Ya.
Dah dapat.
Itupun aku baru tahu selepas semak akaun Maybank aku itu.
Sebab nak check bayaran masuk untuk satu advertorial baru yang akan menyusul kat salah satu blog aku itu.
Ini semua disebabkan aku tak dapat email pemberitahuan seperti yang biasa aku dapat pada setiap bulan.
Pelik juga.
Bukan satu bayaran komisen Ashadee, TETAPI dua bayaran.
Dua-dua email pemberitahuan tak dapat.
Ingatkan, ini kali pertama aku MISS tak dapat duit dari Ashadee sejak bertahun lamanya.
Rupanya, masih hensem lagi rupanya bapak Firas nih.
Haha.
Komisen ke 55 dan 56 dari Ashadee
Tapi, tak apalah.
Janji setiap bulan tak putus duit masuk ke akaun bank aku dari program Ashadee ni walaupun aku memang tak perasan sales produk mana yang masuk untuk bulan ini.
Bila dok semak satu-satu, barulah tahu produk mana yang buat sales.
Baru tahu produk mana yang HARUS digiatkan promosinya.
Haha..
Maklumlah, bulan november ini memang super sibuk.
Hari-hari ada mesyuarat.
Ada sukan sekolah. Ada lagi sukan zon. Ada lagi nak urus kelas tahun depan. Itu tak campur plan satu tahun punya. Nak kena rangka. Nak tulis kitab PINK versi kedua. Nak beli bola Adidas baru. Nak beli jersey bola yang baru..
Nak itu..
Nak ini..
Tapi, semua plan hangus terbakaq dengan cemerlang.
sebab aku dapat pindah sekolah.
Segala projek dan perancangan kat sekolah lama aku tuh..memang tak jadi. Sebab kat sekolah baru, kena setat semula dari kosong. Dari ada pelbagai jawatan yang memeningkan kepala, aku sekarang tak ada jawatan langsung.
Itu satu perkara indah dalam hidup aku sepanjang aku jadi guru.
Tapi biasanya, dalam 6 bulan akan datang, satu demi satu jawatan aku dicampakkan ke bahu aku.
Bahu aku akan kembali berat sebelah.
Badan aku akan kembali susut.
Berat badan akan berkurangan.
So, nak jadi kurus atau nak hilangkan berat badan
serta boleh makan aiskrim milo banyak-banyak..
..
…
–> Jadilah guru sebagai profesion TETAP anda.
9,556 total views, 6 views today
Nanti bila nak masuk bilik cikgu besar harap takde laa papan tanda paparkan : Kelayakkan cikgu2 di sekolah xyz:
– Tidak suka cikgu tido dalam kelas ( dipetik dari pilem masam2 manis cikgu shaari )
– TAHAN MAKI ( dipetik dari cerita pak maon…hoho! )
Wah tahun depan dah kembali normal jadi cikgu2 biasa, keaktifan selaku watak pro blogger akan kembali…kat johor plak tue..
Jaga2 cik salmah2…sambil kayuh basikal..cikgu titan datang nie.. 😀
Banyak juga komisyen dapat tu. Kalau nak Aiskrim milo dah banyak dah dapat.
pergh mantap lah komisen dia, dua je dah cukup makan sebulan ni
bagi rehat dulu la..sebab baru masuk..komisyen tu je yang belum berehat
Haha..smpi xprasan komisen msuk..
Ashadee kurang mesra dengan gua, kekadang masuk kekadang tak. Sekarang nie klikjer sahaja yang ingin berkawan rapat dengan gua
dah cuti sekolah ni, mesti dah boleh fokus kan bro..
cuti lama hujung tahun ni, maikel dah boleh rehat 🙂
Tahniah… dlm masa 1 bulan Ashadee byar 2 kali…
sampai tak perasan komisen tu.. waduh2.. banyak job ni nampak nye.. hihihi
semakin konsisten pendapatan dengan ashadee 🙂
Macaman ya, nak tahu produk apa yang terjual di ashadee yang kita dapat komisennya?
kena promote produk yang nak kita jual… dalam satu entri contohnya.. susah juga nak terangkan..
Hello saya Faris Aiman saya ingin mengajak anda datang ke blog saya iaitu http://ildati.iblogger.org ada lawak seram cinta dan berbagai…
selamat berpromosi..
banyak cabaran tu..
harap2 dah pindah tak kering idea menulis kat sini ye
Alhamdulillah….byk jg komisen tu, tahniah Cikgu! Semoga dpt lebih byk jwtn di sekolah baru – dapat mkn eskrim milo tiap2 hari! Hahaha!
Hebat. Banyak masyuk tu…cuti sekolah lagi
tahniah buat kali yg keberapa dah aku pun xtau ni wish. haha
banyak tu, boleh belanja aiskrim untuk anak2
hebat betul cikgu ni. tahniah!
Sekarang sekolah dah cuti kan cikgu ? hehe
banyak lagi tu sebenarnya tu.hehee
Dapat sekolah mana tu? Balik kampung Banting ke?
Biasa “budak” baru ni memang kena bulilah. hehe
Tahniah yea…
banyak jugak 2 kalau nak dikirakan 2
🙂
Itulah tanggung jawab yang berat untuk mendidik anak bangsa tu…Tanpa guru siapalah kita semua…
Hmm lama betul tak singgah blog popular en titan ni… setahun kut. Sejak kami jadi CIKGU jugak ni… sibuk betul.. Nak kena adjust masa betul2 supaya boleh terus berblog jugak macam en titan kita…
Dapat pindah sekolah baru?? Naik pangkat la tu kut…tak cerita jer. Jadi PK Ko ke apa… btw… Love the tag line kat paling bawah post tu!!!!
Bila tengok encik titan dapat komisyen dari ashaadee,jadi semangat plak nak buat sama.Tapi buat masa ni produk kat ashaadee macam takde yang sesuai dengan niche blog saya.
Sebab blog saya ni fokus pada rawatan Islam untuk masalah sihir dan gangguan makhluk halus yang lain.
Tahniah cikgu titan
Tahniah ya.
Artikelnya sangat bermanfaat sekali buat saye.
Amboii sedapnya eskrem. Tahniah, tentunya hasil usaha sendiri yang terbaik…
Tak sabar nk tunggu keluarnya kitab pink 2….
assalamualaikum, saya ada jual kopiah keras hitam putih semua smart smart, apa lagi kalau pakai konfem nampak hensem punya! mai mai visit blog saya, jangan lupa follow 🙂
amboi seronok makan aiskrim..
terlampau byk sgt komisen masuk..
sampai xsmpt notification masuk..hehe