Topik hari ini agak KERAS sikit.
Sebab ada benda aku nak tegur.
Sebab lain, aku dah PENAT nasihat orang keliling aku agar buang sampah dengan bijak demi alam sekitar yang semakin tenat setiap hari dari kerakusan dan keangkuhan manusia yang tidak ada nilai toleransi yang cukup tinggi.
Topik apa?
Sampah.
Lebih tepat, “Sampah Management”
Korang tahu ke tidak bahawa bermula pada bulan September yang lepas, semua premis termasuk rumah wajib mengasingkan sampah sisa pepejal?
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, perkara tersebut juga diwajibkan untuk kediaman bertingkat seperti kondominium dan rumah pangsa. Sekiranya gagal berbuat demikian, pemilik premis akan dikenakan tindakan undang-undang.
Pelaksanaan ini akan bermula pada 1 September hingga Disember tahun ini. Manakala bermula Januari 2016, penguatkuasaan yang lebih menyeluruh akan dilaksanakan. Pengasingan sisa di rumah dan premis ini akan melibatkan pelaksanaan undang-undang di mana tindakan awal akan dikenakan kepada orang awam yang gagal membuat pengasingan sisa.
Ya.
Aku faham.
Korang dah tak baca surat khabar.
Korang dah tak baca berita-berita yang tak berapa SENSASI macam ini.
Semua layan facebook dan twitter aje.
Cerita-cerita “education” macam ini umpama mimpi ngeri yang selalu korang lupakan setiap kali bangun dari tidur.
Tipikal rakyat Malaysia.
Aku faham tu.
Jadi, aku tahu kebarangkalian yang CUKUP besar bahawa korang dan orang awam yang lain tak tahu isu-isu macam ini atau mengabaikan isu yang tidak memberi faedah dalam hidup korang.
Betul tak?
Tapi, aku belajar KHAS dalam bidang ni. Jadi, benda ni dah jadi macam darah daging aku jugak. Dah macam jadi satu kewajiban untuk aku kasitau korang tentang isu ni semua.
Major aku – Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.
Lebih terperinci –> Pendidikan Kesihatan
Kalau korang ada anak, tanya diorang..dari tahun SATU hingga tahun enam, diorang akan diajar tentang topik “kebersihan” dan juga topik “kesihatan” SETIAP TAHUN.
Dan..
Dua topik besaq ini SANGAT MEMPENGARUHI kehidupan kita.
Kita tak jaga kebersihan dan kesihatan, dia akan efek pada diri dan kehidupan kita.
Dalam kes “sampah management” ni, kalau kita tak urus betul-betul bab kebersihan dan kesihatan ni, dia akan efek banyak perkara termasuk topik-topik dalam subjek pendidikan kesihatan yang aku ajar. Dia akan tarik dari topik kebersihan diri, kebersihan rumah ke topik kesihatan dan akhirnya ke topik Penyakit. Dari penyakit taun ke demam denggi.
Silibus tahun 3 ada topik khas pasal nyamuk dan denggi serta cara mencegahnya.
Kalau tak tahu, pi pinjam buku teks anak korang dan BACA.
Faham?
Korang tahu macam mana penyakit demam denggi boleh berlaku?
Salah satunya bila kita tak urus sampah dengan baik. Bila sampah dikumpulkan pada SATU tempat yang tidak ada orang yang menyelianya atau orang yang sepatutnya menguruskannya tidak rajin menyeliakannya, dia akan jadi satu perkampungan baru bagi makhluk-makhluk kecil seperti lalat, langau, nyamuk dan tidak mustahil menarik perhatian haiwan yang lebih besar seperti kucing, anjing dan tidak mustahil harimau pun boleh datang kalau terlepas dari zoo negara.
Dan makhluk kecil seperti nyamuk ini dilahirkan dengan lebih banyak hasil daripada tabiat kita yang tidak bertanggungjawab.
So..
Tolong ambil berat tentang isu sampah ini dan sebolehnya, ASINGKAN SAMPAH dengan lebih bijak.
Jangan letak dalam tong sampah yang “sama”
Kalau kat rumah tu, kena ada satu tong khas untuk sampah basah. Maksudnya, sisa nasi, sisa sambal belacan tak abis, sisa kulit bawang, sisa kuah asam pedas semalam, sisa sayur tak abis makan termasuklah juga pampers pakai buang yang anak korang pakai tu. Itu kategori yang sama. Sebab benda tu pun basah juga, kan?
Satu lagi tong sampah khas, untuk botol, tin, kertas dan sebagainya. Benda-benda macam ni biasanya aku bungkus ikut kategori masing-masing dan gi jual. Dapat duit, boleh makan cendol ramai-ramai.
Biasanya, aku memang sedia dua tong ni. Sebab masa aku menyewa lebih dari 10 buah rumah sejak aku rajin merantau satu Malaysia ni dulu, memang geng satu rumah memang puaka bab-bab sampah. Diorang buang ikut suka hati perasaan diorang sahaja.
Tapi sejak aku dah terajang dan maki hamun sorang-sorang serta ugut tak nak bagi duit deposit rumah kalau diorang nak pindah nanti, barulah diorang dengaq cakap aku.
Huh..
Nak kena ugut, baru nak dengaq cakap.
Apa puaka sangat perangai tu haa?
Nak senang, ikut tips aku.
Mula-mula, bungkus siap-siap macam gambar kat bawah. Nampak kan ada botol kat dua plastik tu? Bini aku tersilap bungkus sebelum dia pi kerja. Tak pasal-pasal aku kena keluarkan dulu bila nak pi buang sampah.
Bola kecik tu, aku tak buang.
Nanti anak aku mengamuk pulak.
Okeh.
Terpaksa guna plastik baru.
Campur semua sampah dalam satu plastik, botol-botol tu aku basuh dan simpan.
Ada kegunaannya yang banyak korang tak tahu. Salah satunya, boleh buat bekas pensil, boleh buat tabung duit syiling, boleh buat simpan air kalau tetiba rumah aku takde air dan juga boleh isi pasir dalam tu dan ketuk kepala orang yang cuba nak mengorat bini aku.
..
…
Ok.
Lepas tu, gagahkan diri korang pi ke tempat yang ada tong sampah. Since aku dok rumah yang bertingkat-tingkat ni, memang pihak pengurusan dah sediakan tong sampah yang ada warna-warni ni. Setiap warna ada maksudnya tersendiri.
Soalan.
Apa yang kesalahan yang ada dalam gambar dibawah?
- Tong warna biru hanya untuk sampah kategori “lain-lain”
- kotak atau kertas sepatutnya dibuang pada tong warna OREN.
- sampah aku tu sepatutnya pergi ke tong warna merah.
Senang cakap..
Asingkan sampah ikut warna tong sampah.
Lebih kurang macam kat bawah ni.
Baca dan ikut.
MERAH – Senang cakap, jenis barangan yang tak boleh dikitar semula seperti sisa pepejal dari dapur atau dari kebun. Sisa makanan, sayuran atau buahan busuk dan sebagainya. Tisu tandas terpakai walaupun dibuat daripada kertas janganlah buat tak senonoh nak pergi recycle. Pampers pun masuk kategori ini juga. Polistrin bekas makanan pun sama.
OREN – Geng Kertas. Majalah Hai, Majalah Bambino, Surat khabar Utusan, bil air letrik, bil streamyx dan sebagainya. Kotak, kadbod, manila kad, kad-kad atau daun terup masuk kategori nih.
Korang semua tahu kan? Takkan nak kena masuk kelas Pendidikan Kesihatan aku jugak?
HIJAU – Geng Plastik. Kalau plastik bersih, kitar semula, tiada masalah. Tetapi kalau bekas plastik tersebut asalnya diisi dengan bahan merbahaya atau beracun, botol itu jatuh dibawah kategori lain – lain.
BIRU – Kategori Lain-lain. Maksudnya seperti geng kaca atau seramik (botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca dan sebagainya), Tin – (Tin aluminium/besi/logam lain – tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan sebagainya.). Sisa elektrik atau barang elektrik kecil (bateri, kalkulator, telefon bimbit Note 5, peralatan elektrik, lampu kalimantang, lampu LED, cerek elektrik, dapur elektrik dan sebagainya. Bahan fabrik/kasut/getah/kulit (kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan sebagainya) dan Sisa berbahaya (bekas penyembur ubat nyamuk,tin cat, bekas racun, bekas bahan pelarut, bekas ubat anai–anai dan sebagainya)
Kalau tempat korang tak ada tong sampah warna-warni ni macam mana?
Kena cari.
Sebab biasanya kat pekan kecil tu, memang ada tempat khas untuk tong sampah kitar semula nih.
Kalau takde jugak, buat cara aku. Sisa basah tu buang macam biasa. Benda-benda yang boleh kitar semula macam botol kaca, botol plastik, bateri, tiang letrik, wayar letrik, besi berani, tin minuman, korang kumpul dan korang jual aje. Aku takin setiap tempat ada tempat yang “ambil” barang-barang ni.
Sekurangnya, dapat duit poket sikit kan?
Kesimpulan
- Belajar ilmu asingkan sampah dan buang sampah dengan lebih bijak
- Belajar dan ambil tahu efek atau kesan jangka masa panjang jika sampah tidak diuruskan dengan baik.
- Belajar dan HAFAL warna tong sampah dan apa yang boleh dibuang dalam tong tersebut.
- Belajar respek pada orang yang amalkan sikap ini. Jangan perlekeh bila ada orang buang sampah tepat pada tongnya dan jangan terasa bila kena tegur.
- Ada sampah yang kita boleh guna dan kitar semula. Kemudiannya, kita boleh tukarkannya dalam bentuk duit dan juga tenaga elektrik.
- Ada sampah, kita terpaksa bakar dan tanam. Sebab memang dah tak boleh kitar semula.
- Bila kita tidak belajar benda ni semua, kita akan membazir dari segi duit dan tenaga.
- Tak semua orang adalah orang baik. Namun, sekurangnya-kurangnya, tak salah kita belajar untuk jadi lebih bijak dan lebih bertoleransi?
BUT..
Kalau dah susah sangat..
Awal tahun depan, daftar kelas Pendidikan Kesihatan aku kat sekolah aku.
..
…
Boleh?
Senang sikit aku nak ajar dan kasi faham.
16,179 total views, 1 views today
benda ni dah praktikkan di rumah..
anak-anak dah diajar..
cuma PBT jer tak teratur masa kutip sampah..
Betul tu, En. Mus, PBT angkat & trus ja humban dlm lori sampah. Saya x rasa dorang asing-asingkan sampah lagipun selalunya dorang buat kerja waktu malam atau sblm subuh – jadi dorang x perasan jenis2 sampah – botol/shredded paper/dll. Saya rasa paling baik ialah kalau kita buang di tong 3R yg terdpt di shopping complex. Kulit2 bwg & sayuran saya jadikan kompos, letak di pasu tnmn belakg rmh. Btw, AkuBiomed pun tulis bab ni jg. Sabar ya Cikgu, jgn marah… 😀
bab PBT tu, aku sendiri tak tahu nak kata apa.
Sabar ajelah ye.
Masing-masing kena main peranan, baru isu ni boleh dapat hasil yang baik.
Pergh!! rasa macam aku yang kena lecture…hehehe
Pergh panjang betul bebelan cikgu kita hari ini… 🙂
Ooo rumah tingkat2 yer cikgu skrg tinggal…dah macam rumah cikgu shaari kat jinjang jek…boleh ketuk2 pecah dindang tak..sewa bayar skali aa.. 😀 pasni takyah naik gym dah..hari2 dah senaman turun naik turun naik jek…
Bila cikgu ckp suruh asingkan, saya tgk geng2 SWM tue last2 selamba badak jek dier campur semua skali…tapi bila nampak yg lawa2 sket macam seluar jeans lusuh koyak belah lutut & baju kurung koyak tang ketiak sbb nak zip tak muat, dieorg pandai plak asing kan… 😀
Buang majalah bambino? ishhh rare majalah nie cikgu…kalo buang confirm tak SCORE A subjek pendidikan jasmani tau cikgu…xkan nak masuk bisnes MLM kan cikgu…hoho
p/s: Benda kotor kan bila suruh buat macam2 alasan…tapi cuba bila PBT cakap kalo asing ikut kaler tong sampah dan hujung bulan bleh collect duit kat PBT…berkaler2 depan rumah ada tong sampah –>> ayat dari geng2 SWM yang penah saya tanya.. logik juga kan… 🙂
haha..
kalau bab duit memang laju aje depa ni semua.
adeh..
mcm kena atas pala sendiri jer..
haha..
hang buat apa sampai kena atas pala nih.
baiklah bang…gua dah insaf…padu bak hang
Sila insaf ye.
Jangan buat lagi.
kalau buang sampah pun takde etika, jadilah macam sampah masyarakat 🙂
sampah masyarakat ni, kat mana tong sampahnya?
Lalalaa.. aku dah baca lama n tau pasal asingkan sampah ni..
tapi tak terbuat-buat lagi apatah lagi rumah ada satu tong je
biasalah tu.
selagi tak kena denda, selagi tu kita wat biasa-biasa aje.
Apabila sudah ada Akta tidak boleh ambil kisah dengan sumbat semua dalam satu bekas sampah. Jadi tolong asing yang mana boleh kitar semula akan digunakan semula dan yang lain mungkin dihantar ke loji Waste to Energy untuk menghasil haba atau elektrik. Baki yang tidak boleh buat apa-apa barulah tapak pelupusan sampah itu pun patut paling sedikit dihantar kesana.
Akta pun, ramai gak wat sardin aje.
Kena kuatkuasa, baru ramai yang ambil tindakan.
aha..bapak dan juga cikgu ngajar..lengkap sungguh..muahaha..
apa yang lengkapnya haa?
nak kena bermula dari rumah ajar anak2 semua
memang kena bermula dari rumah.
itu yang sepatutnya.
Memang bagus sangat orang ada kesedaran untuk asingkan sampah. Tapi, yang ramainya… nasiblah masih buang sampah dalam tong sampah. Kalau tak, buang jelah kat mana-mana pun
harap semua orang ada kesedaran ini pada masa hadapan.
lebih ramai, lebih bagus.
Peraturan yang patut diguna pakai semenjak dulu lagi tetapi mereka ni tak ikut.
Yap.
Ramai yang tak ikut.
sabar ajela jawabnya.
ok la ada tong sampah merah, oren, hijau tu… di harap tidak bertuar lak… kt tempat akak tak ade tong sampah bewarna
ada tu kak rasanya.
kena cari tempat kita semula tu.
tapi jangan hairan kalau tempat tu sendiri macam rumah hantu.
Kalau PBT proaktif dan mulakan. Ia tidak jadi masalah, yg jadi masalahnya kita sudap siap asingkan dia pergi campurkan pulak.
tu yang kekadang aku pun pening kepala.
kekadang tanya gak, kenapa campurkan?
diorang senyum aje.
Kalau semua orang mengamalkan sistem pengurusan sampah yang bagus dan bersistematik seperti yang kerajaan galakkan dalam kempen mereka,memang bersih la negara kita
penguatkuasaan lemah.
tu pasal semua benda ni berlaku.
Apasal ramai blogger tulis pasal asingkan sampah ni? Detail sampai macam tu sekali pulak tu dihuraikan. 😉
Sbb lecture seorang guru berdedikasi lebih berkesan dari dengar bebelan org2 SWM atau orang2 PBT…Cakap terus injek masuk darah terus nie…
Kena tabik spring toin toin sama cikgu titan…pasnie orang masai yang nama salmah jaga2….cikgu titan datang nie dengan LAGENDA… 😀
siapa salmah haa??
dah start bulan 9.dekat sinilah.. tapi tempat lain tahu, siapa yang main hentam jer kena saman.. merujuk dekat surat yang dia hantar rumah..
Kat mana yg berkuatkuasa begini? Kelantan pun sama ke?
kat kelantan tak tahu.
kena tanya orang kat sana dulu.
semua kena bermula dari rumah…tebiat kena ubah dan rombak besar-besaran ni..tempat kerja..dah start buat kerja-kerja asing-asing sampah ni..
ya.
tabiat ini memang kena mula dari rumah.
kalau kita tak mula dulu, macam mana anak-anak kita nak ikut kalau tak ada contoh tauladan yang baik?
Bab asing sampah ni ok lagi. Yang tak tahan tengok ialah bila penumpang kereta buang sampah dari dalam kereta. Sedihnya gitu.
Itu satu hal lagi.
Aku dah berapa kali mengelak bila ada orang beli “sebungkus sampah” dari kereta diorang.
Nyaris nak kena.
Labur duit sikit beli tong untuk asingkan benda-benda ni. Sampah yang tidak boleh kitar semula je dibuang setiap hari. Yang lain tu biarkan penuh. Lepas tu baru fikirkan ke mana mahu buang atau jual. Dapat juga duit poket.
Kalau rumah atas tanah, tong ni boleh letak di luar rumah. Rumah flat, beli tong kecil sudahlah.
Yup.
Itu la yang aku buat.
Lebih baik ada daripada tiada.
Orang Putrajaya wajib asingkan bahan buangan macam ni.
bukan dah wajib ke?
kadang kita ni nama je islam, tapi bila sampai kepada bab-bab pengurusan sampah kita jauh kebelakang berbanding negara barat.
itulah itu.
kekadang, memang penat tegur benda yang sama berulang kali.
Perkongsian yang menarik. Kami disini (Jepun) pada peringkat awal merasakan agak ‘leceh’.Namun, kini kami rasa seronok dan ‘rasa tanggungjawab’ untuk mengasingkan sampah bagi planet ‘dunia’ kita yang satu ini.
Ohh..
dduduk jepun ke sekarang nih??
yap, bila dah biasa, memang benda akan jadi lebih mudah.
Putrajaya pun dah kuatkuasa pengasingan sampah. Tak buat kena kompaun…hoho
Kene denda baru nak buat…hehe
padan muka la siapa yang kena denda tu.
haha.
kalau yang jenis rajin 2 ok la…
aku nie jenis yang malas..
ehehe
kat kaw perumaha..di tampal sticker kat tong hijau kena asingkan sampahnya… banyak yang jenis pepejal maklumlah dekat dengan ngan kedai makan.
heran kat selangor belum kuatkuasa…bila belum kuatkuasa kita buat pun tapi kontraktor sampah tak buat…camner bro
kat ipg dah ada dah tong sampah macam ni, tapi tak terbuat lagi. hehee.. jangan marah cikgu.. lepas ni insya Allah ye cikgu 🙂
Alhamdulillah dah dipraktikkan di rumah kami. Bila asing2kan sampah ikut kategori nih baru perasan yg cepat penuh tu adalah bahan buangan dari jenis plastik..pihak PBT di Gelang Patah ambik ikut jadual, Alhamdulillah takde masalah buat masa ini.
Orang Malaysia tak nak sedar lagi pasal kepentingan solid waste management. Try pergi transfer station ataupun tapak pembuangan sampah. Then, diorang akan mule paham kenapa perlu manage sampah sendiri. I am working with one of the solid waste management company in Malaysia. Ask me anything about solid waste, schedule waste, wastewater or anything about environment.
botol dan plastik memang kena asingkan ketika membuang..barulah dapat dikitar semula dan tidak membazir plastik sampah sebabnya banyak ruang juga diambil oleh botol-botol jika dibuang sekali
perghhh..terbaik, macam orang jepun gayanya, sampah botol kaca, tin2 diorang bersihkan, keringkan then baru buang, tong sampah besar diorang pun tak busuk…
tidak ramai org mcm bro ni..kalau semua org mcm bro rasenye neagara kita dah boleh lawan jepun..