Ya.
Sepatutnya, artikel ni dah wujud masa pertengahan bulan September ini, tetapi disebabkan ada masalah yang tidak dapat dijelaskan dengan nombor dan perkataan yang sesuai, jadi tidak ada penerangan yang dapat dilakukan pada waktu dan keadaan ketika itu.
Jadi, artikel ini telah dibawa ke hadapan dan ditulis dan diubahsuai pada hari ini.
1. Walaupun ini komisen ke 52, sebenarnya aku dah dapat lebih dari tu.
2. Jumlah sales yang pernah aku dapat dari Ashadee, mungkin dah berpuluh dan beratus. Mungkin juga dah beribu sales apabila dicampurkan ketika Gobala tukar Jomniaga ke Ashadee.
3. Pendek kata, tahun lepas adalah waktu kemuncak aku dapat banyak sales dari program Ashadee. Jadi, korang semua boleh percaya program Ashadee dan produk-produk yang ada didalamnya.
4. Jualan sales kitab PINK aku juga bertambah apabila aku letak produk tersebut di Ashadee. Aku menggunakan khidmat Ashadee untuk mempromosikan kitab PINK. Of kos, aku punya promosi lebih hebat berbanding apa yang pihak Ashadee lakukan. Malah, promosi aku juga lebih gempak berbanding apa yang agen-agen aku cuba lakukan.
5. Maklumlah, bila aku sendiri “propose” cara atau bagaimana aku promosi produk dalam kitab PINK itu, sudah tentu aku tahu celah mana nak promosikan dan jual produk aku sendiri. Tak macam otai atau scammer kat luar sana. Nak promosi pun tak reti. Semua dok harap agen diorang sahaja. Bila kita nak kongsi cara yang berkesan kepada orang lain, kita sendiri kena buktikan bahawa kita boleh lakukannya sendiri. Bukan ciplak idea orang lain dan jual idea ciplak orang tu.
Kalau korang boleh lakukan, apa jenis produk pun korang boleh jual secara online atau offline.
Komisen ke 51 dari Ashadee.com
6. Sales terbanyak yang aku dapat dari Ashadee adalah jualan kitab PINK itu sendiri. Malah, jualan kitab pink ini juga merupakan sales paling banyak dalam sejarah aku jual kitab PINK secara underground nih berbanding ebook-ebook underground aku yang lain.
7. Lebih dari 5 ribu pembaca sudah mendapatkan kitab PINK tersebut. Sama ada mereka sudah membacanya atau mencuba segala teknik yang aku kongsikan itu, aku tidak tahu. Tapi secara konklusinya, mungkin 5 ribu orang dah membacanya walaupun cuma SATU kali sahaja.
8. Aku sudah lebih membacanya beratus-ratus kali sejak aku jual kitab tersebut. Secara logik, aku membaca purata 2 kali dalam sebulan. Orang lain, aku tak tahu sebab aku tak boleh tahu korang dah baca berapa kali dalam sebulan. Overall, banyakkan membaca. Cikgu sekolah korang dulu-dulu pernah bagitau, kan bahawa “membaca itu jambatan ilmu”?
Aku tak ada ilmu “spy” otak orang atau kebolehan membaca perasaan atau minda seseorang walaupun aku ni memang genius dikalangan para blogger tempatan yang lain.
Jadi, sila jangan tanya aku eh.
9. Untuk jual ebook, ada DUA cara yang paling mudah. Samada korang kena promosikan ebook tersebut sampai ebook itu jadi popular, atau korang promosi diri atau brand korang jadi lebih popular. Bila korang dah popular, orang akan beli apa yang korang jual. Kalau dulu orang beli waktu korag jual pemadam, aku tak hairan kalau hari ini pun ada orang beli kalau korang jual pembaris.
Faham?
10. Kitab Pink aku antara produk SEO yang popular versi berbayar dikalangan produk IM atau blogger di Malaysia. Walaupun mungkin yang terbaik, tetapi asas dan pengalaman yang aku ceritakan itu, adalah paling unik berbanding ebook lain yang pernah aku sendiri baca. Malah, ebook itu juga menjadi hasil “ciplak” beberapa IM atau blogger untuk tulis ebook mereka sendiri.
Maksud aku, diorang tiru “cara” aku tulis ebook tersebut. Tapi ofkos la, ayat dan perkataan yang ada dalam ebook itu diorang karang sendiri. Jadi, tak boleh kata diorang TIRU seratus peratus. Cuma cara aku buat itu, dah menjadi ikutan dari pemerhatian aku. Tak hairan, ebook diorang pun boleh laku keras.
Aku tak marah. Aku gembira.
Sekurangnya, diorang belajar sesuatu dari kitab PINK tersebut.
Dan of kos, diorang juga adalah pembaca kitab PINK itu.
Kalau tidak, bagaimana mereka tahu macam mana aku tulis ebook tersebut, bukan?
..
…
Kesimpulan
Untuk hasilkan produk yang bagus, kita sendiri MESTI bagus. Skill kita mesti gempak. Teknik promosi mesti hebat.
Buktinya..
Tell me one GOOD ebook kat Malaysia selain dari kitab PINK aku yang masih korang ingat sejak 2-3 tahun kebelakangan ini? Atau korang cuma ingat kitab PINK aku tu aje?
Kalau YA, meh aku belanja lempeng cicah ikan bilis pedas nih.
Sorang, cuit sikit je. Colek sambal ikan bilis tu, jangan banyak-banyak. Kang cepat pulak habis.
10,684 total views, 1 views today
wah lempeng cicah sambal itu paling menawan qalbuuuu. Ape pun tahniah dapat duit kopi. Banyak pulak tu =)
promosi ebook menjadi popular atau promosi diri jadi popular…rasanya lebih baik promosi diri jadi popular..
Dah masuk 52? Banyak tu. #kipidap Kawe pun tumpang happy tengok blogger berjaya.
Contoh tauladan terbaik. Aku dah baca, tengah nak beramal dengannya. 😀
Terima kasih untuk ayat ini:
Kalau dulu orang beli waktu korang jual pemadam, aku tak hairan kalau hari ini pun ada orang beli kalau korang jual pembaris
benar-benar memberi inspirasi..terima kasih
xpe kot tiru skit2 bro titan..hehe..
Memang boleh fofuler aa kalau boleh hasilkan ebook nih….
lepas ni aku pun nak letak banyak produk kat ashadee 🙂
ok..dah lebih 5 ribu copies..meh cendol semangkuk..ehhehe
wah bestnya banyak dapat komisen
best giler ni…aku nak close satu pun payah…hihi
Sudah banyak komisen yang sudah terkumpul. 🙂
Hohohoh..tunjuk ajari sifu..
Aku pun tak tau, selain kitab pink ni, apa lagi kitab tentang SEO yang ada kat pasaran tu ha… macam tak ada je.
Tahniah bro ! aku pun baru jer start menyambil dengan program ashadee ni.
Bila nak buat ebook lempeng cicah ikan bilis lak bro? hehe
Terbaik la. Niat lama dah nak beli…tapi tak beli-beli. Bertangguh tak habis-habis. Adehhh…
Kalau ada ebook sendiri lagi mudah nak jana income secara online. Kos pun sangat murah untuk memulakannya..
Kalau jualan dah cecah ribu tu InsyaAllah bagus isinya dan promosinya pun yang terbaik juga.
Barang bagus kalau promosi tak bagus sukar juga nak jalan. 2-2 kena seiring.
apa2 nak buat pun mesti ada ilmunya
cikgu dah bagi tau masa sekolah dulu lagi
ebook berkaitan SEO yang saya ada setakat ni cuma kitab PINK buat masa ini.
Nak beli ebook banyak-banyak pun membazir, sedangkan kitab PINK ni pun belum hadam sampai kenyang.
Mungkin takkan kenyang kot selagi tak
dapat komisen daripada Ashadee? hehe
sejak beli kitab pink baru dapat satu sale dari klikjer.
kena usaha kuat lagi untuk dapat banyak sale.
teknik dah tahu, kena rajin
aku pun nak promosi diri jadi popular..
tu yang buat blog domain nama sendiri tu.. tiru ko le ni
Alhamdulillah murahnya rezeki, semakin hari semakin bertambah pendapatan….
Dah popular nak jual apa pun senang.Sediakan related item dengan first product tu. Lepas tu upsell dan bagi voucher untuk next purchase. Beli beli dan beli.
semakin kuat pulak keinginan ingin memiliki kitab pink encik titan..
Lebih ni…daripada hasil produk sendiri atau lebih banyak produk lain daripada produk sendiri?
Kitab PINK? Wah macam menarik je. Warna pun dah tertarik :P. Insya Allah nak cuba dapatkan juga…
DLSL ? Dah macam nama peralatan network pula.. hahahha.. sori gurau2 je
haa..masuk juga tu rezeki anak deh..
haaa dah 51 ye?? guwe 1 pon belum dapat.. huhuhu
Cepat betul nombor tu bergerak. Rasa macam baru je dua tiga bulan lepas aku baca blog ni tapi angka sekitar 30++ je. Tahniah, Titan.
kitab pink ni dah lama saya dgr pasai nie. Pnh dpt excess beli time banjir tue. yg utk derma tue, tp xdownload. hahaha
mana mana?
wah banyak nya komisen…
BW kejap sebelum orang yg janji pkul 12 muncul..
nieh dah pkul 3…
mana mana
hape ko merepek ni haa?
Memang betul betul jambu kita jambu ni…Banyak ilmu yang dapat…Terbaik..
ya… baru aku perasan..
kenapa bukan ebook aku si kitab pink tu?
nanti aku karang kitab pepel…
setel…
Tahniah dengan sekalung harapan agar pembaca dan pembeli kitab pink cecah 1j akhir tahun ni..hehe..
dah buat pembelian kita seo merah jambu tadi. tunggu ashadee approve..tak sabar pulak nak tengok isi dalam tu dan praktikkan..hehe
Betul, kalau dulu saya pernah jual baju dengan orang tu, sekarang saya jual simkad pun dia beli. 🙂