Okeh.
Hari ini tak boleh gelak-gelak.
Ini benda SERIUS.
Ini bukan sekadar tips untuk kuruskan badan sahaja.
Tapi ini juga adalah latihan untuk menjadi seorang lelaki yang gagah perkasa.
Dan telah dibuktikan oleh seorang manusia.
Yang bernama..Saitama.
..
…
Dia adalah seorang lelaki jepun.
Tidak mempunyai pekerjaan.
Sentiasa memburu hari-hari yang ada jualan murah terutamanya pada pagi Sabtu.
hobinya adalah menjadi seorang HERO.
Yang tidak mengharapkan apa-apa balasan.
Apakah RAHSIA kekuatan Saitama Sensei?
100 kali push ups
100 kali sit ups
100 kali squats
lari 10 kilometer
SETIAP hari
Dan jaga bab pemakanan.
Sentiasa makan waktu pagi. Makan sebiji pisang pun dah cukup.
Cukup Makan 3 kali sehari.
TAPI yang paling penting adalah..
Itu sahaja RAHSIA untuk menjadi seorang lelaki yang gagah perkasa.
Tak SUSAH bukan?
Ya, aku tahu latihan sebegini tidak sukar untuk dilakukan.
Tetapi untuk melakukannya secara konsisten selama 3 tahun setiap hari, itu adalah menghampiri perkara yang sangat mustahil.
Aku sendiri fail pada hari keempat.
Ya, aku pernah cuba.
Hari keempat aje, muntah air. Muntah siap bau nasi lemak kelmarin.
Dan believe it or not..
Lelaki dari Jepun yang bernama Saitama ini berjaya melakukannya.
Dan dia juga telah menyelamatkan BUMI dari serangan musuh, dari laser Makhluk Asing, dari perempuan Esper, mengalahkan ninja perempuan seksi yang sangat laju dengan hanya..
SATU PENUMBUK sahaja.ย
Semua musuh ditumbangkan dengan satu tumbukan sahaja.
Sekali lagi, hero yang sentiasa menyelamatkan Bumi ini bernama Saitama.
Bukan lagi power rangers atau ultraman.
Jauh sekali Loki, Ironman ataupun Van Helsing.
Kesimpulan
Niat itu penting.
Hobi kita kadang-kala akan jadi kekuatan dalam kehidupan kita.
Capai impian kadang-kala memberikan kita kesan sampingan yang tidak pernah kita sangka.
Macam Saitama.
Akibat terlalu kuat “training”, dia jadi BOTAK.
..
…
Kerja keras, niat yang tulusย dan berlaku jujur adalah salah satu nikmat yang telah lama hilang dari diri kita.
Find it.
Then, the world is yours.
Sumber – One Punch Man Anime episode 03.
12,132 total views, 1 views today
Lelaki sempurna ni, tapi bab “save money” tak pasang penghawa dingin tu susah sikit…
Tak boleh tidur malam kalau tak guna penghawa dingin. ๐
hmm, jimat wang? Biasanya untuk perkara lain boleh, tapi sampai bab makan, selalu kalah. Hmm
haha aku pun botak sebab salah gunting. Pg salon ingat awek Turki yang gunting sekali jantan berjanggut macam Ada Turan. Cakap lain faham lain, amik ko rambut macam rekrut..
Saitama merupakan the real superhero. Sebab dia train diri dia sendiri. train punya train sampaikan dia jadi botak.
Dia ada matlamat yang jelas dan amat yakin dengan apa yang dibuatnya…
Nak jadi pandai kena belajar.
Nak mahir sesuatu kena praktis.
Nak kuat kena exercise.
Semua orang tahu. T
Tapi tak ramai yang dapat buat dengan konsisten.
Nak cepat.
Hehe, terkena batang hidung sendiri. ๐
tak sangka sangat menarik..kisah saitama ini
Kalau kita positif, kartun pun boleh dijadikan inspirasi. Anak-anak sekarang sukakan Tobot.
” Save money to never use the acct ” oh tidak! ๐
Kuat ni bukan setakat fizikal juga, tetapi mental juga perlu dilatih supaya tahan lasak dari godaan dan cabaran yang mendatang.
Makan pil kuda ker?
pengaruh komik betul ko ni.ahaha..
Aku tak pernah akan kewujudan kartun ni..Mula2 ingatkan cerita realiti, tapi membaca perwatakan kartun tu memang ada sesuatu yang dapat dipelajari iaitu hidup biar bermatlamat kerana matlamat memacu kita kepada apa yang kita nak kecapi.
untuk dapatkan sesuatu perlu hadap sungguh-sungguh
Hadap sampai lunyai kan..sampai hadam
aku tak penah tau watak saitama sensei ni.. manga/anime apa pulak ni?
ok terinspirasi kejap. hobi tu passion. boleh jadi power. hmm apa hobi aku?
ok gua dah strong ni…haha
True indeed! bagus semangat Saitama ni…..
Set niat yang baik.. Tetapkan matlamat.. Dan berusaha capai matlamat yang ditetapkan…
apa yang dia buat semua dah complete dalam ajaran Islam. aplikasi dalam kehidupan atau tidak… malah jika dilihat dari satu sudut, lelaki jeput itu lebih islam dari orang islam yang ‘malas’ seperti aku sendiri.
“bermulanya suatu amal itu adalah dari niat”
“tidak bergerak satu zarah pun dengan izin Allah”
Jom sama-sama kita berzikir-fikir dengan blog etnry en.titan yang penuh dengan ikhtibar ini…
respect bro…
Anime, manga ..tak pernah baca atau tengok..Conan tu yang saya sangat suka.Bijak berfikir dan cepat tangkap sesuatu !
Saya suka entri ni. Thumbs up. Kebetulan baru semalam sorok bateri remote aircond.
Find it —> like 100x
serius aku tak kenal saitama sensi hahaha
oooooooooo… gitu citernya. cukup menarik… bagus dan berinformasi sekali maklumatnya… terima kasih…
dah lama tak baca komik..rindu pulak..
melopong kejap siapa saitama.. yg penting, isi yg ingin disampaikan..
niat memang penting, tapi kecekalan dan kehendak perlu kuat untuk konsisten setiap hari
err, saitama tu kartun ke. tapi memang betul senaman tu semua memang menjadik kalau buat hari2 tanpa tapi, buat segera tanpa nanti. insyaallah berhasil.
ha ha ha teringat cerita TOBOT anak kak yati…
“Hobi kita kadang-kala akan jadi kekuatan dalam kehidupan kita.”
Suka ayat ni!
Ingatkan orang betul ๐ tapi nak jimat penggunaan ekon itu memang susah sedikit
saitama nie anime ke??
nak buat memang senang nak konsisten itu yang susah
Betul. Niat tu penting. Kalau susah nak konsisten selalunya sebab hati tak cukup bulat.
gua tak nak jadi botak beb
Hmm sebenarnya ni la pertama kali aku dengar nama Saitama ni. macam-macam pulak anime dengan manga yang hang layan ye
Aduh dah terlayan plak manga ni hmmm pengaruh en titan la ni