Okeh.
382 tolak dengan 357.
Berapa?
Dua puluh lima.
Ini bermaksud, pada bulan September yang lepas, aku CUMA berjaya dapat 25 sales.
Ini juga bermakna, aku dapat 25 komisen dari 25 sales itu.
Satu komisen, aku dapat sebanyak RM25.
Kali dengan 25..
Jumlah keseluruhannya adalah..
RM625.
Tak banyak.
Tapi, macam biasa aku cakap.
Inilah penangan buat duit dengan Jobdirumah –> Daftar Jobdirumah
HASILNYA..
Bolehlah buat makan lobster satu bulan satu kali.
Atau, makan nasi lemak setiap hari tanpa miss.
Target aku, untuk MAINTAIN dapat RM1000 dari program JDR ini pada masa hadapan.
Jadi, aku kena GANDAKAN usaha yang aku buat selama ini dengan SATU KALI GANDA lagi agar impian kecil ini akan terlaksana. Jika aku dapat lakukannya pada setiap bulan, ini umpama gaji orang yang ada SPM atau orang yang baru bermula kerja kerani.
Itu gaji kerani yang aku tahu zaman dulu-dulu.
Tak tahu gaji kerani zaman sekarang. Mungkin lebih, mungkin berkurang.
Aku tak kata orang kerja kerani ni tak bagus. Sekurangnya, orang itu ada kerja yang halal walaupun ramai yang kata gaji kerani ni tak tinggi
Boleh buat makan, boleh beli baju, boleh sara keluarga. Itu dah cukup.
Bergantung pada cara kita berbelanja dan cara untuk kawal perbelanjaan sebulan kita.
Dapat simpan sikit untuk bekalan terdesak atau kumpul duit pergi haji, itu dah cukup istimewa.
Sebab itu, setiap program yang aku sertai. Target kecil aku adalah untuk dapatkan sebanyak RM500 dari setiap program yang aku sertai.
Dari adsense, dah tercapai. Memang maintain RM500 setiap bulan. Tambah dengan JDR. Tambah dengan program-program lain. Aku rasa dah sangat bersyukur dan cukup gembira. Tak sia-sia berusaha, tak sia-sia berdoa, tak sia-sia sayangkan bini aku, tak sia-sia mak aku susukan aku.
Terasa kasih sayang dari seluruh dunia.
Dengan usaha tak seberapa ini, aku boleh bantu diri aku, keluarga aku dan juga orang lain.
Aku tak pandai ajar orang lain. Aku pandai ajar budak berlari, main konda-kondi, main teng teng, main kejar-kejar, main pondok-pondok, main layang-layang. Aku ajar budak perbezaan antara galah panjang dan galah pendek. Aku ajar budak-budak keanehan sukan bola sepak yang perlukan 11 orang pemain yang kejarkan satu bola yang tidak bersalh. Aku ajarkan keindahan permainan guli roket yang memerlukan teknik balingan dan kuasa fokus yang mengasyikan.
Aku..
Aku…
Aku cuma tahu bercerita.
Jadi, aku bercerita tentang apa yang aku pandai. Aku cerita apa yang aku pernah buat. Aku cerita apa yang aku lakukan. Aku cerita bagaimana aku lakukan dengan bersungguh-sungguh.
Itu sahaja rahsia aku yang bukan lagi menjadi satu rahsia yang ajaib.
Untuk menjadi seorang insan yang istimewa dalam setiap hati-hati kamu sekalian.
Bahagialah.
pabila ada orang menjadikan diri korang terlalu istimewa dihati korang.
Bkan senang tu.
Nampak kedai cendol, orang ingat kat kita yang hensem sikit je dari laki korang.
Haha..
Kesimpulan
Nak buat duit, kena promosi.
Nak promosi, kena belajar teknik promosi sungguh-sungguh macam masa study UPSR dulu.
Nak tahu rahsia aku, dah tak jadi rahsia sangat. Sebab dah dikongsikan dalam kitab PINK.
Lebih 5 ribu orang dah tahu rahsia aku.
Yang baca blog-blog aku pun, serba sedikit dah tahu hampir 90% rahsia aku berjaya buat duit secara online.
Yang tak tahu, adalah mereka yang tidak tahu menikmati semangkuk lobster sedap.
6,139 total views, 2 views today
terbaik lah….sala satu program boleh buat blogger cari makan..!
Fuyoo…25 sales…sungguh gagah sekali 😉
Bagus betul bro ni, tahu apa yang diinginkan. target RM1000 dari JDR. Kipidap!
Wah betul-betul pelun hujung tahun. 🙂
tahniah…boleh belanje cendol…hehehe
Jobdirumah ni memang makanan abg titanla.
Job yang lain bagila kat kami pulak hehe
fuyoooo… dapat lagi woooo…. nak komisen jugak laaa…
wau…
setiap program target 500 sebulan 2
teringat kawan aku 2, target 500 sehari dgn adsense
dah tercapai ke tak lg…malas nak tanya
Memang terbaik en.titan ni..;)
Haibat betullah bro titan ni. Tak berdaya nak pintas huhu
powerlah…tak terkeja nak kejar bilangan payment tu..tapi tak mustahil kan
Gambar lobster tu tak tahan. Wah banyaknya job….
Kipidap! Dongibab!
25x komisen sebulan mungkin sudah cukup banyak bagi orang lain tetapi mungkin tidak pada EnTitan. Masih sedikit. Bila sudah tahu caranya untuk mendapatkan sales, seperti tidak berbuat apa-apa walaupun sudah menadapat 25 sales.
Alhamdulillah. Usaha itu tangga kejayaan. Nilai RM625 besar nilainya pada mereka yang memerlukan.
giler ahhh, banyak tuhhh kop dapat, jangan arrrr cenggini
mata aku tertumpu kat lobster… yummeh!!
tahniah bro…lu memang kuat kerja..
Tak pernah lagi makan sup lobster macam ni . Nampak sedap aje..:-)
Asal saya jarang sangat dapat komisen JDR sekarang ni ekk..huhuhuhu
Aku pulak baru perasan yang laman web diorang ni dah bertukar sekali lagi!
625 x byk? okbai..hehe
wah banyak tu..
Tahniah2.. Kipidap
Cari jobdirumah di Google, keluar blog-blog bro titan.
Ayat-ayat power pula tu, memang ramailah yang sangkut. 🙂
tahniah abg Titan..moga tercapai target tu..:)