Okeh.
Hari ini, aku nak “brain wash” korang sikit.
Aku tahu, majoriti dari korang tengah “struggle” gila nak buat duit.
Nak buat duit sampingan, nak tambah pendapatan, nak jadi kaya, nak jadi jutawan macam yang dok keluar kat facebook yang korang agungkan sangat itu.
Maklumlah, dunia sekarang semua nak guna duit. Nak tipu orang pun, kena tunjuk duit dulu. Baru boleh “scam” orang-orang lain yang ada banyak duit dan sikit duit.
Dan..
korang tak nak untung sikit-sikit.
Korang mahu, sekali henjut projek, terus dapat 100 ribu, 50 ribu, 20 ribu..tak kurang juga ada yang berimpian, sekali hentak projek tu dengan modal besaq, terus bajet boleh dapat 1-2 juta.
Well..
Aku tak kata benda tu mustahil.
Dengan bertambahnya IM yang hebat-hebat dan meningkatnya ramai “pakar” diluar sana yang bijak dalam promosi dan membina brand ditambah pulak ada banyak sifu dan mentor yang wujud dalam setahun dua ini..membuatkan perkara nak jadi jutawan segera dalam setahun, itu bukan perkara yang mustahil.
Kalau berani, go ahead.
Lebih besar risiko, lebih besar pertaruhan, lebih BESAR keuntungan dan peluang yang muncul.
Teruskan.
Kena YAKIN dan usaha sungguh-sungguh.
Kena percaya diri masing-masing peringkat tertinggi.
Kalau masih was-was dan ragu-ragu.
Ini nasihat aku.
Buat projek RM500.
Ini paling rendah.
Start small dulu.
Tumpu dan buat keuntungan bersih sebanyak RM500 dari satu-satu projek.
Bila satu projek tu dah boleh beri keuntungan bersih sebanyak RM500 dalam satu bulan, korang boleh “move on” dan mulakan projek yang lain. Tetapkan projek RM500 yang lain.
Dan jika mampu dan bila dah MAMPU, RUN beberapa projek RM500 dalam bulan yang sama.
Ofkos, tak semua benda kita boleh gerak seorang diri walaupun korang rasa korang mampu, korang bijak dan korang mampu menyerap segala tekanan ketika itu. Tak mampu, buat cara tak mampu. Tak boleh buat satu orang. Buat dua orang. Tak cukup 2 orang, tambah lagi 10 orang-orang. Tak cukup juga, upah orang-orang yang boleh membantu korang.
Biar sama-sama berfikir, biar sama-sama senang dan susah, biar sama-sama serap tekanan.
Korang nak serap sorang-sorang?
Boleh, korang akan jadi macam aku.
Seorang yang genius, gagah perkasa, gilakan harta dan gila kuasa.
Gerak sorang.
Tertekan sorang-sorang macam nak gila. Makan sorang-sorang tanpa kawan. Mandi sorang-sorang takde orang tukang syampu rambut. Solat sorang-sorang tanpa makmum dibelah kiri. Doa sorang-sorang tanpa ada suara comel yang mengaminkannya. Nanges sorang-sorang tengah malam tanpa ada bahu lembut dan peha empuk jadi tongkat dan bantal..
Rasa keseorangan sangat.
Rasa Allah tu jauh.
Nampak dinding, rasa nak tumbuk aje.
Nampak tiang rasa nak karate aje.
Jangan jadi macam aku yang dulu.
Sebab itu, aku upah Maikel sebagai bayang-bayang aku. Aku ajak Mercidez jadi peneman Maikel. Aku ajak Ain Maisarah dan Fatin Yayana untuk memeriahkan artikel aku. Aku ajak Zack Ciciwangsa sebagai side kick aku dan Cik Ungu sebagai penyeri sampingan blog-blog aku.
Sebagai peneman yang menggembirakan untuk mengharungi “dunia blogging” yang penuh dengan kesepian ini..
Dan aku lamar tunang aku cepat-cepat menjadi bini yang SAH..
agar aku jadi lebih waras dan lebih berwawasan.
Kini, aku tidak berseorangan dan aku lebih GEMBIRA.
Haha..
Ujian dan bencana
Akan datang satu masa, Allah akan bagi ujian pada korang.
Sebab kita selalu lupakan DIA.
Korang akan jatuh sekejap. Mungkin korang akan jatuh dua tiga empat kali. Dan mungkin, korang terus tertiarap dan lebam satu badan sampai susah nak bangun.
Dan jika korang terus tertiarap tanpa bangkit dengan pantas.
Sedarlah bahawa ADA sesuatu bahawa ada sesuatu yang menghalang korang.
Amalan korang. Perangai korang. Attitude korang. Sikap korang. Niat korang. Hubungan dengan Allah. Hubungan dengan keluarga. Hubungan dengan manusia. Hubungan dengan binatang dan tumbuh-tumbuhan.
Mungkin ko sedekah beribu-ribu setiap bulan. Rajin lawat anak orang yatim. Rajin solat kat masjid.
Tapi ko cukup malas nak balik kampung jengok mak bapak korang.
Allah tarik kat situ. Bisnes ko jatuh. Ko kene tipu dengan pembekal. Ko kena sailang dengan agen sendiri. Ko kena khianat dengan bisnes partner. Beg prada bini ko kena kebas dek pencuri. Anak ko jatuh sakit kena demam denggi berdarah. Adik ko eksiden kena langgar dek basikal. Awek ko mintak putus.
Dan macam-macam lagi.
Mesti ada sakitnya dimana-mana.
Periksa, cari ubatnya dan sembuhkan diri korang.
In-sha Allah, korang akan survive dan boleh bangun semula seperti mana cerita ramai jutawan diluar sana yang biasanya akan jatuh dan bangkit semula dengan 7 warna pelangi yang gemilang.
Kalau tidak, projek serendah RM500 bersih ini pun korang belum tentu dapat lakukan dan survive kalau korang ada penyakit yang belum disembuhkan.
Kesimpulan
Niat tu sangat penting.
Riak itu jauhkan.
Sombong jangan diamalkan.
Jangan hidup sorang-sorang. Kahwin cepat, buat anak laju-laju. Hidup akan lebih sempurna. Peluang akan terbuka dengan lebih luas. Rezeki masuk tanpa batasan.
Kita nak duit, buat cara nak duit.
Tapi jangan langgar benda yang boleh buat duit dan kebahagian kita hilang.
Itu prinsip ASAS untuk buat duit dan buat bisnes.
dan juga mencipta kehidupan yang lebih bahagia.
..
…
INGAT.
Korang langgar, korang kena GEGAR.
8,853 total views, 1 views today
Kenapa si baby comel tu? Oh by the way betul apa yang titan bebel sensorang ni. Setuju lah 100%. ingatan untuk diri sendiri juga
Sangat setuju dengan omelan encik Titan…
So sweet tido ngan baby…
Salam tuan Titan.
Yep, betul omelan tuan. Ramai nampak duit besar tetapi tak nampak usaha besar untuk mendapatkan duit besar itu. Saya pun bersalah macam tu tahun-tahun lepas. Sekarang dah insaf, dan bermula-mula kecil-kecilan dahulu. Terima kasih atas komen tuan.
Nice entry sangat memberi inspirasi & motivasi. terima kasih cikgu !
kahwin cepat-cepat tu betul. lepas kahwin insyaAllah dapat rezeki lebih berbanding belum kahwin.
Bro, gua setuju sangat… Lu cakap serupa orang Makrifat. Kasih dan sayang… Cinta… Itu matlamat dalam kehidupan.
Cinta dengan sesuatu beserta dengan ikhlas yang sungguh-sungguh akan dikurniakan sesuatu yang diperlukan kita, bukan sesuatu keinginan kita.
Dalam karya Hamka banyak ceritakan hal yang lu cakap ni bro…
dalam puisi Jalaluddin rumi juga sama. Kiasan hamzah fansuri ada sebut…
Cintailah cinta.
Cinta dari dalam dan sebarkan cinta hingga ke sekeliling akan menarik cinta juga…
Akhir kata, Lu Inspirasi Merah Jambu Gua.
Semoga menemui jawapan yang telah tertulis dan yang tersirat.. Dalam kitabNya…
makasih atas basuhan otak untuk kali ini… makasih banyak2…
Yup betul tu, check balik diri sendiri. Something wrong somewhere else. Hidup kena berjemaah,buat ramai-ramai baru fun (termasuk tidur dengan anak)
Btw anak kena jaundice ye..semoga turun bacaan kuning that lil’genius 🙂
Bab-bab duit ini memang membuatkan orang cepat kelabu fikiran. Kelabu mata tapi masih jernih fikiran masih memberi untung. Kalau sudah kelabu fikiran, mata terang pun akan membuatkan kita ‘sesat jalan’.
setuju. terima kasih sifu
Setuju sangat dengan omelan Cik Titan ni. Bergerak dalam kumpulan memang best kerana kita tidak keseorangan.
ok selamat malam…
bila dah dapat RM500, boleh target jadikan sampai RM5,000.
lepas tu baru nampak jalan nak jadikan sampai RM50,000
Setuju. Start small. Saya mula biz dulu lagi rendah. RM500 adalah permulaan yang baik. Kena ada ilmu (hint: Kitab Pink dll). Kena rasa sepak terajang bisnes online ni, untung, rugi, sedar diri, baru kita boleh fokus. Orang tak tahu susah senang kita. Orang nampak senang aje. Berniaga ni DIA bos kita. Kena ambik hati boss 🙂 .
Kena pelampang sedas barulah terjaga, kalau tidak asyik lena sahaja di buai mimpi indah…Walau usaha kabut..tapi hasilnya syik kelaut..renung-renungkan..
wah pakanya letih bangat ni haaaa…
mana tahu bila dah maju dalam blogging bolehla brenti keje sambil membesarkan anak-anak
Aiks, bapanya yang tido. 🙂
Betul tu. Kdg kdg bila dah tamak semua benda nak buat sekaligus. Adsense la affiliate la..last semua melepas.
betul tu tak boleh buat sorang-sorang..
aku pun nak cari side kick partner untuk projek2 ..
tak boleh nak bolot nanti hapapuntak boleh
Terkesima pulak dengan artikel ni..thanks yu..hehe
lagi besar pertaruhan, lagi besar risiko, lagi besar peluang pendapatan yang kita dapat. YA! Betul! Itu betul!
Syok baca entri ni..macam dengar cikgu disiplin tgh bg motivasi sebab kantoi isap rokok dalam jamban..hehe
Terbaik!.. nak buat duit buat dengan cara yang betul. pasang niat dan azam.
Banyaknya pengajaran dan teladan..kalau langgar juga memang kena gegar la…
ni kes ambil peluang tidur sambil pura2 jaga anak ke ni?
korang langgar, korang kena gegar
korang biar, korang kena putar
post nieh dan post sebelum nie banyak membakar semangat aku untuk buat at least 500 ringgit malaysia setiap sumber
tq kerana bakar semangat yea
tips yang bagus untuk targetkan RM500 utk setiap projek dalam sebulan.
Projek RM500 sound realistic and attainable 😀
Itu lebih baik daripada terus nak jadi jutawan hanya dengan promot link semata-mata
saya setuju dgn en.titan.
rezeki semua dari Allah.. kalau kita jaga hubungan dengan DIA.. InshaAllah mudha rezeki masuk.. amin
setuju sangat, start small pastu tambahlah bila perlu.
pasal buat sorang2 tu takleh ak cakap ape la. kadang2 kalau nak tunggu orang lain sampai bila tak gerak. sebab tu la gerak sorang
Bukannya senang nak berjaya, saya pun dah bosan dan muak tengok orang tunjuk kekayan dan kesenangan di internet.
Ironinya, apa yang mereka tunjuk bukanlah realiti yang sebenar(ada kepayahan di sebalik kesenangan).
Sekarang bergerak sendiri dengan bantuan mereka yang benar-benar mahu membantu.
demmit…
ayat last tu menang sengaja hala pisau kat dada aku la tu…
tahulah aku lom kaweeeennn…
demm..