…
saluran yang menarik untuk buat ibadat Qurban di mana mereka lebih memerlukan.
Alhamdullilah dengan adanya teknologi smuannya makin mudah…
mudahnya nak buat korban dgn harga yang siap2 dipecvahkan gitu kan. rm300 sgt2 boleh dibuat selalu.
terima kasih
Hehe.. sekarang ni kan dah tak ada alasan lagi nak ngelat dari buat akikah ni.. kecuali mereka yang benar-benar belum ada duit yang cukup..huhu…
Qurban pun boleh buat secara online je sekarang, yang penting sediakan je bayarannya 😀
sangat mudah,simple dan easy going…
memang bagus bagi mereka yang tiada masa nak buat kenduri dan bajet kecil
semoga mereka yang melakukan ibadah korban diperluaskan rezekinya. AMIN~
musim penternak pungut hasil penat lelah
Memang niat nak aqiqah anak2 guna EZ Qurban ni. Betul nak buat kenduri sekarang bukan sikit2 duit. Alhamdulillah ada kemudahan macam ni. Yang penting urusan aqiqah tu selesai dulu kalau nak kenduri kemudian pulak la kot ye. Terima kasih share amount. Nak aqiqah 2 orang hero ni yakni 4 ekor kambing 😀
mula-mula buat macam tak tahu je pasal ibadah korban, tapi bila selalu sangat dengar ceramah Ustaz Azhar (MD EZ Qurban) kat radio tiap-tiap minggu, terbuka hati untuk buat. Senang buat dengan EZ Qurban ni. recommended.
Buat online senang, semua mereka uruskan .Bayar je.
Tapi selalunya kenduri aqiqah jarang hidangkan CENDOL.
Mungkin area banting ada kot.
Eh, ke takda jugak? :p
nama pun EZ,jadi easy la nak buat qurban 🙂
tak taw plak boleh qurban dan aqiqah jarak jauh…
rm300 bagi aku murah dah 2
program qurban camni lebih mudah dan beri manfaat kepada ramai orang
memang bercadang buat untuk tahun ni, tapi mak suruh buat yang kat surau punya.
sekarang sudah RM 500 satu bahagian.
suka tengok cara dia susun daging. smart jew
sayapribadi belum bisa ikutannyumbangbuat kurban , heem jadi sedih 🙁
Sekarang ini buat korban di sini untuk orang jauh. Dapat pahala, cuma pahala sunnah melihat binatang korban itu yang tidak dapat.
Memang best ez qurban ni. Dulu masa Zayra lahir, seminggu dalam pantang dah buat akikah dengan EZ qurban ni. Pantas dan tangkas
Mudahnya nak buat qorban sekarang, Alhamdulillah.
Zaman serba canggih nih memang sangat2 perlu mende macam nih.