Ya.
Okeh.
Hey, jangan GELAK lama-lama beb.
Walaupun cadangan menteri kita itu dipandang “SINIS” oleh masyarakat facebook seluruh dunia.
Tapi..
Fikir secara cantek dan logik.
Betul atau tidak apa yang dia cadangkan itu?
..
…
100% betul.
Tak ada salah langsung.
Sebab..majoriti orang kita sekarang akan ada DUA kerja sampingan atau lebih dari LIMA pekerjaan sampingan yang dilakukannya pada setiap bulan.
Betulkan aku kalau aku silap.
Tapi biasanya, memang betul pun.
JIka dia kerja kilang, mungkin dia ada bukak kedai burger pada waktu malam. Pada hujung minggu, bukak stall burger kat stadium atau kat pasar malam. Dan jangan tak percaya, “income”nya lebih dari kerja dia overtime kat kilang itu.
–> Bila tanya, rupanya belajar dari ebook jual burger Afiq Rusly nih rupanya.
Ada seorang kerani. Tulis blog dan artikel pada setiap malam. Satu hari, satu artikel. Promosi program Jobdirumah, promosi gelang magnet, promosi jual baju kurung, jual kek cawan. Sebulan, boleh dapat lebih RM1000. Itupun, buat kerja ikut suka hati mak pak dia. Tak ganggu kerja dia, tak ganggu mak pak dia, tak ganggu kucing-kucing dia.
Ini pun, dah dua kerja jugak.
Janji, ada duit lebih setiap bulan dan boleh pi pinang lelaki idaman yang dia suka nanti.
Malah..
Tak mustahil jika ada seorang jurutera, yang bekerja pada waktu yang dia suka dengan membuka jualan dengan hanya bukak bonet kereta sahaja. Dia jual jam-jam terpakai. Dia jual “TOYS” yang dia beli dari China atau luar negara dengan harga yang lebih murah, dan mark up lebih sikit untuk jual ke orang kita.
Sambil lepak jual barang, sambil kenal makcik-makcik sebelah yang jual baju kurung terpakai.
Mana tahu, kot-kot ada dapat jodoh baru dengan anak dara yang baju oren tuu..
So, nasihat aku..kalau pekerjaan korang sekarang tak menjamin atau membantu dari segi perbelanjaan rumah korang atau duit nak pi beli bulu tangkis badminton pun sampai kena catu, korang haruslah buat sesuatu untuk tampung mana yang kurang.
Bukan apa.
Ambil tindakan itu lebih penting daripada menulis ayat-ayat puaka kat facebook.
Sebab bukan ramai pun dok baca apa luahan korang kat facebook tu.
Silap tahun, status facebook korang tu dah tenggelam sebab orang kita pun sebenarnya dah menyampah baca status-status mintak simpati atau mintak status mereka kena viral dengan pemain-pemain viral facebook itu.
Stop it and take action.
Itu yang sewajarnya kita lakukan.
Cuma nasihat aku, bila dah ada DUA kerja atau banyak kerja,
–> PASTIKAN tidak menganggu prestasi pekerjaan asal korang.
Maksud aku, pekerjaan hakiki korang tidak terkesan walaupun setitik pun. Prestasi kerja mesti tip top. Kalau sebelum ini, boleh datang awal pukul 7.00 pagi kat pejabat, jangan lepas dah ada 2 kerja ini, boleh pulak mengada korang nak datang pukul 12 tengah hari.
Itu tidak adil.
Pada bos korang yang mempercayai skill dan khidmat korang.
Pada kawan-kawan sekerja korang yang dok “cover line” korang bila korang mengantuk atau lambat masuk kerja korang.
Pada diri korang sendiri.
–> Korang makan gaji buta dan menipu tu dari segi bahasa dan syarak.
Sepatutnya, korang kena lebih bersemangat dan lebih gigih bekerja kerana ingin menyelesaikan masalah yang selama ini membelenggu tengkok dan bahu korang yang sentiasa berat setiap hari.
Melainkan, korang dah nekad nak berhenti kerja dan side kerja korang itu dah berjaya tampung pekerjaan hakiki korang itu.
Dari sisi lain, kita nak cari keberkatan apabila kita bekerja.
Ini wajib.
Lebih berkat, lebih bernilai duit yang kita gunakan itu walaupun hakikatnya nilai ringgit semakin kecil.
Dan kita akan belajar LEBIH bersyukur dan bersederhana dalam perbelanjaan kita.
Ada duit lebih, boleh sedekah dan simpan duit kat tabung haji dengan niat nak tunaikan rukun Islam yang kelima itu. In shaa Allah, Allah akan bantu kita dengan permudahkan setiap pekerjaan yang kita lakukan.
..
So..
Take it or leave it.
Tak perlu nak berpuaka sangat atau nak bermula jadi puaka hari-hari.
Buat kerja dengan ikhlas.
Tak kiralah korang ada satu kerja, dua kerja atau sepuluh kerja.
Dan bila dah berjaya nanti, mulut tu jangan puaka sangat.
Tulis status nak riak pun, jangan celaka jugak sampai buat orang nak terajang ketiak.
13,252 total views, 1 views today
cikgu dan blogging dah 2 dah tu…ke cane..ade kiraan lain??
kiraan lain yang macam mana?
Setuju sangat bro… kalau difikirkan balik, orang dulu-dulu bermacam-macam kerja diorang buat di kampung,
Contohnya seorang pesawah padi kerja hakikinya, at the same time dia menangkap ikan… kadang panjat pokok kelapa… ada jugak yang bela lembu, kambing, ayam, arnab, kucing dan lain…
tapi langsung tidak menjejaskan prestasi sebagai penanam padi yang berjaya…
Masa lapang siap boleh main wau/layang-layang dan gasing lagi… orang zaman sekarang ni jer bila dah ada degree sikit, hujung minggu nak enjoy jer menghabiskan saki baki duit sebelum masuk hujung bulan… (pesanan ringkas ini untuk diri aku sendiri sebenarnya, supaya beringat sikit..huhu…)
Ya.
macam-macam.
Jadi, buat la dua kerja seperti biasa.
sebenarnya..dah lama rakyat M’sia buat 2 kerja..cuma baru2 ni saja di war-warkan. tak kisahlah nak buat berapa kerja dalam sesuatu masa. janji tak ganggu ketenteraman dan keselesaan awam. asal jangan jual negara sudah!..hiks
Ya.
dari zaman tok nenek kita dulu.
Mencari keberkatan dalam bekerja…waimah buat sampai 5 kerja sekalipun, tapi jika hanya cilok duit orang dari program2 merapu tue buat per kan..
Jadi blogger tersohor mcm cikgu sorang nie gak bagus…pagi kat sekolah ajar anak murid main bola tapi cikgu tak tido dalam kelas…malam ngadap laptop/desktop dengan blog sambil tanda buku murid2…salute aaa!
Malam aku tido la.
Penat nak keje kalau tak tido.
adik ipar saya bisnes burger juga malam. Tapi ada turun naik juga.
Itu perkara biasa.
kalau naik aje, nanti gayat bila kena turun semula.
Nak lebih kena usaha lebih. 🙂
Ya.
Itu yang harus ramai orang lakukannya sekarang.
2 kerja punya pasal..aha..biasa la..ada org yang dah ada keja pun sibuk nak buat keje lain juga..biasalah kan.kalau usaha lebih, dapat lebih..:D
yap.
siapa usaha lebih, dia akan dapat lebih.
baca entry ni macam dengar cikgu kaunseling bg kaunseling hahahaha..
haha..
kaunseling apanya wehh..
siang jadi penoreh getah… malam jadi hantu blogger… hehe
haha.
siapa yang jadi hantu tu?
Ado benarnya juga saranan menteri tp ramai yg pandang sinis dan buat lawak berlebihan pulak..hoho
biasalah tu.
bukan apa..waktu tak kena.
tu yang macam-macam jadinya.
Siapa jadi WAHM lagi banyak kerja dalam satu masa. Lebih dari ada tangan sotong…hehe
siapa yang ada tangan sotong tu haa??
banyak yang buat dua kerja tapi tak mau bising2..lepas pak menteri syorkan terus jadi viral..padahal dah melambak ciktom tgk buat kerja..ikut kemampuan la..jangan berlebihan pulak kan..
biasalah tu.
keadaan memaksa.
kalau tak, takdenya diorang nak kerja lebih dari dua kerja.
Sebenarnya dari zaman dulu lagi… semenjsk Pak Lah membenarkan penjawat awam berniaga diluar waktu bekerja…
Ya.
Dan lebih lama dari itu sebenarnya dah ramai orang mula ada lebih dari satu dan dua kerja setiap bulan.
ayat yang bro guna dalam artikel ini memang puaka juga tau..
yeah, 2 kerja, 2 burger
tak ada masalah nak buat 2 kerja..yg penting dapat fokus.. makan 2 benda dalam 1 masa pun xde hal..yg penting fokus..haha
TERBAIK TUAN SEMOGA DIBERKATI SEGALANYA…
Kat malaysia kos sara idup makin menggila.. kalau harap 1 kerja je mmg peritla nak idup..
memang ramai yang terpaksa kerja lebih.
demi sesuap nasi.
tak salah ada banyak kerja, cuma kerja utama janganlah diabaikan. ni tidak, kerja part time yang bersungguh2 dibuat, kerja utama buat ala kadar je
biasanya ramai dah terjadi begitu.
mohon mereka muhasabah diri.
buat dua kerja tak salah….yang salahnya kerja hakiki tu diabaikan dan lebihkan kerja yg lagi satu….sekarang ni dah jadi trend buat dua atau lebih kerja….
hara jadi trend yang lebih positif.
Isu 2 kerja ni sebenarnya dah lama. Ada penjawat awam yang bawa teksi selepas habis waktu pejabat terutamanya waktu cuti sabtu ahad. Tapi itu pun tidak menjamin dapat mengatasi kos hidup sekarang ini. Masih di tahap cukup-cukup makan..
jangan malas-malas…ni asyik nak kena suap jer…
Ukur baju di badan sendiri. Kalau nak baju besar kena lah cari modal besar. Benda yang tak perlu tu awak bawak bawaklah tinggalkan.
yeah aku dah mula buat kerja yang kelima hihihi
Dulu engineer dan blogger. Sekarang surirumah dan blogger. tapi surirumah pun dah banyak kerja. acaner tu =P
Daripada duk mengeluh je kan..
Semua benda dah harga naik, bagusnya buat la 2 keje kan..
Apa-apa kehidupan kena teruskan.
cik en dah buat 5 6 keje dah.. ahahha.. kerja hakiki, kerja berniaga, kerja berblog ini.. hihihi.. :p
Zaman atuk nenek kita dulu dah banyak orang buat 2 kerja kan..bila pak menteri ni duk suruh rakyat buat 2 kerja, rasa macam nak kata kat dia “alahai pak menteri baru tau ka”?
Yup..setuju dengan apa yang ditulis ni.. Nak lakukan banyak kerja apa salahnya.. Tak salah.. Tapi biarlah hasil daripada segala kerja itu berkualiti tinggi.. Kalau sekadar banyak kerja, tapi hasil macam sampah, tak ada maknanya juga.. kan???
tapi jangan salah faham kerja dengan jawatan yea
Lapar pulak, burger satu. Hahah!
gua setuju je cuma yang setuju bila dia kata GST sebabkan harga barang turun siap ada video lagi hihi
Sokongg 200% post ini heheh
Sudah bertahun-tahun saya buat lebih daripada 2 kerja.
Kerja hakiki kerja dengan kerajaan, jual barang direct selling, blogger, dropship, dan lain-lain lagi…
Biasa je sebenarnya, orang lain tak tahu lah. 🙂
Dah 5 tahun tak kerja tapi dengan berat hati mungkin perlu kerja juga tahun ni 🙁 Kesian anak yang kecik ni terpaksa ditinggalkan di rumah pengasuh :((
betul juga kan, ramai sebenarnya dah buat lebih daripada 1 kerja sejak dulu lagi
semoga berjaya bro
Yup, betul tu – nak kerja brp byk pun boleh, asal adil terhdp majikan utama. Dan jaga kesihatan jg…
Buat kerja part time boleh lah….
Kalau ada kerja hakiki makan gaji kena jaga betul-betul hak kerja tu 🙂